Gambar atas kiri,suasana agak kecoh apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan calon.Namun semuanya selesai.dan gambar-gamabr yang disertakan membuktikan beliau sedang memperkanalkan diri beliau kepada masyarakat akar umbi.
Media menggembar-gemburkan bahawa terdapat penentangan hebat terhadap pemilihan Manikumar sebagai calon PKR di DUN Bukit Selambau, tetapi hakikatnya ianya hanyalah perkara kecil yang telahpun diselesaikan.
2 hari lepas beberapa pengundi India di DUN tersebut menyatakan rasa tidak puashati dengan pemilihan Manikumar, 35 yang mereka sifatkan masih muda dan tidak dikenali di Bukit Selambau.
Namun selepas mereka meneliti latar belakang dan asal usul Manikumar mereka bersetuju dan akur dengan pemilihan beliau yang mereka sifatkan berpendidikan tinggi, berhemah dan berintegriti. Malah Manikumar juga amat disanjungi oleh penduduk setempat.
Manikumar lulusan sarjana Muda dan Sarjana dari UUM fasih berbahasa Malaysia, Tamil, Inggeris dan Sepanyol. Beliau adalah seorang usahawan berjaya selain mempunyai hubungan baik dengan rakyat akar umbi.
.
Pemilihan Ganesan sebagai calon BN disifatkan oleh rakyat Bukit Selambau sebagai memberikan kemenangan percuma kepada PR kerana MIC semenangnya sudah tidak relevan kepada rakyat malah Ganesan sendiri juga tidak relevan kepada rakyat kerana hubungan akrabnya dengan Samy Vellu