MENYANYILAH REFORMASI DALAM IRAMA APA SAJA, ASAL TIDAK BERUBAH SENIKATANYA.

 

May be an image of 1 person and text that says "Anwar Ibrahim REFORMAS Keadilay Kebenaran, Kebebasan Lawan Tetap Lawan! Lawan Dengan Tujuan Malaysia Bebas Dari Genggamar Pengkhianatan dan Kebatilan"



Setakat meramaikan ahli, bagus PKR membuka pintu rumahnya untuk pelbagai lapisan rakyat menyertainya, dengan penuh kesedaran bahawa mereka bertanggungjawab dalam memulihkan Malaysia diterajui DS Anwar Ibrahim

.Cuma sedikit peringatan dari saya yang tak cemerlang, gemilang, terbilang NAMUN tetap setia dengan perjuangan ini. JANGAN sampai strategi pengkhianatan Mahathir berulang lagi! JANGAN juga kerana mereka sudah arif tentang sikap keterbukaan, keikhlasan DSAI dalam menerima sokongan sesiapa dalam melaksana reformasi, mereka sekadar menjadi sokongan yang membawa rebah kemudian hari.

Benar perjuangan PKR bukan utk merebut jawatan atau sekadar menang PRU sahaja. TETAPI jika tidak berjawatan bagaimana merencana gerak kerja, mendapat sokongan dan jika tidak menang BILAkah Malaysia akan direformasi?

JANGAN sampai Reformasi terus menjadi ilusi yang tidak mungkin menjadi realiti. Dr Burhanudin al Helmy tidak dapat melaksana islahnya kerana kefahaman waktu itu amat berbeda dan sokongan tidak dapat disatukan seluruh negara kerana serba kekurangan kaedahnya.

Sekarang, jika strategi diatur dengan baik, kesedaran khusus kepada anak muda disampaikan dengan jelas, maka TIDAK mustahil Reformasi 2.0 dalam norma baru akan berlaku.

Namun dalam keghairahan DSAI mendapat sokongan orang muda dan menjadikan DSAI adiwira JANGAN pernah lupa pengorbanan orang lama yang sekarang sudah tua, sekurang2nya kenang doa mereka WALAU reformasi 2.0 tidak dapat mereka sertai kerana perbedaan teknologi dan keadaan fizikal yang tidak membenarkan mereka beraksi lagi.

Sesungguhnya DSAI tidak bersama kami secara fizikal di Reformasi 1.0 dimana kami dihujani air kimia, dikejar, diserang, disepak diterajang. 6 tahun kami berperang dengan penguasa tiada perikemanusiaan menafikan hak kami sebagai rakyat menuntut keadilan.

Setelah DSAI dibebaskan, kami merasa sungguh bangga dapat bersama walau 6 tahun kami berjuang hanya dengan laungan REFORMASI tiada sosok DSAI memimpin kami.

Hari ini Reformasi dilaungkan dan DSAI dapat menerajui anak muda zaman ini. Dalam memenuhi harapan mereka sebagai pewaris negara, jangan abaikan nasihat yang lama, yang tua. Doa tetap senjata ampuh dalam setiap perjuangan.

Kami pernah muda dan lebih 20 tahun melalui, menanti, Reformasi menjadi realiti. Ramai antara kami sudah kembali tanpa menikmati Malaysia direformasi. Kali ini gagasan baru anak muda alaf ini, PASTI akan terkabul jika setiap yg menyumbang dihargai walau sekadar doa!

DSAI, kami tetap setia bersama kerana agenda DSAI memulih dan mengangkat negara tercinta. Samada DSAI bersama atau tidak kami tetap menggenggam obor reformasi. Sekiranya barisan muda alaf baru ini tidak mengerti, menyambut obor dan menggantikan kami, maka Reformasi akan terus menjadi ilusi. Biarlah anak muda alaf ini menjadi penyambut obor sebagai suatu transisi agar semangat Reformasi terus menerangi BUKAN sekadar trend yang berubah mengikut selera zaman.

Biar lagu Reformasi didendang secara pop, rock, keroncong, blues, ballad, rap, punk atau irama apa pun yang sesuai dengan pencinta seni ASAL lirik Reformasi tidak diubah dari yang ASLI.

Terimalah sesiapa sahaja menyertai gerakan reformasi TANPA agenda reformasi dikompromi, dinodai.

Ikhlas

KakIda

2/4/2021