/ July 13, 2021
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat menerima kecaman bertalu-talu
daripada orang ramai ekoran tularnya gambar menteri itu di lokasi masjid ikonik
di Turki, Hagia Sophia.
Warganet bahkan
secara menyindir mengaitkan dengan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
serta kontroversi video aksi intim di bilik hotel di Sandakan yang gempar dua
tahun lalu.
“Jalan-jalan di Turki tu ikut pintu depan tau. Jangan ikut pintu
belakang,” perli Awang Muhammad Hanifa.
Pengguna Facebook,
JH Kiew pula mengingatkan Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional
(PN) agar tidak lupa melunaskan segala perbelanjaan.
“Enjoy tak
dekat Turki? Jangan lupa bayar bil pelancongan ya kali ini, nanti kena saman
lagi,” sindirnya.
Lebih 1,700
komentar dalam tempoh 15 jam dimuatnaik majoritinya kecaman membanjiri ruangan
komentar di Facebook Azmin.
Terdahulu, dia
yang dikaitkan dengan Langkah Sheraton itu memuat naik hantaran berkaitan
vaksinasi sebagai usaha untuk mengawal penularan jangkitan Covid-19.
Wow! Seronok berjalan ke Turki. Rakyat disuruh duduk rumah. Kau
sekeluarga terbang ke sana,” dakwa Suhana Mat Lazim.
Sementara itu,
ada juga kecewa kerana rakyat lama ‘terkurung’ kesan larangan rentas negeri
ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PK) tetapi sebaliknya tidak bagi
Azmin sekeluarga.
“Seronok
bercuti dengan keluarga? Orang lain di sini (Malaysia), nak ziarah mak ayah pun
tak boleh. Anda seronok bawa keluarga jalan-jalan ke luar negara,” keluh Akmal
Farid Fuad.
Foto Azmin di
perkarangan Hagia Sophia di Turki bersama seorang ejen pelancongan tempatan
tular di media sosial apabila ayat “… dan keluarganya (Azmin)” telah dipadam
daripada siaran di Instagram Turkey Local Guides.
Azmin yang juga
Pengarah Pilihan Raya PN dan Ahli Parlimen Gombak itu dilaporkan berada di
Eropah untuk lawatan rasmi.
Sebelum ini, dia berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete Schramböck.