KAH...ADAKAH HAJI HADI NAK JAWATAN LEBIH TINGGI?


 

Tak semena-mena dan tiada angin, tiada ribut, Presiden PAS, Hadi Awang mendedahkan beliau

hampir dimasukkan ke wad kerana terlalu bekerja keras untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar pada Februari lalu.

Hadi yang terlibat secara langsung dalam proses tersebut menyifatkan pertukaran kerajaan ketika itu sebagai pengalaman paling meninggalkan kesan sepanjang 56 tahun penglibatannya dalam politik.

“Saya dan rakan-rakan pimpinan politik negara berhempas pulas dalam isu ini sehingga saya tidur tak cukup, sehingga dua kali dinasihatkan untuk masuk hospital.

“Namun kami bekerja dengan penuh semangat hingga berlaku ‘perubahan’ yang sangat menarik dan aman, sampai tidak ada satu titik darah pun yang tumpah kerananya,” ujar Hadi dalam wawancara dengan sebuah portal.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, dalam kemelut politik tersebut, tanggungjawab yang dipikul mereka antaranya memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan orang Islam itu sendiri tidak terjejas.

“Akhirnya kita berjaya mewujudkan titik pertemuan bagi mengembalikan kuasa politik orang Melayu, Islam yang adil untuk semua.

“Kita juga berjaya mengajak kaum bukan Islam yang tidak esktrim, yang bencikan huru-hara dan pergaduhan untuk bersama kita sehingga tertubuhnya kerajaan Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Ehhh….kenapa Hadi menyebut semua ini?

Apakah beliau rasa hanya dirinya seorang saja yang bekerja keras dan tak cukup tidur pada waktu itu?

Bukankah semua orang bekerja keras dan tak cukup tidur malam pada ketika itu?

Lagi pun, sebagai orang lama dalam perjuangan politik, tidakkah kurang tidur dan bekerja keras itu perkara biasa saja?

Ataukah ini merupakan isyarat bahawa Hadi tak berapa puas hati dengan jawatan duta bertaraf menteri yang diberikan kepadanya sekarang yang mungkin tidak berbaloi dengan kerja keras dan tidak cukup tidurnya ketika itu?

Adakah tujuan mengungkit ini bermakna Hadi sedang mengendeng-ngendeng kepada Muhyiddin Yassin agar beliau diberikan jawatan lain seperti menteri kanan atau Timbalan Perdana Menteri?(Shahbudindotcom 29/09/2020)

P Pinang sasar bina 220,000 rumah mampu milik menjelang 2030.Bukan bekalan air menjelang 30 tahun lagi


Oleh MOHD ALI HASHIM

September 29, 2020 P Pinang sasar bina 220,000 rumah mampu milik menjelang 2030


Menjelang tahun 2030, kerajaan negeri Pulau Pinang mensasarkan pembinaan sejumlah 220,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) bagi memenuhi permintaan rakyat negeri ini.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo.

Menurut beliau lagi, sasaran jumlah pembinaan rumah tersebut adalah bertepatan dan sesuai dengan persekitaran ekonomi serta permintaan semasa.

“Sasaran tersebut turut merangkumi rumah jenis kos rendah, kos sederhana rendah dan juga meliputi tiga kategori RMM yang berharga antara RM150, 000 hingga RM300, 000.

“Ianya disasarkan sedemikian ekoran kesan ketidaktentuan ekonomi, persekitaran situasi kehidupan kini yang semakin mencabar sehingga menjejaskan ekonomi.

” Dalam situasi penularan Covid-19 siapakah yang mahu membeli runah-rumah yang dibina dengan harga yang mencecah sehingga ratusan dan jutaan ringgit, sedangkan bagi meneruskan kesinambungan kehidupan harian juga masih ada yang berjimat cermat,” katanya.

Sejajar dengan itu tambah beliau, pembangunan di Pulau Pinang amat diperlukan dengan mencambahkan lagi jumlah RMM bagi menjaga kebajikan rakat negeri ini.

Ujarnya, sejak tahun 2008, sebanyak 33,847 perumahan RMM termasuk jenis A, B telah pun siap dibina termasuk 20,721 unit pelbagai peringkat pembinaan serta 52,174 unit yang telah pun diluluskan untuk dibina.

Katanya lagi, dengan jumlah tersebut ia memberi jumlah besar mencecah sebanyak 106,742 unit keseluruhannya tatkala ini.

 

 

Zahid diberi masa seminggu bertindak terhadap Bersatu

 

Usai Pilihan Raya Negeri Sabah timbul pula masalah lebih besar di dalam gabungan pemerintah.

 

Dilaporkan pemimpin-pemimpin Umno semakin tidak berpuas hati dengan tindakan membuli Bersatu terhadap parti itu yang dianggap keterlaluan sejak penamaan calon dua minggu lalu.

 

Memanaskan lagi keadaan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam memberi tempoh masa seminggu kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar bertindak balas. Sekiranya gagal, maka kempen mengenepikan Zahid akan digerakkan dalam kalangan ahli Umno di seluruh negara.

 

"Tujuh hari dari sekarang, MP-MP Barisan Nasional kena ambil keputusan. Jangan tunggu lama-lama.

 

"Hari itu strateginya, kita mahu menyokong Anwar Ibrahim. Tuanku tak mahu menerima Anwar kerana baginda berada di IJN. Kita tak boleh buat apa, Tuanku tak sihat, kita kena tunggu Tuanku.

 

"Tetapi ahli Parlimen BN ada jalan keluar. Dalam bulan Oktober ini, akan ada sidang parlimen. Inilah masa sesuai kita kena pastikan, jangan kita sokong Belanjawan yang akan dibentang oleh Muhyiddin Yassin.

 

"Inilah masa yang sesuai untuk kita umumkan supaya kita keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ini kerana hari ini jelas kerajaan Muhyiddin membuli Umno," katanya dipetik.

 

Ketidakpuasan hati membuak-buak dalam kalangan ahli Umno selepas Bersatu enggan membenarkan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Bung Moktar Radin dicalonkan sebagai Ketua Menteri. Umno menuntut kerusi Ketua Menteri selepas mendakwa berkorban melepaskan jawatan Menteri Besar di Perak dan Kedah, biarpun mereka memiliki kerusi paling banyak.

 

Di Sabah pula, menurut Lokman, Umno-BN tidak berupaya menang banyak kerusi kerana rakyat tidak yakin parti itu akan memerintah kerana meletakkan calon kurang daripada jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan, akibat kerjasama dengan Perikatan Nasional.

 

“Parti kecil membuli parti besar. Sampai bila kita hendak membiarkan kita dibuli oleh budak-budak ni. Cukuplah cukuplah.

 

“Itu sebabnya kalau Zahid berani membuat pendirian ini, kita wajar menyokongnya.

 

“Cukuplah kita menjadi lembu dicucuk hidung, cukuplah kita dijadikan balaci kepada PPBM. Cukup, cukup, cukup. Enough is enough,” kata Lokman lagi.

 

Menurut bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan era pentadbiran PM Najib Razak itu, Umno perlu kembali bangkit dan menolak untuk terus diperbodohkan Bersatu. Umno sebuah parti besar yang masih mempunyai sokongan kuat dalam kalangan orang Melayu.

 

 

 

 

 


SIAPA SEBENARNYA YANG MEMINJAM DARI BANK DUNIA? SELAMAT MEMBACA

 

Tun Mahathir Berbohong, Dokumen Bank Dunia Buktikan Beliau Bertanggungjawab Ambil Pinjaman Bank Dunia Tahun 1999

Siapa yang sebenarnya meminjam wang dari Bank Dunia? Pada tahun 2013 lagi DSAI telah menjelaskan bahawa beliau dituduh kononnya pinjaman Bank Dunia (IMF) adalah di atas arahannya. Padahal ketika menjawat Menteri Kewangan sejak 1993 DSAI menolak sebarang cubaan untuk berhutang dengan bank dunia.

Namun setelah diselidik, rupa-rupanya dalam senyap-senyap pada tahun 1999 Tun M yang ketika itu Menteri Kewangan telah mengarahkan pinjaman daripada Bank Dunia.

Taktik baling batu sembunyi tangan ini digunakan terhadap Anwar Ibrahim apabila beliau dituduh sejak sekian lama dalam isu hutang Bank Dunia.

𝗧𝘂𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴, 𝗗𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗕𝗲��𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗔𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗣𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟭𝟵𝟵𝟵 :

https://rafiziramli.com/.../tun-mahathir-berbohong.../

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1727761027402407&id=199843990194126



 

NASIB UMNO TETAP SAMA...

 

HAMDAN TAHA

 Image may contain: 4 people, including Mat Rahat Ibrahim, text that says "Ketua Menteri Sabah dan timbalan azlan zamhari malaysiakini Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri (Bersatu) Bung Moktar Radin Timbalan Ketua Menteril (Umno) Jeffrey Kitingan Timbalan Ketua Menteri2 (Star) Joachim Gunsalam TimbalanKetua Ketua Menteri 3 (PBS)"

 Di pusat ada Perdana Menteri dan Menteri Kanan 4 orang

 Di Sabah ada Ketua Menteri dan tiga Timbalan Ketua Menteri....dan ada lagi dua Menteri Kanan...

 Ini cara pemerintahan baru...ada baiknya

Tapi Jefry Katingan ambil jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan dia dah jadi Timbalan Menteri....maknanya Timbalan Ketua Menteri itu lebih bagus dari jawatan Timbalan Menteri....

 Sabah Bung dapat jaga kerajaan tempatan sahaja....

Memang nak bagi Umno mati le di Sabah tu.

 Setelah membaca kenyataan ketua  ARMADA Bersatu....lebih kurang macam ni maksud dia...

 Hoi Umno hampa tau ka kenapa PN menang 17 dan hampa menang 14 saja. Kerana kami PN tidak ada sejarah sebagai perompak...penyamun dan sapu harta benda kerajaan tu sebab PN boleh menang lebih dari BN....hampa ada banyak sejarah sebagai penyamun dan perompak rakyat benci kat hampa....tu sebab hampa bertanding banyak tapi menang sikit....

 Hampa tau ke kemenangan PN juga bukti rakyat sayang teramat sangat kat TSMY sebabnya dia pemimpin yang bersih tidak mengkayakan diri dan keluarga tidak kes rasuah atau sebarang kes dia pemimpin paling bersih yang pernah ada dalam Malaysia....itu sebab rakyat sana percaya dan yakin bagi kepada PN di Sabah....kes dengan bini orang pun tak ada....dengan anak dara orang pun tak ada....

 Umno apa yang tak ada....pemimpin dari pusat sampai lah di negeri semua penyamun dan perompak....

 Ni lah maksud ketua armada dalam kenyataan beliau dan siapa tak baca lagi boleh lah cari kenyataan beliau.....JELAS dan BERWIBAWA KENYATAAN BELIAU SEBAGAI KETUA ARMADA BERSATU.....

 

MUDAH SAHAJA MENJADI PENEBUK ATTAP....BAWA SAHAJA 18 KETUL DAN JAJA SIAPA YANG MAHU

 

BANG AIMS


Hadi dinasihatkan dua kali masuk wad ketika peralihan kuasa

Menjadi penebuk atap mudah. Bawa tools Dan tebuk, kalau susah hentak sahaja dengan tukul 10kg.

Tapi yang unik ialah, menjadi penyamun dan masuk ke dalam melalui cara tebuk atap.

Jarang orang buat. Dan kaedah tebuk atap ini diakui oleh Hj Hadi sendiri. Sudah tentu tiada bantuan lain kecuali bantuan jin atau setan kerana kerja samun tebuk atap ini kerja jahat.

Mungkin cara ini boleh jadi kajian bagi calon PhD untuk menghasilkan tesis yang bermutu bahawa, sistem demokrasi ada gagalnya kerana pada bila-bila masa si pemenang boleh jadi kalah dengan satu cetusan - pengkhianatan.



 

MMMMM....DIMANA NYA PELABURAN ?

 

IBRAHIM MAT ISA


PM Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan terus berusaha meyakinkan rakyat bahawa ekonomi Malaysia baik dan stabil.

Dengan apa asas keyakinan mereka untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan para pedagang meneruskan niaga dengan keadaan selesa?

Tidak ada asasnya..

Buat masa ini kehidupan hanyalah sebagai hand to mouth dan warga marhaen masih belum mati kelaparan walau tidak mampu bertahan.

Berita ini merupakan gerombolan kedua bakal dibuang kerja dan ini bukan omongan, ia adalah benar dari lapangan. Anak aku merupakan gerombolan pertama yang terkena sejak Mei lepas.

Apa solusi kerajaan PN? Jawapannya, hampir tiada..!

Kerajaan tebuk atap ialah kerajaan pelaq! Pendokong mereka ialah pelaq dan yang mengangungkan kerajaan ini juga kepala bapak pelaq!


Pada akhirnya.. hanya si bodoh yang sokong si pelaq..

 AirAsia expected to conduct another round of retrenchments


Pembesar negara masih bercakap bahawa ekonomi Malaysia masih baik, tapi hakikatnya pintu masuk negara lengang sepi yang amat.

Cuma baru ni je ramai sikit. Muka politikus ulang alik ke Sabah sebab PRN..

Gambar pinjam dari

Ct Balkish


Image may contain: 2 people, people sitting and indoor, text that says "14-7312 OMG HUAWEI P30 Pro LEICA QUAD CAMERA"


Mesyuarat bulanan PH: “No News is Hot News”

 

Anwar masih menunggu tarikh pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentangkan jumlah ahli parlimen yang dikatakan mempunyai bilangan majoriti itu.

Dalam perkembangan terkini, Istana Negara memaklumkan Baginda kini dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan keracunan makanan serta intervensi selepas dinasihatkan menjalani rawatan susulan di IJN.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata rawatan keracunan makanan bermula apabila baginda dimasukkan ke IJN pada malam 21 Sept lalu.

Mesyuarat bulanan PH meninggalkan media dalam kehampaan kerana tiada sidang media yang dibuat dan dikatakan Anwar beredar tanpa pengetahuan media yang menunggu di ibu pejabat parti itu, sejak kira-kira jam 5.30 petang.

Tambah membingungkan lagi apabila selepas kira-kira sejam setengah mesyuarat berlangsung, beberapa pemimpin kanan PH termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat mula beredar dari ibu pejabat PKR. Kenyatan hanya didapati dalam di Facebook, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan “usaha mengembalikan mandat rakyat”.

Suatu penjelasan harus diterangkan mengenai bagaimana hendak dilaksanakan usahanya itu. Tanpa bertemu media ia sudah meninggalkan tanggapan bahawa seolah-olah ada sesuatu tidak kena dan harap tiada tanggapan sedemikian timbul.

Sehubungan itu apakah yang dimaksudkan dengan berita: Bagi para wartawan yang menunggu sidang media selepas mesyuarat bulanan PH, tentu ia adalah sesuatu yang baharu, luar biasa atau mengejutkan untuk dinyatakan.

Dalam hal ini secara strukturnya laporan berita juga dimaksudkan bentuk berita mengikut format atau struktur tertentu contohnya piramida terbalik (sekarang tidak perlu lagi) atau format pendulu (news lead format) atau bersandarkan kepada 3W atau 4W (What, When, Where, Who) Why dan How melihat kepada keadaan konteks kejadian dan jenis berita. I samping itu berita harus mempunyai sumber.

Sebenarnya inilah beritanya iaitu “tidak bertemu media”, Anwar yang dikatakan “panas” dengan kenyataan baru-baru ini tetapi seperti “lari” daripada bertemu media dan pemimpin PH seperti Mohamad Sabu membuat tindakan yang sama enggan mengulas lanjut isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad juga mengunci mulut dari menjawab soalan wartawan.

Bahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang ditemui pemberita juga mengambil sikap yang sama dengan enggan mengulas lanjut intipati mesyuarat hari ini dan hanya menyatakan ia perjumpaan bulanan biasa PH dan jika Anwar pun mengelakkan diri daripada bertemu berita, itulah yang dikatakan berita.

Sebenarnya “no news is hot news” kerana ia menimbulkan banyak spekulasi dalam kalangan media dan rakyat terutamanya berkaitan dengan isu panas di atas.

Ini merupakan mesyuarat pertama PH selepas Anwar mengumumkan mempunyai majoriti sokongan daripada anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Jika mseyuarat bulanan PH ini tidak menjemput media, biasanya media mendapat tahu mengenainya melalui “tips” mengenai mesyuarat bulanan tersebut, malah sekarang lebih mudah melalui media sosial dan mereka meluru ke ibu pejabat PKR. Atau pun mesyuarat bulanan itu ada dalam jadual mereka.

Dengan ketiadaan sidang media seolah-olah memberi gambaran sesuatu yang tidak kena atau tidak ketetapan konkrik. Kita tidak mahu media dan rakyat membuat tanggapan yang usaha Anwar itu menemui jalan buntu lagi. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Anwar atau pemimpin PH lain harus tampil membuat kenyataan mengenai hasil daripada pertemuan mesyuarat kerana ia berlatar belakang kenyataan Anwar mengenai sokongan ahli parlimen mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Jika mesyuarat sekadar membincangkan “usaha mengembalikan mandat rakyat” apakah usaha itu dan kerana ada berita yang hendak dilaporkan.

Wartawan yang hadir tidak boleh balik dengan tangan kosong kerana mereka makan gaji dan bagi saya laporan “no news is hot news” dan dalam konteks sekarang akan menimbul berita susulan atau ‘follow-up’ dan banyak lagi komen negatif berhubungan dengan usaha Anwar itu dan ia tentu akan menjejaskan kredibiliti beliau.

Namun satu kenyataan dikeluarkan hari ini (29 September, 2020) oleh Majlis Setiausaha PH yang tidak akan berkompromi terhadap rasuah dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.

Penegasan tersebut dicapai dalam mesyuarat bulanan Majlis Setiausaha yang membincangkan keputusan Pilihanraya Negeri Sabah (PRN), serta usaha di peringkat Persekutuan untuk mengembalikan semula mandat rakyat melalui kenyataan bersama sahaja.

Adakah selepas sehari baru hendak dikeluar kenyataan, seolah-olah baru mendapat idea hendak memutuskan apa yang hendak ditulis. Kenyataan ini seharusnya dikeluarkan semalam. Ini sudah dianggap bukan lagi bahan berita atau berita basi.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil rasanya lebih memahami dalam urusan beliau dengan media.

———————–
Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel)


(function() { var d = document, w = window; w

RAKYAT AKAN TERUS TERKURUNG DALAM KEHIDUPAN SELAGI MAHIADDIN TIDAK SEGERA DIBUANG

  Sebagaimana disebut banyak kali dan diperkatakan pelbagai pihak, kegagalan utama kerajaan dan Mahiaddin Md Yasin ialah mengawal penularan ...