SIAPA PENGKHIANAT
SIRI 3
Apakah segala ancaman
dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV
. FIC . BANK NEGARA pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya
tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan
hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara
DAP ?
Sedarlah bahawa pemimpin
pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang
menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara .Salute you Tan Sri.
Artikel yg sgt baik
dan ditunggu2 dari org umno sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin krn berani
berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata
53% melayu yg masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin2 korup umno
trmsk prof2 melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah
pas yg snggup bkerjasama dgn perosak bangsa.
Hanya sekadar
perkongsian...
Tan Sri Dato' Megat
Najmuddin Megat Khas: Sesekali kena dgr jugak dr pihak PH...
SIAPA PENGKHIANAT
Dalam sejarah politik
negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun
1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada
dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.
Hanya dibawah UMNO,
Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan
terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya
menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak
merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan
Melayu.
Malah hingga
kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu
semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu
jabatan iaitu jabatan perhutanan.
Itulah hakikatnya
apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa,
Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin
pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan
peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya
mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta
tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan
peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang
kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat
Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.
Hari ini kita
menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh
pemimpin UMNO itu sendiri.
Inilah balasan UMNO
kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNO yang sebelum
ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.
Sejarah tidak lupa
siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah
sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?
Di Singapura
dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
Kedua duanya terlepas
dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin
UMNO.
Kenapa bangkitkan
tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?
Bukankah lama sudah
kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.
Bukankah UMNO yang
merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang berkuasa disana?
Kenapa salahkan DAP
yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
Nasib Melayu kurang
terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .
Malah peruntukan
kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.
Dalam DAP ada wakil
rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung
Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara MCA
dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP
berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.
MCA didalam
perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.
Dalam Perlembagaan,
semua Parti Politik dinegara ini dan faham matlamat mereka semua. Semua mereka
kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat
kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.
Kenapa DAP musuh
kita?
Jelasnya inilah
manipulasi UMNO.
Pernah hilang kuasa
dibawah PERIKATAN diakhir 60an.
Diakhir 60an politik
bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.
Namun UMNO masih mahu
terus berkuasa.
Dasar UMNO dari sejak
awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak
istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.
Dalilnya yang wujud
seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang
menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman
komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan
dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .
Cina sebagai sinonim
Komunis.
Tentunya amat
menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan
mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN
dibubarkan dan digantikan dengan BN.
Kesimpulan nyata dari
sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman
kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.
Menakutkan Melayu
dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus
operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa
yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh
pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.
Sesungguhnya kita
semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin
UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.
Buktinya jelas
bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang
dengan jari.
Sepatutnya kita boleh
lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita
dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan
dengan aliran lain di English Collage High School Muar,
Kluang.
Tertubuhnya BN
dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang
berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan
kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 -
1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas
merdeka.
YB2 Melayu UMNO kini
berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini
Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis
barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.
Maka tidak hairanlah
pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama
seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat
tempatan.
Maka mencurah
curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di
mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi
NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini
berterusan hingga akhir 70 an.
Pada masa yang sama
kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan
puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat
di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai
Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua
kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini
dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan
maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai
agamanya.
Apakah semua ini
angkara DAP ?
Selepas 1969 dan
tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi
dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha menakutkan Melayu tentang
kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.
Ya Melayu perlu
dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO yang
sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.
Melayu perlu
dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.
Masalahnya selepas
1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman
komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan
Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.
Maka bermulalah era
baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya
indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman
pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.
Kebangkitan Cina di
bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu
yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. Ini dikenal pasti
sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk
memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO
mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu
di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh
Melayu.