Umno MENGGUNAKAN MASJID BERKEMPEN


N27 Rantau 
Pemerhati PRK Rantau
BN dan budaya mempergunakan masjid untuk politik tidak pernah berpisah.
Sudah bergelar pembangkang di persekutuan dan Negeri Sembilan pun masih tidak segan silu bermuka tembok menggunakan masjid untuk aktiviti pilihanraya BN. Stor masjid jadi tempat simpan bendera BN. Lori masjid pun digantung bendera dacing.
Lokasi : PDM Angsa Mas
DUN Rantau
SUMBER: Fakhrul Radzi Alfalastini


MENANG DI CAMERON, NASIB PETANI KELAM KABUT

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan teks

Di Cameron Highland...sedang berlaku usaha untuk mengusir para petani2 di sana. Baru jer BN menang di situ, kan?.
Walaupun Tok Mat tu Melayu....bimbang jugak, ada org Melayu yang kena halau nanti. Cuma, nasib di Rantau dan CH tentulah berbeza bcoz....N. Sembilan tu, PH yang punya!.
Tak logik jika ada orang yg beranggapan bahawa 'UMNO boleh membantu Melayu'. Apatah lagi dengan keadaan mereka sekarang nih dimana UMNO dah HILANG KUASA.
Kalau nak fikirkan bahawa UMNO itu kuat di Rantau, tak jugak....korang tak pelik ker, bila kubu kuat UMNO/BN di Melaka dan N.sembilan pun rebah terbungkam dan terkangkang kang!, memang lah kedua-kedua negeri tu dulu....kubu kuat UMNO/BN. Tapi...akhirnya mereka rebah jugak kan?
Nasihat dari saya yang jujur ni kepada pengundi-pengundi RANTAU: "Apalah gunanya memiliki mulut tapi tiada pulak suaranya. Apalah ada pada jawatan tetapi tiada pula kuasa". Itu perumpamaannya yang akan berlaku di RANTAU sekiranya UMNO/BN menang di sana.
Janganlah di ulangi KESESATAN kalian sepertimana yang berlaku di CH.


Mohd asri Abu Bakar


BILA BNM NAK BUKA SEMULA KES RM10 JUTA ?? Tamrin Tun Ghafar



BILA BNM NAK BUKA SEMULA KES RM10 JUTA ??
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 22/06/18
( 1 - 15 )
1. Tindakan pertama Mohamad Hassan atau Mat Hassan, apabila dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ialah menghantar RM10 juta ke London.
2. Wang tersebut dihantarnya melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer.
3. Diatas kesalahan tersebut Bank Negara Malaysia atau BNM telah mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut tetapi tidak terhadap Mat Hassan.
4. Berkali - kali Pembangkang ketika itu mempersoalkan perkara tersebut di Dewan Negeri dan Parlimen tapi tidak dihiraukan.
5. Apakah dibawah Kerajaan sekarang BNM dan SPRM masih mahu menutup kes ini begitu saja sedangkan kes - kes yang lebih ringan diburu sehingga ke lubang cacing?
6. Selain dari kes diatas , rakyat Negeri Sembilan khususnya begitu benci dengan Datuk Azman, abang kepada Mat Hassan yang bertindak seperti 'Besar Sudu Dari Senduk' sepanjang beliau menjawat jawatan MB selama ini.
7. Dato Azman adalah orang yang membolot hampir semua kontrak di pejabat-pejabat daerah melalui pelbagai syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.
8. Seorang lagi adik kepada MB bernama Dato Ghani Hassan bekas ADUN Rantau juga dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai jutaan ringgit.
9. UMNO telah menjadi parti keluarga semasa era Mat Hassan di mana abang( Dato Azman ) sebagai setiausaa, manakala adik ( Dato Ghani ) menjadi bendahari tak resmi sehingga menyebabkan rakyat meluat dan menolak BN dalam pilihanraya lalu.
10. Beliau ini umpama bunga ros yang hanya cantik dilihat tapi penuh dengan duri.
11. Menjelang PRU 14 yang lalu Mat Hassan menggalakkan Pemuda BN di kawasan Parlimen Rembau bertindak ganas dengan menterbalikkan meja jika terjumpa mereka yang menentang kerajaan di kedai-kedai kopi.
12. Sepatutnya sebagai seorang MB beliau tidak bertindak seperti seekor binatang buas dan ganas.
13. Walaupun menang tanpa bertanding, oleh kerana calon Pembangkang dihalang dari memasuki Dewan ketika penamaan calon, namun kiraan undi membuktikan calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kalah teruk di kawasan Dun Rantau di
mana Mat Hassan sebagai Adunnya.
14. Jika UMNO terus memilih orang sebegini sebagai Timbalan Presidennya, maka sudah patutlah UMNO dikuburkan oleh rakyat yang bencikan penyelewangan kuasa dan rasuah.
15. Semoga BNM, SPRM dan Bukit Aman bertindak segera terhadap beliau sebelum Parlimen bersidang pada pertengahan Julai nanti.
Terima kasih.

LAUNGAN REFORMASI

Tiada penerangan foto disediakan.