Takdir oh Takdir...


Hamzah Rie Na

Nak bersama PPBM kena guna logo PN. Nak bersama UMNO kena guna logo PAS.


#PRNmelaka

#SaveMelaka 

#TolakPengkhianat


SR




[[LIVE]]29.10.2021 Bajet 2022. UMNO "perlukan" PAS. PH Guna logo harapan...

PRN MELAKA - PAS MAIN DUA KOLAM BERSAMA BN DAN PN?


Penyokong2 Pas semakin keliru dengan Pas. Di mana prinsip Pas apabila berhadapan dengan dua puak. Satu puak yang Pas katakan 'bersih' iaitu PN. Satu lagi puak yang Pas katakan 'kleptokrasi"? Pas sokog kedua2nya?

PATUT DIA RAJIN DOK BUAT GIMIK DAN LAWAK BODO...SENANG ORANG KENAI DAN NAK BERTANDING...GITEWWW...

 


Terkini! Sanusi akan bertanding Naib Presiden Pas, cabar tiga penyandang sediada


Sanusi akan bertanding Naib Presiden Pas, cabar tiga penyandang sedia  ada



Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki akan bertanding jawatan naib presiden PAS bagi sesi 2021-2023, menurut Harakahdaily.

Dua pemimpin PAS itu mencabar tiga penyandang jawatan sekarang iaitu Dr Ahmad Samsuri, Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah.

Untuk rekod Mohd Zuhdi juga merupakan Setiausaha Politik Menteri Alam Sekitar dan Air merangkap Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada pemilihan lalu, Mohd Amar, Idris dan Ahmad menjadi naib presiden parti selepas salah seorang penyandang jawatan itu, Iskandar Abdul Samad tidak menjawab surat pengesahan pencalonannya bagi sesi 2019 hingga 2021.

Muktamar Tahunan PAS ke-67 akan diadakan pada 6 dan 7 November ini di Kuala Terengganu secara hibrid.

Kehadiran fizikal melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulamak dan Pesuruhjaya PAS Negerl/Wilayah Persekutuan sahaja.

Berikut senarai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan PAS ke-67, November ini:

Naib Presiden PAS.

  1. Ahmad Samsuri Mokhtar
  2. Idris Haji Ahmad
  3. Mohd Amar Abdullah
  4. Mohd Zuhdi Marzuki
  5. Muhammad Sanusi Md Nor


PERBELANJAAN OFF BUDGET JANGAN DISOROKKAN – ANWAR


LOGO HARAPAN UNTUK PRN MELAKA


KETIRISAN RM600 JUTA: ERA PN PALING TERUK – GUAN ENG


Harimau tular di Jalan Jemaluang bukan harimau sama di Kluang - Perhilitan


Bernama
Harimau tular di Jalan Jemaluang bukan harimau sama di Kluang - Perhilitan
Tangkap layar daripada akaun Facebook milik Mohd Shahrom yang memaparkan seekor harimau muncul di tepi jalan dan mendakwa berlaku di Jemaluang, Mersing baru-baru ini. - Sinar Harian
MERSING: Harimau belang yang dilaporkan ditemui orang awam di Jalan Jemaluang di sini Rabu lepas dipercayai bukan harimau sama seperti yang ditemui di Hutan Simpan Lenggor, Kluang, minggu lepas.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminuddin Jamin berkata ini kerana, berdasarkan siasatan, lokasi kedua-dua haiwan itu ditemui adalah pada jarak yang agak jauh.
"Bagaimanapun, orang ramai yang berdepan situasi ternampak harimau belang ketika sedang menaiki kenderaan di mana-mana sahaja, segera salurkan maklumat kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
"Jangan cuba turun daripada kenderaan, membaling objek atau mencederakan haiwan tersebut yang dikhuatiri mendorong mereka untuk bertindak balas (secara agresif)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau Hutan Simpan Lenggor dan memasang perangkap kamera bagi memudahkan usaha menjejaki haiwan berkenaan.
"Sifat sebenar harimau belang tidak menampakkan diri mereka namun lokasi penemuan haiwan liar itu didapati di dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin yang mana merupakan habitat dan kawasan keliarannya.
"Justeru itu, kita ingin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan liar termasuk harimau dan gajah yang cenderung menyerang mangsa jika berasa terancam atau untuk mendapatkan makanan," katanya.
Pada 20 Oktober lepas, media melaporkan dua rakaman video memaparkan gelagat beberapa individu yang terserempak dengan haiwan pemangsa berkenaan di Hutan Simpan Lenggor membunyikan hon kenderaan, tular di media sosial.
Susulan itu, baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sepasang suami isteri Mohd Shahrum Salleh, 36, dan Nurhidayahlaily Su'alman, 32, berdepan detik cemas apabila mendakwa melihat seekor harimau belang ketika sedang menaiki kereta di Jalan Jemaluang.
Sementara itu, Mohd Shahrum ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian itu, dia dan Nurhidayahlaily yang menjalankan perkhidmatan sanitasi sedang dalam perjalanan menuju ke Felda Tenggaroh dan itu merupakan pengalaman pertama mereka terserempak dengan harimau selain gajah.
"Sebelum ini, laluan berkenaan banyak monyet berkeliaran, namun kini tiada lagi dan dalam kejadian kira-kira 8 pagi, 27 Oktober lepas, apabila kami tiba di laluan itu, saya bergurau dan berkata kepada isteri kemungkinan ada harimau sebab itu monyet semua takut mahu keluar.
"Tidak lama kemudian, kami berdua tergamam apabila ternampak seekor harimau belang sedang duduk di tepi jalan dan saya terus berhentikan kereta sedikit jauh kerana bimbang untuk teruskan perjalanan sebelum haiwan liar itu bangun dan menuju ke hutan," katanya sambil menambah ketika itu isterinya sempat merakamkan gambar.
-- BERNAMA

PENING AMAT.....

 May be an image of 2 people and text that says "SEBELUM MELAKA DITUMBANGKAN SELEPAS MELAKA DITUMBANGKAN "Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP, saya menawarkan beberapa solusi'..." Ab Raut Yusoh FMT. 6 Oktober "Seminit pun saya tak izin DAP ambil alih kerajaan Melaka" Ab Rauf Yusoh UMNO Online, 28 Oktober"

ADA KAH ANDA TERJUMPA INSAN INI ? SUDAH LAMA TAK NAMPAK..HILANG ATAU MENGHILANG ?

 



May be an image of 1 person


HAMZAH RIE NA

PS: Ada ker lagi Siti zailah ni diatas planet bumi,lama Tak dengar suara dia berkobar kobar nak tutup aurat pramugari. Cepat la sikit buatnya aunta! Read this👇👇👇👇
Siti Zailah Mohd Yusoff, tahu tak cara nak tutup aurat pramugari MAS? Ini nasihatnya saudari;
1) Jumpa Wee Ka Siong (MCA), cakap nak tutup aurat pramugari MAS yang Islam sahaja. Dapatkan surat arahan dari MOT. Menteri MOT n sain.
2) Jumpa pengurusan MAS, arah keluarkan pekeliling supaya semua pramugari MAS beragama Islam wajib menutup aurat bermula serta merta. Selesai. Senang bukan?
Kalau MOT tak bagi, ugut tarik sokongan kat PN dalam mesyuarat kabinet, war-warkan dalam Harakahdaily. Takkan sekecil² usaha untuk memartabatkan Islam pun PAS gagal. Apa nak dibuat modal PRU15 nanti?
Sedangkan guru tolak vaksin pun boleh keluar pekeliling suruh ambil vaksin. Takkanlah tutup aurat pramugari MAS pun tak leh keluar pekeliling? Lemah sangat PAS mcm ni. Try saudari buat, yg saya ajarkan ni.

Dr Ariff Kadir Al-Katami Al-Hafiz
✨Presiden Pejuang Penutup Aurat Pramugari MAS penggal 2021 - 2022✨


IDEA BERNAS UNTUK MELINGKUP

  

MGF11102021_INDAH-WATER-KOLAB-JSW13


Kenapa tak guna logo Pas dalam PRN Melaka? – Tuan Ibrahim


By Wartawan MalaysiaGazette - 29 October 2021

KUALA LUMPUR – Dalam keadaan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ada idea baharu.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan Pas, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo Pas dalam PRN Melaka nanti. Fikir-fikirkan,” tulisnya dalam status Facebooknya hari ini.

Idea Timbalan Presiden Pas itu ekoran kesediaan UMNO dan Bersatu bekerjasama dengannya namun masing-masing menetapkan penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka.

Ia juga kali pertama bagi Pas menggunakan simbol gabungan politik bagi menghadapi pilihan raya. – MalaysiaGazette

Pemimpin Umno risau Umno masuk lubang biawak kali kedua

 Pemimpin Umno risau Umno masuk lubang biawak kali kedua


Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno mengingatkan bahawa parti itu supaya jangan ‘dipatuk ular’ dan ‘masuk lubang biawak’ kali kedua.

Mohd Puad Zarkashi berkata demikian melalui hantaran di media sosial sebelum mesyuarat MT Umno berlangsung malam ini.

Mesyuarat tersebut akan membuat keputusan sama ada parti itu akan bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ataupun bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) mahupun Muafakat Nasional (MN).

“Pasti ramai menunggu keputusan malam ini sama ada solo, bersama Muafakat Nasional (MN) atau kerjasama BN-PN (Perikatan Nasional).

“Pokoknya Umno tidak boleh dipatuk ular kali kedua. Elok BN masuk PRN Melaka tanpa kerjasama PPBM (Bersatu).

“Bagi peluang PPBM buktikan kejujuran politik mereka di peringkat kerajaan pusat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya,


Mahfuz dakwa SOP KKM cacamarba

 

Panas! Mahfuz dakwa SOP KKM cacamarba


Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mengelakkan kekeliruan kaedah berkempen.

Dakwanya, ini kerana SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak jelas seterusnya menimbulkan pertikaian dalam kalangan parti politik.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) meletakkan syarat bahawa kalau negeri fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) contohnya, penonton boleh ke stadium menonton bola sepak sehingga 20,000 orang, jadi SPR nak pakai yang mana?

“Jadi, kalau ada (perlawanan) bola sepak dalam tempoh PRN ini dari segi (menurut SOP) KKM kata tak boleh.

“Rumah ke rumah tak boleh (pergi) tetapi bola sepak (penonton) boleh penuhi stadium. Ini perlu diberikan penjelasan. Maknanya SOP sebenarnya kita masih menanti dan SPR tidak boleh ambil masa begitu lama kerana kenyataan dibuat KKM menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak.

“Kalau katakan itulah SOP yang akan digunakan, semua program kerajaan di Melaka mesti dibatalkan sama ada Persekutuan ataupun kerajaan negeri. Tidak boleh ada sebarang bentuk program bersemuka,” katanya, menurut laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian kepada media selepas minum petang di Jeti Nelayan Telok Mas, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu ujarnya, blok Pakatan Harapan (PH) sentiasa bersedia dengan perjalanan kempen norma baharu, namun berpendirian kempen secara konvensional tetap perlu dilaksanakan.

“Kita mesti gabungkan kaedah baharu dengan lama kerana kaedah itu tidak boleh dielakkan, yang mana hari mengundi masih menggunakan kaedah tradisional iaitu kena beratur, kena pangkah.

“Jadi bagaimana SPR atau kerajaan kata tak boleh (kempen) bersemuka? Ini perlu difikirkan, maknanya SPR ada SOP dia pada hari mengundi dan begitu juga dari sudut kempen ini saya percaya semua parti mahupun calon yang bertanding tidak mahu ada sebarang masalah terutamanya berkaitan COVID-19 dan akan kekal mematuhi SOP,” tambahnya lagi.

Selain itu, mengulas agihan kerusi bersama rakan parti dalam PH, beliau memaklumkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dikenal pasti dan jentera semua parti juga telah digerakkan untuk mencari kaedah-kaedah baharu dalam menyampaikan mesej kepada pengundi.

“Kita akan umum bila sampai masaya dan jentera juga telah diarahkan untuk merancang program supaya semua mesej yang ingin dibawa sampai kepada pengundi-pengundi.

“Esok akan ada pengumuman di Kuala Lumpur oleh Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pergerakan PH di Melaka ini serta banyak lagi aspek dan saya tidak mahu mendahului beliau,” tambahnya.

Panas! Umno cuba jerat Pas, tawar kerjasama dalam PRN Melaka

 


Panas! Umno cuba jerat Pas, tawar kerjasama dalam PRN Melaka


Umno memutuskan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN).

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung malam ini.

Bagaimanapun katanya, kerjasama itu berpandukan kepada prinsip bahawa PAS mesti bertanding menggunakan lambangnya sendiri bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

“Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung Umno 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan jawatankuasa induk MN dalam mesyuarat pada 19 Okt dan 18 Nov 2020,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di Kuala Lumpur malam tadi.

Ahmad Maslan berkata, MT Umno juga memberi mandat kepada presiden Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan serta Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk memuktamadkan sebarang keputusan mengenai PRN Melaka.

“MT juga memberikan mandat kepada presiden, timbalan presiden dan perdana menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka,”katanya, menurut laporan Malaysiakini.

Pada 26 Oktober lalu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata Bersatu, PAS dan Gerakan telah bersepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang PN.

Namun Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki berkata keputusan untuk parti-parti komponen menggunakan logo PN perlu dirujuk terlebih dahulu kepada badan pemutus dalam PAS dan parti masing-masing.

Semalam, Ahmad Zahid ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka menegaskan yang Umno tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Bersatu di Melaka.

Katanya, ia berdasarkan ketetapan yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno 2020, di mana parti itu menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Jelas Ahmad Zahid, keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu bukanlah pendirian peribadinya, sebaliknya ia keputusan akar umbi Umno.




PRN Melaka: Khalid dakwa BN, PN gila kuasa

 


PRN Melaka: Khalid dakwa BN, PN gila kuasa


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukan kemahuan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, sebaliknya PRN Melaka adalah kehendak Perikatan Nasional (PN) dan BN yang tidak mahu melihat PH menerajui kembali kerajaan negeri.

“PRN Melaka bukan kehendak kami. PRN Melaka bukan kehendak AMANAH, DAP atau PKR.

“Kami telah menuntut supaya TYT menentukan sama ada, ada atau tidak pihak yang baru mendapat majoriti sokongan ADUN di Melaka.

“Ianya merupakan tindakan dan tuntutan daripada BN dan PN kerana mereka tidak mahu PH kembali menjadi sebagai kerajaan di negeri Melaka,” jelasnya, seperti dilaporkan Malaysia Dateline.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, keadaan yang sama juga dihadapi di negeri-negeri lain bahkan di peringkat nasional sekalipun.

“Apabila melibatkan persoalan menjatuhkan kerajaan PH sama ada di peringkat nasional dan di Johor, Melaka dan Perak sebelum ini, mereka (PN dan BN) menggunakan pendekatan berbeza.

“Pendekatan yang lebih betul dan selamat iaitu menentukan sama ada, ada atau tidak pihak yang mempunyai majoriti daripada ahli-ahli dewan.

“Namun, apabila kerajaan mereka yang dijatuhkan, mereka menggunakan pendekatan yang lain iaitu membubarkan DUN.

“Ini menunjukkan bahawa mereka mengambil perkiraan politik sebagai keutamaan. Mereka hanya gilakan kuasa,” tegas Khalid lagi.

PEMBAHGIAN PH SELESAI

Alhamdulilah kesepakatan bersama membuahkan persefahaman buat 3 komponen parti didlm PH.


Keputusan Majlis Presiden


Pembahagian kerusi PRN Melaka: KEADILAN 11, AMANAH 9, DAP 8


Satu logo & satu manifesto: Pakatan Harapan



JANGAN BERI UNDI PADA RAJA PASIR MELAKA


 

RAJA PASIR!

Please Share.

More cartoons @ www.zunar.my.

Keputusan kajian Ivermectin dibentang minggu depan, kata Khairy

 Fmt Reporters

 -
(Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Keputusan kajian mengenai ubat Ivermectin untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid-19 akan dibentangkan minggu depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kementeriannya telah memperoleh keputusan kajian itu selepas isu penggunaan ubat terbabit hangat diperdebatkan pelbagai pihak sebelum ini.

“Debat berterusan berhubung #Ivermectin akan berakhir tidak lama lagi. Kita telah menjalankan kajian tempatan terhadap Ivermectin dan keputusan telah diperoleh. @drkalai61 akan membentangkannya secara umum minggu depan,” katanya di Twitter.

Keputusan PRN Melaka Cerminan PRU 15?

 

Oleh: Hassan Abdul Karim










ULASAN: Pakatan Harapan (PH) tidak boleh lagi bagi janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan November hadapan.

Kecuali PH mula bertindak sekarang selaras dengan apa yang dikatakan dan apa yang diperjuangkan selama ini, barulah PH akan dipercayai.

PH telah diberi peluang menjadi kerajaan selama 22 bulan setelah menang Pilihan Raya Umum (PRU) 14, jauh lebih pendek berbanding tempoh lima tahun pemerintahan Taliban kali pertama di Afghanistan (1996 – 2001).

Kebaikan dan kejayaan PH dalam tempoh 22 bulan bersejarah itu dalam beberapa hal terserlah juga. Tetapi kelemahan dan janji-janji tinggi yang gagal dipenuhi juga jelas kelihatan. Rakyat tidak mudah lupa dengan kata-kata bekas Pengerusi PH ketika itu yang juga Perdana Menteri bahawa Manifesto PH bukannya kitab suci.

Report Card PH selama memerintah dalam kerajaan pertamanya selama 22 bulan itu berwarna-warni, dengan lulus berwarna biru dan gagal berwarna merah. Banyak merah daripada biru nampaknya.

Sebelum menang PRU-14, PH bertahun-tahun lamanya mesra dan berlibaturus dengan pertubuhan-pertubuhan sivil di Malaysia. Tetapi selepas PH tumbang pada akhir Februari tahun 2020, pertubuhan-pertubuhan sivil tidak lagi ghairah untuk mendampingi PH apatah lagi untuk menolong PH bangkit kembali. Di mana silap PH? Apakah dosa PH?

Pertubuhan-pertubuhan sivil sebenarnya berasa serik dan terkesan seperti dikhianati apabila PH mengecap kuasa dan para pemimpinnya mulai merasai nikmat segala keistimewaan sebagai golongan pemerintah yang berkuasa, lalu dalam sekelip mata disaksikan lari dari idealisme perjuangan asal yang dikongsi bersama oleh pertubuhan-pertubuhaan sivil tersebut.

Sekarang rakyat di seluruh negara menjadi pemerhati yang ada kepentingan untuk menilai kembali PH.

Referendum rakyat

Walaupun PRN Melaka ini berlaku di negeri antara terkecil di Semenanjung dan di seluruh Malaysia, tetapi Melaka yang bersejarah itu sering disebut dengan ungkapan, “Melaka – di mana tempat semuanya bermula”.

Justeru itu keputusan PRN Melaka nanti boleh ditafsirkan sebagai potret wajah PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) khususnya di mata rakyat.

PRN di Melaka yang hari mengundinya pada 20 November selepas melalui kempen dengan norma baharu di mana segala aktiviti politik hampir keseluruhannya dilarang oleh Prosedur Operasi Piawai (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara akan menjadi semacam referendum rakyat.

Referendum rakyat itu khususnya terhadap tiga buah gabungan parti-parti politik PH, BN dan PN yang mendominasi landskap politik Malaysia sejak Sheraton Move.

Langkah Sheraton membawa kesan politik yang besar di Malaysia, di mana persaingan dalam sistem dua parti, antara BN dengan PH selama berdekad telah runtuh dan kini pertandingan untuk mendapatkan sokongan rakyat kelihatan lebih terbuka dengan kehadiran lebih ramai peserta.

Jika BN dan PN bertempur sesama sendiri di Melaka, maka senario itu memberi kelebihan kepada PH dalam pertandingan tiga penjuru. PH akan menjadi benefisiari hasil dari peseteruan BN dan PN, bukannya kerana kelebihan polisi PH atau kekuatan sebenar PH.

Tetapi jika BN dan PN membuat u-turn dan berdamai sebelum Hari Penamaan Calon pada 8 November nanti, ada kemungkinan PH akan menggigit jari kerana terlepas peluang kemenangan mudah.

PH perlu jaga imej menjelang PRU

Justeru itu PH perlu menjaga imej dan prinsip politik perjuangannya agar terserlah di Melaka. Imej politik yang baik bagi PH di Melaka mungkin akan kekal positif di mata rakyat sehinggalah PRU ke-15 nanti sebagai gabungan politik pelbagai kaum, agama dan budaya yang berintegriti, boleh dipercayai kerana adil, amanah, demokratik dan tidak mengejar fatamorgana kuasa semata-mata.

Untuk menang jangka panjang, bukannya jangka pendek sekadar PRN Melaka sahaja, maka PH perlu mendapatkan semula sokongan pertubuhan-pertubuhan sivil yang masih kelihataan dingin dan merajuk terhadap PH.

Memang benar pertubuhan-pertubuhan sivil selalu menuntut itu dan ini terhadap kerajaan yang berkuasa. Tetapi itu adalah peranan mereka dan demokrasi itu memang bising selalunya.

Memang benar juga pertubuhan-pertubuhan sivil tidak boleh memberi undi kepada PH untuk memenangi PRN di Melaka nanti. Tetapi pertubuhaan-pertubuhan sivil ini tidak boleh PH pinggirkan. Restu dan dokongan pertubuhan-pertubuhan sivil memberikan keabsahan atau legitimasi terhadap kewujudan PH.

Sekarang pertubuhan-pertubuhaan sivil sedang memerhati siapa yang akan menjadi calon-calon PH dalam PRN di Melaka.

Geng Berempat yang mencontohi Langkah Sheraton di Petaling Jaya, dan cuba ditiru untuk dibawa ke bumi Hang Tuah dan Hang Jebat di Melaka, mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka tidak disenangi oleh pertubuhan-pertubuhan sivil yang pernah menyokong PH selama ini.

PH ada pilihan Geng Berempat

PH ada beberapa hari sebelum hari Penamaan Calon. PH ada pilihan sama ada menerima keempat-empat susuk itu, atau memilih tiga dari berempat, atau sekadar dua dari berempat atau menolak kesemuanya.

Isu Geng Berempat di Melaka itu yang kini berada di atas meja Majlis Presiden PH untuk diputuskan akan dinilai oleh semua pihak, bukan sahaja oleh pertubuhan-pertubuhan sivil tetapi juga di kalangan anggota setia dan penyokong atas pagar PH, berjuta orang di seluruh negara. Mereka semua mempunyai locus standi menentukan nasib PH dalam Pilihanraya Umum Negara yang akan datang.

Isu “high moral ground” yang selama ini memberi kelebihan kepada PH dalam mendepani regim BN pimpinan Najib Razak dulu yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa sehinggalah BN tumbang.

Isu “high moral ground” juga memberi kelebihan imej baik kepada PH dalam menentang kerajaan PN yang dianggap kerajaan tidak sah taraf kerana terbentuk melalui pintu belakang, hinggalah PN juga tumbang.

Imej PH sebagai gabungan parti-parti politik yang kekal mahu memberikan harapan kepada 32 juta rakyat Malaysia sebagai pilihan terbaik rakyat yang membawa agenda perubahan atau reformasi akan terhakis dan tercemar apabila PH dianggap dua kali lima, sama sahaja semacam BN dan PN jika PH tersalah buat pilihan kerana mengambil mana-mana susuk di kalangan Geng Berempat itu menjadi calon PH dalam PRN Melaka nanti.

Peringatan telah dibuat. Kini terserlahlah kepada kepimpinan tertinggi PH membuat keputusan.



_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang (Keadilan/PH)