BAGI BETIS NAK PAHA, TIDAK SEDAR DEK UNTUNG...


HAMSINA HAMZAH

Pantang orang melayu apabila orang luar membuat onar dan tuntut macam2 daripada kerajaan Malaysia.. Tanah tumpah darah kami.
.
Semasa puak rohingya melarikan diri, ye kami bersimpati.. Kami membantu, berikan makanan, berikan tempat berlindung. Tetapi apa yang kalian lakukan?
.
Kalian menggigit tangan yang memberi pertolongan! Sungguh BIADAP!!
.
Kalian minta macam2 daripada kerajaan Malaysia.. Minta diberi peluang untuk bekerja, minta pendidikan, minta kerajaan cover kos perubatan.. Ingat sikit, kamu ni PELARIAN.. Kamu tinggal di sini atas ihsan negara ni.. Jangan nak memandai2 tuntut itu ini!
.
Kalau jenis bersyukur, mereka sepatutnya sedar bahawa kita sudah berikan mereka tempat tinggal.. Kita tidak menghalau atau mengapa2kan mereka.. Itu sudah memadai kerana mereka pelarian.. Mereka lari dari kezaliman menuju kedamaian, dan mereka damai di sini.. Bila dah damai, kenapa mereka mula lupa diri? Mula tidak bersyukur, mula tuntut macam2? Paling sakit hati, mula berdemonstrasi, melawan pihak polis!!
.
Lepas tu ada pula yang memandai2 kata nabi juga pelarian.. Agak2 lah.. Nabi dan kaum muhajirin dijemput ke Madinah.. DIJEMPUT.. Mereka bukan pelarian.. Bila masa pula Malaysia menjemput orang rohingya ni? Lagi satu, adab kaum muhajirin macam mana? Ada mereka tuntut macam2? Ada mereka bergaduh sesama sendiri? Ada mereka membuat demonstrasi? Ada mereka mengacau dan menipu penduduk tempatan?
.
Isu kemanusiaan pula apabila tentera Malaysia menghalau bot membawa pelarian rohingya baru2 ini atas faktor covid19. Itu tindakan yang PALING TEPAT kerana ini isu kemanusiaan.. Adalah tidak berperi kemanusiaan untuk membiarkan rakyat tempatan terdedah dengan penyakit. Dan pelarian ini berasal dari Myanmar maka menjadi tanggungjawab negara tersebut untuk menguruskan rakyat mereka sendiri, bukannya hantar rakyat yang bermasalah kepada negara lain untuk dibela.
.
Akhir sekali, pepatah melayu ada mengatakan kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Menjadi kewajiban penguasa mengutamakan rakyat tempatan. Pelarian pula mesti ingat pepatah melayu ini, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, luaran
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang duduk, teks mungkin yang mengatakan 'BH BHONLINE Bantu pendidikan anak kami Ketua Rohingya Malaysia KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Rohingya Kebangsaan, Majlis Rohingya Malaysia (MRM) yang baru ditubuhkan akan menumpukan kepada usaha pemerkasaan program jangka panjang etnik Rohingya, terutama dalam bidang pendidikan. 日 MORERM Berita Harian Online'