KEADILAN
sering ditohmah, terutama oleh Umno dan Pas sebagai parti yang kurang menitik
beratkan nilai agama dan dianggap liberal.
Bagaimanapun,
dasar asas KEADILAN yang menentang rasuah dan menegakkan negara hukum diakui
adalah antara prinsip utama ajaran Islam.
Bagi
Senator (B) Dr Muhammad Nur Manuty, perlembagaan KEADILAN sebenarnya telah
menggariskan prinsip Islam dan perjuangan menegakkan hukum Islam yang tidak
boleh dipertikaikan.
"Dalam
Deklarasi Permatang Pauh serta 17 Perkara Perlembagaan KEADILAN (disebut
mengenai nilai Islam). Biar pun nama Islam tidak digembar-gemburkan dalam parti
KEADILAN, tetapi kandungan, aplikasi Islam, prinsip Islam, akhlak Islam,
prinsip maqasid syar'iah atau tujuan utama syariah semuanya ada dalam
Perlembagaan KEADILAN
"Dimulakan
dengan uridu islah mastataktum - dalam Umno pun Datuk Seri
Anwar membaca ayat itu - menunjukkan konsep Islah bersifat komprehensif.
"Saya
melihat dalam Perisytiharan Permatang Pauh ditekankan pembaharuan diri dalam
masyarakat atau Reformasi. Ianya komprehensif, bermula dengan diri, keluarga
jiran, masyarakat, umah dan negara.
"Satu
lagi yang kita tertarik ialah kemuliaan diri atau karamah tul insan.
Ini sangat penting dalam Islam. Bukan sahaja untuk orang Islam tetapi untuk
bukan Islam, al Quran membicarakan mengenai karamah. Dignity
of man, ini sangat Islamik.
"Nak
kata KEADILAN sekular, tak ada satu ayat Quran, tak betul. Bergantung kepada
ahli dan pimpinan untuk beritahu kepada masyarakat. Semua perkara reformasi ini
ada dalam Perlembagaan 17 perkara itu dan boleh dijustifykan dengan
hadis dan ayat Quran," katanya dalam sesi forum 'Nilai agama dalam
perjuangan KEADILAN' anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.
Selain
itu, menurut Dr Muhammad Nur, KEADILAN juga memperjuangan konsep kemerdekaan
diri setiap manusia.
Manusia
yang dilahirkan bebas tidak boleh dibelenggu oleh penguasa atau sistem yang zalim
dan menindas.
"Saya
tertarik dengan karamah insan dan kemerdekaan diri. Kita bukan dikongkong oleh
sesiapa. Kita sebagai hamba Allah, kita ada konsep taklif, konsep akal yang
Allah anugerahkan kepada kita.
"Kita
merdeka dari segi jiwa, merdeka akal, merdeka ekonomi, politik dan ini antara
perjuangan KEADILAN. Kemudian kita tidak mahu dizalimi. Allah menyebut dalam
Quran 'tak suka kepada orang yang zalim'.
"Juga
mambanteras rasuah. Banteras rasuah merupakan satu perjuangan yang suci dan
Anwar sejak era mahasiswa lagi berjuang menghapuskan rasuah. Perjuangan ini tak
selesai hampir 40 tahun.
"Kalau
dulu kurang zaman Tunku Abdul rahman, Hussein Onn, sekarang era rasuah yang
paling teruk. Kalau barah dah sampai tahap 4. Oleh itu perjuangan banteras
rasuah ini mulia. Rasullullah sebut 'orang beri rasuah, terima rasuah masuk
neraka'," katanya lagi.
Walaupun
tidak dicanangkan sebagai parti Islam seperti Pas dan parti-parti Melayu yang
lain, Dr Muhammad Nur berpendapat, kandungan perjuangan KEADILAN begitu meriah
dan sarat dengan prinsip Islam.
Menurut
bekas profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu lagi, Islam atau
tidak perjalanan sesebuah parti bukanlah ditentukan oleh slogan dan jenama,
sebaliknya perlaksanaan dasar yang dilakukan oleh pemimpin parti tersebut dalam
pemerintahan.