KINI 70 CERDIK PANDAI MENYOKONG ANWAR


 

SOKONGAN CENDIAKAWAN MELAYU G70 TERHADAP ANWAR IBRAHIM


 

(Langsung) Grand Finale Jelajah Mega Pakatan Harapan

SAMAN DIA SAMPAI TINGGAI TELOQ

 

Kait ‘perwatakan moral’, Anwar hantar surat tuntutan kepada Sanusi.




Anwar Ibrahim (kiri) mendesak Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor menarik balik ucapannya yang dimuat naik ke Facebook yang dianggap bersifat fitnah.

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menghantar surat tuntutan kepada Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berhubung ucapan dimuat naik ke Facebook yang didakwa membayangkan presiden PKR itu berperwatakan tidak bermoral.

Dalam surat diserahkan hari ini, Anwar mendesak Sanusi segera menarik balik ucapan itu yang dianggap berunsur fitnah.

Surat itu menuntut supaya Sanusi memohon maaf di media pilihan Anwar. Sanusi juga perlu memberi jaminan bertulis untuk tidak mengulangi dakwaan berkenaan, jika tidak prosiding undang-undang akan dimulakan terhadapnya.

Dalam surat dihantar oleh peguam SN Nair, Anwar yang bertanding untuk kerusi Parlimen Tambun di Perak berkata beliau akan memfailkan saman fitnah RM10 juta kerana reputasinya terjejas.

“Saman akan difailkan sekiranya Sanusi gagal memberi respons kepada surat tuntutan ini dalam tempoh tiga hari,” kata peguam itu.

Nair berkata, Sanusi antara lain membayangkan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, selain bersifat penipu, pengkhianat, hipokrit dan bukan seorang Muslim yang baik.

Nair berkata, Anwar menerima pengampunan diraja penuh pada 16 Jun 2018 bagi tiga sabitan terhadapnya – iaitu satu tuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan liwat – atas alasan berlakunya “salah laksana keadilan”.

Katanya pengampunan itu juga disebabkan wujud konspirasi untuk menyerang dan “membunuh” karakter politik Anwar.

Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS dikatakan membuat ucapan itu ketika berkempen bagi menyokong calon Perikatan Nasional Ahmad Faizal Azumu yang juga bekas Ahli Parlimen Tambun.

Ucapan itu dimuat naik di Facebook Faizal pada Ahad. Susulan itu, Anwar berkata ia merosakkan reputasinya memandangkan hantaran itu dilihat 81,000 kali selain mendapat 383 komen, 500 reaksi, dan dikongsikan 61 kali pada masa surat tuntutan itu dihantar.

Menurutnya, isi kandungan ucapan itu turut dilaporkan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris oleh portal berita Malaysiakini, malah videonya juga dimuat naik ke situ.

Pada 9 Nov, Anwar menghantar surat tuntutan kepada Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berhubung dakwaannya di satu ceramah bahawa presiden PKR itu akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis, dan menyokong agenda komunis.

Anwar memberikan bekas ADUN Gunung Semanggol itu tujuh hari untuk membalas dan membayarnya RM5 juta kerana merosakkan reputasinya, berserta kos perundangan.

Dua minggu lalu, Anwar menghantar surat tuntutan serupa kepada bekas ahli PKR Faizal Effendi Hasim kerana didakwa membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadapnya menerusi akaun TikTok @mr_ari11.


Sokong PN rakyat kena scam?







 Menjelang dua hari sebelum mengundi, rakyat Malaysia diingatkan agar tidak terpedaya dengan cogankata 'Bersih dan Stabil' yang dilaung laungkan PN ketika ini.


Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli mendakwa, rakyat akan kena scam sekiranya mereka memberi undi kepada PN dan berharap gabungan itu akan mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.


Malah, dakwanya, tidak mustahil selepas keputusan pilihan raya diumumkan kelak Pas juga akan scam Bersatu untuk bersama sekutu lamanya, Umno.


"Bersatu dengan Pas masuk pilihan raya dia nak tipu orang Melayu. Dia cerita kononnya orang Melayu perlu tolak Umno sebab Umno rasuah, jahat. Scammer memang macam ini. Cuma kalau Pas nak kata dia bersih saya faham dia tak cerdik sangat nak sakau.


"Tetapi kalau Pas kata PN itu bersih dengan ada Bersatu di dalamnya, gila ke apa? Kita dah beritahu kapal LCS sapa watak utama? Bersatu.


"Saya pernah sebut kepada Muhyididn, kalau ingat Pas itu nampak bendul, maka selepas PRU ini yang akan kena scam bukan rakyat tetapi Bersatu bakal discam oleh Pas.


"Sebab saya kata Pas tidak ada niat untuk bersama PN. Pas hanya guna Bersatu dan PN sebab di tahu gabungan itu banyak duit. Kalau kita tegok PN ini hanya ada peluang menang di Pantai Timur dan Utara. Bersatu patut faham dia kena scam sebab Pas tidak pakai logo PN, pakai logo Pas (di Pantai Timur).


"Lepas keputusan nanti Pas mungkin menang 20 kerusi. PN hanya 4 - 5 kerusi sahaja," kata Rafizi dalam ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh Wilayah di Wangsa Maju, malam tadi.


Tambah Rafizi, strategi Pas kurang menjadi dan malah parti itu kini panik apabila mendapati Umno BN tidak akan menang sehingga 80 kerusi.


Oleh itu, katanya Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan terlepas cakap untuk bergabung dengan BN bagi membentuk Kerajaan Persekutuan berdasarkan formula perkongsian kuasa sedia ada.


"Pas jangka Umno menang lebih besar daripada PH. Maka rancangan mereka, kekasih lama kembali dating.


"Lepas cerai talak dua, nikah balik dengan Umno. Saya terangkan minggu lepas, banyak budak budak Pas buat tiktok kata fitnah kononnya.


"Hari ini bukan keluar dari mulut saya, keluar dari mulut Takiyuddin. Dia dah panik. Perkiraan dia tersasar. Dia ingat Umno menang 80 kerusi, campur 20 kerusi dia maka Umno dan pas boleh bergabung buat kerajaan.


"Sekarang kaji selidik meletakkan PH di hadapan. Jadi Takiyuddin sebut awal awal Pas terbuka bergabung dengan Umno.


"Saya cakap kepada pengundi Melayu yang masih terpengaruh dengan soal perkauman bahawa saudara telah kena scam. Lebih baik tahu awal. Kalau order barang lebih baik sebelum tekan butang bayar baca review dulu. Kalau orang kata barang koyak dan lain lain, jangan bayar.


"Rakyat Melayu cukuplah kena scam dengan Umno, Pas, Bersatu yang berlindung di belakang agama dan kaum ini untuk dapat kekayaan," katanya.


Mengenai BN pula, Rafizi berkata, gabungan itu akan mengangkat bendera putih tanda kekalahan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan.


Ujarnya, belum pernah BN masuk PRU dengan keadaan kucar kacir seperti sekarang dan pemimpin utamanya berebut untuk diberi kuasa merundingkan pembentukan kerajaan agar mereka menjadi PM.


"Hari ini, rakyat dipertontonkan sesama Umno pun mereka telah angkat separuh bendera putih kerana mereka mengakui yang berada di depan dan berpeluang paling baik membentuk kerajaan adalah PH.


"Sebab itu mereka mula bergaduh sesama sendiri. Tidak pernah dalam sejarah Timbalan Presiden Umno buat kenyataan terbuka kepada Presiden Umno beri amaran bahawa dia tidak ada kuasa merunding membentuk kerajaan. Sekarang dalam Umno mereka tahu mereka tak dapat kerusi majoriti


"Sebab itu Zahid nak runding kerana kalau dia yang runding, dia dapat jadi PM. Sebab itu Tok Mat nak runding juga, sebab Tok Mat berkira kira kalau dia runding dia jd PM. Khairy Jamaluddin berpandangan jauh sedikit, dia kira kira Umno akan kalah, dia bukan nak jadi PM, dia nak cantas Zahid terus selepas ini.


"Sebab itu mana pernah masuk PRU Umno BN bercakar begitu rupa. Sampai ada hujah terbuka di kalangan mereka, sampai 3 - 4 calon nak jadi PM," sinis Rafizi lagi.

ANWAR TERGAMAM LIHAT PENYOKONGNYA


 

ANWAR JAWAB MUHYIDDIN


 

SAFT BANGI














SAFT BANGI

Ramai minta saya SAFT kan Parlimen Bangi. Ada 8 penjuru di situ.

Setelah saya due-d dan nilai latar belakang, Saudara Syahredzan Johan (PH) pilihan saya.

Berpendidikan tinggi dengan latar belakang undang2, dan diterima masuk sebagai Barrister-at-Law di Lincoln’s Inn. Jarang dapat anak Melayu sebegini. Banyak dia buat kes pro bono untuk bantu orang ramai dalam kes SOSMA dan human rights.

Plus point, he has worked the ground. Sudah mula bekerja di Parlimen Bangi sejak 6 bulan lepas, membantu Mantan Wakil Rakyat Bangi, Dr. Ong Kian Ming.

Humble orangnya dan sahsiah baik. Anak kepada Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.

Ramai macam susah nak terima sebab dia dari DAP. Pada saya, Melayu wibawa dan berkaliber dalam DAP kita perlu sokong. Kerana patutnya ia parti pelbagai kaum. Beliau boleh bawa perspektif Melayu, dalam parti yang majoritinya Cina. Mana tahu satu hari nanti, beliau jadi Presiden di situ. Kita pun tumpang bangga. Ok

Makanya, ini pilihan saya untuk P102 Bangi.

Seperti biasa, jangan pajak otak tuan puan kepada penulis. Boleh saja due-d. We can always agree to disagree.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

KELAS DEMOKRASI DI KELANTAN

FAHMI REZA

Aku dapat DM dari seorang warga Kelantan yang nak bagi aku guna dewan dia untuk #KelasDemokrasi for free malam ni!

Lokasi: D'Highway Hall, Pasir Mas. Kita start #KelasDemokrasi jam 9:00 malam. Terbuka pada semua mahasiswa dan orang awam. Jumpa di sana!

 








(function() { var d = document, w = window; w

MENTERI KERAJAAN PERPADUAN TERLALU PERFORM

Suara rakyat untuk kerjaaan perpaduan. Sukar untuk dilihat pada kerajaan sebelum ini. Rakyat berharap agar pemimpin yang ada masa ini dapat ...