2. Isu ini adalah khilaf mazhab sebagaimana bacaan bismillah (Basmalah) kuat atau perlahan Dalam Surah Al-Fatihah.
3. Mereka yang memahami ini khilaf mazhab tidak akan bergaduh hingga kecoh dalam masyarakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya mengetahui fiqh mazhab lain agar dapat berlapang dada.
4. Apabila sesuatu perkara melibatkan khilaf mazhab maka tidak boleh dipaksakan tatacara tertentu dalam solat kepada masayarakat.
5. semasa di mesir, saya pernah membelek kitab Zadul Ma'ad karya ibnu qayyim. Kitab ini berkaitan sirah nabi SAW. Dalam kitab ini, Ibnu Qayyim turut membahaskan isu turun untuk sujud samada mendahulukan lutut atau tangan. Ibnu Qayyim membahas panjang isu ini dan beliau mentarjihkan (memilih) pandangan mendahulukan lulut kemudian barulah tangan. Boleh rujuk kitab Zadul Ma'ad untuk mklumat lanjut.
6. Ibnu Qayyim adalah ulama mazhab Hanbali. Nanmun Ibnu qayyim dan gurunya Syeikhul Islam ibnu Taimiah banyak mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan ulama hanbali.
7. Namun Perbezaan pandangan mereka tidak meyebabkan mereka terkeluar daripada mazhab hanbali. mereka masih dianggap sebagai ulama mazhab hanbali. Hal ni menunjukkan di kalangan ulama Hanbali pun berbeza pandangan.
8. Bahkan Ulama Arab Saudi Salafiah seperti Syeikh Ibnu Baz dan Syeikh Ibnu Uthaimin memilih pandangan mendahulukan tangan Untuk turun sujud. Boleh rujuk fatwa mereka.
10. Kebiasaannya warga emas semasa turun untuk sujud, mereka akan mendahulukan tangan Kemudian barulah lulut. Mungkin mereka berasa selesa begitu. Mereka ini bukan mazhab Hanbali dan saya yakin mereka tidak tahu tentang khilaf mazhab dalam perkara ini.
11.Begitu juga orang yang sakit lutut akan mendahulukan tangan dahulu untuk sujud. Jadi suasana jemaah mendahulukan tangan untuk sujud sudah lama wujud dalam masyarakat kita.
12. Kesimpulannya, isu mendahulukan tangan atau lutut untuk sujud adalah khilaf mazhab. Kita tidak perlu bergaduh dalam hal ini. Kita juga tidak boleh memaksa masyarakat mengikut satu tatacara solat sahaja sedangkan ia melibatkan khilaf mazhab. Salam hormat.