Jamzuri Ardani
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa ke atas bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin kerana menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu, yang sebelum ini ditolak Mahkamah Tinggi.
Penghakiman dibuat sebulat suara itu, Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf memutuskan pertuduhan dikenakan adalah cacat.