MUNGKIN ADA BETULNYA TETAPI ......






Rasa macam nak beritahu kepada Hassan,.perkara yang paling aku takuti bukanlah PH hilang kerajaan ataupun DS Anwar hilang jawatan. Tapi aku takut kalau negara ini jatuh ke tangan kaki sakau yang berlagak suci.

Memang Zahid ada kes rasuah. Tapi bukan dia yang kawal kerajaan sekarang. Kuasa terbesar ada pada DS Anwar. Berbeza jika PN mentadbir. Mahiaddin akan jadi PM. Tak cukup ke dengan apa yang dia dah buat pada rakyat dulu?

Soal PH bekerjasama dengan BN, tak jejaskan pun reputasi DS Anwar. Rakyat umumnya dan ahli parti khasnya dah cukup faham. PH memang tak ada pilihan lain. Bukan setakat PH, PN pun perlukan BN untuk bentuk kerajaan.

Yang tak faham, atau buat-buat tak faham, hanyalah pemimpin dan penyokong PN. Itu pun sebab sakit hati tak dapat bentuk kerajaan je. Sedangkan kalau dia nak bentuk kerajaan, dia pun kena terima Zahid juga. Itu hakikatnya.

Reputasi DS Anwar setakat ini tak terjejas. Bahkan naik mencanak. Ramai pengundi atas pagar yang mengaku menyesal mengundi PN ketika PRU15 tempohari selepas melihat ketokohan DS Anwar. Itu petanda reputasi DS Anwar terjejas ke?

Cuma peliknya, kami ahli biasa boleh faham akan kejadian ini, bagaimana Hassan yang bergelar YB tak faham. Atau tak mahu faham? Apa pun, kalau kenyataan-kenyataan begini berterusan dikeluarkan, maka inilah yang boleh jejaskan reputasi DS Anwar.

Apa pun, aku setuju dengannya bila YB Hassan kata jika nanti Zahid didapati tidak bersalah, DS Anwar akan dituduh terbabit walaupun DS Anwar tidak masuk campur dalam urusan mahkamah. Apa lagi PN tentu saja akan manipulasi isu itu.

Sebab itu penting untuk kita yakinkan rakyat yang mahkamah kini bebas di bawah pentadbiran DS Anwar. Itu saja caranya. Bukan keluarkan kenyataan yang boleh mengundang prejudis rakyat terhadap beliau begini. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: