'SPRM tumpu rasuah skala besar, dulu sibuk tangkap ikan bilis'


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata sasaran utama SPRM ketika ini adalah kepada kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat dan tidak lagi hanya kepada kes kecil. Selain itu, katanya, SPRM akan melaksanakan siasatan dan pencegahan yang berkesan, yang pada masa sama meningkatkan keyakinan masyarakat, dalam usaha kerajaan menangani rasuah.


Kerajaan tak cadang perkenal GST atau cukai lain - Anwar


Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan sebarang cukai termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menampung kenaikan hutang negara. Sebaliknya, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, usaha akan dilakukan untuk mengetatkan pengurangan subsidi bagi golongan kaya supaya yang miskin tidak terus dibebani.



AKHIRNYA PAK TEH MAN PEMBOHONG KEPADA WALAUN- USRAH DALAM JEMAAH PAS NAMPAKNYA TAK BERGUNA


 

JAWAPAN ANWAR DALAM PARLIMEN MENGENAI BANTUAN KE TURKI


 

HAARP- INIKAH JALAN DAJJAL MENGUASAI DUNIA


 

UNTUK NAK MEMBUKTIKAN FITNAH IA MESTI DIBUKTIKAN DI MAHKAMAH- BILA SAMPAI DI MAHKAMAH MEREKA MINTA MAAF


 

DIA TANYA PTPTN DIA KENA BALIK- LEBAI SEMUA JENIS MACAM NI...TAK BANYAK MEMBACA


 

LAGU MANA MCMC NIH- SOKONG KERAJAAN PERPADUAN PUN KENA SEKAT


 

_ANWAR IBRAHIM : SOSOK YANG DIFITNAH & DIANIAYA_* ( SATU SOALAN: BAGAIMANA DENGAN DOSA MEREKA YANG SELAMA INI MEMANGGILNYA SEBAGAI "PELIWAT?")


*_Sila baca dengan Fikiran Rasional_*

 

Kes Anwar, pemfitnah dan harga diri

Oleh: Zunar

(16 Ogos 2020)

 

Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.

 

KISAH FITNAH 1- SATU SATUNYA SAKSI KERAJAAN- AZIZAN RAZAK

 

Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.

 

Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.

 

Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.

 

Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham)

mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.

 

Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.

 

Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:

Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"

Azizan: "Ya"

Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"

Azizan: "Saya tak tahu".

Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"

Azizan: "Ya".

Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"

Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).

Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.

 

Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.

 

Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.

 

KES KEDUA MELIBATKAN SAIFUL BUKAHRI

 

Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi PM.

 

Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondo. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor untuk membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

 

Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman

berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik dalam anusnya.

Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.

 

Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan, tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.

 

SUKMA DERMAWAN DAN DR MUNAWAR ANIS

 

Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan timbalan perdana menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-dua enggan.  

 

Apa persamaan antara keempat-empat nama yang diatas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.

 

Jamal Amro di tawarkan sekitar RM838.000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihanraya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.

 

Saya catatatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.

 

Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.

 

Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.

 

Secara moral, kita dalam terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.

ZUNAR

 

 

*_Nota:_*

Ini zaman edan. Dunia tlh trlalu bangka. Dunia sdg berlari menuju pengakhirannya. Fitnah bertebaran mengisi pengakhirannya. Anwar adalah sosok yg terpilih utk diuji di lembah fitnah ini. Bagi kita yg mengikuti perjalanan takdir yg mengaibkn ini, jelas bukti2 menunjukkn bhw Anwar dianiaya & tidak bersalah sama sekali. Berlainan pula dgn insan2 malang yg sengaja menempah bala melanjutkn bahana fitnah ini berdekad lamanya. 

 

Aku tidak ingin mmbicarakan soal "manusia2 bertuah" pencipta, sutradara & pelakon2 sandiwara fitnah ini. Mrk ini barang tentu tlh tersedia "istananya" nnt dn di dunia ini pun tlh ramai antara mrk yg tlh menerima karmanya! Namun di sini aku ingin berpesan & mmbangkitkn dosa2 yg diciptakan oleh mrk2 yg sengaja mncipta "dosa percuma" dgn terus meviral dn melanjutkn fitnah ini. Tnpa mrk sedar, mrk sdg mmbina satu dosa besar yg xkn terampunkn melainkan Anwar sendiri sj yg memaafkn mrk. Perkataan "peliwat" yg terpacul drp lidah mrk itu tlh mmbina satu takdir yg ckup buruk di sana nnt. 

Sedar & bertaubatlah.

 

Apapun takkan hancur sebutir berlian dek besi yang tajam. Begitulah juga takkan goyah hati nurani yg benar & jiwa yg kental dgn keimanan dek kemarakan api fitnah. Insyaallah.

 

Sesungguhnya sejak puluhan tahun dahulu aku mengikuti perjalanan dan perbicaraan fitnah ini  dgn renungan & akalbudi.

 

*_#TabahlahWahaiANWAR_*

*_#DOAbuatANWAR_*

*_#FitnahAdalahDosaBesar_*

*_#DedikasiBuatANWAR_*

 

ATE...GI JUMPE SI ATOK TU NAPE ? BARU NI DEME GI JUGA JUMPE SI YUSOFF TU- NAK CARI AVIDEN LE YE..SEBAB TAKUT ANWAR SAMAN SOAI CERAMAH PILIHANRAYA KES MORAL ...GAMOKNYE LE...TEMAN NEKE JE...

 

Langkah majukan orang Melayu ke Langkah tebuk atap?

Nak tebuk kut mana pulak kali ni



MMMMM......KOJE MALAIH....SEMBANG JE YOB...MANE MAUNYE.....TAK SEQONOK LE GITU...DEME KATE MAKAN GAJI BUTE....


 

MMMMM...DIA NI...DULU SOH CETAK DUIT- MAKLUMAT SUMBAT GAMAKNYE- TENGIN BEBENOR

 

PH tak janji hapus hutang PTPTN dalam manifesto, Rafizi bidas Wan Fayhsal

Timbalan presiden PKR itu meminta Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang menurutnya mengeluarkan kenyataan mengelirukan.

Rafizi Ramli menyifatkan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat berhubung janji PH memansuhkan hutang PTPTN sebagai ‘satu pembohongan’.

KUALA LUMPUR: PH tidak pernah berjanji untuk menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam manifestonya untuk PRU15, seperti yang didakwa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, kata Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan, yang juga timbalan presiden PKR itu menyifatkan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Machang, di Dewan Rakyat berhubung perkara itu sebagai “satu pembohongan”.

Susulan itu, Rafizi berkata, beliau akan mengusulkan supaya Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Wan Ahmad Fayhsal kerana didakwa membuat kenyataan yang mengelirukan dan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“YB Machang sebelum ini menyatakan bahawa dalam manifesto PH sebelum ni (janji) menghapuskan PTPTN, itu satu pembohongan kerana tak ada janji tu dalam manifesto PH baru-baru ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Peraturan 36(12) menyatakan mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan disifatkan menghina majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Saya minta Dewan ambil tindakan.”

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Noor kemudian meminta Rafizi mengemukakan usul berkenaan secara bertulis.

Terdahulu, Rafizi bangkit mencelah sewaktu sesi soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal berhubung usaha kerajaan untuk membantu golongan miskin dan isi rumah B40 dalam pembayaran pinjaman PTPTN.

“Apakah kerajaan ada iltizam politik untuk benar-benar mansuhkan hutang PTPTN ini seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH baru-baru ini?” soal Wan Ahmad Fayhsal

“Sekarang ni, saya pun maklum Pandan (Rafizi) pejuang tegar PTPTN, dan Hang Tuah Jaya (Adam Adli Abdul Halim), aktivis yang benar-benar ingin perjuangkan PTPTN untuk anak muda, adakah ada tempoh masa (untuk laksana) strategi sebenar?”

(LANGSUNG) Parlimen 14 Februari 2023 | Sesi Petang

Kalau YB sabar mungkin ada berita 'baik' dari SPRM - Anwar


Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan ada lagi pemimpin yang akan disiasat oleh SPRM. Anwar yang menjawab soalan dari Ahli Parlimen Putrajaya, Mohd Radzi Md Jidin tentang ketirisan yang berlaku dizaman PN.




JIKA NURUL IZZAH DILANTIK JAGA PTPTN ATAU TVET MISALNYA, SIAPA PUN TAK AKAN BISING

 

Apakah Nurul Izzah tidak boleh langsung beroleh kedudukan dalam kerajaan selagi ayahnya, Anwar Ibrahim memegang jawatan Perdana Menteri?

Pertanyaan ini banyak ditimbulkan berikutan walaupun Nurul Izzah telah mengundur diri sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri untuk hanya berperanan dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara yang dipengerusikan Mohd Hassan Merican, pertikaian terhadap kedudukan beliau masih tetap kedengaran.

Mereka terus mempertikaikannya kerana menganggap kedudukannya dalam seketariat itu masih sesuatu yang tidak wajar kerana Menteri Kewangan tetap bapanya.

Selagi seketariat itu bertanggungjawab kepada bapanya sendiri, walaupun seketariat dipengerusikan oleh Mohd Hasan Merican, kaitan Nurul Izzah dengan amalan nepotisme tidak banyak bezanya, demikian kata mereka yang tidak berpuas hati itu.

Dalam hal ini, apakah Nurul Izzah tidak boleh langsung memegang apa-apa jawatan selagi bapanya adalah Perdana Menteri, sedangkan beliau adalah seorang pemimpin kanan dalam PKR dan memainkan peranan penting bukan saja pada PRU15 lalu, bahkan sejak penubuhan PKR lagi?

Atau apakah ada jawatan lain yang sesuai buat Nurul Izzah?

Dengan kedudukan Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR, selain tidak sedikit sumbangannya kepada parti itu, baik ketika PRU15 lalu, sewaktu Anwar berada di dalam penjara atau sejak PKR ditubuhkan, mengenepikannya begitu saja memang sesuatu yang tidak wajar.

Tambahan lagi, beliau juga dilihat sebagai aset masa depan PKR dan ramai pula tidak teragak-agak meletakkannya sebagai bakal Perdana Menteri wanita pertama bagi Malaysia suatu hari nanti.

Atas premis itu, memberinya latihan dan pengalaman dalam pentadbiran kerajaan adalah suatu keperluan.

Silapnya dalam hal ini ialah Anwar terus melantik anaknya itu untuk berada di Pejabat Perdana Menteri sebagai penasihat kanan kepada bapanya sendiri selaku Perdana Menteri.

Walaupun cuba dihujahkan bahawa jawatan itu bersifat pro bono iaitu tidak menerima gaji, tetapi sebagaimana matlamat tidak menghalalkan cara, pro bono juga tidak membuatkan nepotisme jadi suci.

Dengan bersetuju Nurul Izzah berundur diri, ini bermakna Anwar sendiri akhirnya sedar kesilapan melantik anaknya itu tidak sepatutnya berlaku.

Mujurlah cepat kesilapan disedari, jika tidak, sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang pasti panas dengan soalan-soalan berapi berkenaan dengannya.

Sebagai pemimpin kanan PKR sendiri, walaupun bapanya adalah Perdana Menteri, Nurul Izzah sebenarnya ada hak untuk sama-sama berperanan dan menyumbang untuk negara selepas parti meraih kemenangan.

Yang tidak kena ialah jika beliau dilantik memegang sesuatu jawatan yang terletak secara langsung di bawah ketiak bapanya sendiri.

Ini kerana ia akan mendedahkan kepada konflik kepentingan dan memungkinkan berlakunya banyak perkara lain yang tidak sihat apabia bapa dan anak sendiri berada dalam pejabat yang sama.

Jika Nurul Izzah dilantik sebagai Pengerusi PTPTN atau mengetuai Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional atau TVET misalnya, pasti tidak ada sesiapa yang bising mengenai perlantikan itu.

Perlantikan Nurul Izzah bagi dua jawatan tersebut selain boleh diasingkan daripada amalan nepotime, ia juga menunjukkan bagaimana Anwar benar-benar serius untuk meletakkan keupayaan anaknya itu dalam hal yang berkaitan pembangunan generasi muda negara ini.

Lebih daripada itu, andai kata Nurul Izzah tidak kalah di Permatang Pauh baru-baru ini, dengan pengalaman, kelayakan dan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR, kiranya Perdana Menteri melantiknya sebagai salah seorang menteri kabinet pun tentu ramai yang turut mengalu-alukannya.

Oleh kerana PTPTN dan TVET masih lagi kosong penerajunya, Anwar harus mempertimbangkannya jika ingin menutup terus kaitan Nurul Izzah dengan amalan nepotisme melalui kedudukannya dalam Seketariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan sekarang ini.

Saya sendiri akan menjadi yang pertama menyokong perlantikan itu, tidak lagi menentangnya sebagaimana ketika Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan sebelum ini. – ShahbudinHusin 14/02/2023.



Dewan Rakyat | Sesi Soal Jawab Perdana Menteri


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pengurusan kewangan lemah serta isu ketirisan menyebabkan hutang negara kini RM1.5 trilion iaitu 82 peratus daripada KDNK. Beliau menjawab soalan berkenaan tahap hutang negara dikemukakan Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri di sidang Dewan Rakyat.



Anwar ke Turki malam ini selepas diminta Erdogan



Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertolak ke Turki pada malam ini untuk menunjukkan sokongan moral kepada negara yang dilanda gempa bumi itu awal minggu lalu. Menurut Anwar, keputusan itu adalah berdasarkan permintaan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan supaya dia dapat ke sana, memandangkan Malaysia antara yang terawal menghantar bantuan kemanusian ke negara itu.


Perdebatan 'data pertumbuhan ekonomi' Rafizi-Hamzah



Pertumbuhan ekonomi negara tidak dikira dengan purata mudah, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Tetapi, Ketua Pembangkang tidak setuju dengan data yang dikongsikan.


Nurul Izzah Letak Jawatan. Ostat Hadi Awang GAGAL Menahan Kerusi Marang.

LANGSUNG : Persidangan Dewan Rakyat 14 Februari 2023 | Sesi Pagi

TAK BOLEH PAKAI PUNYA ORANG- SEMBANG...

 

Kali ni aku setuju dengan pak cik ni.

Tapi aku nak tanya dia, apa pandangan dia dengan orang Islam yang bergelar ustaz kata orang bukan Islam sentiasa nak hancurkan orang Islam?

Bagaimana dengan orang Islam bergelar ustaz kata orang bukan Islam sembah syaitan? Bukankah itu pun tak menghormati perlembagaan?

Tapi PAS tak berbunyi langsung, kan? Itu maknanya PAS tak mampu berlaku adil. Tiada Islam pada setiap perkara yang tak adil. Guane boh?

Raja Gelap




 

JANGAN PERCAYA ORANG JAHAT- KENA BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK BAIK

 

Pengkhianat kita jangan percaya. Dia kata berehat tapi mungkin merencana sesuatu. Pimpinan PH kena berhati-hati.

Dia pernah runtuhkan pentadbiran PH sebelum ini. Tak mustahil jika dia merancang untuk lakukannya sekali lagi.

Alasan nak berehat tu hanya camouflage. Saja nak bagi kita abaikan dia dalam masa dia merangka strategi. Guane boh?

Raja Gelap




Kianat Perbuatan Salah. Diamalkan Oleh Kononnya Parti Islam PN.

MENU RAHMAH, PENGHALANG ADALAH PENIPU AGAMA



Beliau menyifatkan mereka yang menghalang ‘Menu Rahmah’ ini umpama penghalang kepada usaha untuk membantu pihak yang memerlukan. Beliau menyelar mereka yang bukan sahaja tidak memberi orang miskin makan, malah memang tidak menolong orang susah.


[LANGSUNG] Fokus Berita #AWANIpagi 14 Februari 2023

Hadi Awang Ulamak Jahat ? Asuh Ahli² Pas PN Pertikai Menjadi Jahat.

SOAL JAWAB BERSAMA PM DI PARLIMEN PAGI INI - HADI TOLONG HADIR HARI INI- SILA TANYA BERDEPAN DAN BUKAN BEBEL DI LUAR







InsyaAllah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

Untuk pengetahuan semua, sesi ini akan diadakan pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15.

#Parlimen #DewanRakyat #MalaysiaMadani

.

 

DASAR BAJINGAN- BELAH DUDUK LUAR NEGERA, DIA MENGUTUK....





Aku pernah post benda ni hari tu. YB Hannah Yeoh dah jelaskan yang lelaki ini BEKAS pemain pelapis BAM. Sekarang ini dia tidak lagi bersama BAM dan menetap di luar negara.

Menjengah di ruang komen, ada beberapa orang, yang aku fikir walaun, menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tiada tindakan. Aku pelik. Tindakan apa yang sorang nak sebenarnya?

Kalau dia masih bersama BAM, mungkin boleh nak gantung dia macam pemain hoki tu. Tapi sekarang ni dia bukan bersama BAM lagi. Nak suruh BAM ambil tindakan bagaimana?

Kalau dia di Malaysia, mungkin boleh suruh polis ambil tindakan. Tangkap dan siasat. Tapi sekarang dia berada di luar negara. Nak suruh tangkap? Ia tak semudah yang dijangka.

Kenalah rasional. Tahu kamu benci kerajaan ini tapi nak membangkang pun jangan sampai pamerkan akal yang tak cerdik. Bikin malu. Yang penting, YB Hannah tak berdiam diri dan ada berikan perhatian. Itu dah mencukupi. Guane boh?

Raja Gelap

SIAPA LA YANG BOLEH LEBIH DARI RASULLULLAH- BENGONG MUNG NI...HADOIII



             CEMBURU LA TEWWW- DUIT DUTA TAK MASUK DAH...KEH..KEH



KUAT SANGAT KELUAR FATWA IKUT SUKA . INI KENA SIASAT DAN SEDANG DISIASAT

 

Kertas siasatan Hadi didakwa fitnah PH diserah TPR


Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata kertas siasatan itu diserahkan sejak tahun lalu.

Polis sedang menunggu arahan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya berhubung kes Abdul Hadi Awang memfitnah Pakatan Harapan.

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan fahaman komunis dan anti-tuhan sudah diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim, berkata kertas siasatan diserahkan sejak tahun lalu.

“Kita masih menunggu arahan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur.

Pada 10 Nov lalu, PH membuat laporan polis terhadap Hadi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

November lalu, Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng, dilaporkan berkata Hadi didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan PH dengan fahaman komunis serta anti-tuhan dalam satu majlis di Temerloh, Pahang.

Azmi Abu Kassim.

Dalam perkembangan lain, Azmi memaklumkan polis sedang melengkapkan siasatan melibatkan perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Belanda pada 27 Jan lalu.

Katanya, 14 individu sudah dipanggil membantu siasatan dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya Rabu ini.

Terdahulu, polis dilaporkan mengesan tunjuk perasaan dan serahan memorandum bagi membantah pembakaran al-Quran serta penghinaan Islam yang tidak mematuhi undang-undang di hadapan dua kedutaan itu.

Pemerhatian polis mendapati kira-kira 80 individu menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Belanda dan 400 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden.


NI SOQANG LAGI MENTERI YANG POYO- KATA DIA BANGUN LEWAT-TAK DENGAR SUARA DIA TENTANG REE DI KEDAH.TAK BETUL TANYA MAMAT NI ...


 

WATAK UTAMA KECOH DALAM UMNO


 

UMK UNIVERSITI AWAM PERTAMA PERKENAL MENU RAHMAH

 

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di negara ini yang memperkenalkan Menu Rahmah.

Dengan harga RM4.90, mahasiswa boleh menikmati hidangan nasi putih, pelbagai lauk pilihan, sayuran dan segelas air sirap.

Pelajar Ijazah Pengajian Warisan, Muhammad Adam Ya’acob, 23, berkata, dia dan rakan-rakan menyambut baik Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan universiti.

“Dengan cara ini dapat meringankan beban pelajar sepanjang pengajian.

“Walaupun bergelar pelajar, kami sudah berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, sehingga ada dalam kalangan rakan-rakan yang mengikat perut serta mencatu makanan,” katanya ketika ditemui di Kafeteria UMK Bachok sempena pengenalan Menu Rahmah, pada Isnin.

Hadir sama meninjau suasana makan tengah hari tersebut ialah Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak.

Bagi pelajar Ijazah Seni Bina Landskap, Mohd Izham Zahari Abdullah, 23, kebiasaannya dia membelanjakan sekitar RM8 hingga RM10 setiap hari untuk makan tengah hari.

“Tetapi apabila ada Menu Rahmah, separuh duit belanja dapat dijimatkan. Alhamdulillah, ia bukan sahaja menggembirakan saya tetapi dapat meringankan beban mak ayah yang menanggung pengajian saya,” katanya.

Sementara itu, Razli memberitahu, pihaknya menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pengurusan kafeteria universiti tersebut.

Ujarnya, sebagai tanda sokongan UMK mengurangkan kadar sewa kepada pengendali kafeteria berkenaan.

“Kita berharap pengusaha kafeteria di dua lagi kampus UMK di Pengkalan Chepa dan Jeli dapat menyokong inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan ini,” katanya.

Sumber – https://go.sinar.la/3K78rXY