Zahid sekolahkan PAS, belajarlah dari kegagalan APU dan Semangat 46 dahulu

 


Panas! Zahid sekolahkan PAS, belajarlah dari kegagalan APU dan Semangat 46 dahulu

April 2, 2021 

Saya tahu pelbagai persoalan ditimbulkan ramai pihak berhubung status Muafakat Nasional seusai Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Memandangkan Muafakat Nasional melibatkan rakan politik lain, maka tidak wajar saya menulis lebih daripada apa yang saya nyatakan di PWTC tempoh hari.

Cuma apa saya boleh sentuh sedikit secara terbuka di sini adalah UMNO serius dalam memperkukuhkan Muafakat Nasional yang ditubuhkan pada 2019.

Jika kita toleh sejenak ke belakang kita tidak akan terlupa betapa bukan mudah menyatukan ummah di bawah gagasan Muafakat Nasional ketika itu.

Namun syukur allhamdulillah pemeteraian Piagam Muafakat Nasional yang tulen berlangsung di Dewan Merdeka, dewan utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September 2019.

Pelbagai kejayaan dilakar Muafakat Nasional sejak itu. Kemenangan banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) dan bersama memperjuangkan kepentingan rakyat.

Momentum keyakinan rakyat pelbagai bangsa dan agama sangat positif terhadap apa yang boleh ditawarkan oleh Muafakat Nasional yang sebenar.

Mereka percaya kepada Muafakat Nasional yang itu, bukan yang ini. Kerana sinergi yang terbentuk antara UMNO dan rakan partinya dalam sebuah gabungan penuh tulus ikhlas.

Justeru, saya berharap rakan politik UMNO dalam Muafakat Nasional berfikirlah sejelas-jelasnya mengenai kepentingan untuk mempertahankan gagasan Muafakat Nasional yang asli.

Belajarlah daripada kisah Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 dahulu yang semuanya gagal kerana gabungan politik dibentuk tidak jujur dan ‘genuine’.

https://www.google.com.my/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/21829

#MuafakatNasional

Zahid Hamidi

 










No comments: