SIAPA
PENGKHIANAT SIRI 4
Maka di atas
pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka
tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.
Ini jelas
dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program bina semangat melalui Biro
Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain
Seterusnya mewujudkan
perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina yang
diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan
prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu
menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik
berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin
oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.
Maka kini berjayalah
UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP
adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.
Senjata makan tuan
begitulah bayangan pepatah Melayu.
Pemikiran jahat UMNO
terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan
menyertai DAP.
Bahkan DAP kini
memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi
bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik
majoriti Melayu.
Dimana UMNO dalam BN
? Satu parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.
Di Selangor, Melayu
masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama yang membentuk
kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya tidak seperti dibawah BN
dahulu.
Sedarlah kejatuhan
sesuatu bangsa zaman moden ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan
bukan kerana kejayaan kaum lain.
Melayu hari ini akan
menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.
Zimbabwe, Sri Lanka
kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka
berketurunan Cina yang menekan mereka.
Mereka dibangsatkan
oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis
China.
What Zimbabwee and
Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.
Dahulunya perajurit
kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera
mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat
terseksa.
Hari ini berbondung-bondung
China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu
malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.
Kini telah wjud
wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat
China Komunis di bumi kita.
Universiti China
besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan
Dengkil berdekatan Sepang.
Kita kini berhutang
ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina
menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.
Puncaknya kini UMNO
BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi
kita.
Apakah akan berlaku
transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.
Dalam suasana kita di
bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah
ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai
agama negara tidak terancam ?
Apakah Cina rakyat
Malaysia yang mengancam Melayu. ?
Apakah segala ancaman
dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV
. FIC . BANK NEGARA pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya
tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan
hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara
DAP ?
Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara .