KEJAYAAN SESEBUAH NEGARA KERANA KETUANYA

Turkish President Erdogan Hosting A Dinner For Anwar Ibrahim |  FinanceTwitter President Recep Tayyip Erdogan meets Malaysian leader-in-waiting Anwar  Ibrahim - SonHaberler


Malaysiakini - Anwar bertemu Erdogan selepas pembedahan di Turki

Mengapa Anwar bukan Muhyiddin ???



Pemilihan PM Malaysia yang tepat sangat penting untuk membentuk sebuah negara  hebat dan maju. Sejarah membuktikan kejayaan sesebuah negara adalah terletak kepada pemikiran dan keputusan pemimpin nombor satu sesebuah negara.

Kenapa tiba-tiba  Indonesia mengatasi Malaysia terutama dari segi pelaburan selepas puluhan tahun jauh tertinggal? Selepas reformasi berlaku kejatuhan rejim Suharto akhirnya mereka menerima Ketua Kerajaan yg sgt bijak iaitu Pak Jokowi.

Pak Jokowi telah saya tulis mengenainya ketika beliau masih menjadi Gabenor DKI Jakarta lagi. Angin kehebatan Jokowi telah sampai ke Borneo. Lalu saya google mengenali siapa Jokowi? Jokowi berkata Jakarta bandaraya yang sakit dan perlu diubati dan dilakukan perubahan.

Filipina di era 70an adalah antara kuasa ekonomi Asia. Malah negara itu meninggalkan Malaysia dan Korea jauh di belakang. Namun kehebatan Filipina roboh angkara ketua kerajaannya yang korup hingga hilang berpuluh billion wang negara hingga berjuta juta rakyat Filipina terpaksa mencari rezeki ke seluruh dunia.

Kenapa Anwar dan bukannya Muhyiddin? Di akhir artikel saya akn berikan dalil2nya tanpa prejudis. Ia hanya berdasarkan kewibawaan kedua pemimpin itu. Sebelum itu mari kita belajar sejarah kejayaan dan kejatuhan sebuah kerajaan yang hebat Sewaktu bersama Al Arqam seketika, Allahyarham Ustaz Ashaari sering menyebut kejayaan Constantinople. Saya masa tu tak pasti bandar atau negara apa itu. Rupanya bandaraya itu adalah nama Istanbul di era moden. Ia adalah kejayaan Kerajaan terhebat dunia Islam iaitu Kerajaan Uthmaniyah.

Selepas ratusan tahun kehebatan Islamnya musnah dari bibir umat Islam. Nama Kamal Artattuk menjadi individu yg dipersalahkan. Kamal Artattuk memang terkenal seorang yg licik dan jahat. Persoalannya adakah benar kejatuhan Uthmaniyah berpunca tunggal dari usaha Kamal Artattuk? Bagi saya kejatuhan Uthamaniyah tak ubah seperti kejatuhan kerajaan Melaka atau seperti kerajaan2 hebat  yang lain. Karya Ibn Khaldun berkata, tiap2 tamadun yang hebat akan mencipta zaman kesenangan dan kesenangan akan mengundang jiwa yg lemah. Lama kelamaan kerana tidak tercabar Uthmaniyah sebagai kuasa utama, rakyatnya mula memandang remeh soal berkaitan amanah,keadilan, kesejahteraan rakyat dan keadilan kepelbagaian beragama.

Pada masa empayar Uthmaniyah telah mencapai puncak kemakmuran segala sistem kerajaan dan kemasyarakatan diuruskan dgn baik malahan berjaya menyelesaikan masalah kemajmukan masyarakat dgn sistem autonomi sendiri yakni sistem Millet.

Penyelewengan yg berleluasa mencipta laluan kpd pelbagai konflik. Uthmaniyah akhir abad ke 19 gagal dlm memastikan hak2 setiap kaum di dlm jajahannya tertunai. Untuk menjelaskan perkara ini, kita mesti faham bahawa polisi kerakyatan utama Uthmaniyah adalah berdasarkan agama/budaya, jarang sekali kaum menjadi tanda ukur kerakyatan mereka.

Selama ini keamanan dpt diimbangi dgn tolak ansur antara kaum atas dasar Ummah. Penularan fahaman kebangsaan merosakkan susun atur kemasyarakatan Uthmaniyah dan menyebarkan permusuhan antara rakyat.

Sebab itu saya katakan provokasi sentimen perkauman yg dimainkan oleh org politik telah menjejaskan politik sekaligus ekonomi negara. Jadi skg faham kenapa Uthamaniah rebah dan kenapa rakyat Malaysia resah.

Ia bukan hanya dari tangan seorang bernama Kamal Artattuk tetapi individu licik ini mengambil kesempatan daripada kelalaian pemimpin Uthamaniah ketika itu. Ia berlaku di negara kita apabila isu perkauman dimainkan sebagai persepsi jahat demi keuntungan politik.

Bagaimana Turki kembali hebat ? Dlm suasana umat Islam yang semakin menyedihkan muncul seorang lelaki yg licik tetapi baik bernama Erdogan. Erdogan memberi satu model kepimpinan alternatif yg menyegarkan. Walaupun pernah terlibat dlm parti Islam namun parti AKP pimpinan beliau bukanlah sangat membawa idealogi negara Islam yg menjadi perdebatan di Timur Tengah.

Fokus pentadbiran beliau adalah membangunkan ekonomi dahulu kemudian barulah menunjukkan pengaruh beliau di peringkat antarabangsa. Beliau juga dikritik kerana menghormati Mustafa Kemal Attarturk yg dianggap menghancurkan Uthmaniyyah. Beliau tahu isu ini sangat sensitif bagi orang Turki.

Penyelesaiannya beliau memperkenalkan semula Sultan Muhammad Al Fateh sebagai tokoh yg perlu diikuti baik org Turki dan juga umat Islam seluruh dunia. Apabila keadilan ditegakkan, keadilan perkauman ditegakkan dan keyakinan rakyat kpdnya semakin kukuh barulah Erdogan muncul sebagai dirinya yg sebenarnya. Sebab itu apabila tentera cuba merampas kuasa darinya jutaan rakyat turun ke jalan raya utk menyelamatkan Erdogan.

Kini beliau dikagumi sebagai penyelamat dunia Islam. Beliau digeruni oleh Barat. Moralnya kejayaan sesebuah negara ditentukan oleh pemimpin yang hebat

. Good leaders dont tell you what to do... they show how its done.

Saya pernah duduk di dlm dewan mesyuarat bersama para editor Melayu dgn Muhyiddin Yassin. Ketika itu beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan. Saya lihat beliau tiada karektor sebagai pemimpin....tone voice dia mendatar, tidak menarik. Malah sepanjang saya melihatnya sebagai pemimpin beliau tidak mempunyai idea tersendiri apatah lagi boombastic seperti Mahathir atau Anwar Ibrahim.

Mahathir dan Anwar boleh memberikan idea yg spontan jika diajukan soalan. Mahathir dan Anwar dihormati dan digeruni oleh pemimpin2 dunia luar. Sebab itu 1991-1998 Malaysia menjadi harimau Asia bila dua pemimpin ini bergabung.

Anwar sgt popular di dunia Arab, barat malah hingga ke Amerika. Malah media2 barat sering menemuramah walaupun beliau ketika itu hanya bergelar bekas banduan atau hanya sebagai ahli Parlimen biasa. Anwar bukan sehaja mempunyai aura kepimpinan tetapi dia adalah pemimpin yg genius dan mempunyai idea2 yg luar biasa.

Sebab itulah Anwar sering dipanggil Erdogan utk memberi pandangan tentang ekonomi Turki. Jika negara maju seperti Turki dan pemimpin hebat seperti Erdogan memerlukan idea Anwar Ibrahim... negara kita menolak Anwar Ibrahim kenapa?

Muhyiddin sedar beliau tidak mempunyai idea. Beliau mengharap org sekelilingnya sahaja. Sebab itu beliau hanya berani muncul sebagai 'PM Perutusan' kerana beliau memerlukan penasihat utk menulis teks perutusan beliau.

Muhyiddin bagi saya beliau hanya licik mengambil kesempatan ke atas Anwar Ibrahim utk merasai kerusi PM sdgkan beliau sendiri tahu faktor kemampuan dan kesihatan beliau membataskan utk negara ini dipacu ekonominya dgn baik. Akhirnya pelabur lari ke negara jiran sebagai signal hilang kepercayan kpd kerajaan Muhyiddin. Yg menjadi mangsa puluhan ribu rakyat hilang pekerjaan.

Kita sgt sedih Muhyiddin sanggup menggunakan wang rakyat dgn memberi pelbagai jawatan utk dirinya kekal berkuasa sdgkan beliau tahu tidak berkemampuan. Hanya kerana seronok dgn jawatan beliau memperjudikan nasib rakyat. Apalah malangnya kita rakyat Malaysia.

 NORMAN RADZUAN

No comments: