ADA JUGA YANG BODO- TAK SEMUA CERDIK- KALAU SEMUA CERDIK ...UMNO PAS LAMA DAH BERKUBUR

 

Orang Melayu tak bodoh percaya serangan kaum anti-DAP, kata Hassan.



Hassan Karim dalam kempennya di Pasir Gudang, Johor. (Gambar Facebook)

PASIR GUDANG: Calon Pakatan Harapan (PH) Hassan Karim, yang bertanding mempertahankan Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau simpati dengan rakan sekutunya, DAP susulan berterusan menjadi mangsa serangan berbaur perkauman dan agama oleh Perikatan Nasional (PN).

Peguam berusia 71 tahun itu berkata, serangan termasuk tuduhan DAP membawa agenda komunis dan anti-raja ialah dakwaan tidak masuk akal, selain menjadi “lagu lama” yang kembali didendangkan PAS serta sekutunya setiap kali menjelang pilihan raya.

“Sebenarnya, saya simpati dengan rakan saya dalam DAP. Saya bekerja rapat bersama mereka lebih berdekad-dekad, dan jika benarlah mereka parti komunis, mengapa masih dibenarkan parti itu masuk bertanding pilihan raya? Saya mahu beritahu kamu, Melayu tidak sebodoh itu untuk percaya propaganda seperti itu lagi.

“Mereka cukup arif bahawa PAS dan Bersatu (kini dalam PN) pernah bekerjasama dengan DAP sebelum ini untuk berkuasa. Mereka sedia mengetahui pemimpin DAP sudah menandatangani dokumen bersama pemimpin PH lain mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan menjunjung hak Perlembagaan Raja-Raja,” katanya ketika ditemui dalam lawatannya di kawasan Parlimen itu.

Hassan, yang juga bekas ketua PKR negeri, menewaskan bekas menteri besar Johor dan ketua Umno negeri ketika itu, Khaled Nordin, di Parlimen Pasir Gudang pada pilihan raya umum (PRU) 2018 dengan majoriti 24,726 undi, sekali gus menempa gelaran sebagai “giant killer”.

“Di Johor, PRU14 menyaksikan PH menyapu bersih kawasan lingkaran selatan di mana kami menang besar di kerusi Iskandar Puteri, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Tebrau, menewaskan nama besar yang bertanding,” katanya.

Bekas ahli Parti Rakyat Malaysia itu menyertai PKR pada 1999, ketika gerakan “reformasi” susulan Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Menjelang PRU15 pada Sabtu, Hassan berkata, beliau terdahulu sudah memaklumkan kepada Anwar mahu memberi laluan kepada calon lebih muda bagi membolehkan parti memilih dalam kalangan ramai ahli lain sebagai calon.

“Bagaimanapun, Anwar berpandangan pengalaman saya masih diperlukan parti selain prestasi saya mendapat maklum balas positif dari akar umbi. Jadi, saya bersetuju pertahankan kerusi ini sekali lagi,” katanya.

Mengulas berhubung peluangnya, beliau tidak mahu meremehkan cabaran daripada calon lebih muda ditampilkan parti lawan memandangkan sukar menilai kecenderungan kira-kira 70,000 pengundi baharu di kawasan berkenaan.

“Tiada siapa yang pasti ke mana undi mereka akan pergi. Kerusi ini mempunyai hampir 51% pengundi Melayu, 37% Cina, 10% India dan 2% lain-lain (terutama dari Sabah dan Sarawak). Saya cukup gembira jika mampu dapat 15% ke 20% undi Melayu kerana ini akan memberikan saya kelebihan untuk menang,” katanya.

Selain sentiasa turun padang ketika menjadi Ahli Parlimen, Hassan menganggap sikap merendah dirinya sebagai kekuatan dan tidak gentar berdepan lawan yang lebih muda.

“Saya masih menggunakan kereta terpakai berusia tujuh tahun. Jumlah aset terkumpul hanya kira-kira RM140,000 sahaja,” katanya.

Hassan berdepan saingan empat penjuru menentang Noor Azleen Ambros daripada Barisan Nasional (BN), Mohamad Farid Abdul Razak (PN) dan Mohammad Raffi Beran (Pejuang).

No comments: