Tidak ada orang hormat orang seni selain Anwar - Afdlin Shauki

 


Salah satu sebab pelakon dan pengarah filem tanah air, Afdlin Shauki membuat keputusan untuk menyertai KEADILAN adalah disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Beliau menganggap, Anwar sentiasa menyokong perkembangan seni dan budaya tempatan berbanding mana-mana pemimpin politik lain.

"Tak ada orang hormat orang seni selain dari Anwar. Pemimpin sebelum ini tidak pernah benar-benar menyokong industri seni dan media. Mereka anggap kami ini sangat remeh. Hanya suruh kami baca buku.

"Stesen TV pula tidak ada yang beri jenaka intelektual supaya mengajar penonton dan membuka minda.





"Sebab itu ramai orang ingat orang seni ini bodoh. Orang seni adalah pemikir. Kerja sama berat dengan orang lain, kenapa kami tidak dijaga soal caruman KWSP dan SOCSO?

"Sebab itu kita nampak Anwar boleh membantu dalam perkara ini. Supaya dapat beri peluang pekerjaan kepada orang yang dibuang kerja dan tak ada kerja. Satu-satunya cara nak jaga semua adalah supaya Anwar menjadi Perdana Menteri," katanya.

Pada masa sama, Afdlin tertarik untuk menyertai KEADILAN adalah kerana ia parti berbilang kaum.

"Malaysia ini negara berbilang kaum, tetapi kenapa dalam filem muka Melayu sahaja? Tak salah buat filem Melayu, filem Cina, filem India tetapi sampai masa kita perlukan filem pelbagai bangsa. Filem yang memegang identiti negara," katanya.

Justeru, Afdlin berjanji akan membantu parti KEADILAN dalam memastikan agenda kepelbagaian kaum dapat dicapai dengan jayanya.

"Apa sahaja yang diperlukan akan dibantu. Kami akan bantu sedaya-upaya. Saya sendiri rasa filem Datuk Seri patut dibuat.

"Saya percaya orang tidak akan ambil nasihat tetapi orang akan ambil akhlak dan tingkah laku sebagai hero mereka.

"Kerana Anwar saya di sini, keadilan patut ditegakkan tidak kira apa jua," katanya.

 

No comments: