gambar-tiga
Noor Hisham berdiri di tengah, barisan belakang.
KUALA LUNMPUR – Sejak di bangku sekolah lagi di Methodist Boys’ School
Kuala Lumpur (MBSKL), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memang sudah
dikenali dengan sikapnyayang merendah diri dan berusaha tanpa berheboh.
Keith Thong, kini pemegang amanah Persatuan MBSKL berkata, sehingga kini,
 Noor Hisham masih mengekalkan sikap merendah diri dan tidak pernah
 “merebut tempat” semasa bergambar dalam majlis atau aktiviti yang
dianjurkan.
Katanya,  Noor Hisham pernah hidup susah ketika duduk bersama ibunya di Flat Sang Peng di Kuala Lumpur.

MGF290320_SIDANG-MEDIA-KKM_02
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

“Ramai pelajar duduk di kawasan berhampiran pada masa itu, ia seperti sebuah
 kawasan orang miskin dalam pusat bandar.
“Mungkin disebabkan beliau berasal dari keluarga yang susah, oleh itu Hisham
memang merendah diri dan bersopan sejak di bangku sekolah.
“Beliau tak banyak bercakap, tetapi banyak buat kerja secara diam-diam,”
 katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily melalui Zoom.
Rakan-rakan sekolah Noor Hisham telah menghasilkan sebuah video untuk
meraikan hari jadi Ketua Pengarah Kesihatan itu yang jatuh pada 21 April.
Seorang rakan sekolah juga kelihatan “mengadu” dalam video dengan
mengatakan rambutnya lebih kusut berbanding biasa kerana akur kepada
nasihat Noor Hisham untuk tidak keluar gunting rambut.
Tidak kurang juga rakan yang mengucapkan tahniah kerana Noor Hisham diberi pengiktirafan bertaraf global dalam usaha memerangi penularan COVID-19.

gambar1
Noor Hisham berdiri di tengah, barisan belakang.

Menariknya, kawan terbaik Noor Hisham di zaman sekolah iaitu Mazlan juga
 muncul dalam video itu untuk mengucapkan selamat hari jadi.
“Masa itu, Noor Hisham perlu berjalan satu kilometer untuk tiba di sekolah
dan orang yang menemaninya semasa pergi sekolah dan balik rumah tak lain
dan tak bukan Mazlan.
“Perjalanan pergi ke sekolah ini sebenarnya agak menyeronokkan buat kami
semua kerana ia memberi peluang untuk kami bercakap panjang lebar,”
kata Keith.

gambar-2
Noor Hisham berdiri di tengah, barisan belakang. (Bukan yang ada panah)

Seorang lagi rakan sekolah, Ron Leong berkata, pemberian nama samaran
adalah tabiat biasa pelajar sekolah rendah, tetapi Noor Hisham terlepas
 daripada nasib malang itu walaupun ada kawan lain yang diberi macam-macam
nama.
“Noor Hisham tidak pula terlibat dengan memanggil orang lain dengan nama
samaran dan beliau juga tidak diberi nama samaran. Kami memanggil dia sebagai
Hisham sahaja.
“Ini bagaimanapun tidak bermaksud Hisham mengasingkan diri dengan pelajar lain.
 Dia memang seorang yang mudah didekati,” katanya.