KENYATAAN MEDIA

 KENYATAAN MEDIA


16 November 2022


CALON PAKATAN HARAPAN P.017 PADANG SERAI MENINGGAL DUNIA


Dengan rasa penuh hiba dan dukacita saya memaklumkan bahawa sdr Karupaiya A/L Mutusami, mantan Ahli Parlimen Padang Serai merangkap calon Pakatan Harapan bagi P.017 Padang Serai telah meninggal dunia hari ini.


Kali terakhir kami bertemu adalah pada 14 November lalu, di atas pentas ceramah di Kulim. Mendiang telah memberi ucapan ringkas dan sempat bersama menjulang tangan di akhir ucapan Pengerusi Pakatan Harapan. (Rujuk gambar)


Mendiang sdr Karupaiya merupakan bekas Pegawai Waran 1, Angkatan Tentera Malaysia dan Ketua Cabang KEADILAN Padang Serai.


Mewakili seluruh keluarga besar KEADILAN dan Pakatan Harapan, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang. Pemergian mendian satu kehilangan besar kepada parti dan perjuangan Reformasi.


Jasa mendiang di Parlimen, kepada warga serta Cabang Padang Serai, dan juga kepada Angkatan Tentera Malaysia terutama para veteran akan senantiasa dikenang.


Mendiang meninggal dunia di dalam perjuangan menegakkan keadilan demi Malaysia yang lebih baik. Semangat ini akan diteruskan oleh para pejuang KEADILAN dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 ini.


Saifuddin Nasution Ismail

Setiausaha Agung KEADILAN

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan



No comments: