POLITIK PERKAUMAN PH DAH LAMA BUANG DAH....UMNO SAJA TIPU ORANG KAMPUNG

 




LIYANA MARZUKI


Cerita pemimpin Melayu dengan kroni Cina bukan benda baru. Sejak berzaman dulu.

Zaman Kesultanan Melaka, Empayar Cina lah yang dijadikan kawan untuk jadi payung besar agar musuh tidak menyerang Melaka.
Awal kurun ke-15, Kongsi Gelap Cina Ghee Hin dan Hai San la yang jadi taiko kawasan lindungi pembesar negeri, sampai jatuhnya negeri Perak ke tangan British.
Setiap Perdana Menteri pun ada kroni mereka tersendiri, yang “membantu” di belakang tabir.
Tunku Abdul Rahman dengan TS Tan Cheng Lock.
Tun Razak dengan TS Lim Goh Tong.
Tun M dengan TS Vincent Tan.
TS Muhy dengan TS Yeoh dan YTL Group.
Pemimpin yang paling galak bercakap pasal kroni orang lain ialah PM6. Habis dijaja orang lain ada kroni. Seperti dia suci bersih.
Walhal kroni rapat dia Jho Low merupakan penyangak dan penyamun paling besar yang telah merosakkan Malaysia.
Berbilion2 duit rakyat dirompak dalam skandal 1MDB dan dibelanjakan macam duit tu bapak dia yang punya. Siap buat parti liar dan belanja berjuta2 satu malam. Ini semua duit rakyat jua.
Tapi ada tuan puan nampak Geng BN dan cytro2 mereka kecam Jho Low ni? Mana ada. Semua pakat senyap. Paling kuat pun Najib kata Jho Low tipu dia.
Walhal patutnya Jho Low ni lah yang patut dimaki dan dihina kerana merompak negara. Sebab kroni punya pasal, NR dan cytro dia cover.
Bila pilihanraya, dilaga2kan orang kita dengan “komunis Cina” sampai buat ramai benci rakan senegara.
Bila kena tang mereka, kroni berlainan bangsa inilah yang disanjung dan ditatang, macam adik beradik pula 😬
Tu sebab jangan la kita percaya sangat politik perkauman ni.
Kita nanti bergaduh sakan, mereka rilex je happy hour bersama2.

No comments: