PAS PUTAR UMNO.



Ketika sidang akhbar selepas memetrai Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas minggu, Hadi Awang berkata, pihaknya mempunyai rancangan untuk memasukkan UMNO dalam pentadbiran kerajaan di negeri Terengganu dan juga Kelantan.
Katanya, UMNO kini adalah keluarga Pas.
“Itu tunggu bila tiba masa… akan lihat kepada perkembangan selanjutnya.
“Memang ada rancangan, itu dalam keluarga kami,” katanya lagi.
Bagaimanapun, hanya selepas enam hari Hadi berkata demikian, nada Pas sudah nampak berlainan.
Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, hubungan kerjasama antara Umno dan PAS yang dimeterai melalui Piagam Muafakat Nasional baru-baru ini umpama persefahaman (MOU) yang masih awal dan hanya bersifat kerjasama longgar.
Justeru katanya, terlalu awal untuk kedua-dua parti itu menubuhkan kerajaan campuran di negeri-negeri yang dikuasai mereka.
“Muafakat Nasional ini lebih kepada MOU, kita meletakkan satu tanda secara rasmi memandangkan sebelum ini kita jalinkan kerjasama tidak rasmi seperti dalam beberapa pilihanraya kecil.
“Jadi apabila kita tandatangani Piagam Muafakat Nasional ini kita rasmikan kerjasama itu, ia lebih kepada garis panduan macam mana hubungan PAS dan Umno.
“Ada yang boleh dibuat dan ada tak boleh buat,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Semalam, Pas Perlis juga menyatakan tiada keperluan untuk pihaknya menyertai kerajaan negeri itu yang ketika ini dipimpin oleh UMNO.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, oleh kerana kerajaan negeri itu yang diketuai UMNO berjalan dalam keadaan baik ketika ini, tiada keperluan buat parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan Perlis.
Apakah makna semua ini?
Bukankah jika sudah menjalin kerjasama secara rasmi, ia sepatutnya dibuktikan dengan berkongsi mengurus negeri-negeri yang mereka kuasai?
Tentu lebih bermakna kerjasama itu jika dimasukkan UMNO dalam kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh Pas, sementara Pas pula dimasukkan dalam kerajaan negeri Pahang dan Perlis yang dikuasai UMNO.
Ia juga dengan sendirinya membuatkan rakyat dapat merasakan benar-benar ada keikhlasan dalam kerjasama yang dijalin itu.
Tetapi, mengapa tiba-tiba Pas seolah-olah tidak mahu berkongsi?
Apabila Pas awal-awal sudah mengatakan tidak mahu menyertai kerajaan Perlis, dengan sendirinya UMNO jadi segan silu untuk minta dimasukkan dalam kerajaan Kelantan dan Terengganu.
Apakah ia disebabkan Pahang dan Perlis merupakan negeri yang lebih miskin dan tiada sumber asli berbanding Kelantan dan Terengganu?
Bagaimana dengan perkongsian seterusnya – pembahagian kerusi, jawatan menteri dan Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 20/09/2019)

SAYA PUN MELAYU JUGA.



Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 19/09/19
( 1 - 39 )

1.   Kali ini saya menggunakan tajuk buku " I Too am Malay " atau " Saya Pun Melayu Juga " tulisan Zaid Ibrahim , mantan Menteri Kabinet, satu ketika dulu sebagai tajuk penulisan kali ini

2.  Ada 4 ayat dan laungan yang senantiasa bermain di bibir orang Melayu sejak lahirnya UMNO  dan PAS :-

i.   ' Tidak Hilang Melayu Di Dunia '

ii.  '  Hidup Melayu '

iii. '  Ketuanan  Melayu '

iv.  '  Takbir - Allahuakhbar '

3.  Saya maseh teringat kisah perbualan saya dengan seorang pemandu teksi satu masa dulu yang menyatakan bahawa kesemua 5 orang anak - anaknya kini bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat , England dan di Australia

4.   Apek yang berusia lebih 65 tahun itu memberitahu saya bahawa kesemua anak - anaknya itu belajar hingga berjaya dek kerana hasil penat lelah beliau yang mencari nafkah sebagai pemandu teksi sejak muda lagi

5. Apabila ditanya kenapa tidak memohon biasiswa atau pinjaman pelajaran (ketika itu belum ada PTPTN), beliau tersenyum sambil berkata: 'saya sudah cuba banyak tempat, tapi semua tatak lulus. Saya bukan Melayu maaa!!!'..Terkedu saya mendengar jawapan Apek yang datang dari hatinya yang berjiwa besar

6.  DEB,  walaupun ada kebaikannya namun dalam masa yang sama ia juga telah melahirkan segelintir Melayu yang menggambil kesempatan ( oportunis) untuk memajukan diri sendiri atas nama Melayu

7. Lebih menjengkilkan, ada saki baki Melayu yang 'hebat dan berjaya' tetapi sebenarnya mereka ini telah dipergunakan untuk memajukan diri sendiri di sebalik syarikat - syarikat bukan Melayu selepas melihat peluang yang terbuka atau sengaja dibuka oleh tangan tangan yang berkuasa ketika itu

8.  Mereka ini adalah terdiri daripada bekas pegawai - pegawai tinggi Kerajaan dan pemimpin - pemimpin UMNO yang mempunyai jaringan yang mantap kepada pintu - pintu kuasa yang boleh membuat keputusan yang memihak kepada syarikat bukan Melayu itu

9.  Mereka diberi jawatan samada sebagai Pengarah mahupun Pengerusi syarikat - syarikat bukan milik Melayu

10.  Sesungguhnya mereka ini pada pandangan orang kampung, tak ubah seperti macai / barua yang syok sendiri yang hanya berkhidmat kepada syarikat bukan Melayu. Mereka ini sesuai dilabelkan  sebagai pengkhianat bangsa

11.  Sebenarnya barua - barua  ini lah yang telah menjerut kepentingan ekonomi Melayu sendiri
Tak perlulah saya mendedahkan identiti mereka kerana begitu begini pun mereka ini adalah golongan yang tidak ada maruah dan tidak tahu malu

12.  Pepatah Melayu ada menyebut :

' Sudah Gaharu Cendana Pula , Sudah Tahu Bertanya Pula '

' Sudah Terang Lagi Bersuluh'

' Siapa Makan Cili Dia Merasa Pedas'

13. Bagi menutup pekong sendiri, mereka kini menyalak bagaikan anjing gila menyalahkan orang lain khususnya kaum Cina dan DAP kononnya bangsa tersebutlah yang menyebabkan orang Melayu mundur

14. Jangan SALAHKAN orang lain dek kesalahan dan kelemahan kita sendiri

15.   Begitu juga keadaan nya dengan sebahagian besar kontraktor , pengimport - pengimport kereta yang di beri AP , pemaju dan banyak lagi yang bertopengkan Melayu, sedangkan mereka mengAliBabakan  peluang yang diberikan

16.  Mereka yang diberi lesen perniagaan seperti di Kampong Baru ,Datok Keramat dan beberapa tempat lagi di seluruh Negara, biasanya memilih jalan mudah untuk kaya

17.   Sudah 62 tahun kita Merdeka dan berbagai Dasar dan Agensi di perkenalkan bagi membantu kaum Melayu/ Bumiputra, namun prestasi kita makin lama makin merosot jika dibandingkan dengan Bukan Bumiputra

18.  Mereka yang diamanahkan untuk mempimpin, sayangnya telah menggunakan kedudukan untuk mengayakan diri dan kuncu - kuncu

19.  Yang miskin akan jadi lebih miskin dan yang kaya akan terus menambah kekayaan

20.  Bangsa Melayu yang ketinggalan ini kelihatan terkial kial mengais sisa sisa KEK ekonomi yang berbaki akhirnya mengeluh kerana tidak diberi perhatian, jauh sekali diberi pertolongan

21.  Lebih dashyat lagi  usahawan - usahawan Melayu ini di sabotaj malah dicantas oleh kerana  mereka yang berkuasa samada mempunyai sifat dengki semula jadi atau sukar mendapat habuan ( rasuah )

22.  Bagi mereka yang baru menikmati kuasa , mereka hanya  berlagak tetapi kenyataan nya mereka terpinga - pinga seperti ' Rusa Masuk Kampung '

23.  Sepatutnya, semua pihak samada Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan senantiasa bertindak membantu usahawan Melayu untuk terus berjaya dan lebih maju lagi

24.  Inilah sikap negatif Menteri dan Pegawai - Pegawai Kerajaan yang diamanakan ketika itu

25.  Adalah diharapkan sikap negatif Menteri - Menteri dan Pegawai - Pegawai itu TIDAK  BERPINDAH ke dalam pentadbitan Kerajaan Pakatan Harapan atau PH

26. Walau bagaimanpun SPRM harus pantas bertindak mencegah penyakit ini agar tidak merebak seperti barah

27. Tempoh 100 hari bagi Lateefa Koya selaku KP SPRM sudahpun berlalu ; beliau perlu bersihkan kerosakan ini dari dalam mahupun yang di luar sana. SPRM  itu sendiri tidak terkecuali dari ancaman perosak ini dan kemungkinan turut ternoda akan dosa dosa perbuatan si durjana

28. Berbagai - bagai  berita dan cakap - cakap yang kita dengar berhubung dengan salah laku beberapa orang pegawai yang sepatutnya tidak berlaku tetapi telah mencemarkan organisasi tersebut

29. Mereka ini adalah ibarat musang yang berbulukan ayam ; pandai berpura - pura dan berlakun tak ubah seperti ' Hantu Raya ' yang akhirnya akan memakan tuannya sendiri.
' Harapkan Pegar , Pegar Makan Padi '

30. Cara mereka ini terlalu licik dan halus sehingga sukar dibuktikan ; mereka dibayar dan dibayai  melalui orang - orang tertentu oleh penyamun Tarbus

31.  HENTIKAN  SERTA MERTA  AMALAN  RASUAH  DAN  NEPOTISMA  INI JIKA  MAHU  MELIHAT  BANGSA  MELAYU  TERUS  MAJU

32.   Teguran Tun Dr. Mahathir sebenarnya adalah satu cabaran bagi semua orang Melayu untuk MENGUBAH cara berfikir ke arah yang lebih positif, BUKAN NYA melatah seperti Janda Terpijak Kaca..

33.  Kepada bekas - bekas Menteri , pemimpin - pemimpin UMNO dan Pegawai - Pegawai Kerajaan yang korup, tayangkanlah kekayaan  anda dengan mahligai yang besar dan indah , kereta yang menjalar , bercuti ke Amerika dan England dan mengerjakan UMRAH  setiap tahun - Orang Kampung semua tahu dari mana sumber kekayaan mereka itu, tidak lain dan tidak bukan adalah hasil rasuah dek menjadi macai atau barua ( Pengerusi  atau Pengarah ) syarikat bukan Melayu

34.  ' SESAT DI HUJUNG  JALAN,  BALIKLAH KE PANGKAL  JALAN ', SEBELUM NASI MENJADI BUBUR..adalah sebaik - baik amalan

35. Ingatlah, bagaimana HARUMNYA NAMA sebahagian Pemimpin dan Pegawai Tinggi Kerajaan terdahulu yang telah pergi, namun perginya mereka dengan maruah yang tinggi dan dijulang namanya sehingga ke hari ini, walaupun perginya tidak meninggalkan harta, kereta mahupun mahligai yang berharga..

36. Bagi mereka yang menggadaikan bangsa, sebenarnya, keluarga dan anak cucu ANDA sedang menikmati kemewahan hasil tinggalan sisi gelap anda yang jelas mencerminkan kecurangan

37. Ingatlah pesanan Tun bahawa TIADA  JALAN MUDAH  dan SINGKAT  untuk meraih kejayaan atau kemewahan melainkan berusaha gigih dan kerja lebih kuat seperti yang dilakukan oleh rakan - rakan kita dari kaum lain

38.  ' Yang Bulat Tak kan Datang Bergolek , Yang Pipih Tak kan Datang  Melayang "

39. ALLAH  SWT  TIDAK  MEROBAH  KEADAAN  SESUATU  KAUM  SEHINGGA  MEREKA   MEROBAH  KEADAAN  YANG  ADA  PADA  DIRI  MEREKA  SENDIRI -  Surah 13 Ar- Ra'd  ,  Ayat 11

Wasallam
Terima Kasih



YANG BISING ‘KENCING’ TU PENGUNDI PAS-NO

BERGAMBAR DAN VIDEO UCAPAN : BEBERAPA PROGRAM DSAI DIDALAM DAN LUAR NEGARA





Kita bicara perkara-perkara besar seperti soal membangun tamadun dan peradaban yang unggul dan berintegriti, maka kecintaan pada ilmu adalah kuncinya dan tidak wajar dikesampingkan.






Sesi dialog bersama pelabur-pelabur di Bank of America Merrill Lynch, Singapura.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan dalaman









Di Singapura untuk program dialog ‘Asia At A Crossroads’ di Milken Institute Asia Summit bersama Haslinda Amin. #MIGlobal
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang di atas pentas
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut

PERANGAI HADI ANAK AWANG YANG TIDAK PERNAH BERUBAH




Sepatutnya sbg ulamak, tunjuk akhlak dan perangai yg baik, tiada perasaan dengki dan merendahkan org lain.  Sbb itu, aku kata ini perangai lebai bkn ulamak.  Semua yg dia kata kat org lain, semua Allah tunjukkan kat dia adalah sebaliknya. 

Dulu, dia pernah kata, umno ni lebih jahat dari Dap.  Lawan umno itu jihad, dan kalau mati, boleh mati syahid.  Akhirnya, dia tebalkan muka jilat ludah dia dan peluk erat umno. 

Dulu, sewaktu PR Sgor mahu Wan Azizah jadi MB Sgor gantikan TS Khalid Ibrahim, lebai Hadi kata Wan Azizah tak layak jadi MB.  Akhirnya, Allah tunjukkan Wan Azizah diangkat bukan Sbg MB, tetapi TPM. 

Hadi pernah lekehkan Tun M.  Sewaktu PH mengumumkan bahawa Tun M akan dilantik sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, Hadi Awang kata Tun M ni layak jadi Doktor di Klinik 1 Malaysia saja.  Allah Tunjukkan Tun M skrg jadi PM untuk kali kedua. 

Hadi jadi apa?  Jadi MP Marang sejak berpuluh tahun.  Jadi MB Terengganu pun sepenggal.  Bila dah bersama Umno sekarang, Hadi masih tidak jadi ketua sbb semua tahu standard Hadi.  Dia cuma boleh bercakap soal haid dan nifas saja. 

Jadi, berhentilah dari bersikap ego dan sombong serta suka merendahkan orang lain.  Terbaru dia kata, Anwar tidak layak jadi PM.  Itulah kerja Hadi, menilai org lain.  Dia hina Tun M, tapi dia lah lebai pertama ketuk opis Tun M.  Tidak malukah?

WFAUZDIN NS