Menjelang dua hari sebelum mengundi, rakyat Malaysia diingatkan agar tidak terpedaya dengan cogankata 'Bersih dan Stabil' yang dilaung laungkan PN ketika ini.
Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli mendakwa, rakyat akan kena scam sekiranya mereka memberi undi kepada PN dan berharap gabungan itu akan mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.
Malah, dakwanya, tidak mustahil selepas keputusan pilihan raya diumumkan kelak Pas juga akan scam Bersatu untuk bersama sekutu lamanya, Umno.
"Bersatu dengan Pas masuk pilihan raya dia nak tipu orang Melayu. Dia cerita kononnya orang Melayu perlu tolak Umno sebab Umno rasuah, jahat. Scammer memang macam ini. Cuma kalau Pas nak kata dia bersih saya faham dia tak cerdik sangat nak sakau.
"Tetapi kalau Pas kata PN itu bersih dengan ada Bersatu di dalamnya, gila ke apa? Kita dah beritahu kapal LCS sapa watak utama? Bersatu.
"Saya pernah sebut kepada Muhyididn, kalau ingat Pas itu nampak bendul, maka selepas PRU ini yang akan kena scam bukan rakyat tetapi Bersatu bakal discam oleh Pas.
"Sebab saya kata Pas tidak ada niat untuk bersama PN. Pas hanya guna Bersatu dan PN sebab di tahu gabungan itu banyak duit. Kalau kita tegok PN ini hanya ada peluang menang di Pantai Timur dan Utara. Bersatu patut faham dia kena scam sebab Pas tidak pakai logo PN, pakai logo Pas (di Pantai Timur).
"Lepas keputusan nanti Pas mungkin menang 20 kerusi. PN hanya 4 - 5 kerusi sahaja," kata Rafizi dalam ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh Wilayah di Wangsa Maju, malam tadi.
Tambah Rafizi, strategi Pas kurang menjadi dan malah parti itu kini panik apabila mendapati Umno BN tidak akan menang sehingga 80 kerusi.
Oleh itu, katanya Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan terlepas cakap untuk bergabung dengan BN bagi membentuk Kerajaan Persekutuan berdasarkan formula perkongsian kuasa sedia ada.
"Pas jangka Umno menang lebih besar daripada PH. Maka rancangan mereka, kekasih lama kembali dating.
"Lepas cerai talak dua, nikah balik dengan Umno. Saya terangkan minggu lepas, banyak budak budak Pas buat tiktok kata fitnah kononnya.
"Hari ini bukan keluar dari mulut saya, keluar dari mulut Takiyuddin. Dia dah panik. Perkiraan dia tersasar. Dia ingat Umno menang 80 kerusi, campur 20 kerusi dia maka Umno dan pas boleh bergabung buat kerajaan.
"Sekarang kaji selidik meletakkan PH di hadapan. Jadi Takiyuddin sebut awal awal Pas terbuka bergabung dengan Umno.
"Saya cakap kepada pengundi Melayu yang masih terpengaruh dengan soal perkauman bahawa saudara telah kena scam. Lebih baik tahu awal. Kalau order barang lebih baik sebelum tekan butang bayar baca review dulu. Kalau orang kata barang koyak dan lain lain, jangan bayar.
"Rakyat Melayu cukuplah kena scam dengan Umno, Pas, Bersatu yang berlindung di belakang agama dan kaum ini untuk dapat kekayaan," katanya.
Mengenai BN pula, Rafizi berkata, gabungan itu akan mengangkat bendera putih tanda kekalahan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan.
Ujarnya, belum pernah BN masuk PRU dengan keadaan kucar kacir seperti sekarang dan pemimpin utamanya berebut untuk diberi kuasa merundingkan pembentukan kerajaan agar mereka menjadi PM.
"Hari ini, rakyat dipertontonkan sesama Umno pun mereka telah angkat separuh bendera putih kerana mereka mengakui yang berada di depan dan berpeluang paling baik membentuk kerajaan adalah PH.
"Sebab itu mereka mula bergaduh sesama sendiri. Tidak pernah dalam sejarah Timbalan Presiden Umno buat kenyataan terbuka kepada Presiden Umno beri amaran bahawa dia tidak ada kuasa merunding membentuk kerajaan. Sekarang dalam Umno mereka tahu mereka tak dapat kerusi majoriti
"Sebab itu Zahid nak runding kerana kalau dia yang runding, dia dapat jadi PM. Sebab itu Tok Mat nak runding juga, sebab Tok Mat berkira kira kalau dia runding dia jd PM. Khairy Jamaluddin berpandangan jauh sedikit, dia kira kira Umno akan kalah, dia bukan nak jadi PM, dia nak cantas Zahid terus selepas ini.
"Sebab itu mana pernah masuk PRU Umno BN bercakar begitu rupa. Sampai ada hujah terbuka di kalangan mereka, sampai 3 - 4 calon nak jadi PM," sinis Rafizi lagi.