KALAU DAH NAK BODEK PUN TAK RETI, BAIKLAH SEMUA BERHENTI

 

Sejak semalam, tersebar luas di media sosial sekeping gambar tentang Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin yang dikesan tidak memakai pelitup mula ketika berada di sebuah hotel di Johor Bahru.

Gambar yang dipercayai dirakam pada 31 Mac itu menunjukkan ramai orang di sekelilingnya, tetapi semua mereka didapati memakai pelitup muka.

Hanya Mahiaddin seorang yang tidak memakai pelitup mukanya.

Dengan itu, beliau dianggap telah melanggar SOP Covid19 dan patut didenda sehingga RM10 ribu.

Walaupun Mahiaddin telah menerima dua dos suntikan vaksin, beliau sebenarnya masih perlu memakai pelitup muka.

Pihak berkuasa, antaranya melalui kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Imunisasi Kebangsaan dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, bertegas tentang keperluan memakai pelitup muka itu.

Kata KJ, semua individu yang sudah menerima suntikan vaksin tetap diperlukan mengamalkan semua kaedah pencegahan, termasuk memakai pelitup muka ketika berada di khalayak ramai.

Dr. Noor Hisham pula berkata, meskipun sudah disuntik vaksin, seseorang itu masih perlu mematuhi SOP Covid19.

Berdasarkan hakikat itu, ramai yang mahu Mahiaddin disiasat dan diseterusnya diambil tindakan kerana melanggar SOP itu.

Antara yang terawal menyoal adakah Mahiaddin akan disiasat dan diambil tindakan kerana melanggar SOP itu adalah bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Bahkan, Najib juga bertanya sama ada Mahiaddin telah mengimbas MySejahtera ketika tiba di hotel tersebut.

Turut menyoal sama ada Mahiaddin akan disiasat dan didenda atau dilepaskan begitu saja ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau turut membandingkan dengan kes seorang rakyat biasa di Perak yang baru-baru ini didenda RM10 ribu hanya kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

“Adakah tindakan dan kompaun serupa akan dikenakan terhadap Mahiaddin juga kerana gagal memakai pelitup muka?,” tanya Guan Eng.

Selain Najib dan Guan Eng, ramai netizen juga membangkitkan perkara yang sama.

Mereka mempertikaikan jika amalan dua darjat berulang lagi berikutan kesalahan nyata yang dilakukan Mahiaddin itu.

Apatah kagi sebelum ini, Ismail Sabri Yaakob telah tampil memberi jaminan bahawa tiada sesiapa, baik VIP atau selebriti, terkecuali daripada tindakan jika didapati melanggar SOP.

Soalnya, mengapa sehingga sekarang tidak ada mana-mana pihak daripada kerajaan yang bersuara berkaitan pelanggaran SOP Mahiaddin itu?

Baik Ismail Sabri, KJ, Dr. Adham Baba atau Dr. Noor Hisham, mengapa semuanya diam membisu?

Kalau tiada tindakan atau siasatan dilakukan, kenapa tidak ada yang tampil bercakap membela dan mempertahankan Mahiaddin?

Bukankah Mahiaddin adalah Perdana Menteri yang dengan kedudukan itu beliau sebenarnya perlu dibela, dipertahan, disokong dan dibodek oleh para menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan, tak kira apa kesalahan pun dilakukannya?

Takkan Mahiaddin mahu dibiarkan begitu saja dipersoalkan kelakuannya oleh Najib, Guan Eng dan juga netizen?

Jika bodek pun dah tak reti, baiklah semua menteri yang berkaitan Covid19 dan Ketua Pengarah Kesihatan, letak jawatan dan berhenti daripada jawatan masing-masing dengan segera? 

(Shahbudindotcom 02/04/2021)






TAKUT ATAU JILAT TAK TAU NAK AGAK


IBRAHIM MAT ISA


Agamawan turn to politaik biasanya menjilat tak reti nak agak! Hanyut dengan kuasa dan pangkat demi dunia..


Ingatlah: agamawan ialah orang yang pertama sangat sensitif terhadap kemungkaran, bukan seperti dijahit mulut!



KESIAN RATU BADAK JKOM NI..MUDA MUDA JADI BODO....




W.Faudzin

 

Semakin upgrade kebodohan ratu naga.  Hahaha...

Nama pun gimmik...mana boleh letak no ic sebenar orang dan pamerkan...kad ahli PKR pun tak sebesar itu...pernah tengok tak cek besar yang dibuat gimik?  No siri atau akaun tu tepat ke tak? 


Itulah gimik...takkan sebodo itu ratu naga..adoiii...hahaha...selepas kena simbah dengan tepong dan telor oleh Jamal Jamban dulu, bertambah teruk bodonya betina ni...hahaha




KLUSTER KATAK LEBIH BAHAYA DARIPADA KLUSTER COVID-19




“Walaupun setelah cuba untuk membeli tiga atau empat ahli Parlimen parti kami, mereka masih lagi tidak mempunyai majoriti,” dakwa Anwar seperti dipetik UTUSAN ONLINE Karupaiya dan Michael Teo mengesahkan bahawa mereka telah diajak untuk melompat parti dan mendukung PERIKATAN NASIONAL.





Akhirnya Pas Membuat Keputusan Akan Bersama PPBM, Pada Pilihanraya Umum ...

'Wajar Undur Diri, Jawatan Hanya Sementara'

SIAPA PEGANG KESTABILAN POLITIK DI MALAYSIA?



“Pelaburan berkualiti tinggi ini adalah sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk menjadi a high income nation, ekonomi yang berdaya saing dan mengurangkan kebergantungan kepada keperluan tenaga kerja asing,” tegasnya. Namun, hakikatnya, pada Januari lalu, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNTAD) melaporkan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia merosot 68 peratus pada tahun 2020, iaitu kadar terburuk di Asia Tenggara.




TEDIAAA AIH..MENTERI BESAQ NAK BELAT AYAQ..MINTA KAT PENANG BILA TENAT..ANAK MUDA PULAK BAGUIH PUNYA DOK STONE..KAH....

 


35 remaja dicekup pesta dadah di Kedah

35 remaja dicekup pesta dadah di Kedah

Seramai 35 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Andalas, Hutan Kampung pada Khamis kerana menyertai parti liar.

Kesemua mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana berkumpul di sebuah rumah dalam jumlah yang ramai.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim.

Dalam serbuan itu, 24 daripadanya adalah lelaki manakala 11 daripadanya merupakan wanita berusia antara 16 hingga 26 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, daripada jumlah yang ditahan, 28 individu terbabit didapati positif dadah ketamin dan methapetamine.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan jam 3.30 pagi Khamis, kesemua mereka sedang berhibur dengan memasang muzik dengan kuat dan berkhayal.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Selain itu, empat individu lagi ditahan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah.

“Kesemua 35 individu itu dikenakan kompaun mengikut Seksyen 22(b) Akta 342 dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kesemua mereka dibawa ke IPD Kota Setar untuk dibuat laporan dan diambil tindakan lanjut.
Beliau berkata, ‘Ops Parti Liar’ itu disertai dua pegawai dan lapan anggota. 






Gempar! Adun Bersatu bakal lompat parti?

 


Gempar! Adun Bersatu bakal lompat parti?


Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang menafikan dakwaan beliau pro-UMNO dan bakal lompat parti kerana dikatakan banyak kali tidak menghadiri program anjuran parti sendiri.

Terbaru, beliau dikatakan tidak menghadiri mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor di Putrajaya yang dipengerusikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

Mazlan yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor berkata, beliau enggan peduli dakwaan yang dibuat dan menyifatkan itu sebagai persepsi dan andaian sesetengah pihak.

“Secara kebetulan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Johor dan mesyuarat parti pun buat tarikh yang sama.

“Jadi saya selaku Exco kerajaan yang menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, saya mengutamakan hal berkaitan rakyat dalam keadaan pandemik Covid-19.

“Jadi kita kurangkan pasal parti ini, kita lebihkan fokus kerja, pasal pengurusan rakyat. Mesyuarat Exco ni penting, kena hadir kan?” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari RTM Ke-75 peringkat Negeri Johor bertempat di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar di sini, pada Khamis.

Bekas Pengerusi Bersatu Johor itu turut menegaskan masih menjadi ahli Bersatu.

Jelasnya, pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya termasuk menukar pendaftaran mengundi ke daerah lain.

“Cuba check (semak). Nama dan IC (kad pengenalan) saya masih lagi di DUN Puteri Wangsa.

“Yang melompat, ada macam-macam ‘katak’ lompat tapi saya tak pernah lompat parti pun tapi parti saya pula yang melompat. Itu terbalik, kena bezakan.

“Ada orang cakap YB Mazlan buat parti. Awak cuba faham pasal istilah parti. Saya tak pernah pun buat parti, saya masih duduk kat sini dan sampai sekarang saya masih ahli Bersatu.

“Saya macam ginilah. Tapi politik ni boleh berubah-ubah.. esok macam tu pula. Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun asal daripada UMNO, akhirnya menubuhkan parti baru.

“Politik ni kadang-kadang kita tidak boleh jangka apa esok, lusa akan berlaku. Macam-macam perkara, dalam sistem demokrasi, ia tidak menghalang (lompat parti). Tak ada dalam akta boleh menghalang orang nak masuk parti mana,” katanya. 










SUDAH LAH PAS...DARI DULU ASYIK SALAHKAN RAKAN DALAM APA JUA HUBUNGAN..

 


Panas! PAS kecam UMNO, menyimpang dari Muafakat Nasional

PAS kecam UMNO, menyimpang dari Muafakat Nasional

PAS menolak mufakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional (MN) yang asal, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang.

Ini susulan tekanan daripada Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN), sebaliknya hanya mahu memfokus ke arah MN.

“PAS menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat Muafakat Nasional yang asal.

“PAS mengajak semua kumpulan Islam untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu, Perikatan Nasional (PN) bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

“Selain itu juga bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem bagi menyelamatkan negara, tanpa menghabiskan masa,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun tidak menyebut Umno secara khusus, kenyataan Abdul Hadi itu dilihat merujuk kepada kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang menggesa PAS untuk menghormati piagam MN.

Semalam, Zahid membuat kenyataan tersirat, dipercayai merujuk kepada PAS supaya tidak mengulangi kegagalan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Semangat 46 dengan memilih sekutu yang salah dalam pilihan raya kelak.

Hal ini selepas Umno membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

PAS bagaimanapun memutuskan untuk kekal bersama PN menjelang PRU.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat lebih lantang menyuarakan pandangannya.

Tuan Ibrahim berkata, mereka telah sepakat membentuk kerajaan PN bersama-sama, dan persoalan tentang lompat parti tidak timbul saat itu kerana semuanya ‘gembira’ atas kerjasama tersebut.

“Kenapa kini kita hilang pertimbangan dengan melupai asas pembentukan MN waktu kita jadi pembangkang dan tidak menghargai situasi kini yang kita dapat bentuk kerajaan bersama.

“Hebatkah kita kerana merasai kita kuat dengan ahli berjuta, lalu kita rasa dahulu sama dengan sekarang.

“Apakah dua parti lebih baik dari tiga kerana mendapat lebih banyak kerusi untuk bertanding, lalu kita berangan-angan akan pasti menang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga merujuk kepada keengganan Umno memberi laluan kepada Bersatu berhubung isu pengagihan kerusi dan rancangan untuk bertanding di semua kerusi parti itu.

Tambahnya, PAS masih berpendirian bahawa kerjasama antara tiga parti Melayu itu adalah jalan yang terbaik.

Tuan Ibrahim turut mengingatkan bahawa Umno dan PAS telah bersetuju untuk menjemput Bersatu menyertai MN.

“Sayangnya surat persetujuan (Bersatu) itu tidak disambut sehingga kini.

“Ia terjadi kerana Umno kecewa bila PN didaftarkan sebagai gabungan parti. Ia dilihat penting bagi kerajaan PN kerana ada parti yang mendukung kerajaan,” katanya.

Untuk rekod, ketika PAS dan Umno bersetuju mengukuhkan MN, ia dipersetujui dan ditandatangan oleh hanya kedua-dua parti itu tanpa melibatkan Bersatu. 





MENYANYILAH REFORMASI DALAM IRAMA APA SAJA, ASAL TIDAK BERUBAH SENIKATANYA.

 

May be an image of 1 person and text that says "Anwar Ibrahim REFORMAS Keadilay Kebenaran, Kebebasan Lawan Tetap Lawan! Lawan Dengan Tujuan Malaysia Bebas Dari Genggamar Pengkhianatan dan Kebatilan"



Setakat meramaikan ahli, bagus PKR membuka pintu rumahnya untuk pelbagai lapisan rakyat menyertainya, dengan penuh kesedaran bahawa mereka bertanggungjawab dalam memulihkan Malaysia diterajui DS Anwar Ibrahim

.Cuma sedikit peringatan dari saya yang tak cemerlang, gemilang, terbilang NAMUN tetap setia dengan perjuangan ini. JANGAN sampai strategi pengkhianatan Mahathir berulang lagi! JANGAN juga kerana mereka sudah arif tentang sikap keterbukaan, keikhlasan DSAI dalam menerima sokongan sesiapa dalam melaksana reformasi, mereka sekadar menjadi sokongan yang membawa rebah kemudian hari.

Benar perjuangan PKR bukan utk merebut jawatan atau sekadar menang PRU sahaja. TETAPI jika tidak berjawatan bagaimana merencana gerak kerja, mendapat sokongan dan jika tidak menang BILAkah Malaysia akan direformasi?

JANGAN sampai Reformasi terus menjadi ilusi yang tidak mungkin menjadi realiti. Dr Burhanudin al Helmy tidak dapat melaksana islahnya kerana kefahaman waktu itu amat berbeda dan sokongan tidak dapat disatukan seluruh negara kerana serba kekurangan kaedahnya.

Sekarang, jika strategi diatur dengan baik, kesedaran khusus kepada anak muda disampaikan dengan jelas, maka TIDAK mustahil Reformasi 2.0 dalam norma baru akan berlaku.

Namun dalam keghairahan DSAI mendapat sokongan orang muda dan menjadikan DSAI adiwira JANGAN pernah lupa pengorbanan orang lama yang sekarang sudah tua, sekurang2nya kenang doa mereka WALAU reformasi 2.0 tidak dapat mereka sertai kerana perbedaan teknologi dan keadaan fizikal yang tidak membenarkan mereka beraksi lagi.

Sesungguhnya DSAI tidak bersama kami secara fizikal di Reformasi 1.0 dimana kami dihujani air kimia, dikejar, diserang, disepak diterajang. 6 tahun kami berperang dengan penguasa tiada perikemanusiaan menafikan hak kami sebagai rakyat menuntut keadilan.

Setelah DSAI dibebaskan, kami merasa sungguh bangga dapat bersama walau 6 tahun kami berjuang hanya dengan laungan REFORMASI tiada sosok DSAI memimpin kami.

Hari ini Reformasi dilaungkan dan DSAI dapat menerajui anak muda zaman ini. Dalam memenuhi harapan mereka sebagai pewaris negara, jangan abaikan nasihat yang lama, yang tua. Doa tetap senjata ampuh dalam setiap perjuangan.

Kami pernah muda dan lebih 20 tahun melalui, menanti, Reformasi menjadi realiti. Ramai antara kami sudah kembali tanpa menikmati Malaysia direformasi. Kali ini gagasan baru anak muda alaf ini, PASTI akan terkabul jika setiap yg menyumbang dihargai walau sekadar doa!

DSAI, kami tetap setia bersama kerana agenda DSAI memulih dan mengangkat negara tercinta. Samada DSAI bersama atau tidak kami tetap menggenggam obor reformasi. Sekiranya barisan muda alaf baru ini tidak mengerti, menyambut obor dan menggantikan kami, maka Reformasi akan terus menjadi ilusi. Biarlah anak muda alaf ini menjadi penyambut obor sebagai suatu transisi agar semangat Reformasi terus menerangi BUKAN sekadar trend yang berubah mengikut selera zaman.

Biar lagu Reformasi didendang secara pop, rock, keroncong, blues, ballad, rap, punk atau irama apa pun yang sesuai dengan pencinta seni ASAL lirik Reformasi tidak diubah dari yang ASLI.

Terimalah sesiapa sahaja menyertai gerakan reformasi TANPA agenda reformasi dikompromi, dinodai.

Ikhlas

KakIda

2/4/2021

 

PELABUR TAK MASUK , SAMPAH KAU BAWA MASUK...SAMPAH BETUL

 May be an image of 1 person and text that says "i mhdaily.net Menteri sahkan sampah yang tiba dari Amerika adalah 'bersih'"

NAMA PUN TAK JUJUR..MACAMANA YANG LAIN..


Shahbudin


 Oleh kerana nama yang tercatat dalam KPnya ialah Mahiaddin, bermakna banyak perkara yang selama ini ditandatanganinya menggunakan nama Muhyiddin akan turut terbatal dan tidak sah.


Apa punya malanglah kita ada PM macam ni, nama sendiri pun dia tak jujur dengan rakyat.


Adakah beliau malu dengan nama Mahiaddin yang diberi oleh ayahnya, lalu sanggup menukarnya kepada Muhyiddin?


Ingat artis ke nak guna nama glamour yang lain daripada nama sebenar?





KESIAN..TAK DAK ORANG NAK CADANGKAN DIA..KAH...

Kesihan dia.  Takde org angkat nama dia, terpaksa angkat sendiri.  Bertanding jadi Presiden umno pun kalah dgn Zahid, ada hati nak jadi PM...adoiii



 

ARTIS BUKAN PETANDA KEMENANGAN


Hamdan Taha


 Artis menjadi ahli parti politik bukan lah baru tetapi sejak lama dulu


Dulu dulu artis masuk umno dan terlibat berkempen dalam pilihanraya dan umno menang tetapi bukan kerana artis tersebut umno menang


Kemudian Pas pula berduyun duyun artis yang berhijrah kononnya terus masuk Pas. Hari ni mereka masuk je terus dapat jemputan ceramah,pakai ketayap dan orang pun panggil ustaz terus maka mereka di peralatkan juga oleh Pas seperti mana umno mengunakan artis untuk buat pertunjukan supaya orang datang terutama di luar bandar dan sabah juga serawak


Tapi sekarang saya tak jumpa lagi artis yang masuk Pas masih bersama Pas lagi,jika ada pun barangkali Bob Lokman itu pun barangkali,kerana ramai dari mereka berkata berhijrah untuk jadi baik ni bukan Pas tempatnya walau pun berdiri di pentas juga bezanya pentas hiburan ke pentas ceramah.


 Agenda sama masa artis menyanyi dah hijrah masuk Pas kata kat Umno pula. Akhirnya mereka sedar di peralatkan dan mereka jumpa tempat yang benar iaitu Jemaah Tabliq dan sekarang semuanya mereka berada di situ ( saya berani tulis ini kerana saya di beritahu sendiri oleh beberapa artis ni semasa kami sama sama keluar tiga hari bersama jemaah tabliq)


Artis sebenarnya tak boleh bawa parti itu kuat dan menang PRU buktinya ramai artis masuk Pas satu ketika dulu tapi Pas tak menang sehinggakan Pas letak calun aisyah bertanding Pru tapi kalah dan tak menang ini membuktikan artis tak boleh membantu parti itu kuat atau menang...


MCA pernah guna Pemain Bola sepak paling popular untuk bertanding di Melaka tapi tetap kalah kepada calun Dap


Parti politik perlukan orang politik yang ada pengaruh dan boleh mengatur gerak kerja baru lah boleh kita raikan. Semalam PKR dan Presidennya amat berbangga dapat membawa beberapa artis masuk ke PKR dan di sambut besar besaran kononnya memberi kelebihan pada PKR (tahniah tetapi saya hanya tersenyum sahaja) dan lebih bagus lagi terus pula di beri tempat untuk bertanding...


Maka kesetiaan ahli yang puluhan tahun buat kerja untuk parti dan Anwar pun tak pernah di rai seperti mereka dapat...


Ini semua jalan jalan menuju jalan mati...anwar dan ramai lagi pemimpin parti politik masih berfikiran bahawa yang setia itu tetap setia dan tak perlu dah di rai lagi. Anwar lupa Azmin Ali bukan saja satu ketika amat setia padanya malah orang yang dia percaya lebih dari wan azizah dan semua makluk di dunia ini...sehinggakan ramai yang kecil hati kepada Anwar kerana Azmin....tapi sekarang orang itu lah yang menjadikan beliau kekal seadanya seperti sekarang...bagi Azmin pula dia kata Aku orang paling setia dengan Anwar pun dia nak bunuh dengan mengarahkan rafizi bertanding apa tah orang lain....sebelum dia bunuh aku lebih baik aku bunuh dia dulu....




Studio #KitaBudakAmpang : Segmen TERUS TERANG EP. 2












Kembali lagi dan eksklusif dari studio Kita Budak Ampang, saksikan program Terus Terang bersama tetamu-tetamu yang perlu berterus terang! Panel jemputan untuk episod 2 minggu ini ialah En Khairul Anuar @ Jonah yang akan bersama hos En. Shahrom Hassan dan panel tetap Dato' Hans Isaac





Tidak ada orang hormat orang seni selain Anwar - Afdlin Shauki

 


Salah satu sebab pelakon dan pengarah filem tanah air, Afdlin Shauki membuat keputusan untuk menyertai KEADILAN adalah disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Beliau menganggap, Anwar sentiasa menyokong perkembangan seni dan budaya tempatan berbanding mana-mana pemimpin politik lain.

"Tak ada orang hormat orang seni selain dari Anwar. Pemimpin sebelum ini tidak pernah benar-benar menyokong industri seni dan media. Mereka anggap kami ini sangat remeh. Hanya suruh kami baca buku.

"Stesen TV pula tidak ada yang beri jenaka intelektual supaya mengajar penonton dan membuka minda.





"Sebab itu ramai orang ingat orang seni ini bodoh. Orang seni adalah pemikir. Kerja sama berat dengan orang lain, kenapa kami tidak dijaga soal caruman KWSP dan SOCSO?

"Sebab itu kita nampak Anwar boleh membantu dalam perkara ini. Supaya dapat beri peluang pekerjaan kepada orang yang dibuang kerja dan tak ada kerja. Satu-satunya cara nak jaga semua adalah supaya Anwar menjadi Perdana Menteri," katanya.

Pada masa sama, Afdlin tertarik untuk menyertai KEADILAN adalah kerana ia parti berbilang kaum.

"Malaysia ini negara berbilang kaum, tetapi kenapa dalam filem muka Melayu sahaja? Tak salah buat filem Melayu, filem Cina, filem India tetapi sampai masa kita perlukan filem pelbagai bangsa. Filem yang memegang identiti negara," katanya.

Justeru, Afdlin berjanji akan membantu parti KEADILAN dalam memastikan agenda kepelbagaian kaum dapat dicapai dengan jayanya.

"Apa sahaja yang diperlukan akan dibantu. Kami akan bantu sedaya-upaya. Saya sendiri rasa filem Datuk Seri patut dibuat.

"Saya percaya orang tidak akan ambil nasihat tetapi orang akan ambil akhlak dan tingkah laku sebagai hero mereka.

"Kerana Anwar saya di sini, keadilan patut ditegakkan tidak kira apa jua," katanya.

 

KEADILAN parti masa depan Malaysia - Altimet

 



Penyanyi terkemuka tanah air, Altimet mengakui beliau membuat keputusan untuk menyertai KEADILAN kerana menganggap ia sebagai parti yang mempunyai masa depan cerah untuk menerajui Malaysia.

Beliau juga mengakui dahulunya hanya pentingkan diri tetapi kini beliau amat bimbang dengan masa depan negara.

"Dulu saya pentingkan diri, tetapi bila sudah ada keluarga, saya mula fikir pasal orang lain. Ada dunia lagi besar di luar sana. Jadi jangan pentingkan diri, fikirkan juga orang lain dan masa depan negara.

"Sebab saya terfikir Malaysia akan jadi negara apa nanti, jadi amat penting dengan apa yang saya akan sumbangkan nanti. Sebab itu saya di sini," katanya.



Pada masa sama, beliau juga menganggap parti berasaskan kaum akan menjadi kurang relevan di masa akan datang.

“Mungkin dari segi kaum atau dari segi usia, saya rasa tempat untuk parti-parti ini atau betapa relevannya parti-parti ini semakin lama, semakin kurang.

“Tetapi, saya rasa KEADILAN adalah parti untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Penyampaian kad keahlian Altimet disampaikan oleh ibu penyanyi rap itu sendiri, Jamalah Agil yang turut memakai pakaian parti KEADILAN.

 

TAJUDDIN TEMPELAK KJ, MASA UMNO JATUH DAN KALAH, KAMU DI MANA?



 Umno akan “berterabur” jika mengikut saranan Khairy Jamaluddin supaya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

“Apa agendanya? Kita nak fokus kita punya tenaga, apa sahaja kita boleh, fokus untuk PRU15.

“Kalau minta pemilihan parti, berteraburlah. Kita perlu fikir untuk kemenangan parti, bukan fikir kepentingan diri,” kata Tajuddin yang juga pengarah pilihn raya parti.

“Kita perlu fikir untuk kemenangan parti. Bukan fikir kepentingan peribadi. Nak jawatan itu, jawatan ini. Ini nak pemilihan parti, tujuannya apa?” katanya dalam wawancara khas FMT.

Pada 30 Mac lalu, Khairy yang juga menteri sains, teknologi, dan inovasi, menggesa pucuk pimpinan Umno mengadakan pemilihan parti segera bagi menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai kemelut dalaman.

Beliau berkata, Umno tidak boleh menangguhkan pemilihan parti selepas PRU15, sebaliknya perlu menghadapi pilihan raya dengan parti diterajui kepimpinan baharu yang diterima rakyat.


Dalam menolak cadangan Khairy itu, Tajuddin turut mempersoalkan kejujuran Ahli Parlimen Rembau itu dan pemimpin Umno yang sependapat dengannya, khususnya rekod mereka ketika Umno menempuhi pelbagai cabaran.

“Masa kita jatuh dan kalah, kamu dekat mana? Mana kamu? Masa kita kalah.

“Masa kita bangkit semula bersama PAS, dalam penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional (MN), kamu di mana?

“Sekarang kamu lihat Umno sudah bagus, kamu kembali. Nak jadi jaguh. Keikhlasan kamu di mana?” katanya.

Tajuddin berkata sebelum ini beliau antara pemimpin yang bersusah payah untuk membuat pelbagai program bagi memperjuangkan kembali semangat Umno.

“Macam-macam program seperti Melayu Bangkit, Kebangkitan Ummah, Penyatuan Ummah dan (himpunan) Anti-Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Mana muka dia orang? Tetapi kita ini tidaklah sampai kata kamu dulu tak buat apa, kamu perlu keluar. Tidak. Kita buat ini untuk parti, ahli, dan rakyat.

“Tetapi janganlah sudah kita menuju kejayaan begini, kamu datang dengan bermacam-macam cadangan dan pandangan yang merosakkan hala tuju, strategi, serta perancangan parti. Nak memandai-mandai pula,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno Ahad lalu memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan menghadapi PRU15 bersendirian bersama Barisan Nasional.







Zahid sekolahkan PAS, belajarlah dari kegagalan APU dan Semangat 46 dahulu

 


Panas! Zahid sekolahkan PAS, belajarlah dari kegagalan APU dan Semangat 46 dahulu

April 2, 2021 

Saya tahu pelbagai persoalan ditimbulkan ramai pihak berhubung status Muafakat Nasional seusai Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Memandangkan Muafakat Nasional melibatkan rakan politik lain, maka tidak wajar saya menulis lebih daripada apa yang saya nyatakan di PWTC tempoh hari.

Cuma apa saya boleh sentuh sedikit secara terbuka di sini adalah UMNO serius dalam memperkukuhkan Muafakat Nasional yang ditubuhkan pada 2019.

Jika kita toleh sejenak ke belakang kita tidak akan terlupa betapa bukan mudah menyatukan ummah di bawah gagasan Muafakat Nasional ketika itu.

Namun syukur allhamdulillah pemeteraian Piagam Muafakat Nasional yang tulen berlangsung di Dewan Merdeka, dewan utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019.

Pelbagai kejayaan dilakar Muafakat Nasional sejak itu. Kemenangan banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) dan bersama memperjuangkan kepentingan rakyat.

Momentum keyakinan rakyat pelbagai bangsa dan agama sangat positif terhadap apa yang boleh ditawarkan oleh Muafakat Nasional yang sebenar.

Mereka percaya kepada Muafakat Nasional yang itu, bukan yang ini. Kerana sinergi yang terbentuk antara UMNO dan rakan partinya dalam sebuah gabungan penuh tulus ikhlas.

Justeru, saya berharap rakan politik UMNO dalam Muafakat Nasional berfikirlah sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan Muafakat Nasional yang asli.

Belajarlah daripada kisah Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang semuanya gagal kerana gabungan politik dibentuk tidak jujur dan ‘genuine’.

https://www.google.com.my/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/21829

#MuafakatNasional

Zahid Hamidi

 










UMNO sedia bersendiri, jika PAS rasa Bersatu lebih ‘lawa’ dan ‘kaya’, dasar ‘mata duitan’

 


UMNO sedia bersendiri, jika PAS rasa Bersatu lebih ‘lawa’ dan ‘kaya’, dasar ‘mata duitan’

April 2, 2021

Umno sedia bertanding ‘solo’ tanpa PAS pada PRU15, jika parti itu mendapati PPBM lebih “lawa” dan “kaya,” kata Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata demikian sehari selepas PAS-PPBM mengeluarkan kenyataan bersama, mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa pusat untuk memuktamadkan pengagihan kerusi antara dua parti itu pada PRU15.

Tajuddin enggan menyatakan sama ada kenyataan bersama itu boleh dianggap PAS memilih PPBM dan bukan Umno sebagai sekutunya pada PRU15, namun menegaskan Umno bersedia untuk apa jua kemungkinan.

“Kalau kita bersama PAS, walaupun belum ‘final’ (muktamad), Umno akan tanding sekurangnya 96 kerusi. Itu kalau bersama PAS. Kalau PAS suka bersama PPBM, dia tengok PPBM lagi lawa, kaya dia, (dan) kata Umno miskin, tak apa, miskinlah,” kata Tajuddin.

“Kita akan terus dengan semangat perjuangan. Kita akan tanding solo, tanpa PAS. Kalau PAS kata tak nak bersama kita, kita akan bertanding minimum 120 kerusi,” katanya dalam wawancara khas FMT.

Umno dan PAS sebelum ini menjadi sekutu menerusi penubuhan Muafakat Nasional yang menjadi teras kerjasama politik antara dua parti Melayu terbesar yang sering bermusuhan.

Bagaimanapun, hubungan baik antara dua parti itu yang terjalin menerusi MN, mula bergolak susulan tindakan PAS menjadi rakan utama PPBM dalam Perikatan Nasional. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pengerusi PN dan presiden PPBM.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) hujung minggu lalu, parti itu memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dalam menghadapi PRU15. Beberapa pemimpin kanan Umno juga mahukan PAS memilih antara Umno dan PPBM sebagai sekutunya pada pilihan raya umum nanti.

Tajuddin beritahu FMT, Umno tetap mahu bertanding di semua kerusi tradisinya, termasuk kerusi yang disandang oleh mereka yang menang atas tiket Umno sebelum lompat ke PPBM.

Jika ada perubahan dalam jumlah kerusi yang bakal ditandingi Umno, ia hanya tertakluk kepada perbincangan dengan PAS, kata beliau.

“Semua kerusi yang kerusi Umno kita akan dapatkan balik. Kita yakin boleh menang. Dengan PPBM, kita tak ada nak bincang kerusi. Sekarang hanya (tinggal soal) dengan PAS,” kata Tajuddin. 









MASA KAWAN NGAN PENGAT TAIK .SAPA HALANG YAHUDI...LA NI KALAU HALANG KAWAN NGAN BERSATU SAH TONGHUD...KAH...


Masa tengah susah selepas jadi kera sumbang, dapat berkawan dengan Umno, cukup marah dia kalau siapa halang penyatuan Umno-Pas yang digelar oleh Us Nasarudin Daud sebagai 'pengat taik' itu.  Sanggup cop orang sebagai Yahudi.  Hebat !!



Tapi...bila dapat kesenangan, dapat kuasa sikit jadi duta khas melalui kerajaan tebuk atap, siapa 'kekasih' Hadi sekarang?  Di mana Umno di mata Hadi?  Sekarang ni, kalau sesiapa halang penyatuan Pas dan Bersatu/PN, bukan setakat Yahudi lagi, mungkin Firaun atau Toghut kot....


Itulah lebai yg Umno mesti kenali....





NIAT PENYATUAN BUKAN MELAYU ISLE- JATAWAN TU NO WAHID


Hamzah TieNa

 Niat peyatuan tu bukan kerana agama seperti yang dilaungkan, semuanya retorik politik sahaja. Pas-tinya mereka gagal dan kecundang akhirnya.


Padan Muka..

Kamu kan tahu yang dia tu penipu, muka dia pun muka penipu.. yang kamu berdua yang bijak pandai yang boleh kena tipu ni pasal apa?

Kamulah yang bodoh !!!

- Allahyarham Tan Sri P.Ramlee



Kenapa UMNO jadi huru-hara:-



1. Yang jadi Presiden tak jadi menteri, tapi yang kalah bertanding jawatan tersebut dijadikan menteri.


2. Yang jadi Timbalan Presiden juga tak jadi menteri, namun yang kecundang jawatan itu dilantik menteri.


3. Yang lari dan enggan bertanding pada 2018 kerana UMNO telah hilang kuasa pun turut dijadikan menteri


4. Di Sabah, selepas PRN, mereka yang ada kes mahkamah boleh diberikan jawatan kerana hireaki parti kononnya dihormati, tapi di Pusat tidak begitu jadinya.


Siapa yang menjadikan UMNO huru-hara?