KAH..KAH...NANTI BAWA DUIT SYILING SATU TEMPAYAN DAN BAYAR

 

Mahkamah beri Azri lebih masa buktikan dirinya bukan Papagomo





Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri, tidak mengaku dirinya penulis blog dikenali sebagai Papagomo. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi lebih masa kepada Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk menjelaskan dirinya bukan penulis blog dikenali sebagai Papagomo, yang didakwa memfitnah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan anaknya, Clint Lim Way Chau.

Peguam, K Simon Murali, yang mewakili kedua-dua plaintif berkata, peguam mewakili Wan Muhammad Azri belum lagi dapat menemui anak guamnya itu susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa di Lembah Klang.

“Pendaftar Mahkamah membenarkan untuk memberi lebih masa dan kami tidak membantah,” kata Murali kepada FMT selepas menghadiri perbicaraan secara maya hari ini.

Bulan lalu, Lim dan anaknya menghantar soalan bertulis kepada Azri kerana mendakwa dirinya bukan Papagomo dalam pembelaannya.

Soalan berkenaan dikemukakan kepada Azri bertujuan membangkitkan pembelaan substantif – justifikasi dan ulasan saksama (fair comment) – terhadap saman itu jika kenyataan yang dibangkitkan dibuktikan ditujukan kepada plaintif.

Lim dan anaknya memfailkan saman fitnah terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Okt 2020 berhubung dakwaan bahawa Clint membawa masuk wang sebanyak RM2 juta ke Singapura tanpa mengisytiharkannya.

Insiden berkenaan dilaporkan oleh suratkhabar berbahasa Cina pada Mac 2020, namun surat khabar berkenaan menarik semula penerbitan berita itu dan memohon maaf.

Dalam salinan pernyataan pembelaan, Azri, menyatakan dirinya tidak bersetuju dengan kenyataan kedua-dua plaintif merujuk dirinya sebagai “Papagomo”.

“Perenggan 3.1 hingga 3.2 penyataan tuntutan adalah dipersetujui kecuali bahawa defendan dikenali sebagai Papagomo dan meletakkan beban bukti kukuh atas penyataan berkenaan.

“Perenggan 3.1 penyataan tuntutan yang menyatakan: “Pada semua masa material, defendan, yang juga dikenali sebagai Papagomo, adalah ahli dalam satu pertubuhan bukan korporat bersifat politik yang dikenali sebagai United Malays National Organisation atau dalam singkatannya ‘Umno’,” kata kenyataan itu.

Azri enggan mengaku dan menafi sekeras-kerasnya bahawa dirinya penulis blog, Papagomo, di sosial media dan mempunyai ribuan pengikut dalam facebook.