BILA BNM NAK BUKA SEMULA KES RM10 JUTA ?? Tamrin Tun Ghafar



BILA BNM NAK BUKA SEMULA KES RM10 JUTA ??
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 22/06/18
( 1 - 15 )
1. Tindakan pertama Mohamad Hassan atau Mat Hassan, apabila dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ialah menghantar RM10 juta ke London.
2. Wang tersebut dihantarnya melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer.
3. Diatas kesalahan tersebut Bank Negara Malaysia atau BNM telah mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut tetapi tidak terhadap Mat Hassan.
4. Berkali - kali Pembangkang ketika itu mempersoalkan perkara tersebut di Dewan Negeri dan Parlimen tapi tidak dihiraukan.
5. Apakah dibawah Kerajaan sekarang BNM dan SPRM masih mahu menutup kes ini begitu saja sedangkan kes - kes yang lebih ringan diburu sehingga ke lubang cacing?
6. Selain dari kes diatas , rakyat Negeri Sembilan khususnya begitu benci dengan Datuk Azman, abang kepada Mat Hassan yang bertindak seperti 'Besar Sudu Dari Senduk' sepanjang beliau menjawat jawatan MB selama ini.
7. Dato Azman adalah orang yang membolot hampir semua kontrak di pejabat-pejabat daerah melalui pelbagai syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.
8. Seorang lagi adik kepada MB bernama Dato Ghani Hassan bekas ADUN Rantau juga dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai jutaan ringgit.
9. UMNO telah menjadi parti keluarga semasa era Mat Hassan di mana abang( Dato Azman ) sebagai setiausaa, manakala adik ( Dato Ghani ) menjadi bendahari tak resmi sehingga menyebabkan rakyat meluat dan menolak BN dalam pilihanraya lalu.
10. Beliau ini umpama bunga ros yang hanya cantik dilihat tapi penuh dengan duri.
11. Menjelang PRU 14 yang lalu Mat Hassan menggalakkan Pemuda BN di kawasan Parlimen Rembau bertindak ganas dengan menterbalikkan meja jika terjumpa mereka yang menentang kerajaan di kedai-kedai kopi.
12. Sepatutnya sebagai seorang MB beliau tidak bertindak seperti seekor binatang buas dan ganas.
13. Walaupun menang tanpa bertanding, oleh kerana calon Pembangkang dihalang dari memasuki Dewan ketika penamaan calon, namun kiraan undi membuktikan calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kalah teruk di kawasan Dun Rantau di
mana Mat Hassan sebagai Adunnya.
14. Jika UMNO terus memilih orang sebegini sebagai Timbalan Presidennya, maka sudah patutlah UMNO dikuburkan oleh rakyat yang bencikan penyelewangan kuasa dan rasuah.
15. Semoga BNM, SPRM dan Bukit Aman bertindak segera terhadap beliau sebelum Parlimen bersidang pada pertengahan Julai nanti.
Terima kasih.

No comments: