KEADILAN parti masa depan Malaysia - Altimet

 



Penyanyi terkemuka tanah air, Altimet mengakui beliau membuat keputusan untuk menyertai KEADILAN kerana menganggap ia sebagai parti yang mempunyai masa depan cerah untuk menerajui Malaysia.

Beliau juga mengakui dahulunya hanya pentingkan diri tetapi kini beliau amat bimbang dengan masa depan negara.

"Dulu saya pentingkan diri, tetapi bila sudah ada keluarga, saya mula fikir pasal orang lain. Ada dunia lagi besar di luar sana. Jadi jangan pentingkan diri, fikirkan juga orang lain dan masa depan negara.

"Sebab saya terfikir Malaysia akan jadi negara apa nanti, jadi amat penting dengan apa yang saya akan sumbangkan nanti. Sebab itu saya di sini," katanya.



Pada masa sama, beliau juga menganggap parti berasaskan kaum akan menjadi kurang relevan di masa akan datang.

“Mungkin dari segi kaum atau dari segi usia, saya rasa tempat untuk parti-parti ini atau betapa relevannya parti-parti ini semakin lama, semakin kurang.

“Tetapi, saya rasa KEADILAN adalah parti untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Penyampaian kad keahlian Altimet disampaikan oleh ibu penyanyi rap itu sendiri, Jamalah Agil yang turut memakai pakaian parti KEADILAN.

 

No comments: