KENAPA ADMIN BERANI TULIS- NERATIF KEBENCIAN- ORANG KAFIR NAK JATUHKAN KERAJAAN-NERATIF ISLAM TERANCAM.TETAPI SEMASA JADI KERAJAAN TIDAK BERBUAT APA APA.


 

NERATIF TUDUH ORANG LAIN TU TAKTIK LAMA SAJA. TAPI DIA KENA BERTANGGUNGJAWAB. ISU BESAR DAN SATU HASUTAN.


 

SELAMA NI PAS TAK DAK DALAM KERAJAAN SELANGOR PUN ISLAM TETAP UNGGUL


 

AGAK AGAK APA LA ANWAR DOK MELAWAK DENGAN SANUSI NI


 

DUNIA KONSERVETIF DILIHAT MEMPENGARUHI DENGAN BERPAKAIAN AGAMA-


 

CUBA TEKA SIAPA MENTERI INI - AGAK AGAK?


 

HASUTAN PAS- SIAPA YANG PANGGIL KERAJAAN TEBUK ATAP ? - HADI AWANG KATA SESEORANG YANG BELUM DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH MAKA DIA TIDAK BERSALAH













TIADA KENAIKAN KADAR OPR ‘ANG POW KECIL’ BUAT PEMINJAM


 DAP mengalu-alukan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini untuk mengekalkan kadar OPR pada 2.75%, menawarkan perniagaan dan peminjam bank penangguhan yang amat diperlukan daripada kenaikan kadar faedah untuk menangani jangkaan kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat.

Seterusnya pembentukan kerajaan perpaduan baharu di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sejak 24 November juga telah mengukuhkan keyakinan pelabur dan pasaran, terbukti dengan peningkatan ketara nilai ringgit berbanding dolar AS daripada RM4.75 di bawah kerajaan terdahulu kepada RM 4.32 hari ini.

Sebab utama kenaikan kadar faedah berpunca daripada keperluan Bank Negara untuk membendung inflasi dan juga mengekang penurunan nilai ringgit yang mendadak, yang jatuh ke paras terendah berbanding kedua-dua dolar Singapura dan AS di bawah kerajaan terdahulu.

Jelas sekali, kebimbangan terhadap inflasi dan kejatuhan nilai ringgit yang semakin meruncing telah surut di bawah kerajaan perpaduan baharu yang dilihat sebagai pertaruhan yang lebih selamat untuk pelabur, yang ngeri dengan prospek kerajaan alternatif yang tidak cekap, ekstremis dan perkauman.

Bank Negara telah melaksanakan beberapa siri kenaikan kadar faedah atau OPR tahun lepas sebanyak 1% berikutan kegagalan sebelum ini untuk mengawal kedua-dua inflasi dan kejatuhan mendadak nilai ringgit.

Walaupun hampir RM 600 bilion disalurkan oleh pentadbiran Muhyiddin, pertumbuhan ekonomi kekal suram, menimbulkan keraguan tentang keberkesanan dana awam yang dibelanjakan.

Dengan menghentikan kenaikan kadar faedah, kerajaan akan mempunyai peluang untuk menangani pertumbuhan yang lebih perlahan akibat kemelesetan AS.

Mengekang kos pinjaman akan membantu mengurangkan tekanan kos ke atas peminjam individu dan bank serta meningkatkan perbelanjaan penggunaan yang lebih tinggi.

Pemberhentian kenaikan kadar faedah adalah ang pow kecil Tahun Baharu Cina kepada peminjam dan diharapkan akan membolehkan kerajaan perpaduan baharu memberikan tumpuan penuh untuk mengurangkan kos perniagaan di samping menjana lebih banyak peluang perniagaan.

LIM GUAN ENG

Pengerusi DAP.



JANGAN PERASAN KUAT SANGAT DAH. MOOD RAKYAT AKAN BERUBAH


 

KEH..KEH...ATOK NAK CAKAP BENAR KAH ?


 

MADANI -MEMBENTUK MASYARAKAT KEKELUARGAAN -MAJU DARI SEGI PEMIKIRAN DAN JUGA SEMUA KEBAIKAN


 

LIHAT CERMIN- JIKA CERMIN BOLEH BERKATA KATA- ITU LAH DIA INSAN YANG SELALU BERCAKAP DUSTA


 

MUNGKIN ADA BETULNYA TETAPI ......






Rasa macam nak beritahu kepada Hassan,.perkara yang paling aku takuti bukanlah PH hilang kerajaan ataupun DS Anwar hilang jawatan. Tapi aku takut kalau negara ini jatuh ke tangan kaki sakau yang berlagak suci.

Memang Zahid ada kes rasuah. Tapi bukan dia yang kawal kerajaan sekarang. Kuasa terbesar ada pada DS Anwar. Berbeza jika PN mentadbir. Mahiaddin akan jadi PM. Tak cukup ke dengan apa yang dia dah buat pada rakyat dulu?

Soal PH bekerjasama dengan BN, tak jejaskan pun reputasi DS Anwar. Rakyat umumnya dan ahli parti khasnya dah cukup faham. PH memang tak ada pilihan lain. Bukan setakat PH, PN pun perlukan BN untuk bentuk kerajaan.

Yang tak faham, atau buat-buat tak faham, hanyalah pemimpin dan penyokong PN. Itu pun sebab sakit hati tak dapat bentuk kerajaan je. Sedangkan kalau dia nak bentuk kerajaan, dia pun kena terima Zahid juga. Itu hakikatnya.

Reputasi DS Anwar setakat ini tak terjejas. Bahkan naik mencanak. Ramai pengundi atas pagar yang mengaku menyesal mengundi PN ketika PRU15 tempohari selepas melihat ketokohan DS Anwar. Itu petanda reputasi DS Anwar terjejas ke?

Cuma peliknya, kami ahli biasa boleh faham akan kejadian ini, bagaimana Hassan yang bergelar YB tak faham. Atau tak mahu faham? Apa pun, kalau kenyataan-kenyataan begini berterusan dikeluarkan, maka inilah yang boleh jejaskan reputasi DS Anwar.

Apa pun, aku setuju dengannya bila YB Hassan kata jika nanti Zahid didapati tidak bersalah, DS Anwar akan dituduh terbabit walaupun DS Anwar tidak masuk campur dalam urusan mahkamah. Apa lagi PN tentu saja akan manipulasi isu itu.

Sebab itu penting untuk kita yakinkan rakyat yang mahkamah kini bebas di bawah pentadbiran DS Anwar. Itu saja caranya. Bukan keluarkan kenyataan yang boleh mengundang prejudis rakyat terhadap beliau begini. Guane boh?

Raja Gelap

 

BELILAH AFRO KOPI- BANTU INSAN YANG HIDUP BERDIKARI INI.


KHIDMAT KOMUNITI, ZUNAR.

Mari sama2 terutama yang berada di Balik Pulau, Pulau Pinang untuk membantu saudara kita ini dengan membeli kopinya. Dia kena stroke, tak boleh bercakap. Tetapi tetap berniaga, bukan minta simpati, katanya

 









 

UMNO ALOR SETAR MUNCUL YANG PERTAMA BANTAH KE ROS USUL TIADA PERTANDINGAN ‘TOP 2’


 Umno Alor Setar ingin mencabar keputusan tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno yang diluluskan pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kata seorang AJK bahagian.

Ahmad Shokri Yaacob berkata bantahan itu akan dibawa ke perbincangan peringkat bahagian ‘dalam masa terdekat’.

“Kita akan hantar bantahan kepada JPPM,” katanya kepada FMT. “Kita bantah bukan nak khianat sesiapa tapi kita nak pastikan demokrasi dalam Umno subur dan setiap tindakan dilakukan perlulah mengikut perlembagaan.”

Semalam, Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata usul tambahan mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden itu “tidak sah” dan “bertentangan dengan perlembagaan parti”, dan ahli yang tidak bersetuju berhak merujuk perkara itu ke JPPM.

Beliau berkata apa yang diluluskan dalam perhimpunan agung tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti, yang menyebut pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan.

Shokri yang juga salah seorang perwakilan pada PRU 2022 minggu lalu mendakwa tidak semua ahli yang bangun menyokong usul tersebut bersetuju jawatan “top two” tidak dipertandingkan, tetapi tidak mahu dituduh ‘jahat’.

“Selepas balik ke kawasan mereka bersuara dan kedengaran mereka menentang jawatan presiden dan timbalan tak dipertandingkan,” katanya.

Shokri menyifatkan dirinya sebagai ‘orang lama’ dalam Umno, dan menurutnya pernah melalui pelbagai ‘krisis’ dalaman termasuk ketegangan antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1988.

“Krisis kepercayaan di akar umbi sekarang lebih teruk. Saya bimbang dalam mesyuarat akan datang tidak ada suara yang akan datang untuk bermesyuarat,” katanya.

“Kita kena bagi balik mandat kepada akar Umno – siapa yang mereka nak memimpin parti. Dulu kita ghairah desak supaya PRU diadakan cepat, sepatutnya pemilihan parti juga begitu.”

Sementara itu, Mohd Yusof Ismail, yang sebelum ini ketua Umno Alor Setar sebelum keahliannya digantung, berkata ahli parti berhak minta JPPM teliti keputusan PAU 2022 itu.

“Jangan ada pemimpin kena macam saya bila bersuara kerana sayangkan parti,” katanya.

Keahlian Yusof sebelum ini dilaporkan digantung selama enam tahun, yang menurutnya atas sebab yang tidak dimaklumkan.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/01/18/umno-alor-setar-ingin-cabar-keputusan-tiada-pemilihan-top-2-di-jppm/



ANWAR CONTOH TERBAIK MEMAHAMI APA ITU MALAYSIA MADANI

 

Konsep Malaysia Madani akan diperkenalkan bagi menggantikan slogan Keluarga Malaysia yang digunapakai Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Diberitakan lagi, selain Malaysia Madani menjadi tema Dialog Belanjawan 2023 yang bermula semalam, dipercayai Memadanikan Malaysia akan turut menjadi sasaran serta intipati Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada 24 Februari depan.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang dipetik berkata, pelbagai program akan diadakan di seluruh negara untuk mempromosikan konsep masyarakat madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri itu.

Berikutan Malaysia Madani telah menjadi perbualan yang semakin mengkhalayak di merata ruang perbicaraan bermula semalam, maka ramai yang bertanya – apa itu madani?

Saya sendiri sejak semalam banyak ditanya, sama ada secara langsung atau melalui Grup Whatsapp tentang maksud madani itu.

Secara mudah dan paling ringkas, Madani ialah bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Madani diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud kota atau peradaban yang dikaitkan dengan salah satu kota suci umat Islam iaitu Madinah.

Madani sebenarnya telah diterima sebagai salah satu istilah Melayu, malah Anwar sejak puluhan tahun lalu selalu mengungkapkan perkataan tersebut dalam pelbagai ucapannya.

Maknanya, ia bukanlah istilah yang baru muncul dua tiga hari lepas, cuma tidak ramai yang terbiasa mengucapkannya.

Setelah memahami maksud madani, barangkali tentu ramai juga yang melontarkan soalan susulan – bagaimana sebetulnya bentuk masyarakat madani itu?

Lagi sekali, contoh paling mudah untuk menjadi seorang yang madani ialah dengan mencontohi Anwar sebagai teladannya.

Beliau adalah seorang individu yang maju dari segi pemikiran dan kerohanian lantaran kegemarannya banyak membaca pelbagai jenis buku, terutama karya pemikir agung dan di waktu yang sama, tidak lupa memupuk nilai kerohanian dengan selalu mendekati tokoh-tokoh agama tersohor daripada seluruh dunia, di samping sentiasa mengadakan majlis ilmu di rumahnya sejak dahulu lagi.

Maka, jika kita sebagai rakyat atau ahli masyarakat ingin menjadi madani, kita juga perlu rajin membaca buku sekurang-kurangnya sebuah buku dalam sebulan dan selalu menghadiri pelbagai majlis ilmu di masjid, forum di universiti dan seumpamanya.

Dengan menjadikan dua perkara itu sebagai keutamaan serta terus gigih berusaha dalam kerjaya dan karier masing-masing, setiap orang akan menuju madani dengan sendirinya.

Apabila ramai yang madani, masyarakat akan jadi madani dan seterusnya Malaysia akan menjadi madani.

Sebab itu, meskipun sudah menjadi Perdana Menteri, Anwar dilihat terus mengadakan majlis ilmu di kediaman rasminya di Seri Perdana dengan menjemput pelbagai tokoh agama daripada pelbagai negara untuk memberi syarahannya.

Meneliti beliau berucap atau berhujah pula, dengan sendirinya kita tahu beliau seorang yang mempunyai pemikiran yang sangat luas disebabkan tabiat membacanya yang tegar itu.

Anwar bukan saja mampu melontarkan pelbagai idea, terkadang yang luar biasa, bahkan tidak kekok untuk memetik ungkapan kata pelbagai cetusan pemiikiran tokoh-tokoh agung dunia – dahulu dan masa kini – untuk diteladani oleh mereka mendengar ucapannya.

Sudah tentu kemampuan Anwar memetik ungkapan-ungkapan tersebut adalah disebabkan beliau bukan saja banyak membaca, tetapi memahami apa yang dibacanya itu.

Sebab itu, boleh diyakini beliau adalah Perdana Menteri yang berbeza berikutan kemadanian itu telah lama terpupuk dan terbentuk dalam dirinya.

Kini sebagai Perdana Menteri, dengan memperkenalkan konsep Malaysia Madani itu, ertinya beliau mahu membawa kita semua menjadi maju daripada segi pemikiran, kerohanian dan juga kebendaan.

Mari mulakan dengan ke kedai buku hari initak madani lagi jika sekadar banyak membaca Whatsapp saja!! – ShahbudinHusin 18/01/2023.



Mmmm...NI PUN SAMA JUGAL DENGAN MAK CIK BAGHAL YANG TAK FAHAM BAHASA INGGERIS TU.



 

AKIBAT BAGHAL DALAM BAHASA INGGERIS. DIA NAK HENTAM KROMO.

 

Kecoh rempah ratus kandungi ‘babi’, rupanya wanita salah baca Inggeris

 Share on twitter
 Share on whatsapp
 Share on e
 
Share on telegram

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial sejak semalam, video seorang wanita mendedahkan terdapat beberapa rempah-ratus dan bahan perasa yang dijual di kedai serta pasar raya mengandungi ‘babi’.

Menerusi video TikTok berdurasi lebih seminit itu, wanita berkenaan mendakwa dia baharu sahaja menyedari perkara tersebut selepas membaca label tertulis di produk terbabit.

Disamping itu, dia turut mengingatkan orang ramai terutama pengguna beragama Islam supaya berhati-hati sebelum membuat pembelian produk rempah-ratus atau bahan perasa yang berada di pasaran.

“Kebanyakannya seasoning (bahan perasa) yang ada ingredient pork (kandungan bahan babi) ini tulisannya oren.

“Nasiblah mak (saya) ini jenis baca ingredients (bahan-bahan),” katanya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut tidak dijadikan panduan, malah dibalas dengan kecaman netizen yang menyifatkan kefahaman wanita itu jauh tersimpang.

“Itu pentingnya English Education (Pembelajaran Bahasa Inggeri)!,” antara respons yang ditinggalkan pengguna media sosial.

Difahamkan, tulisan ‘pork’ pada label produk berkenaan merujuk kepada jenis pilihan daging yang sesuai digunakan bahan tersebut sebagai perasa tambahan dan bukannya mengandungi ‘babi’ dalam kandungannya seperti didakwa wanita itu.

“Dia punya keyakinan itu memang tahap tinggi, rupanya makan diri. Balik belajar dulu maksud Bahasa Inggeris.

“Dia tulis ‘Use on’ (guna pada) ayam, daging, babi, ikan dan bukannya mengandungi babi dalam rempah ratus itu, cuba baca pada ingredients (bahan-bahan) bawah itu, tak ada tulis pun terdapat babi,” terang seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE



KHAS BUAT FAWWAZ- MAKCIK NI ULAS BAB BUKAN ISLAM NAK JATUHKAN ISLAM. MAKCIK BAGI CONTOH. ABULAHAP MENENTANG TAPI ABU TALIP MEMBANTU NABI MUHAMMAD


 

KEH..KEH...KEH...SEJAK 2018- MESYUARAT TAK PERNAH BUAT ? MELINGKUP LA SUKAN NEGARA SAMPAI APA PUN TAK TAU....


 

JANGAN SEMBANG - KERJASAMA BAGUS , TAPI TINDAKAN TEGAS PERLU.BANYAK BERITA PALSU SEBAB TINDAKAN TAK TEGAS.


 

PELABUR BRAZIL BERTEMU MAT SABU


 

MUJAHID YUSOF SAMAN TAKIYUDDIN DAN PAS .SAMAN JUTA JUTA. ADA DALAM KERAJAAN SUNYI SEPI


 

MOHON 5 TAHUN DULU DENGAN PERUNTUKAN RM 5 JUTA - SAMPAI SEKARANG TAK WUJUD


 

KALAU TAKUT ISLAM JATUH- ELOK SOKONG DIA SUPAYA DIA DAPAT TAHAN- BUKAN DIA NAK BUAT YANG MUDHARAT- POLITIK KEBIJAKSANAAN, .


 

MACAMANA NAK DAKWAH KEPADA BANGSA ASING. KALAU KENYATAAN TERSEBUT PUN HENTAM BANGSA ASING.


 

WALAUN MEMANG BUAT BUAT TAK NAMPAK- DOAKAN YANG BAIK BAIK SAJA UNTUK PM 10.WALAUN DOAKAN KEBURUKAN UNTUK MALAYSIA.


 

ADA LAGI AHLI UMNO YANG TAK PUAS HATI- MAIL DIKETEPIKAN. NAYA NAYA


 

TELUR IMPORT HANYALAH MENAMPUNG SEMENTARA BEKALAN TEMPATAN CUKUP


 

WOOOOOI SANUSI- HANG TAK PA LA JADI MB -50 HINGGIT HANG KATA KECIK. ORANG LEN 50 HINGGIT TU BESAQ..BODO


 

BUKAN CEMBURU- TAPI JADILAH PEMBANGKANG YANG BERKUALITI.JANGAN LA PONTENG.MASA NI LAH NAK BAHAS ISU RUU355 KA...DAN LAIN LAIN LAGI


 

KISAH PONTENG