#AWANI745 13 Julai 2021

EXCO Perak mahu penguatkuasa ambil tindakan lambakan gelandangan dan peminta sedekah di bank

 EXCO Perak mahu penguatkuasa ambil tindakan lambakan gelandangan dan peminta sedekah di bank

Penguatkuasaan lebih tegas akan dijalankan untuk membendung isu lambakan gelandangan dan peminta sedekah yang dikatakan semakin ramai di bank sekitar bandar raya Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata peningkatan trend tersebut disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19.

“Kita melihat pattern ini disebabkan oleh PKP, bukan saja gelandangan yang menghadapi masalah kesukaran hidup, hinggakan semua rakyat pun saya rasa alaminya.

“Kalau tidak masakan ada kempen bendera putih, jadi maksudnya bukan saja gelandangan tetapi ia memberi kesan kepada semua golongan.

“Mereka (gelandangan) tertumpu di bank kerana di situ strategik dan ramai ke bank. Ada aktiviti manusia, mereka berharap serba sedikit sumbangan di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara Kinta semasa tempoh PKP 3.0 di sini pada Selasa

Ujar Dr Wan Norashikin lagi, perkara itu juga akan dilihat secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita akan bersama-sama dengan pihak PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk rangka aktiviti penguatkuasaan.

“Pihak JKM mengenali siapa sebenarnya yang gelandangan atau tidak, bukan semuanya gelandangan kerana ada antara mereka yang tinggal bersama adik beradik dan sebagainya.

“Kita juga dapati golongan gelandangan bertambah ketika PKP, bukan saja di bank tetapi di pasar raya dan taman permainan,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai lambakan gelandangan dan peminta sedekah di beberapa kawasan bank sekitar bandar raya Ipoh.

Sementara itu, beliau berkata seramai 14 orang daripada 24 penghuni PPG Sementara di situ akan menerima suntikan vaksin dalam masa terdekat.

Katanya, pemilihan itu berdasarkan kesesuaian dan tahap kesihatan gelandangan untuk divaksinasi.

SIAP SEDIA UNTUK JADI KAPIR ..KAH..KAH

 

Panas! Penganalisis politik jangka Pas dan Umno akan kembali bertembung

Panas! Penganalisis politik jangka Pas dan Umno akan kembali bertembung

Pertembungan antara Umno dan PAS untuk meraih undi dan sokongan rakyat kini tidak lagi dapat dielakkan selepas mengambil kira pendirian Umno yang menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, kata penganalisis.

Penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi berkata, PAS sudah menjanjikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Muhyiddin.

“Konflik antara Umno dan Bersatu dijangka semakin panas selepas darurat tamat pada 1 Ogos ini, jadi sudah tidak dapat dielak bahawa PAS dan Umno akan berlawan,” katanya.

Awang Azman berkata, keputusan PAS menyokong Muhyiddin dianggap sebagai meninggalkan Umno dan Muafakat Nasional (MN) kerana PAS kelihatan lebih selesa bersama Bersatu pimpinan Muhyiddin.

“Bagaimanapun, jika Umno tidak bersatu dalam memperjuangkan pendirian parti itu terutamanya mereka yang menentang keputusan parti, maka akar umbi akan menghukum mereka.

“Ini sekali gus memberi kesan kepada prestasi Umno pada pilihan raya umum akan datang (PRU15),” katanya.

Beliau percaya bahawa selagi perdana menteri berkuasa, PAS akan terus menyokong Muhyiddin, walaupun keadaan ini akan berubah setelah pembubaran parlimen.

Sebelumnya, keputusan Umno untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin dikritik oleh Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, yang mengatakan bahawa keputusan ini melemahkan usaha untuk menyatukan ummah dan mempengaruhi hubungan antara kedua rakan di MN.

Walau bagaimanapun, Puad Zarkashi, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, menolak dakwaan ini, dengan mengatakan bahawa jika PAS memandang serius kesatuan itu, parti itu tidak akan berpaling daripada Umno dan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Bersatu.

Pada masa yang sama, seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan, tidak bersetuju bahawa Umno merosakkan perpaduan masyarakat Islam. Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia itu mengatakan bahawa hasil pilihan raya kecil menunjukkan kerjasama antara UMNO dan PAS berjalan lancar di bawah panji Muafakat Nasiona.

Dr. Azmi Hasan

“Mengatakan Umno sedang memusnahkan kesatuan ummah adalah tidak tepat, sedangkan PAS sedia tahu Umno dan Bersatu adalah musuh semula jadi kerana mahu meraih kelompok undi yang sama, termasuk tuntutan kerusi,” katanya.

Beliau tidak yakin pendirian PAS kekal bersama PN akan menyebabkannya kehilangan undi, namun ia mungkin didorong prestasi tidak memberangsangkan menteri dan timbalan menterinya dalam kerajaan.

“Menteri dan timbalan menteri daripada PAS dilihat sangat senyap, saya berpandangan ini akan menyebabkannya kehilangan undi,” katanya.

Tambah Azmi, PAS diramal kekal bersama Bersatu pada PRU15, walaupun tindakan berkenaan membawa risiko besar buat mereka kerana ini bermakna mereka akan berdepan musuhnya yang paling ketat, iaitu Umno.


Menteri Agama Lena kah ? Ini lah kerja kamu : MGNews: Zakat Hina Saya! Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun


Tiga ibu tunggal yang mendakwa diri mereka tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada pihak berwajib dalam sidang media yang dianjurkan oleh aktivis Kramat di Ukay Perdana, Ampang

SEBAB TAK ADA UMNO DAN PAS DI SANA

 

PAP di Singapore tu ok jer layan melayu disana. Tak ada pun sultan Singapore nak payung melayu Singapore.

In fact melayu Singapore lagi kehadapan dari melayu disini. Kerja mereka rasanya lagi efficient, seorang melayu Singapore boleh buat kerja 5 orang melayu disini.

Pemimpin-pemimpin  UMPAS adalah puak yg juara memomokkan isu perkauman. Pada hal yg melahap harta melayu orang melayu juga!


May be an image of 1 person and text that says "Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen @TSDMujeebudeen jujur kata saya sbg bekas Ahli Umno apa yg Parti DAP buat utk Masyrakat Melayu adalah 100% LEBIH BAIK drpd apa yg dibuat oleh UNMO/BN selama ini dlm segi BANTUAN kpd Majlis Agama, Tahfiz, Ibu Tunggal, Petani & Nelayan kini Anak2 Muda Melayu mula muncul sbg Pemimpin2 DAP. Translate Tweet 4:36 pm 11 Jul 20 Twitter Web App"


 

TUTUP LAH KILANG TU DEMI RAKYAT

 May be an image of text that says "LIVE ο 13K Cት t SIDANG SIANGMEDIA MEDIA onferenca MEDIA Kesian frontliners. Kesian KKM. Rakyat semua terkesan dgn pandemik Tolonglah kerajaan buat pkp mcm tahun lepas. Frontliners lumpuh, kerajaan pun akan lumpuh. Ami Nur Syamimi ORG NAK BERANAK PUN FIKIR KALI TAU TAK. ELOK ELOK PERGI HOSP -VE NANTI BERSALIN DAH DISCHARGE +VE MACAM MANA?!!!?!??!?!? JAWAB TUTUP LAH KILANG TU HAWAU Norazlin Kamaruddin Kalau full lockdown.. Mungkin Bolih turun cepat sikit... See More KEMENTERIAN KESIHATAN SIDANG MEDIA KHAS YB MENTERI... See More 265"

APA LAGI YANG TAK KENA

 

Tak cukup menteri kanan dah ada TPM, tak cukup menteri vaksin tambah tengku zafrul jadi menteri PPN.....

SR

 


Tok Mat dilantik Pengarah Pilihanraya Umno ganti Tajuddin

 Terkini !!! Tok Mat dilantik Pengarah Pilihanraya Umno ganti Tajuddin

Tok Mat dilantik Pengarah Pilihanraya Umno ganti Tajuddin.

Beberapa hari selepas lantang mengkritik kepimpinan tertinggi Umno, parti itu mengumumkan kedudukan Tajuddin Abdul Rahman selaku pengarah pilihan raya parti itu digantikan.

Tugas itu kini diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Mohamad Hasan.

Pertukaran itu diumumkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Ahmad Zahid, Mohamad ketika ini juga menjalankan tugas sebagai pengerusi War Room BN dan Umno.

“Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya Umno ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi,” katanya.

Asalnya Tajuddin dilihat menjadi orang yang dipercayai Ahmad Zahid apabila dilantik ke jawatan penting itu pada 4 Nov tahun lalu dengan tugas menyediakan parti menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia berlaku ketika ada ura-ura Umno mahu bekerjasama dengan menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun Tajuddin mula menampakkan tanda dia tidak sependapat dengan Ahmad Zahid selepas ahli parlimen Bagan Datuk itu mengumumkan pendirian parti untuk menarik sokongan ahli parlimen mereka daripada Muhyiddin pada 8 Julai lalu.

Semasa membacakan keputusan Majlis Tertinggi Umno itu, Ahmad Zahid juga meminta Muhyiddin berundur dari jawatan perdana menteri secara terhormat.

Semalam pula tersebar audio suara Tajuddin mendakwa keputusan Umno menarik diri daripada menyokong Muhyiddin bukan keputusan Perhimpunan Agong Umno.

Ahli parlimen Pasir Salah itu juga mempersoal tindakan pemimpin tertinggi Umno kerana tidak menyatakan ucapan tahniah kepada naib presiden mereka, Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya, perbuatan sedemikian seolah-olah pucuk pimpinan parti itu tidak bersetuju dengan pelantikan itu.

Menurut Ahmad Zahid, Umno membuat pelantikan baru bagi memudahkan proses membuat keputusan dalam parti.

“Dengan kedudukan Mohamad sebagai timbalan pengerusi BN, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya yang melibatkan semua parti-parti komponen,” katanya.

Anwar Teruskan Sumbang 3000 Ayam Segar ke Utara Bersama Jelajah Peduli AIC

 


Jelajah Peduli Anwar Ibrahim Club (AIC) melengkapkan kempen pemberian ayam segar kelmarin di kawasan Utara.


Menurut kenyataan AIC, jelajah tersebut singgah di Pulau Pinang dan Kedah menyampaikan sumbangan sejumlah 3,000 ayam segar daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada enam lokasi berbeza iaitu Nibong Tebal, Permatang Pauh, Sungai Petani, Merbok, Kuala Kedah dan Pendang.


"Jelajah kami yang bermula pada awal pagi Ahad, 11 Julai ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada wakil-wakil KEADILAN di lokasi masing-masing.


"Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Nurul Izzah Anwar, Datuk Haji Maktar Shapee, YB Datuk Johari Abdul , YB Nurin Aina dari Merbok dan YB Dr Azman Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah atas kerjasama penuh yang diberikan


"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Auto Plate Division yang menaja pelekat magnetik kereta-kereta dan lori untuk siri jelajah ini," kata kenyatan tersebut.


AIC turut mengucapkan penghargaan kepada Datuk Dr. Zulkifly Mohamad, Bendahari MPN Kedah yang bersama pasukan AIC sepanjang jelajah dua hari berkenaan.


"Jelajah ini adalah satu ikhtiar Datuk Seri Anwar sendiri dalam membantu meringankan beban semua penerima di luar bandar yang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19.


"Kami di AIC berharap usaha ini membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," kata kenyataan itu lagi.

 


KKM perlu serap 23,000 pegawai perubatan kontrak sebagai pekerja tetap

 

PKR's Michael Teo will defend Miri seat | Free Malaysia Today (FMT)



Dr Michael Teo memberikan beberapa sebab mengapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu segera menangani masalah status kontrak pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Naib Presiden KEADILAN itu berkata,sistem kesihatan hanya dapat berfungsi dengan pekerja kesihatan yang terlatih.



“Walaupun negara kita berjuang melawan Covid-19, lanjutan kontrak hingga akhir tahun 2022 untuk pegawai perubatan junior bukanlah penyelesaian yang mencukupi dalam memastikan reputasi dan kecemerlangan jangka panjang sektor perubatan negara.



“KKM mesti menyedari perkhidmatan penting semua pekerja kesihatan terutama ketika negara menghadapi beban besar terhadap perkhidmatan kesihatan yang disebabkan oleh wabak Covid-19.



Justeru, beliau mendesak kerajaan PN untuk menghapuskan sistem kontrak dan menyerap semua 23,000 pegawai perubatan kontrak ke sektor awam sebagai pekerja tetap untuk mengelakkan kehilangan bakat muda tempatan ke tangan negara lain.



“Ini adalah skandal negara apabila sistem kesihatan awam Malaysia menghadapi kekurangan doktor dan pakar bedah di pelbagai kepakaran dan profesional penjagaan kesihatan lain yang berkaitan, terdapat lulusan perubatan, farmasi, dan pergigian yang semakin banyak yang tidak dapat memperoleh jawatan tetap dalam sistem kesihatan awam kerana kekangan belanjawan.



“Saya mendesak kerajaan PN, terutama KKM untuk memastikan bahawa perencanaan tenaga kerja yang strategik dapat memenuhi keperluan perawatan kesihatan, kesihatan mental dan kesihatan masyarakat negara kita.



“Kerajaan juga harus fokus untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk pakar latihan dan penyelidikan perubatan.



“Tenaga kerja penjagaan kesihatan kita tetap menjadi asas masyarakat kita dan mereka mesti diberi perhatian dan pengiktirafan sewajarnya, bermula dengan tenaga kerja doktor junior kita dengan mencipta peluang pekerjaan yang berterusan dan latihan yang mampan,” katanya.

 

Warganet mahu lebih CAC dibuka elak kesesakan




Dianggarkan seramai 4,000 orang yang dijangkiti Covid-19 hadir ke CAC Stadium Malawati semalam. (Gambar Twitter abangridhwan)

PETALING JAYA: Warganet meluahkan ketidakpuasan hati terhadap ciapan Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, selepas beliau berkongsi senarai pusat penilaian Covid-19 (CAC) di Selangor.

Menerusi ciapannya, Noor Hisham menasihati orang ramai supaya tidak hanya tertumpu kepada CAC Stadium Malawati sahaja, sebaliknya boleh pergi ke CAC terdekat di kawasan masing-masing bagi mengelak kesesakan.

“Sila ke CAC terdekat di kawasan masing-masing untuk elakkan kesesakan,” katanya.

Bagaimanapun, rata-rata warganet mempertikai mengapa orang ramai perlu dipersalahkan jika berlaku kesesakan di CAC di Selangor terutama di kawasan Petaling.

Seorang pengguna Twitter @christina_hysim berkata, pusat penilaian Covid-19 (CAC) di Petaling dan Klang perlu terus dibuka memandangkan jumlah penduduk yang ramai di kawasan itu berbanding di kawasan lain.

“Masalahnya, DG, CAC hanya dalam dalam satu daerah. Terutamanya di Petaling dan Klang. Kena buka lagi lokasi. Sini/sana banyak padat…ramai orang,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @mhddanialrazak turut mengutarakan pendapat yang sama dan berkata, kawasan Petaling yang besar membuatkan jarak untuk ke pusat penilaian Covid-19 juga menjadi satu masalah.

“DG, Petaling ini terlalu besar, Serdang pun bawah Petaling. Jauh untuk orang yang duduk di Seri Kembangan ke sana. Patut buka satu atau dua CAC berhampiran kawasan ni,” ujarnya.

Sementara itu, @ladyylyn mencadangkan supaya pusat penilaian Covid-19 dibuka di setiap daerah bagi mengurangkan kesesakan dan memudahkan petugas.

“Sebaiknya buka di setiap daerah bagi kurangkan kesesakan, buka di dewan setiap DUN pun ok, ini semua tertumpu stadium memang kesian ‘frontliners’ dan semua.”

KECOH MELAMPAU! KEM MUHYIDDIN CUBA SĒMBÜNYlKAŅ BUKTI INI!!!!!



Di hari ke 180 darurat, kes melebihi 9,000 dan ura-ura Kerajaan PN mahu dipanjangkan lagi darurat yang gagal. yang sedih, Rakyat semakin ramai yang sudah merempat, semakin ramai sudah menjadi gelandagan.


MOKHTAR SENIK: FIKRAH YG SESAT LAGI MENYESATKAN: MEMPOLITIKKAN MALAIKAT ...

TAKSUB MELAMPAU DILARANG OLEH NABI | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

TOLONG VIRALKAN! PENIAGA MELAYU MELINGKUP TAPI MÜHYlDDlN KEKAL MĒMBlSÜ!

JANGAN SUKA PAJAK OTAK KEPADA ORANG LAIN! | Ustaz Ridzwan Abu Bakar




Ummat yang tidak pandai berfikir adalah ummat yang lemah. Sedangkan ummat yang malas berfikir adalah ummat yang menciptakan kelemahan. Lebih parah lagi ummat yang memajakkan otaknya untuk difungsikan oleh pihak lain adalah ummat yang hidup tanpa fungsi sebagai manusia.

KEJAYAAN SESEBUAH NEGARA KERANA KETUANYA

Turkish President Erdogan Hosting A Dinner For Anwar Ibrahim |  FinanceTwitter President Recep Tayyip Erdogan meets Malaysian leader-in-waiting Anwar  Ibrahim - SonHaberler


Malaysiakini - Anwar bertemu Erdogan selepas pembedahan di Turki

Mengapa Anwar bukan Muhyiddin ???



Pemilihan PM Malaysia yang tepat sangat penting untuk membentuk sebuah negara  hebat dan maju. Sejarah membuktikan kejayaan sesebuah negara adalah terletak kepada pemikiran dan keputusan pemimpin nombor satu sesebuah negara.

Kenapa tiba-tiba  Indonesia mengatasi Malaysia terutama dari segi pelaburan selepas puluhan tahun jauh tertinggal? Selepas reformasi berlaku kejatuhan rejim Suharto akhirnya mereka menerima Ketua Kerajaan yg sgt bijak iaitu Pak Jokowi.

Pak Jokowi telah saya tulis mengenainya ketika beliau masih menjadi Gabenor DKI Jakarta lagi. Angin kehebatan Jokowi telah sampai ke Borneo. Lalu saya google mengenali siapa Jokowi? Jokowi berkata Jakarta bandaraya yang sakit dan perlu diubati dan dilakukan perubahan.

Filipina di era 70an adalah antara kuasa ekonomi Asia. Malah negara itu meninggalkan Malaysia dan Korea jauh di belakang. Namun kehebatan Filipina roboh angkara ketua kerajaannya yang korup hingga hilang berpuluh billion wang negara hingga berjuta juta rakyat Filipina terpaksa mencari rezeki ke seluruh dunia.

Kenapa Anwar dan bukannya Muhyiddin? Di akhir artikel saya akn berikan dalil2nya tanpa prejudis. Ia hanya berdasarkan kewibawaan kedua pemimpin itu. Sebelum itu mari kita belajar sejarah kejayaan dan kejatuhan sebuah kerajaan yang hebat Sewaktu bersama Al Arqam seketika, Allahyarham Ustaz Ashaari sering menyebut kejayaan Constantinople. Saya masa tu tak pasti bandar atau negara apa itu. Rupanya bandaraya itu adalah nama Istanbul di era moden. Ia adalah kejayaan Kerajaan terhebat dunia Islam iaitu Kerajaan Uthmaniyah.

Selepas ratusan tahun kehebatan Islamnya musnah dari bibir umat Islam. Nama Kamal Artattuk menjadi individu yg dipersalahkan. Kamal Artattuk memang terkenal seorang yg licik dan jahat. Persoalannya adakah benar kejatuhan Uthmaniyah berpunca tunggal dari usaha Kamal Artattuk? Bagi saya kejatuhan Uthamaniyah tak ubah seperti kejatuhan kerajaan Melaka atau seperti kerajaan2 hebat  yang lain. Karya Ibn Khaldun berkata, tiap2 tamadun yang hebat akan mencipta zaman kesenangan dan kesenangan akan mengundang jiwa yg lemah. Lama kelamaan kerana tidak tercabar Uthmaniyah sebagai kuasa utama, rakyatnya mula memandang remeh soal berkaitan amanah,keadilan, kesejahteraan rakyat dan keadilan kepelbagaian beragama.

Pada masa empayar Uthmaniyah telah mencapai puncak kemakmuran segala sistem kerajaan dan kemasyarakatan diuruskan dgn baik malahan berjaya menyelesaikan masalah kemajmukan masyarakat dgn sistem autonomi sendiri yakni sistem Millet.

Penyelewengan yg berleluasa mencipta laluan kpd pelbagai konflik. Uthmaniyah akhir abad ke 19 gagal dlm memastikan hak2 setiap kaum di dlm jajahannya tertunai. Untuk menjelaskan perkara ini, kita mesti faham bahawa polisi kerakyatan utama Uthmaniyah adalah berdasarkan agama/budaya, jarang sekali kaum menjadi tanda ukur kerakyatan mereka.

Selama ini keamanan dpt diimbangi dgn tolak ansur antara kaum atas dasar Ummah. Penularan fahaman kebangsaan merosakkan susun atur kemasyarakatan Uthmaniyah dan menyebarkan permusuhan antara rakyat.

Sebab itu saya katakan provokasi sentimen perkauman yg dimainkan oleh org politik telah menjejaskan politik sekaligus ekonomi negara. Jadi skg faham kenapa Uthamaniah rebah dan kenapa rakyat Malaysia resah.

Ia bukan hanya dari tangan seorang bernama Kamal Artattuk tetapi individu licik ini mengambil kesempatan daripada kelalaian pemimpin Uthamaniah ketika itu. Ia berlaku di negara kita apabila isu perkauman dimainkan sebagai persepsi jahat demi keuntungan politik.

Bagaimana Turki kembali hebat ? Dlm suasana umat Islam yang semakin menyedihkan muncul seorang lelaki yg licik tetapi baik bernama Erdogan. Erdogan memberi satu model kepimpinan alternatif yg menyegarkan. Walaupun pernah terlibat dlm parti Islam namun parti AKP pimpinan beliau bukanlah sangat membawa idealogi negara Islam yg menjadi perdebatan di Timur Tengah.

Fokus pentadbiran beliau adalah membangunkan ekonomi dahulu kemudian barulah menunjukkan pengaruh beliau di peringkat antarabangsa. Beliau juga dikritik kerana menghormati Mustafa Kemal Attarturk yg dianggap menghancurkan Uthmaniyyah. Beliau tahu isu ini sangat sensitif bagi orang Turki.

Penyelesaiannya beliau memperkenalkan semula Sultan Muhammad Al Fateh sebagai tokoh yg perlu diikuti baik org Turki dan juga umat Islam seluruh dunia. Apabila keadilan ditegakkan, keadilan perkauman ditegakkan dan keyakinan rakyat kpdnya semakin kukuh barulah Erdogan muncul sebagai dirinya yg sebenarnya. Sebab itu apabila tentera cuba merampas kuasa darinya jutaan rakyat turun ke jalan raya utk menyelamatkan Erdogan.

Kini beliau dikagumi sebagai penyelamat dunia Islam. Beliau digeruni oleh Barat. Moralnya kejayaan sesebuah negara ditentukan oleh pemimpin yang hebat

. Good leaders dont tell you what to do... they show how its done.

Saya pernah duduk di dlm dewan mesyuarat bersama para editor Melayu dgn Muhyiddin Yassin. Ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan. Saya lihat beliau tiada karektor sebagai pemimpin....tone voice dia mendatar, tidak menarik. Malah sepanjang saya melihatnya sebagai pemimpin beliau tidak mempunyai idea tersendiri apatah lagi boombastic seperti Mahathir atau Anwar Ibrahim.

Mahathir dan Anwar boleh memberikan idea yg spontan jika diajukan soalan. Mahathir dan Anwar dihormati dan digeruni oleh pemimpin2 dunia luar. Sebab itu 1991-1998 Malaysia menjadi harimau Asia bila dua pemimpin ini bergabung.

Anwar sgt popular di dunia Arab, barat malah hingga ke Amerika. Malah media2 barat sering menemuramah walaupun beliau ketika itu hanya bergelar bekas banduan atau hanya sebagai ahli Parlimen biasa. Anwar bukan sehaja mempunyai aura kepimpinan tetapi dia adalah pemimpin yg genius dan mempunyai idea2 yg luar biasa.

Sebab itulah Anwar sering dipanggil Erdogan utk memberi pandangan tentang ekonomi Turki. Jika negara maju seperti Turki dan pemimpin hebat seperti Erdogan memerlukan idea Anwar Ibrahim... negara kita menolak Anwar Ibrahim kenapa?

Muhyiddin sedar beliau tidak mempunyai idea. Beliau mengharap org sekelilingnya sahaja. Sebab itu beliau hanya berani muncul sebagai 'PM Perutusan' kerana beliau memerlukan penasihat utk menulis teks perutusan beliau.

Muhyiddin bagi saya beliau hanya licik mengambil kesempatan ke atas Anwar Ibrahim utk merasai kerusi PM sdgkan beliau sendiri tahu faktor kemampuan dan kesihatan beliau membataskan utk negara ini dipacu ekonominya dgn baik. Akhirnya pelabur lari ke negara jiran sebagai signal hilang kepercayan kpd kerajaan Muhyiddin. Yg menjadi mangsa puluhan ribu rakyat hilang pekerjaan.

Kita sgt sedih Muhyiddin sanggup menggunakan wang rakyat dgn memberi pelbagai jawatan utk dirinya kekal berkuasa sdgkan beliau tahu tidak berkemampuan. Hanya kerana seronok dgn jawatan beliau memperjudikan nasib rakyat. Apalah malangnya kita rakyat Malaysia.

 NORMAN RADZUAN