Anwar Teruskan Sumbang 3000 Ayam Segar ke Utara Bersama Jelajah Peduli AIC

 


Jelajah Peduli Anwar Ibrahim Club (AIC) melengkapkan kempen pemberian ayam segar kelmarin di kawasan Utara.


Menurut kenyataan AIC, jelajah tersebut singgah di Pulau Pinang dan Kedah menyampaikan sumbangan sejumlah 3,000 ayam segar daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada enam lokasi berbeza iaitu Nibong Tebal, Permatang Pauh, Sungai Petani, Merbok, Kuala Kedah dan Pendang.


"Jelajah kami yang bermula pada awal pagi Ahad, 11 Julai ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada wakil-wakil KEADILAN di lokasi masing-masing.


"Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Nurul Izzah Anwar, Datuk Haji Maktar Shapee, YB Datuk Johari Abdul , YB Nurin Aina dari Merbok dan YB Dr Azman Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah atas kerjasama penuh yang diberikan


"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Auto Plate Division yang menaja pelekat magnetik kereta-kereta dan lori untuk siri jelajah ini," kata kenyatan tersebut.


AIC turut mengucapkan penghargaan kepada Datuk Dr. Zulkifly Mohamad, Bendahari MPN Kedah yang bersama pasukan AIC sepanjang jelajah dua hari berkenaan.


"Jelajah ini adalah satu ikhtiar Datuk Seri Anwar sendiri dalam membantu meringankan beban semua penerima di luar bandar yang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19.


"Kami di AIC berharap usaha ini membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," kata kenyataan itu lagi.

 


No comments: