Selebritis terkenal Indonesia kata modal politik Anwar integriti




Artis terkenal Indonesia, Ahmad Dhani yang pernah dipenjarakan kerana tuduhan menyebar mesej kebencian berkata beliau berminat untuk berkecimpung di dalam politik namun tidak punya modal.

Justeru, katanya beliau harus ke penjara dahulu untuk mendapatkan 'modal politik'.

"Kadang Tuhan tahu dalam berpolitik mesti punya modal.

"Modal duit. Semua tokoh politik sekarang ini punya modal. Ada modal duit, ada modal kekuasaan, ada modal keturunan, Ahmad Dhani modalnya apa?

"Duit tak punya, anak orang besar juga tidak. Ni masuk penjara dululah... kadang jadi modal," katanya bersahaja dalam temubual di media sosial bersama David Bayu Tube.

Ahmad memetik nama ahli politik Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke penjara kerana mempersoalkan isu korupsi.

Katanya, modal politik beliau kini adalah integriti kerana mempersoalkan hal rakyat.

"Itu namanya modal integriti. Kalau katanya Anwar Ibrahim (dipenjara kerana mempersoal pemerintah), justeru itu modal gua (saya) integriti. Itu yang mahal. Intergriti," katanya lagi.

Cuplikan temubual beliau di Twitter mendapat 168,400 view, 1,717 retweets dan 3,312 likes sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini, Ahmad Dhani, bekas penyanyi kumpulan Dewa 19 dihukum penjara 18 bulan kerana didapati bersalah menerbitkan kenyataan kebencian di Twitter.

Ahmad mengeluarkan kenyataan itu ketika bantahan terhadap bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok yang dituduh menghina agama Islam sebelum pemimpin itu dihukum penjara.


CAKAP LAH TENTANG KELANTAN. BUKAN TENTANG NAJIB- DUA DUA ADA MASAALAH...KEH..KEH



Kepada pemimpin PH, aku nak ingatkan Kelantan masih diperintah PAS. Dan di negeri itu masih ada banyak masalah yang membelenggu rakyat yang masih gagal diselesaikan seperti masalah air.

Jadi aku cadangkan, adalah lebih baik pemimpin PH bercakap tentang isu Kelantan, tunjukkan rakyat di sana komitmen PH untuk selesaikan masalah mereka berbanding cakap soal khemah besar.

Bila aku kata PH dah belakangkan soal rakyat, aku dituduh nak sabotaj PH. Tapi itulah hakikat. Cerita nak berkuasa lebih daripada cerita bantu rakyat. Kalau grassroot macam aku tak boleh tegur, apa beza PH dgn BN dan PN? Guane boh?

Raja Gelap

DEPAN TROLI KOSONG,BELAKANG TROLI PENUH....


 

KISAH BUKIT UHUD

 

JAMZURI ARDANI


Dulu bila dengar ustaz cerita pasal Perang Uhud, kita dibayangkan bahawa Ar Rasul SAW meletakkan pasukan pemanah di atas Bukit Uhud. Kemudian pasukan pemanah itu turun dari Bukit Uhud kerana mengejar ghanimah setelah pasukan musuh lari meninggalkan medan perang. Lalu pasukan berkuda tentera Mekah yang dipimpin oleh Khalid Al Walid mengelilingi Bukit Uhud dan menyerang tentera Islam dari belakang.

Tetapi bila melihat secara terperinci peta medan peperangan tersebut barulah kita faham bahawa pasukan pemanah tersebut bukanlah diletakkan di puncak Bukit Uhud, tetapi sebenar mereka diposisikan di atas Jabal Rumah iaitu sebuah bukit kecil di hadapan Bukit Uhud, manakala pasukan tentera Islam berpengkalan di kaki Bukit Uhud.

Bukit Uhud itu sendiri adalah banjaran bukit yang agak besar yang panjangnya sekitar 10km. Tebingnya curam berbatu. Jadi, untuk mengelilingi Bukit Uhud ia akan mengambil jarak perjalanan sekitar 30km.

Sekiranya pasukan berkuda Khalid Al Walid mengelilingi Bukit Uhud ketika itu, ia pasti akan mengambil masa melebihi 5 jam dan ianya agak tidak logik. Sekiranya diandaikan pasukan Khalid Al Walid mengambil jalan pintas merentasi Bukit Uhud juga agak tidak munasabah dengan keadaan permukaan bumi Bukit Uhud yang curam dan berbatu.

Saya lebih cenderung mengambil pandangan bahawa tentera berkuda Khalid Al Walid menyerang tentera Islam dari belakang dengan mengelilingi Jabal Rumah, dan bukannya dengan mengelilingi Bukit Uhud.

Sekiranya Khalid Al Walid mengelilingi Bukit Uhud, beliau hanya akan tiba semula ke medan tempur setelah peperangan tamat dan tentera Islam sudah selamat pulang ke Madinah.

 



SOLIDARITI BERSAMA AKTIVIS ALAM SEKITAR YANG LANTANG BERSUARA MENENTANG KEMUSNAHAN HUTAN

 



Kami bersolidariti bersama Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil yang merupakan Presiden, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) yang kini dikenakan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi fitnah berjumlah RM1 juta oleh kerajaan negeri Pahang.

Puan Sri Shariffa telah lantang bersuara dan mengkritik kerajaan negeri Pahang berhubung dakwaan kegiatan pembalakan, salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa di negeri itu sehingga menjadi punca berlakunya bencana banjir di Pahang pada Disember 2021.

Kerajaan negeri Pahang kini menuntut permohonan maaf terbuka dibuat oleh Puan Sri Shariffa dalam tempoh 14 hari sejak notis tuntutan diterima pada 8 Februari.

"Saya akan lawan mereka di mahkamah," adalah jawapan ringkas Puan Sri Shariffa.

Saban hari, terdapat ramai aktivis alam sekitar dan komuniti akar umbi yang ditekan, diugut dan diintimidasi kononnya atas alasan "menggugat kestabilan kerajaan", "fitnah" dan "berita palsu" bagi mendiamkan suara rakyat. Segala hal teknikal dan undang-undang ditunggang dan dimanipulasi oleh pihak berkuasa tirani untuk menekan suara aktivis.

Ditambah pula, sejak akhir-akhir ini ramai aktivis wanita sering ditekan dan dibuli oleh pihak berkuasa, ahli politik dan penyokong mereka.

Dalam masa yang sama, segala maklumat tentang perjanjian pengurusan hutan, alam sekitar dan pemberian lesen projek telah tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, tidak boleh diakses oleh orang awam, dan akan sesiapa yang membocorkannya akan diambil tindakan, sekaligus membuatkan orang awam tidak mempunyai hak untuk bersuara ke atas alam sekitar mereka.

Kemusnahan hutan di Malaysia semakin melampau, sehingga membawa kepada bencana dan malapetaka. Rakyat harus bangun menentang segala kerakusan ini dan berdiri bersama-sama kami dalam menegakkan keadilan untuk rakyat dan alam sekitar.

#Solidariti #LawanIntimidasi

 

MENGAPA SPR TAK BENAR PEMBANGKANG DAPAT DAFTAR PEMILIH TERKINI?


Tauke-Tauke Besar Akan Memihak Parti Politik Yang Gelojoh Terhadap Rasua...



Tidak mustahil KEADILAN selepas ini akan menerima cabaran yang lebih berat berikutan sikap melawan oligarki yang memerintah negara. Namun itu katanya adalah 'asam garam' perjuangan untuk menegakkan memastikan rakyat marhaen terbela. "Kleptokarsi itu satu sistem yang mengangkat tokoh politik mencuri rakyat. Ini puluhan tahun kita lalui. Kita mesti tuntas dan mesti memberikan pandangan yang jelas juga jika terpaksa menanggung beban yang lebih besar. #SuaraKEADILAN #KEADILAN #AnwarIbrahim


Tauke-Tauke Besar Tidak Akan Sokong Kita, Mereka Akan Menyokong Parti Politik Yang Gelojoh Terhadap Rasuah! Tetapi KEADILAN Tetap Lawan!

Tidak mustahil KEADILAN selepas ini akan menerima cabaran yang lebih berat berikutan sikap melawan oligarki yang memerintah negara.

Namun itu katanya adalah 'asam garam' perjuangan untuk menegakkan memastikan rakyat marhaen terbela.

"Kleptokarsi itu satu sistem yang mengangkat tokoh politik mencuri rakyat. Ini puluhan tahun kita lalui. Kita mesti tuntas dan mesti memberikan pandangan yang jelas juga jika terpaksa menanggung beban yang lebih besar.

 




DAFTAR PEMILIH MERAGUKAN, DAKWA FUZIAH



Fuziah meminta SPR memberikan penjelasan menyeluruh mengenai DPT, sama ada hal tersebut merupakan kecuaian suruhanjaya itu atau terdapat isu-isu lain. "Ternyata apabila ianya tidak dipamerkan kali ini, terdapat nama-nama yang pelik dalam DPT bulan Disember 2021. Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Live Talk Show Bicara Mahkamah | Live Talk Show Bicara YB Khalid Samad | Live Talk Show Antara Politik & Undang-Undang | Live Talk Show Bicara Semasa https://linktr.ee/jomchannel



Ustaz Ahmad Husam l Omicron Ni Boleh Jadi Menteri l Dok Ugut Orang Islam...



Ustaz Ahmad Husam l Omicron Ni Boleh Jadi Menteri l Dok Ugut Orang Islam l Ramai Mana X Solat Jumaat

AKU MENGAKU TIDAK BERSALAH. FAHMI TENGAH TUNGGU DIIKAT JAMIN

 


FAHMI REZA










Mahkamah: "Kamu faham pertuduhan yang dibacakan? (Lihat kertas pertuduhan dalam gambar)

Fahmi Reza: "Saya faham."

Mahkamah: "Adakah kamu mengaku bersalah?"

Fahmi Reza: "Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara."

Hakim tetapkan wang jaminan sebanyak RM3,000. Aku tengah tunggu untuk diikat jamin. Dibebaskan kejap lagi.

#AktaSakitHati #SatireIsNotACrime

 

KEH..KEH...MENGAKU JUGA YA JADI KHADOM MCA


MOHD AFENDI ABAS


Akhirnya mengaku jugak pernah jadi khadam MCA.





 

MUHYIDDIN DEDAH ZAHID HAMIDI, NAJIB DATANG TEMUINYA MINTA SELESAI KES MAHKAMAH

 

Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Mac 2020, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perkara tersebut hanya diketahuinya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri apabila menerima kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen).

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).

“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya ketika berucap di Pentas PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh di Felda Tenggaroh 3, malam tadi.

Turut hadir, Presiden Gerakan yang juga Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, beliau tidak dapat menolong Ahmad Zahid sekali gus tidak mahu mencampuri urusan mahkamah kerana mempunyai pendirian dalam perkara membabitkan badan kehakiman negara.

“Saya kata ‘maaf’, mahkamah adalah badan kehakiman yang besar dan saya tidak boleh campur tangan walaupun saya Perdana Menteri. Saya kata saya tidak boleh bebaskan dia, saya tidak boleh buat begitu.

“Mana boleh buat begitu saya beritahu dia, ini soal mahkamah, pergi ke mahkamah bebaslah kau (sekiranya tidak bersalah). Rupanya dia marah dan tidak berpuas hati,” katanya.

Menceritakan lanjut, beliau tidak menyangka permintaan tersebut tidak terhenti di situ apabila selain Ahmad Zahid, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut datang mengunjunginya selepas itu.

“Satu hari bos awak, bos awak siapa, bosku, malu apa bosku. Malu apa bosku tak malu. Bosku datang ke pejabat saya beri penghormatan sebagai Perdana Menteri, dalam cerita punya cerita, dia cerita juga kes mahkamah.

“Kalau boleh minta saya keluarkan (Datuk Seri Gopal) Sri Ram. Mana boleh, saya tidak akan buat macam itu. Akhirnya dalam tempoh beberapa bulan kedudukan kerajaan yang awal-awal ok dah jadi macam tak berapa ok, bergoyang-goyang,” katanya. – UTUSAN.

Sumber – https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/muhyiddin-dedah-zahid-bawa-timbunan-fail/


PELUANG PEKERJAAN KURANG, JENAYAH MENINGKAT DI TERENGGANU

PETUA UNTUK IBU - BAPA . IBU "PRANK" ANAK " MATA LEBAM" , INSAF TAK MAIN LAGI HP

 

Insaf tak nak main handphone lagi, tindakan ibu warnakan kelopak mata anak dengan warna hitam berhasil


Akses yang mudah kepada teknologi menjadi cabaran buat ibu bapa masa kini dalam mendidik anak-anak. Malah, perubahan zaman turut memaksa ibu bapa menjadi lebih kreatif dalam membentuk generasi baharu.

Di Tiktok, seorang ibu terpaksa melakukan ‘prank’ terhadap dua orang cahaya matanya agar mereka tidak lagi bermain telefon bimbit.

‘Prank’ kreatif

Menerusi video Pn Atikah, dia terp4ksa mewarnakan kelopak mata anak-anaknya dengan warna hitam agar mereka berasa takut dan tidak mahu bermain telefon lagi.

Ujarnya lagi, tindakannya berbuat demikian adalah untuk memberi pengajaran kepada anaknya kerana sudah beberapa kali menegur supaya menghadkan penggunaan telefon sewaktu di rumah. Pn Atikah dipercayai melakukan ‘prank’ tersebut sewaktu kedua-dua anaknya sedang tidur.

Sebaik sahaja bangun daripada tidur, kedua-dua anak kecil itu kelihatan sangat terkejut dan men4ngis apabila kelopak mata mereka menjadi warna hitam.

Video:

Bukan itu sahaja, anak lelaki Pn Atikah turut bersembunyi di dalam selimut sebaik sahaja melihat matanya sendiri. Berikutan daripada itu, Pn Atikah memberitahu ‘prank’ yang dilakukannya itu telah berjaya dan anak-anaknya tidak mahu lagi bermain telefon bimbit.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan kagum melihat hasil kreatif Pn Atikah. Malah, netizen turut mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya mendidik anak-anak agar kurang bermain telefon bimbit.

Netizen turut menyatakan hasrat mahu melakukan ‘prank’ yang sama terhadap anak-anak mereka sendiri serta anak buah yang kerap bermain telefon sewaktu di rumah.

Komen netizen:

KERAJAAN KINI TAK PEDULI DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG-MEREKA ASYIK BEREBUT JAWATAN



Dr Azman Ismail Ahli Parlimen Kuala Kedah

Sejak tampuk pemerintahan kerajaan diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dan hari ini kerajaan dibawah pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri dilihat sangat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tiada sebarang tindakan drastik mengemukan cadangan untuk mengatasi isu berkenaan.

Hal ini merujuk kepada Ahli Parlimen Johor Bahru,Akmal Nasir yang mengunjungi kedai makan di daerah Johor Bahru,seorang peniaga mengeluh dengan kenaikan harga barang,dan tidak sanggup untuk menaikkan harga makanan walaupun harga barang keperluan semakin melambung tinggi.

Keadaan ini melahirkan rasa kurang selesa kepada peniaga kerana ia menjejaskan sumber pendapatan mereka.Namun, perlu memikirkan pengguna atau pembeli yang juga sama-sama terkesan dengan keadaan ini.

Kita mengambil contoh pemerintahan Pakatan Harapan sewaktu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjadi Menteri KDNHEP,beliau berjaya mengawal harga makanan dan barangan.

Dalam keadaan rakyat susah begini pun,Kerajaan BN-PN dilihat sibuk dengan kerja pilihanraya untuk merebut kuasa dari memikirkan isu yang membelenggu rakyat ketka ini.

[Admin]


DARI KETUA MENTERI KEPADA PREMIER..RAKYAT DITAKOK LAMA JUGA...KEH...KEH...SEDIH...

 





Remaja mendaki Bukit Kelingkang selama 2 jam untuk dapatkan internet coverage bagi menghadiri temuduga online untuk menjadi guru.

Ketua Menteri dah jadi Premier. Tapi rakyat hidup masih di takuk lama. Berpuluh tahun diperintah oleh parti yang sama. Pemimpin kaya raya. Tapi bila susah, Malaya yang disalahkannya.

Sabarlah mat. Ini yang rakyat negeri Sarawak nak. Jangan risau. Korang boleh sentiasa salahkan Malaya kalau Sarawak terus ketinggalan.

Raja Gelap

.

 

‘Premier’ tu apa ye dalam bahasa Melayu?

 


Kawan-kawan kita dari Sarawak dan Sabah sudah lama terguris perasaan. Mereka rasa Sarawak dan Sabah dianaktirikan orang Malaya, khususnya kerajaan pusat yang dikuasai orang Malaya, nama yang diberi kepada penghuni Semenanjung.

Bagi kebanyakan mereka, Semenanjung Tanah Melayu masih Malaya – lantas penghuninya atau lebih tepat rakyatnya ialah orang Malaya.

Kawan-kawan kita dari Borneo berkecil hati apabila kita “orang Malaya” berkata Sabah dan Sarawak “masuk” atau “menyertai” Malaysia, dan lebih berkecil hati apabila Sarawak dan Sabah dikelaskan sebagai antara negeri dalam Persekutuan Malaysia, nalah “fakta” ini diajar di sekolah. Ertinya sejak dibangku sekolah lagi anak-anak orang Malaya “ditanam” dengan kepercayaan Sarawak dan Sabah ialah negeri – sama seperti Selangor, Johor, Kelantan, dan lain-lain.

Sedikit sebanyak saya setuju dengan pendapat kawan-kawan Borneo kita mengenai dianaktirikan. Antara yang ketara perbezaan tahap pembangunan antara negeri-negeri di Sememanjung dengan Sarawak juga Sabah.

Mengenai “kemasukan” Sarawak dan Sabah “ke dalam” Malaysia memang benar ia tidak benar. Kedua-duanya tidak “masuk” Malaysia. Hakikat Sarawak dan Sabah bergabung dengan Malaya dan Singapura untuk membolehkan Malaysia ditubuhkan pada 16 Sept 1963.

Apabila Sarawak dan Sabah dianggap “negeri”, itu bagi orang Borneo menurunkan status wilayah yang sebelum tertubuhnya Malaysia mempunyai “kuasa memerintah sendiri” atau satu bentuk “autonomi” walaupun kedua-dua jajahan Inggeris.

Oleh itu apabila Dewan Rakyat meluluskan dengan majoriti dua pertiga pindaan Perlembagaan berkaitan MA63 pada 14 Dis 2021, ia dialu-alukan dan disambut baik semua pihak. Apa tidaknya kerana itu dilihat satu langkah merapatkan jurang dan menguatkan negara.

Ini kerana pindaan Perlembagaan 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 bertujuan mengukuhkan Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan. Ringkasnya untuk betulkan apa yang tak betul selama ini.

Dengan pindaan itu (antara lain) Malaysia terdiri daripada negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu,dan Kelantan; dan “negeri” Borneo iaitu Sarawak dan Sabah.

Maka Sarawak dan Sabah tidak lagi dianggap seperti negeri Tanah Melayu. Dalam erti kata lain mereka “lebih besar” kerana sudah dinaikkan status, atau diberi semula status lama.

Dengan terpindanya Perlembanggan berhubung MA63 tentunya bermacam perkara yang mesti ditangani yang pastinya akan ambil masa. Hatta apabila tidak ada perkembangan yang diumum berikutan lulusnya pindaan berkenaan oleh Dewan Rakyat, saya faham.

Cuma saya menjangkakan perkara yang “mudah” ditangani akan ditangani cepat. Umpamanya rupa bentuk bendera kebangsaan. Jalur Gemilang ada 14 jalur merah putih. Ini melambang atau mewakili 14 negeri dalam Malaysia termasuk Singapura. Apabila Singapura meninggalkan Malaysia (ada pihak kata diusir) 14 jalur dikekalkan, bermakna jalur itu turut mewakili Sarawak dan Sabah.

Sekarang dengan naiknya status Sarawak dan Sabah dimana kedua-dua bukan lagi dikelaskan sebagai negeri, adakah jalur yang mewakili dua wilayah Borneo itu dikekalkan? Atau akan ada sedikit pembaharuan mahupun perubahan dibuat ke atas bendera kebangsaan?

Mungkin anda menganggap ini perkara kecil dan remah. Namun bagi saya ini penting kerana ia senada dengan semangat pindaan yang dibuat ke atas Perlembagaan dan ia membabitkan lambang negara serta memberi gambaran negara. Juga ini membabitkan lakaran lipatan sejarah tanah air untuk dihayati warga masa kini dan akan datang.

Apa pun semua itu tidak atau belum disuarakan apa lagi dilaksanakan.

Yang terjadi ialah pada Selasa 15 Februari lalu Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang mengandungi klausa untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada “Premier”, diluluskan Dewan Undangan Negeri.

Menurut Abdul Karim Rahman Hamzah, menteri kerajaan Sarawak yang membentangkan RUU berkenaan (tentulah bagi pihak kerajaan pimpinan Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg atau Abang Jo) pindaan itu seiring pindaan Perlembagaan yang berkuatkuasa minggu lalu. (Oh, itulah sebabnya tiada perkembangan yang kita dengar sejak ia diluluskan Dewan Rakyat Disember lalu. Ia baharu berkuat kuasa minggu lalu).

Kata Karim ketika menjelaskan penggunaan “Premier” bagi menggantikan Ketua Menteri: “Ketua Persekutuan digelar sebagai Perdana Menteri dan Ketua Wilayah membentuk Persekutuan digelar Premier manakala subwilayah atau negeri lain diketuai oleh Ketua Menteri”.

Hakikatnya sekarang Abang Jo ialah Premier Sarawak.

Kata wartawan veteran A Kadir Jasin, menerusi hantaran di Facebook, di Malaysia Ketua Kerajaan negeri-negeri Melayu dipanggil Menteri Besar. Tidak ada gelaran dalam Bahasa Inggeris untuk gelaran itu.

Ketua Kerajaan negeri-negeri Selat pula (yakni Pulau Pinang dan Melaka) digelar Ketua Menteri atau dalam bahasa Inggeris “Chief Minister”. Sekarang Sarawak nak ‘stylized’ kan Ketua Menteri/Chief Minister menjadi Premier. Tapi Premier bahasa Inggeris. Adakah dalam bahasa Melayu pun mereka hendak guna Premier juga?

Tanya Kadir.

Tepat pertanyaan Kadir. Sehingga saya menulis artikel ini belum ada penjelasan daripada kerajaan Sarawak mengenai Premier dalam bahasa Melayu. “Premier” jika diterjemah ke bahasa Melayu jadi “Perdana”. Jawatan Premier lazimnya diterjemah ke “Perdana Menteri”. Jika bercakap dalam konteks jawatan Sarawak takkan hendak digelar Perdana Sarawak?

Tetapi adakah bila bercakap mengenai Premier Sarawak istilah yang mesti digunakan ialah “Perdana Menteri” Sarawak? Ini penting bagi kolumnis seperti saya untuk tahu istilah yang betul yang mesti digunakan. Lagi pun ada juga bos saya yang kurang gemar kerana saya gemar guna istilah atau perkataan Inggeris untuk artikel saya yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Apa pun Kadir mengingatkan: “Jangan pula kita keliru antara Ketua Negara dengan Ketua Kerajaan. Ketua Negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong. Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri”.

Seorang lagi wartawan veteran Zin Mahmud menambah: “Jadi kedudukan Premier Sarawak ini adalah lebih rendah daripada ‘Prime Minister’ tetapi lebih tinggi daripada ‘Chief Minister’. Betul dan jelas.

Cuma teringat sejarah. Masa Singapura dalam Malaysia dulu. Jawatan Lee Kuan Yew ialah “Prime Minister of Singapore”, bukan “Chief Minister of Singapore”. Perdana Menteri Malaysia waktu itu ialah Tunku Abdul Rahman.

Ramai kalangan pemimpin Umno yang tidak senang dengan gelaran yang dipakai Lee. Malah mereka berang dan marah. Ya, bukan itu yang menyebabkan Singapura keluar (atau disingkir?) Malaysia. Tetapi tidak dinafikan itu antara duri yang menusuk hubungan Umno pimpinan Tunku dan PAP pimpinan Lee. Apa yang berlaku seterusnya sudah kita maklum.

Oh ya sebelum menutup tirai kali ini. Sabah belum bercadang ikut langkah Sarawak untuk tukar gelaran Ketua Menterinya. Beberapa pemimpin politik Sabah dilapor berkata memang Premier gelaran cantik dan glamor “tetapi apa guna jika rakyat tidak dapat faedah?”.

Tatap betul sekali itu bah.

 

IBU TERKEJUT ANAK MERAUNG TIBA TIBA,RUPANYA ANGKARA SENGKENIT.

 

Ibu terkejut anak tiba-tiba meraung sakit, rupanya dah lama sengkenit tumpang celah telinga

BENGKAK dan kemerahan.

Itulah yang berlaku pada telinga seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang menjadi tempat tinggal sementara dua ekor sengkenit.

Melihat kanak-kanak perempuan ini meraung kesakitan menerusi video yang dikongsi ibunya, rata-rata netizen menyatakan simpati dan turut bimbang dengan apa yang berlaku.

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak malang itu, Zuraina Mohd Zukri, 42, berkata, anaknya, Siti Hajar Husna Abdul Rashid yang dipanggil Una, mengadu sakit pada bahagian telinga pada waktu malam Sabtu lalu.

“Kalau tengok saiz sengkenit tu dah besar sama dengan butir nasi. Maksudnya dah lama haiwan tu tumpang telinga dia.

“Malam tu dia mengadu dekat saya sakit telinga. Saya pun cuba tengok dekat celahan telinga sebab nampak macam bengkak dan merah.

“Rupanya bila saya check, dua-dua belah telinga dia ada benda warna hitam melekat. Saya dah risau sebab sengkenit tu ada di celah-celah… agak susah nak cabut keluar,” jelas wanita yang mesra disapa Kak Na ini.

Menetap di Setiu, Terengganu, ibu kepada lima cahaya mata ini kemudiannya menyapu sejenis minyak berasaskan daun bidara dengan harapan sengkenit itu mudah dikeluarkan.

“Saya pun terkejut masa tengok sebab kutu tu dah besar, siap periksa dalam telinga juga sebab takut ada, sebab ni bukan pertama kali dia kena. Sebelum ni dah kena gigit macam ni, tapi Alhamdullilah dalam telinga tak ada.

“Saya sapu minyak tu dalam 20 minit sebelum cuba keluarkannya. Kalau terus tarik macam tu je nanti kesian dekat anak sakit,” katanya.

Wanita ini juga mengesyaki anaknya dihinggapi sengkenit gara-gara bermain dengan kucing peliharaan jiran mereka.

Biasanya orang lain akan demam kalau telinga kiri kanan dah kena sengkenit.

ZURAINA

Bercerita lanjut tentang cara haiwan halus itu dikeluarkan, Kak Na berkata saiz sengkenit itu yang agak besar seperti sebutir nasi membolehkan dia melihat seterusnya memicit kutu tersebut menggunakan penyepit sehingga mati.

Jelasnya, anaknya tidak menangis ketika sengkenit pertama pada telinga kiri dikeluarkan, tetapi meraung kesakitan apabila haiwan kedua pada telinga kanan cuba dibunuh.

Derita menahan rasa gatal yang teramat terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak yang meraung ketika cuba untuk membunuhnya membuatkan hati seorang ibu menjadi luluh melihat keadaan ini.

“Anak memang suka sangat main kucing jadi saya agak dia dapat dari kucing jiran.

“Saya juga agak sengkenit dah ada di telinganya selama dua hingga tiga hari. Awal-awal tak akan rasa sakit dan tak perasan sebab saiznya memang sangat kecil, tapi bila dah besar baru akan rasa sakit tu,” katanya.

Menurut wanita yang berniaga secara online itu, ini merupakan kali ketiga anaknya berdepan pengalaman pahit digigit sengkenit.

Bagi kanak-kanak yang tinggal di kampung, terkena gigitan sengkenit adalah perkara biasa kerana kawasan ini memenuhi tiga faktor utama untuk sengkenit membiak seperti lembab, suhu sederhana dan banyak binatang (perumah) untuk ditumpangi bagi tujuan menghisap darah.

Kak Na juga terkejut apabila video yang dikongsinya meraih lebih 8.5 juta tontonan dalam masa tidak sampai satu hari dimuat naik di TikTok selain turut menerima komen netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib anaknya.

Malah, rakaman tersebut juga menunjukkan anaknya sudah serik untuk bermain dengan kucing selepas ini.

“Saya dah pesan banyak kali jangan main kucing tapi dia nak juga main. Anak saya ni memang suka kucing.

“Ramai yang bagi tip dekat ruangan komen. Saya tak sempat nak baca semua. Tapi Alhamdulillah anak saya OK je.

“Biasanya orang lain akan demam kalau telinga kiri kanan dah kena sengkenit. Nasib baik anak saya tak demam pun,” katanya.