Tasik Galilee semakin kering, ini perancangan Israel untuk isi semula

 

Tasik Galilee semakin kering, ini perancangan Israel untuk isi semula


Israel dilapor merancang untuk menyalurkan air laut yang dinyahgaram ke Tasik Galilee yang kini semakin tenat dan kering.

Menurut laporan The Times Of Israel, hujan yang tidak menentu dan peningkatan suhu dikatakan antara punca yang menyebabkan air tasik air tawar terbesar di Timur Tengah ini semakin susut. Tasik berkenaan sebelum ini berfungsi sebagai kawasan tadahan utama yang membekalkan bekalan air bersih untuk Israel.

Israel kini merancang untuk menangani masalah ini dengan menyalurkan semula lebihan air laut yang dinyahgaram ke tasik berkenaan, melalui jaringan paip, pam dan terowong yang dibina sejak 1960 lagi.Sebagai salah sebuah negara yang memiliki teknologi penyahgaraman air laut yang tercanggih di dunia, usaha itu turut mendapat pujian kerajaan Israel yang menyifatkannya bakal mengeratkan hubungan negara itu dengan negara-negara Arab lain.

Syarikat-syarikat Israel yang menerajui teknologi penyahgaraman air laut dilapor sudahpun menandatangani perjanjian kerjasama dengan beberapa negara Arab antaranya UAE, Bahrain dan Magribi.

Israel, UAE dan Jordan juga secara prinsipal sudah bersetuju untuk membenarkan Jordan melakukan pertukaran antara bekalan tenaga solar dengan air bersih dari Israel. Laporan AFP menyebut air bersih yang dihantar akan diambil dari tasik ini.

Sebelum ini, para pemerhati mengkritik dan mendakwa Israel bertindak menyekat penghantaran bekalan air ke sebahagian besar Tebing Barat dan Semenanjung Gaza di Palestin. Tindakan itu menyaksikan kedua-dua wilayah itu berdepan dengan krisis air yang sangat teruk.Suhu meningkat

Suhu purata di Israel meningkat dua darjah Celcius sejak dua dekad lalu, jelas seorang penyelidik di Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Israel.

Jika berlaku musim sejuk ia dapat menaikkan semula paras air di tasik berkenaan. Namun sejak berlaku kemarau pada 2014 hingga 2018 lalu, paras air menurun dengan ketara dan berpotensi menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

“Setiap 30 tahun, populasi Israel akan meningkat secara berganda. Tanpa projek ini ia akan menjadi satu situasi yang ‘ngeri’.”

Paras air semakin berkurang

Pekerja dari Syaraikat Air Israel ketika ini sedang bertungkus lumus menurunkan paip ke dalam parit yang akan bertindak sebagai saluran membawa masuk air laut yang dinyahgaram ke tasik tersebut.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami mendapati hujan semakin berkurangan terutama di kawasan tadahan di tasik tersebut.”

Secara keseluruhan, projek ini dilapor menelan belanja lebih USD 300 juta

No comments: