MUNGKIN MEREKA SALAH KIRA




 

KAPAL KOS RM 9 BILLION, TAPI HARAM TAK DIBINA! SIAPA SAPU?


Tempahan 6 Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) oleh kerajaan Malaysia, KOS RM9 BILION, bina sejak 2011, tapi kapal tak sampai2, tidak ada sebuah dibina. Hari ini kerajaan tambah lagi peruntukan berbilion. Mana pergi billion yang dahulu? Siapa sapu?
May be an image of 2 people and outdoors

DDISEKAT KELUAR NEGARA


✅ Arrested
✅ Investigated
✅ Detained in lock-up
✅ Charged in court
✅ Blacklisted from travel
Aku dah kena blacklist dan dilarang ke luar negara.
Semalam aku baru dapat tahu, nama aku dalam senarai blacklist imigresen. Aku disekat dari renew pasport, dan disekat dari ke luar negara. Jabatan Imigresen kata sekatan dari Bukit Aman/PDRM.
Pada bulan Mei nanti aku perlu ke Eropah kerana terlibat dalam satu persembahan teater. Aku tengah usaha untuk dapatkan clearance dari Bukit Aman sebelum flight aku lepas Raya. Kalau penjenayah yang dah sabit kesalahan dan ada 42 tuduhan jenayah korupsi pun boleh dapat clearance untuk ke luar negara, harap Bukit Aman boleh bagi aku clearance sekali. Jangan double standard.
May be an illustration of text


 

Baru-baru ini kecoh pasal cara turun untuk sujud samada mendahulukan lutut atau tangan



2. Isu ini adalah khilaf mazhab sebagaimana bacaan bismillah (Basmalah) kuat atau perlahan Dalam Surah Al-Fatihah. 


3. Mereka yang memahami ini khilaf mazhab tidak akan bergaduh hingga kecoh dalam masyarakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya mengetahui fiqh mazhab lain agar dapat berlapang dada. 


4. Apabila sesuatu perkara melibatkan khilaf mazhab maka tidak boleh dipaksakan tatacara tertentu dalam solat kepada masayarakat.


5. semasa di mesir, saya pernah membelek kitab Zadul  Ma'ad karya ibnu qayyim. Kitab ini berkaitan sirah nabi SAW. Dalam kitab ini, Ibnu Qayyim turut membahaskan isu turun untuk sujud samada mendahulukan lutut atau tangan. Ibnu Qayyim membahas panjang isu ini dan beliau mentarjihkan (memilih) pandangan  mendahulukan lulut kemudian barulah  tangan. Boleh rujuk kitab  Zadul  Ma'ad untuk mklumat lanjut.


6. Ibnu Qayyim adalah ulama mazhab Hanbali.  Nanmun Ibnu qayyim dan gurunya Syeikhul Islam ibnu Taimiah banyak mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan ulama hanbali.


7. Namun Perbezaan pandangan mereka tidak meyebabkan mereka terkeluar daripada mazhab hanbali. mereka masih dianggap sebagai ulama mazhab hanbali. Hal ni menunjukkan di kalangan ulama Hanbali pun berbeza pandangan. 


8. Bahkan Ulama Arab Saudi Salafiah seperti Syeikh Ibnu Baz dan Syeikh Ibnu Uthaimin memilih pandangan mendahulukan tangan Untuk turun sujud. Boleh rujuk fatwa mereka.


10. Kebiasaannya warga emas semasa turun untuk sujud, mereka akan mendahulukan tangan Kemudian barulah lulut. Mungkin mereka berasa selesa begitu. Mereka ini bukan mazhab Hanbali dan saya yakin mereka tidak tahu tentang khilaf mazhab dalam perkara ini. 


11.Begitu juga orang yang sakit lutut akan mendahulukan tangan dahulu untuk sujud. Jadi suasana jemaah mendahulukan tangan untuk sujud sudah lama wujud dalam masyarakat kita.


12. Kesimpulannya, isu mendahulukan tangan atau lutut untuk sujud adalah khilaf mazhab. Kita tidak perlu bergaduh dalam  hal ini. Kita juga tidak boleh memaksa masyarakat mengikut satu tatacara solat sahaja sedangkan ia melibatkan khilaf mazhab.  Salam hormat.


Siti Aishah tekad bawa KEADILAN keluar dari politik kabilah

 


Politik kabilah telah berakar dalam KEADILAN sejak beberapa siri pemilihan lalu dengan pelbagai gelaran diberikan kepada kumpulan yang mengamalkannya.



Sehubungan itu calon Naib Ketua Wanita pusat, Siti Aishah Shaik Ismail bertekad untuk mengeluarkan parti daripada budaya politik yang tidak menguntungkan itu.



Katanya, tidak boleh wujud pasukan tertentu dalam parti dan akan menyebabkan peringkat bawahan tidak mengambil arahan daripada pemimpin puak berlainan



"Pemilihan kali ini ialah pemilihan yang perlu dianggap sebagai persiapan kepada maksud tujuan asal parti politik iaitu pilihan raya umum. Setelah sekian lama kita berjuang dan membina semangat bersama, pasti apa yang pernah berlaku adalah satu tempoh yang amat sukar untuk dilupakan.



"Menginsafi bahawa perlu ada timbal balik dalam politik maka kali ini saya menawarkan diri untuk bersama akar umbi bagi menjadi pasukan yang bukan sekadar benteng semata-mata tetapi tentera yang berjuang bersama sehabis tekad dan usaha bagi memastikan mandat yang sebenarnya dicapai dengan sebaiknya.



"Saya mahu membawa Wanita KEADILAN keluar dari politik kabilah, yang pastinya membuatkan kita nampak lemah, tidak utuh dan terkebelakang.



"Politik itu kerja berpasukan menguatkan yang lemah dan menterjemahkan segala kekuatan itu di medan yang betul," katanya.



Menurut beliau lagi, tiba masanya wanita baik di peringkat pusat mahupun akar umbi dipersiapkan sebaiknya bukan sahaja sebagai jentera namun sebagai pemimpin yang bakal menggalas tugas sekiranya Pakatan Harapan diizinkan memerintah dalam pilihan raya akan datang.



"Wanita bukan lagi perlu jadi "option" tetapi wajib untuk mengisi keperluan jawatan di peringkat akar umbi dan institusi-institusi yang ada dengan baik dan cemerlang.



"Menempatkan diri saya dalam barisan kepimpinan wanita sebagai Calon Naib Ketua Wanita hanya sebagai asbab untuk saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih fokus.



"Dengan rendah diri saya menawarkan khidmat dan bakti saya kepada parti dan Wanita dan kita bina rumah ini bersama agar ia menjadi satu lonjakan untuk semua dan menjadikan Wanita KEADILAN disegani oleh lawan dan kawan," katanya lagi.

 

Tasik Galilee semakin kering, ini perancangan Israel untuk isi semula

 

Tasik Galilee semakin kering, ini perancangan Israel untuk isi semula


Israel dilapor merancang untuk menyalurkan air laut yang dinyahgaram ke Tasik Galilee yang kini semakin tenat dan kering.

Menurut laporan The Times Of Israel, hujan yang tidak menentu dan peningkatan suhu dikatakan antara punca yang menyebabkan air tasik air tawar terbesar di Timur Tengah ini semakin susut. Tasik berkenaan sebelum ini berfungsi sebagai kawasan tadahan utama yang membekalkan bekalan air bersih untuk Israel.

Israel kini merancang untuk menangani masalah ini dengan menyalurkan semula lebihan air laut yang dinyahgaram ke tasik berkenaan, melalui jaringan paip, pam dan terowong yang dibina sejak 1960 lagi.Sebagai salah sebuah negara yang memiliki teknologi penyahgaraman air laut yang tercanggih di dunia, usaha itu turut mendapat pujian kerajaan Israel yang menyifatkannya bakal mengeratkan hubungan negara itu dengan negara-negara Arab lain.

Syarikat-syarikat Israel yang menerajui teknologi penyahgaraman air laut dilapor sudahpun menandatangani perjanjian kerjasama dengan beberapa negara Arab antaranya UAE, Bahrain dan Magribi.

Israel, UAE dan Jordan juga secara prinsipal sudah bersetuju untuk membenarkan Jordan melakukan pertukaran antara bekalan tenaga solar dengan air bersih dari Israel. Laporan AFP menyebut air bersih yang dihantar akan diambil dari tasik ini.

Sebelum ini, para pemerhati mengkritik dan mendakwa Israel bertindak menyekat penghantaran bekalan air ke sebahagian besar Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di Palestin. Tindakan itu menyaksikan kedua-dua wilayah itu berdepan dengan krisis air yang sangat teruk.Suhu meningkat

Suhu purata di Israel meningkat dua darjah Celcius sejak dua dekad lalu, jelas seorang penyelidik di Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Israel.

Jika berlaku musim sejuk ia dapat menaikkan semula paras air di tasik berkenaan. Namun sejak berlaku kemarau pada 2014 hingga 2018 lalu, paras air menurun dengan ketara dan berpotensi menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

“Setiap 30 tahun, populasi Israel akan meningkat secara berganda. Tanpa projek ini ia akan menjadi satu situasi yang ‘ngeri’.”

Paras air semakin berkurang

Pekerja dari Syaraikat Air Israel ketika ini sedang bertungkus lumus menurunkan paip ke dalam parit yang akan bertindak sebagai saluran membawa masuk air laut yang dinyahgaram ke tasik tersebut.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami mendapati hujan semakin berkurangan terutama di kawasan tadahan di tasik tersebut.”

Secara keseluruhan, projek ini dilapor menelan belanja lebih USD 300 juta

PENANG TERIMA BANYAK PELABURAN




 

MMMMMM....AWAT JADI MACAM INI ?.....

 

Kenyataan yang silap dan sangat tidak bijak. Ini bererti, jika PH bekerjasama dengan parti lain atau apa yang dipanggil khemah besar, PH tengah tak kuatlah kan?

Jadi rasanya rakyat nak ke pilih parti yang tak kuat untuk memerintah?
PH kena kembali perjuangan asal. Perjuangan nadi rakyat. Letakkan rakyat sebagai keutamaan lebih dari apa-apa yang lain. Bukan matlamat nak dapat kuasa.
Khemah besar hanya menjadi bukti yang pemimpin PH hanya mahu berkuasa sampai sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.
Kita dah cuba dulu masa PRU14. Dan dah menang pun. Tapi reformasi tak dapat dilakukan kerana kita bekerjasama dengan pihak anti reform. Nak ulang lagi? Bodoh? Guane boh?
May be an image of 5 people and text that says "Sinar Sinar Harian PH sedia kerjasama jika tiada kekuatan tewaskan BN pada PRU15 BY LHISHAM ISAHAK APRIL 22, 2022 10:35 PM JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) menimbang untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain sekiranya gabungan itu benar-benar merasakan tidak mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, itu merupakan satu daripada enam ketetapan yang dipersetujui kepimpinan PH ketika mengadakan 'retreat' di Port Dickson, tahun lalu."

RINA DAH ADA LAKI DAH RASANYA...TAKIYUDDIN JUGA JADI BAHAN....ORANG MELUAT JA TU. NAK BAGI TAU LEBAI NI BAB MENIKAH KE DAPAN.

 


Tular di media sosial dakwaan Takiyuddin dan Rina Harun dah berkahwin?


Tular di media sosial dakwaan Takiyuddin dan Rina Harun dah berkahwin?



Di sebalik perubahan penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun sekarang, ada satu persoalan mengenai dirinya yang masih menjadi tanda tanya ramai.

Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa yang menjadi perhatian sebelum ini tiba-tiba hilang dari radar sementelah isu berkaitan #justiceforbella yang melihatkan rina seolah-olah diam dan membisu.

Penampilan Rina yang kini semakin kurus dan cantik, namun kesilapan pasukan medianya berikutan isu cuci taik cicak ketika banjir menenggelamkan terus rina harun.

Jika sebelum ini menjadi bualan ramai bahawa dikatakan Rina adalah isteri kepada Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh Ahli Parlimen Sri Gading yang kini dilaporkan mereka bercerai. Perkahwinan Dr Shahruddin dan Rina sebelum ini bukanlah rahsia dikalangan pemimpin Bersatu.

Kecoh di media sosial dakwaan Takiyuddin dan Rina Harun dah bernikah

Terbaru Rina Harun tidak lepas dari gosip-gosip baru apabila terdapat sumber dalaman yang rapat dengan Bersatu memaklumkan Rina telahpun bernikah semula dan suaminya merupakan anggota Menteri Kabinet daripada PAS iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.

Kecoh di media sosial dakwaan Takiyuddin dan Rina Harun dah bernikah

Susulan itu Rina Harun dilaporkan bakal mengundurkan diri sebagai Menteri kerana sedar kedudukan Suami dan Isteri tidak sesuai berada di dalam satu jemaah kabinet.

Situasi ini menjelaskan mengapa Rina jarang masuk ke pejabat dan mengabaikan tugas-tugasnya di Kementerian Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Hanya selepas isu dera Bella muncul dan teguran Tengku Mahkota Johor barulah Rina mula tampil ke depan mempertahankan Bella seolah-olah beliau bersungguh menyelesaikan masalah penderaan kanak-kanak.

Kecoh di media sosial dakwaan Takiyuddin dan Rina Harun dah bernikah

Kedudukan Takiyuddin dan Rina dalam satu kabinet sama mencetuskan isu panas baru tentang status sebenar Rina Harun.

Kecoh di media sosial dakwaan Takiyuddin dan Rina Harun dah bernikah

Rina Harun wajar menjelaskan status kedudukannya dengan Takiyuddin begitu juga Takiyuddin bagi mengelakkan fitnah masyarakat.

Benarkah Rina Harun isteri keempat Datuk Seri Takiyuddin Hassan?

PH JOHOR LANTIK JURUCAKAP BAYANGI EXCO BN


KALAU ZAMAN PH...BERSEMBUR SAGON DALAM MULUT...

 Kalau benda ni jadi masa zaman PH, dah meletup jadi modal Islam terancam. Paling busuk dikatakan DAP control Kerajaan.

Tapi berlaku ketika zaman Kerajaan Melayu Islam, pejuang agama diam seribu bahasa, krik krik.
Bulan baik ni kita bersangka baik lah. Mungkin jawatan dan pangkat itu jihad yang lebih baik…
May be an image of 2 people and text that says "Kepala Abang"