Saya jarang puji Tuan Guru Hadi Awang. Banyak saya kritik.
Tapi bab yang ni, wajib dipuji.
Dia nyatakan prinsip PAS, akan tolak UMNO walau lepas PRU.
Taknak join parti yang tak bersih dan keruh. Sanggup lagi jadi Pembangkang.
Kalau itu yang benar2 berlaku, kita angkat topi. Maknanya, dia
ada prinsip. Bukan la “political animal” seperti yang saya selalu cakap. Yang
buat apa saja nak duduk dalam Kerajaan.
Harap dia ambil tindakan ke atas DS Taki semalam. Dolak dalih,
pusing2 cakap dia tu memalukan PN dan PAS.
Cuma yang saya betul2 harapkan, pendirian ini ikhlas. Bukan
sebab nak raih undi untuk PN tubuh Kerajaan. Lepas PRU, kalau PN gagal, tukar
pulak pendirian. Terus UMNO disucikan.
Tu bukan political animal lagi. Takut orang cakap dah jadi
political syaiiitaaannn… sebab tu yang selalu orang PAS gunakan.
~LM~