FALASI TAN SRI HAJI HADI DAN PENTAKSUBNYA




1. Falasi adalah penta'qulan terhadap sesuatu penghujahan di mana ia menggambarkan kelemahan sesuatu hujah apabila ditekuni samada lemah dalam membuat deduksi tepat dari satu kerangka penghujahan mahupun lemah dari sudut tidak konsisten penghujahannya antara satu sama lain. Falasi sukar ditemui malah bepotensi menjadi satu ilusi kepada orang ramai bahawa ia dilihat benar namun pada hakikatnya setelah diteliti terdapat kelemahan ketara dari sudut rumusannya mahupun faktanya.


2. Falasi Haji Hadi tentang isu Islam dan Syriat dalam kerangka negara terkhusus pandangannya berkaitan isu Nik Elin sangat ketara walaupun untuk mengenalpasti sesuatu falasi memerlukan penta'aqulan yang mendalam. Hujahan Haji Hadi dalam isu Nik Elin terlalu mudah untuk kita mengenali betapa lemahnya deduksi beliau dan tidak konsistennya hujah beliau.


3. Tulisan Minda Presiden yang dimuatkan dalam FB beliau sarat dengan falasi walaupun permulaan tulisan dibanjiri ayat-ayat al Quran dan Hadis. Bukan semua ayat Al Quran dan Hadis yang dipetik mesti menggambarkan kehebatan penulisan. Kehebatan penulisan ialah memahami secara mendalam nas yang dipetik dan kemudian membawa semangat ayat yang dipetik dalam suasana waqie yang hendak dibicarakan. Di sinilah Haji Hadi membuat deduksi yang tidak tepat dengan waqie' seolah keseluruhan tulisan itu berada di awang-awangan tidak bertemu bumi hendak dipijak dan terdedah kepada manipulasi.


4. Falasi pertama isu Nik Elin dalam tulisan Hj Hadi ialah dengan membuat rumusan bahawa semua proses ini adalah menentang "syariat dan menentang syariat ialah menentang Allah" Falasi kedua ialah menganggap keputusan hakim-hakim dalam berpihak kepada Nik Elin adalah terdiri daripada mereka yang minda dan akalnya dikuasai tulisan pemikiran penjajah (bijaksini). Falasi ketiga ialah beliau mengheret Institusi Raja seolah Raja-raja Melayu tidak lagi punya agenda memartabatkan syariah. Tulisan beliau memukau pentaksubnya kerana penampilan keulamakannya lalu mereka tenggelam dalam lautan falasinya menyangkakan ianya satu kebenaran!


5. Menjawab falasi pertama, bahawa kes Nik Elin ini ialah menentang syariat. Rumusan ini adalah ralat dan khilaf yang sangat asas. Pertama, petisyen Nik Elin bukan menentang syariat tetapi secara perundangan ialah petisyen menuntut keputusan mahkamah dalam isu apakah Dewan Undangan Negeri Kelantan telah salah menggunakan bidang kuasanya menggubal undang-undang. Nik Elin membawa contoh 18 enakmen yang digubal di negeri Kelantan sebagai bahan buktinya. Setelah melalui proses akhirnya keputusan 8-1dibuat bahawa 16 peruntukan kesalahan syariah bukan bidang kuasa badan perundangan negeri itu untuk menggubalnya. Ia salah kerana peruntukan itu sudahpun wujud di peringkat undang-undang persekutuan. Di manakah syariat Allah ditentang? Kalau Hj Hadi menerima bahawa 16 enakmen itu adalah syariat yang ditentang, maka Hj Hadi wajib menerima ke16 peruntukan kesalahan itu yang terdapat dalam undang-undang di Persekutuan adalah syariat jua malah lebih tegas hukumannya! Apakah syariat yang dipertahankan Hj Hadi dalam kes Nik Elin hanya wujud di Kelantan?


6. Falasi kedua ialah membuat rumusan terhadap hakim-hakim kes Nik Elin sebagai dikuasai akal dan mindanya oleh tulisan warisan penjajah. Kegagalan Presiden Pas itu memahami proses undang-undang dan perjalanan keadilan dalam negara ini amat dikesali walaupun beliau lama duduk di kerusi penggubal undang-undang negara. Ketua Hakim negara dalam  komentarnya menyebut dengan jelas bahawa tugasannya mengendalikan kes Nik Elin ini tidak ada kena mengena dengan doktrin Islam tetapi sekadar melihat isu bidang kuasa semata. Bagaimana Hj Hadi membuat rumusan Hakim2 ini dikuasai pemikiran penjajah sedangkan Islam memperakui proses menegakkan keadilan mestilah berperinsip bebas dan berkecuali, bukan ianya prinsip warisan penjajah! Buktinya dari 18 peruntukan kesalahan yang dihujahkan bercanggah kuasa, hanya 16 diperakui manakala 2 lagi kekal dibidang kuasa badan perundangan negeri.


7. Falasi ketiga ialah mengheret Raja-raja Melayu ke dalam polemik ini dengan berbagai andaian-andaian buruk terhadap institusi diraja. Falasi ini membuatkan Hj Hadi dan pentaksubnya terjebak dalam sarang tebuan. Haji Hadi gagal memahami tugas dan fungsi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam atau singkatnya MKI yang dipengerusikan oleh Paduka Tuanku Sultan Selangor. Secara institusinya MKI adalah badan berotoriti tertinggi yang diperbuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Isu berkaitan otoriti Islam diberi kuasa bertaraf Institusi yang mempunyai mekanisma lebih luas dan berkuasa. Malah arahan menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk tangani isu kompetensi antara kuasa Dun dan Persekutuan datang dari arahan MKI. Sultan Selangor menegur Presiden Pas supaya institusi MKI dapat dipelihara dari falasi Haji Hadi yang tidak memahami perjalanan pentadbiran Islam dalam kerangka negara. Tindakan Paduka Tuanku Sultan Selangor sebagai Pengerusi MKI menegur Hj Hadi adalah untuk kepentingan umat Islam di Malaysia supaya tidak dieksploitasi oleh pentaksub Hj Hadi dengan membuat komentar-komentar biadab dan hilang hormat kepada institusi raja.


8. Falasi Tan Seri Haji Hadi telah meninggalkan kesan yang sangat memudaratkan kepada negara kerana penulisannya telah memberikan imej yang buruk kepada sistem keadilan negara dan sistem raja berperlembagaan. Haji Hadi menggunakan Islam sebagai agama resmi persekutuan untuk menaikkan kebencian antara rakyat dan kaum melalui pentaksubnya yang menjadi pelaung falasi Haji Hadi secara buta-tuli. 


Yb Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Dewan Negara

Pengerusi Nadwah Ulamak


2 March 2024



TAK APA .JANJI ADA PHD.

 

Shahbudin Husin


Selamat datang Khairuddin Mohd Khairuddin Othman sebagai Ketua Pengarah J-Kom yang baru.


Posting terakhir beliau dalam FB ialah 28 November 2022….🤭🤭





TERLANJUR DR. KHAIRUDDIN SUDAH DILANTIK KETUAI J-KOM, APA PULA CERITA KES GANGGUAN SEKSUAL DR. AGUS?


Semalam telah diumumkan secara rasmi Dr. Khairuddin Othman dilantik sebagai Ketua Pengarah J-Kom yang baru bagi menggantikan tempat Dr Mohd Agus Yusof yang sebelum ini meletakkan jawatan berikutan kontroversi “video Wahab”.


Khairuddin ialah bekas Adun Paya Jaras dan sekarang merupakan Setiausaha PKR Selangor.


Sebelum menyertai PKR, beliau adalah ahli Pas yang memenangi kerusi Dun Paya Jaras buat kali pertama pada PRU13.


Pada PRU14, setelah keluar Pas dan menyertai PKR, beliau sekali lagi berjaya memenangi kerusi tersebut atas tiket PH.


Bagaimanapun dalam PRN Selangor tahun 2023 yang lalu, Khairuddin gagal mempertahankan kerusi Dun Paya Jaras apabila PN melalui calonnya, Ab Halim Tamuri berjaya merampas kerusi tersebut.


Daripada satu segi, dengan Dr Khairuddin yang berkelulusan PhD dalam bidang pengajian media dan perang saraf dilantik mengetuai J-Kom, isu kelemahan media serta komunikasi yang dihadapi kerajaan ketika ini boleh dikira selesai dengan sendirinya.


Sudah tentu Dr Khairuddin dengan kelulusannya itu memiliki kepakaran, pengetahuan, idea dan cara bagaimana untuk menggerakkan J-Kom terlihat lebih berperanan mengungguli perang di alam maya yang ketika ini secara majoritinya kandungan yang anti kerajaan.


Meskipun J-Kom tentunya ada tugas serta peranan lain selain berperanan di media sosial, tetapi haruslah diingat dunia sekarang ialah dunia maya.


Kata orang sekarang, siapa menguasai dunia maya, dialah yang menguasai dunia.


Lagi pun, sejak kebelakangan ini kesian juga melihat Anwar Ibrahim digasak teruk di media-media sosial, terutama berkenaan janji-janji lamanya yang dituntut untuk ditunaikan setelah kuasa kini berada dalam genggamannya.


Maka itu, J-Kom di tangan Dr Khairuddin mesti menguasai dunia maya, terutama dalam mempertahan dan membela Perdana Menteri, termasuk dalam waktu yang sama, beliau sendiri juga mestilah secara automatik menjadikan dirinya sebagai seorang yang paling aktif di pelbagai platform media sosial.


Jika gagal berperanan aktif, sejarah Dr Agus pasti hanya menunggu masa saja untuk menghempapnya nanti.


Selain itu, terlanjur bercakap mengenai perlantikan Dr. Khairuddin mengetuai J-Kom ini, pasti ramai juga ingin tahu, apa sudah jadi kepada kes Dr Agus yang direport polis oleh Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, seorang kakitangan J-Kom sendiri dengan dakwaan bekas Ketua Pengarah J-Kom itu telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.


Pada 16 Januari lalu, pihak polis memaklumkan, pihaknya telah selesai melakukan siasatan dan kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.


“Kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 18 Disember 2023.


“Buat masa ini, kertas siasatan itu masih di dalam kajian dan semakan Pejabat Peguam Negara,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zin.


Siasatan terhadap Dr Agus dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta sama iaitu kesalahan melanggar kesopanan.


Sudah lebih dua bulan masa berlalu, kenapa senyap saja di pihak Peguam Negara?


Ada atau tidak ada kes terhadap Dr. Agus, beritahulah segera kepada rakyat jelata yang sekurang-kurang boleh merasa sedikit lega di sebalik beban kehidupan akibat kejatuhan ringgit, kenaikan harga barang dan kenaikan cukai SST daripada 6% kepada 8% bagi perkhimatan terpilih yang bermula semalam.


Lagi pun Jabatan Peguam Negara itu terletak di bawah Perdana Menteri, tak bolehlah mereka “slow” sangat dalam bekerja dan membuat keputusan, sedangkan Anwar sendiri, jangankan bekerjanya pantas, berjalan kaki pun semacam laju berlari. – ShahbudinHusin 02/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/02/terlanjur-dr-khairuddin-sudah-dilantik-ketuai-j-kom-apa-cerita-kes-gangguan-seksual-dr-agus.html



DARIPADA ENAM KERUSI LOMPAT, SATU DARIPADANYA SANGAT BERPOTENSI DIRAMPAS SEMULA, MAKA BIARKAN SAJA ADA PRK


Melalui perhimpunan agung khas yang diadakan petang tadi, pindaan perlembagaan Bersatu untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimennya mengalih sokongan secara individu kepada pihak lain berjaya diluluskan secara sebulat suara.


Pindaan itu mewajibkan wakil rakyatnya mengosongkan kerusi jika menyokong parti lawan di mana melalui perbuatan mengalihkan sokongan itu, keahlian mereka dikira terbatal secara automatik.


Usul pindaan yang dikemukakan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau Peja itu adalah selari Perkara 49A Perlembagaan atau merujuk kepada Akta Anti Lompat Parti.


Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin berkata, selaras pindaan perlembagaan yang diluluskan, keahlian Ahli Parlimennya yang mengalih sokongan akan terbatal secara automatik.


“Maknanya dia tidak akan jadi ahli dan kerusi itu kosong. Bila kosong akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maka pilihan raya kecil bagi kerusi yang terlibat itu akan diadakan,” katanya.


Beliau bagaimanapun menambah, selepas pindaan itu dikuatkuasakan dan mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau RoS, pihaknya akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimen yang telah mengalih sokongan kepada kerajaan madani untuk mendapat kepastian mengenai pendirian sebenar mereka.


“Kita tanya balik, kamu kata kamu ahli Bersatu tetapi kamu sokong belah sana. Jadi mengikut pindaan perlembagaan yang telah diluluskan, itu adalah perbuatan salah,” katanya lagi.


Mahiaddin juga berharap Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul tidak “berdolak-dalik” apabila Bersatu nanti menyerahkan notis pengosongan kerusi di enam kawasan Parlimen terbabit.


Berdasarkan beberapa tulisan sebelum ini, saya berulang kali menegaskan, secara prinsipnya, Ahli Parlimen yang belot daripada parti yang menjadikan mereka Ahli Parlimen memang wajib mengosongkan kerusi yang sedang diduduki.


Mandat memilih Ahli Parlimen baru mesti dikembalikan kepada rakyat atau pengundi membuat pilihan semula atas pembelotan yang telah dilakukan.


Berkaitan isu ini, enam Ahli Parlimen berkenaan tidak perlu lagi berlawan hujah untuk terus mempertahankan kerusi Ahli Parlimen mereka kerana tindakan itu tidak ubah seperti mempertahankan kebatilan.


Tanyalah diri sendiri, bermoralkah perbuatan mereka mengalih sokongan sebelum ini dan kemudian selepas Bersatu meminda perlembagaan, masih juga lagi ingin mempertahannnya?


Jadilah pemimpin yang bermaruah sedikit, kosongkan saja kerusi tanpa banyak alasan dan serahkan kepada pengundi membuat pilihan semula.


Kepada PH yang kini mengetuai kerajaan madani, mereka juga hendaklah ingat bahawa Akta Anti Lompat Parto adalah perkara yang diperjuangkan gabungan itu dan Anwarlah yang berjaya meniadikannya realiti sebagai syarat menyokong kepimpinan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sebelum ini.


Untuk itu, pindaan perlembagaan yang dilakukan Bersatu adalah selaras dengan Akta Anti Lompat Parti yang diperjuangkan Anwar dan seharusnya tiada masalah untuk diberikan sokongan.


Caranya ialah dengan RoS meluluskan pindaan tersebut tanpa banyak soal dan sekiranya Bersatu menghantar notis kekosongan enam kerusi berkenaan, Speaker Parlimen haruslah juga bersetuju dengannya.


Biar diadakan semula pilihan raya kecil di enam kawasan Parlimen tersebut.


Hanya dengan cara demikian nama Anwar dan kerajaan yang dipimpinnya terpelihara daripada segi kewibawaan dan benar-benar dilihat menolak amalan, sama ada lompat parti atau lompat sokongan.


Lagi pula, sokongan enam Parlimen Bersatu itu kepada Anwar dan kerajaan bukanlah sokongan yang asli, selain tanpa mereka pun, kedudukan kerajaan sudah cukup stabil dengan 148 Ahli Parlimen tidak goyang lagi di belakangnya.


Hakikatnya, tanpa enam Ahli Parlimen berkenaan, Anwar masih boleh bertahan sebagai Perdana Menteri dengan selesa sehingga PRU16 akan datang.


Yang lebih penting lagi, jika diadakan PRK pula, yang akan bertanding di keenam-enam kawasan Parlimen itu nanti ialah UMNO dan bukan PKR atau PH.


Ertinya, Anwar dan PH tidak tercalar walau sedikiy pun melalui PRK yang bakal diadakan itu.


Begitu pun, meski UMNO yang akan bertanding, daripada enam kawasan itu, salah satu daripanya iaitu Gua Musang sangat berpotensi untuk dirampas semula jika calon yang diletakkan adalah Tengku Razaleigh Hamzah.


Pada PRU15 lalu, Fengku Razaleigh hanya tewas 163 undi kepada calon Bersatu/PN, Mohd Azizi Abu Naim.


Dengan demikian, bukankah lebih menguntungkan UMNO, rakan kongsi PH sendiri, jika PRK dapat diadakan semula? – ShahbudinHusin 02/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/02/daripada-enam-kerusi-lompat-satu-daripadanya-sangat-berpotensi-dirampas-semula-maka-biarlah-ada-prk.html



OWHH..NAK BAGI KEPADA RAKYAT PUN NAK NAMA JUGA...SUDAH LAH WEYYYY....


 

PUAK KHAWARIJ BILA MENGHUKUM

 



Jamzuri Ardani




Dulu saya tak setuju GST ... tapi saya tak kata hukumnya haram.  


Benda ijtihad ni betul atau salahnya tidak mutlak. Baik atau buruknya juga boleh dilihat dari perpekstif yang pelbagai. 


Tetapi ... bermudah-mudah menghukum itu halal dan ini haram dalam urusan ijtihadi serta memaksakan ijtihad sendiri ke atas kelompok lain boleh merosakkan negara.




MASA ORANG NAK SEDEKAH UNTUK AKHIRAT DAH HABIS


Husnul Zulkarnain


 Sendiri cari penyakit, minta org lain tolong sembuhkan. Zaman mewah dah berlalu, merasa lah sedikit kepayahan dan ujian dunia…




MAHKAMAH TERKHILAF.

 

Jamzuri Ardani


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa ke atas bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin kerana menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu, yang sebelum ini ditolak Mahkamah Tinggi.


Penghakiman dibuat sebulat suara itu, Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf memutuskan pertuduhan dikenakan adalah cacat.





PUAK PUAK NI MEMANG MACAM TU


 

KES HUTANG 2023 . JOM DENGAR


 

KEH..KEH..KEH...FAWAZ FAWAZ. HANG CELIK KA DAK ?



 

MESTI KES KENA CING


 

TANGKAP JA MAHATHIR


 

KEGAGALAN KERAJAAN PN-PAS. KEMANA JANAWIBAWA ? PENYAKAW...PAS BUAT APA? YELLEK.




Betul ke ni? Dalam tempoh 3 tahun ke belakang, hanya 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 di senaraikan dalam Bursa Malaysia daripada 97 syarikat.


Takkanlah. Bukankah masa tu Malaysia ditadbir oleh parti-parti yang mendakwa 𝗽𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 nasib orang Melayu ke? Kenapa jadi begini?


Jadi 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 tu apa fungsinya? Parti berasaskan Melayu pun tak bantu ekonomi Melayu masa berkuasa ke? Heran aku. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LEMAH...LEMAH...LEMAH.....


Ramai yang lemah matematik di Malaysia. 

Naik 2% bukan 8%.



MAKCIK GAMBIR

Sebab tu makcik cakap kurangkan subject berteras agama di sekolah dan lebihkan subject Matematik. Sebab ni lah..


Naik 2% sahaja daripada 6% ke 8%. Bukannya naik sebanyak 8%. 


Lemah betul matematik. 


Dan kenaikan itu pun cuma pada service tak sahaja bukan pada sales tax. Service tax tu pula pada perkhidmatan tertentu bukan pada semua perkhidmatan. Terkesan cuma pada lebih kurang 15% pengguna yang  berkemampuan.


Tapi makcik faham sentimen kita semua. Bila sebut pasal cukai ni kita memang akan terlompat-lompat macam beruk.




FUHHH

 



Mohd Fairul Al Qasas


Ketika KPN nak siasat Hadi Awang, kemain Pemuda Pas Selangor ugut kerajaan. 


Sekarang setelah Sultan Selangor 'sound' Hadi Awang, nampaknya kecut menunduk mereka tanpa suara


.

BACA DAN KAJI

 

100% setuju 


Sebab tu aku cakap pembangkang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸. Macam cukai SST naik 2% dan hapus pencen tu, sepatutnya pembangkang ikut sama kerajaan beri penjelasan. Bukan politikkan itu tu.


Sebab nanti kalau ditakdirkan pembangkang ni jadi kerajaan, dah tak payah nak lalui fasa kemarahan rakyat. Belajar dari kesilapan PH dulu.


Ini pembangkang bertindak macam 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 nak jadi kerajaan. Semua benda nak dipolitikkan. Tak cerdik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

Nazri Hamdan


Tak dinafikan GST lebih cekap. Tapi jangan sesekali cakap GST akan turunkan harga barang. Atau, buat andaian GST boleh bagi kesan miminal pada harga berbanding kenaikan 2 peratus cukai perkhidmatan sekarang. 


Mereka yang banding-bandingkan kiraan GST dan SST dan cakap harga di bawah GST lebih murah sebenarnya sudah lupa bahawa Ahmad Maslan pernah menggunakan naratif yang sama. 


Antara kesilapan perlaksanaan GST pada masa itu ialah icon GST iaitu Ahmad Maslan terlalu yakin harga barang akan turun bila GST dilaksana.


Sepatutnya beliau fokus kepada naratif kecekapan GST untuk baiki kewangan kerajaan. Jadi, kalau kerajaan sekarang nak perkenal balik GST, mereka jangan buat kesilapan yang sama.


Cuba tengok dan teka dalam carta inflasi ni bila perlaksanaan GST dan cuba tengok kesan pada inflasi. Apa yang lebih penting ialah kesan dari sudut makro (secara keseluruhan) kepada paras harga barangan kesan dari GST ini.


Kesan ketara GST pada inflasi ni bukanlah andaian. Ia sudah pun berlaku dan sudah dibuktikan melalui data. Jadi tak perlu lagi nak berbalah bahawa GST memang bagi kesan ketara pada paras harga.


Akan tetapi, tak dinafikan antara kesilapan pentadbiran terdahulu ialah balik semula dari GST kepada SST. Sebab kalaulah Malaysia masih kekal dengan GST, sekarang ni sesiapa pun (tak kira parti biru ke, hijau ke, merah ke..) dah tak perlu lagi nak laksana semula GST dan dah terlepas dengan satu reform cukai yang berat.



Akmal Saleh tu Hassan Karim versi UMNO?


Tak. Jauh beza. Hassan Karim 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗴𝗮𝗻𝗱𝗮 lebih baik dari Akmal. Kenapa?


Perhatikan komen Hassan. Dia kritik sistem. Dan setiap kritikan dia berasaskan fakta. Paling baharu, kritikannya terhadap kenyataan YDP Agong ketika perasmian sidang dewan.


Kenyataan Hassan adalah berasaskan fakta. Tak ada yang salah. Cuma kita rasa 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮. Iya la. Kita orang Melayu ada adab kalau nak menegur golongan istana ni.


Sekarang tengok cara Akmal. Dia 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂. Dan serangan dia hanya berlandaskan sentimen dan emosi. Jauh dari berfakta. Macamana nak kata dia 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺 𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢?


Bagi aku, Akmal ni belum matang dalam berpolitik. Presiden UMNO serta pembesar UMNO yang dah otai kena cepat nasihatkan dia. 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗹 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁 𝗲𝗺𝗼𝘀𝗶 tu. Kalau nak dihormati, mulakan dengan menghormati. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ROSAK KELUARGA SAJA... KATA ISLE....TAPI BENDA NAK BENTERAS TAK MAMPU...


 

TOK SAH DOK SEMBANG LA FAWWAZ... HANG TAK BUAT APA PUN


 

NOH... KEDAH MAJU...


 

𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗛 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝



Bahaya fahaman Khawarij dan perbuatan takfirin sudah mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), apabila hari ini perkara itu diperjelaskan dalam khutbah Jumaat. 


Khutbah Jumaat dibaca khatib khususnya dalam Wilayah Persekutuan hari ini menekan akan bahaya fahaman Khawarij. Tajuk khutbah yang dibaca di masjid Usamah bin Zaid jumaat tadi berjudul Waspada Pemikiran Khawarij.


Lama kita menunggu akan reaksi daripada Jakim berhubung fenomena membimbangkan ini, hari ini baru menjelma. Syukur. Penjelasan mengenai perkara itu penting memandangkan ramai dalam kalangan orang Islam terutamanya menganuti parti politik tertentu mempraktikan fahaman ini sampai tergamak mengkafirkan sesama sendiri. 


Malang lagi gara-gara fahaman ini juga berlaku perpecahan dalam keluarga dan penduduk kampung yangt membawa sesuatu negeri dikuasi kumpulan ini mundur berbanding negeri lain. 


Antara lain menurut kandungan khutbah itu tadi, menjelas asal usul Khawarij dan memberi tafsirnya, Khawarij bermaksud "keluar" merujuk kepada tindakan kelompok ini yang keluar daripada ba'iah daripada pemerintah yang sah dan enggan mengikhtirafnya. 


Bagi ekstrimis ini apa juga dilaksanakan pemerintahan tidak betul dan dianggap bertentangan dengan ajaran Islam. Lantaran aksi mereka juga ia membantut usaha perpaduan dan pengimarakan Islam oleh kerajaan. 


Kelompok terawal Khawarij menurut teks khutbah tadi, ialah mereka yang bertindak secara bersenjata terhadap Saidina Ali bin Abi Talib r.a dalam perang Siffin.


Kelompok ini juga bertindak melampau dalam beberapa hal terutamanya dalam penyelewengan mentakwil al Quran, berlebih-lebihan dalam zuhud, bahkan menuduh kafir kepada kumpulan bertentangan pendapat mereka.


Tidak mustahil kalau ia dibiarkan tanpa dibendung fahaman ini juga boleh membawa pembunuhan sesama sendiri. 

Memahami penghuraian teks khutbah itu, dan kenapa ia dijadikan mauduk khutbah minggu ini menunjukkan unsur-unsur demikian berlaku dalam negara kita hari ini dan ia jelas merbahaya.


Kita berharap semoga Jakim terus memainkan peranan memerangi bahaya fahaman ini, secara khusus seperti AADK membasmi dadah, kerana fahaman Khawarij ini sudah merbahaya dan memerlukan skuad khasnya membenterasnya. 


Bukan saja Jakim, Kementerian Dalam Negeri menerusi PDRM juga perlu bertindak dan jika kumpulan atau individu menganut fahaman ini ditangkap, tangkap dan kurung saja mereka.


Mungkin apa yang pernah dilakukan Jakim suatu masa dahulu terhadap kumpulan Al Arqam, menangkap dan memusnahkan organisasi gerakan dakwah itu perlu dilakukan apa lagi fahaman Khawarij ini lebih bahaya dari Al Arqam.


Menteri Agama perlu berganding bahu dengan Menteri KDN bagi mengesankan pembasmian fahaman ini. Trims.


- MSO



𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜 𝗕𝗜𝗟 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗬𝗔, 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗜𝗦𝗞𝗜𝗡




✍️  Ahmad Mursi 


1. 85% pengguna elektrik guna kurang RM220 (600kWh) dan TIADA SST.


2. Kalau guna 700kWj bil RM289.68. Cukai 6% baru RM3.28. Lepas 1 mac, jadi 8% naik RM4.37. Bertambah RM1.09.


3. Kita ambil contoh ekstrim. Guna di rumah 1,500kWj dengan bil RM769, tambahan sst 2% hanya RM10. Ingat orang kaya dengan bil mewah seperti itu heran ke RM10 tu? Celah gigi sahaja. Yang terlebih pakai tu memang layak lah contribute sikit.


4. Yang tukang bising (dengan bahasa yang kesat) bukan di kalangan 15% yang kaya raya tu. Tak perlu memgamuk sangat bila orang kaya contribute pada yang susah.


5. Ada yang kata "saya sakit, pakai mesin oksigen dll", dalam dunia ni tentulah banyak kes khas, tapi itu tak jadikan majoriti manusia guna mesin oksigen di rumah. Hal seperti ini mesti diberi bantuan lain.


6. Bak kata nusee mb kedah bila naikkan cukai tanah dan bil air: "kamu nak banyak kemudahan, tapi nak bayar sedikit, mana nak cari duit tampung kos mengurus tu?". Walaun tak bangkang?


7. Ada yang kata "saya duduk berdua, bil RM220 sebulan. Saya tak kaya". Belajarlah bersyukur. Kamu guna RM110 untuk seorang tapi kamu tak rasa kaya ke? Peralatan elektrik apa kamu guna di rumah?


8. Jangan ingat semua rakyat sama pakai aircond melampau2, mesin coway 24hr, penapis angin, tv besar, peti sejuk 'mega', pakai kereta elektrik. Ramai lagi yang susah.


9. Kalau tak tambah cukai orang kaya untuk tambah hasil, takkan nak cukai orang miskin pula?


10. Hasil tak bertambah, maksudnya hutang negara bertambah bila belanja negara defisit, beban anak cucu kita juga bertambah.


11. Pengguna subsidi kerajaan terbesar ialah golongan kaya raya yang pakai kereta besar beberapa buah, minyak sekali isi RM200. Orang miskin yang guna motor kapcai sekali isi minyak RM7 je. Sebab tu agihan kekayaan dan bantuan mesti disusun balik. PADU itulah permulaannya.


12. Kira guna calculator TNB disini. Jangan pakai calculator Walaun. https://www.mytnb.com.my/residential/understand-your-bill/bill-calculator



SANUSI GENTLEMEN ...KAMI NAIK CUKAI HANGPA PUN SOKONG KAMI.



Sanusi kata dia gentleman bila naikkan cukai selepas naikkan bil air. Semua kena ni. Dia tanya, rakyat nak banyak kemudahan, tapi bayaran nak kurang, dari mana nak cekau duit? Tolong dia bagi jawapan sat..




KEB PENTING BAGI PEMBANGGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA.




 Petang tadi (SEMALAM) saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera yang telah membincangkan dengan teliti kerangka perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang akan berlangsung minggu ini dari 29 Februari hingga 2 Mac 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


KEB 2024 menjadi antara agenda penting Kerajaan MADANI bagi merombak dan melonjak pembangunan sosioekonomi Bumiputera secara menyeluruh supaya berkembang maju secara progresif dan inovatif. 


Selari dengan konsep dasar dan penyertaan yang merentasi dimensi kaum, mesyuarat hari ini turut mendengar pandangan daripada wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan juga Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Menjadi harapan Kerajaan supaya kongres ini berjaya mengumpul idea-idea bernas dan menjadi titik tolak kepada perencanaan Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang.


#MalaysiaMADANI



SPEAKER ARAH BARU BUAT KOT


 

TAK PAHAM BAHASA.LEMAU

 


Dia ni KP PAS Pusat tau tapi level bangang dia macam keldai. Dia ni tido ke YDPA titah?


YDPA bertitah di parlimen hari ini bahawa baginda tidak akan melayan sebarang cubaan rampasan kuasa dan menyeru mereka yang ingin "bermain politik" untuk menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang. 


YDPA cakap jelas kot tapi dia punya spin macam main roda impian. Kalau ada board warna hitam tertulis KELDAI kat roda impian tu. Mesti dia dapat.



PERLU BEKERJA LEBIH KUAT. MENTERI JANGAN SYOK SENDIRI. SEBAB MEDIA KAMU SUDAH DI KOMEN.





 Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching (张念群) berkata, kerajaan tidak berkompromi terhadap segala bentuk anasir dan provokasi agama serta perkauman serta tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan provokasi berkaitan isu sensitif khususnya agama dan kaum.


#MalaysiaMADANI

#JabatanPenerangan


KISAH KEHIDUPAN

 

Rusyaini






Beli rumah pangsa tapi luas dah macam teres. Kondominium pun kalah sebab masih terapung. Yang ni siap atas tanah lagi. 


Untung lah kat dunia. Dekat akhirat nanti, tak tahu lah kan.


Bukan boleh ditegur mereka ni. Nanti kita dikata dengki bagai. Nasib lah saya tak duduk rumah macam ni. 


Sebab, kalau iya, memang saya akan pergi ke pihak berwajib untuk komplen. Selagi mana aduan tak dilayan, selagi tu lah saya takkan beralah. 


Tak jalan dengan surat rasmi dan lisan, saya adukan saja pada SPRM. Biar mereka siasat kenapa liat bebenar pihak berkuasa tempatan nak mengambil tindakan.


Mungkin jiran tetangga semuanya baik belaka kan. Tak kisah sangat. Tak apa lah. 


Kerana tu lah, berlambak rumah pangsa kat negara kita ni hujungnya macam ni lah. Ditambah dinding bumbung sampai dah dimakan tanah yang bukan hak sendiri pun. Tak takut dosa ke gamaknya?



MP PADANG SERAI NI SEKOLAH KA DAK ? NAMA AGONG PUN TAK TAU. BUDAK TAHUN 2-3 TAK INGAT NAMA TAK PA LA...NI MP


 Lepas sorang, sorang MP PN buktikan yang mereka tak layak jadi wakil rakyat.

MP Padang Serai, 𝗔𝘇𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗿𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 boleh tersalah nama YDP Agong. Dia menyebut 𝙎𝙪𝙡𝙩𝙖𝙣 𝙄𝙨𝙠𝙖𝙣𝙙𝙖𝙧 𝙞𝙗𝙣𝙞 𝙎𝙪𝙡𝙩𝙖𝙣 𝙄𝙗𝙧𝙖𝙝𝙞𝙢. Macamana boleh terbalik?

Ini bukan kecil anak punya salah. Nama YDP Agong kot. Jangan lepas ni nak kata dia tak tahu, dia cuma baca je. Salah 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀.

Kalau betul pun orang lain tuliskan, sebagai MP takkan tak semak dulu sebelum.baca? Memang perangai PN sentiasa 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 semua perkara ke?

Lagipun, sebagai MP, sepatutnya nama YDP Agong tu dah siap-siap hafal. Nama Baginda sering kali disebut dalam berita. MP ni tak tengok berita ke?

𝘚𝘰 rakyat 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗶, macamana? Mesti puas hati dan bangga dapat MP yang macam ni kan? Ni korang sendiri yang pilih ni tau.

Mungkin juga dia ikut 𝘴𝘵𝘺𝘭𝘦 Amerika. Nama keluarga dulu baru nama sendiri. Iyalah kan, walaun pun belanja 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗨𝗦𝗗. 𝘚𝘰 nama pun ikut 𝘜𝘚 𝘴𝘵𝘺𝘭𝘦 la. Guane boh?

 
Raja Gelap II 

.

KEH.KEH.KEH...PEMBANGKANG DI PENANG


 

PEMBANGKANG TAK MASUK DEWAN SEBAB PENAKUT NAK BAHAS


 

RAHSIA PAS


 

DASYAT PUAK KHAWARIJ NI