KEB PENTING BAGI PEMBANGGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA.




 Petang tadi (SEMALAM) saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Ekonomi Bumiputera yang telah membincangkan dengan teliti kerangka perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang akan berlangsung minggu ini dari 29 Februari hingga 2 Mac 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


KEB 2024 menjadi antara agenda penting Kerajaan MADANI bagi merombak dan melonjak pembangunan sosioekonomi Bumiputera secara menyeluruh supaya berkembang maju secara progresif dan inovatif. 


Selari dengan konsep dasar dan penyertaan yang merentasi dimensi kaum, mesyuarat hari ini turut mendengar pandangan daripada wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu, Cina, India dan juga Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Menjadi harapan Kerajaan supaya kongres ini berjaya mengumpul idea-idea bernas dan menjadi titik tolak kepada perencanaan Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang.


#MalaysiaMADANI



No comments: