Langgar PKP: Razman terus jalankan tugas Exco – MB Perak


Langgar PKP: Razman terus jalankan tugas Exco – MB Perak


IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria masih menjalankan tugas rasmi beliau dan tidak direhatkan walaupun siasatan sedang dijalankan susulan menghadiri jamuan di Lenggong semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ketika ini jentera kerajaan negeri perlu memberikan tumpuan kepada masalah yang sedang dan akan dihadapi kesan daripada pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan COVID-19.
“Kerajaan negeri kena cari jalan bagaimana nak reboot ekonomi negeri, ini penting dan fokus itu perlu diberikan perhatian secara serius,” katanya.
Pada 18 April, tular di media sosial gambar Razman dan beberapa individu bersama-sama dengan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali hadir jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong.
Sehari selepas itu, Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol dan merupakan Pesuruhjaya PAS Perak membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Facebook beliau selain turut hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.
— BERNAMA

No comments: