LAGI PEMBOHONGAN

 

Pertaruh DARURAT hanya untuk kekal berkuasa semata-mata, bukannya nak lawan & membendung Covid-19 !!

Tak Kan Lebai Nak Menipu..

#KerajaanGagal

#KerajaanPembunuh

SR

 

May be an image of 1 person and text that says "PEMBOHONG Darurat bawa kejayaan besar mengekang peningkatan kes COVID-19 Takiyuddin Hassan- Menteri Undang -undang Berita Harian, Jun 2021 Sebelum Darurat Jan 2021- 2,433 kes Selepas Darurat 5 Ogos 2021- 20,596 kes"










PEMBOHONG

 

HAMZAH RIE NA


Salam takziah buat tweet yang bercakap benar ini..

KANTOI!!.. Tweet sudah padam: https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1423477277078167556

Bukti KKM di kawal oleh politician !!

SR

 May be an image of one or more people and text that says "MITI Q KKM KKMalaysia @KKMPutrajaya Sektor pembuatan, kilang hanya sumbang 5-10% kes Covid-19, kata Azmin Faiz Zainudin June 28, 2021 3:45 PM Sektor perkilangan penyumbang terbesar kluster di Selangor. Tiada satu pun kluster di Selangor berpunca daripada sambutan perayaan- Pengarah JKN Selangor. Translate Tweet 10:53 AM- 06/08/2021 Twitter for iPhone SR suararakyat 11.4K Retweets 4,703 Quote Tweets 7,040 Likes This Tweet has been deleted. NAMPAK TAK PEMBOHONGAN KERAJAAN!!"

YANG SOKONG

 

May be an image of 7 people and people standing


w.faudzin


Dia kata ada 21 yang hadir hari ini, 10 tak dapat hadir yang sokong kerajaan PN. Semuanya 31 lah. Maknanya yang hebuh kata 40 MP yang sokng tu auta la kan? Yang tak datang 10 orang lagi tu agak2 ada yang main dua kolam tak? Haha...

Ehh...jap...cuba kira atas pentas tu..betul ke 21 org hadir? Isshh...takpe...yang penting Ismail Sabri dah beri gambaran pada kita memang PM tiada majoriti..

 

SOKONG ANWAR PM MAKA UMNO SELAMAT DARI DI"MATIKAN" OLEH REJIM PENGKHIANAT SEKARANG


Umno dok ratib," No Anwar, No Dap'. Dlm masa yg sama hari ini khabarnya ROS dah mula buru Umno kononnya penangguhan mesyuarat Umno dulu tak sah. Nampak gayanya lepas sidang media Pak Mail tadi yg gagal dptkan jumlah yg cukup untuk selamatkan abah cow, sudah ada plan untuk ganggu Umno dan tidak mustahil mahu matikan Umno terus.

ROS bukan bawah Anwar, jauh sekali dengan Dap. Siapa sebenarnya yg nak bunuh Umno? Pemimpin Umno fikir2kan lah.......

Jika mahu Umno terus selamat, sokong Anwar jadi PM kerana Anwar tidak pernah berpolitik jatuhkan atau matikan musuh politiknya secara kotor. Anwar berdepan dengan musuh politiknya secara "gentleman".

WFAUZDIN NS


May be an image of ‎text that says "‎Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS Astro Awani Ogos 6, 2021 16:06 MYT رى Berdasarkan minit Mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO selama 18 bulan, JPPN berpandangan bahawa keputusan tersebut adalah tidak sah.- Gambar fail‎"‎









 

((SIDANG MEDIA) Saifuddin Nasution Sangkal Ismail Sabri | Muhyiddin Suda...

MAHIADDIN SAH TIADA MAJORITI, DIMALUKAN ISMAIL SABRI YANG BAKAL DIPECAT DARIPADA PARTI

 

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tampil mengadakan sidang media tengahari tadi bersama 20 lagi Ahli Parlimen UMNO dan BN dengan penegasan untuk terus menyokong Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin sehingga sidang Parlimen September depan, dua kesimpulan paling mudah dapat diambil ialah:

Pertama, Mahiaddin dengan sendirinya sudah hilang majoriti kerana dengan hanya 21 saja Ahli Parlimen BN yang hadir dan 10 lagi tidak hadir tetapi dikatakan turut bersama mereka, bermakna daripada 42 Ahli Parlimen BN keseluruhannya, terdapat 11 yang sah tidak menyokong Mahiaddin.

Dengan kedudukan majoriti PN hanya cukup-cukup makan atau mungkin kurang daripada cukup, sahnya 11 Ahli Parlimen BN yang tidak menyokong itu bererti Mahiaddin tiada lagi sokongan majoriti.

Kalau yang 10 yang tidak hadir itu pula turut menafikan atau membuat pusingan U, lagi parahlah tiadanya majoriti dimiliki Mahiaddin.

Tampil bergerombolan konon untuk menunjukkan sokongan kepada Mahiaddin, Ismail Sabri sebaliknya telah secara langsung memberi malu kepada Perdana Menteri.

Elok-elok orang tak tahu dan samar-samar beliau tiada majoriti, kini segala-galanya sudah terang lagi nyata.

Yang Dipertuan Agong sendiri pun barangkali sekarang sedar baginda telah dibohongi oleh Mahiaddin apabila dalam majlis menghadap Rabu lalu, Perdana Menteri mendakwa majoriti dimilikinya masih lagi mencukupi.

Sekaligus ini juga memberi makna bahawa sidang Parlimen pada bulan Septemer nanti sudah tidak perlu lagi untuk menentukan keabsahan Perdana Menteri.

Sidang media Ismail Sabri tadi sudah pun cukup dan memadai untuk mengesahkan Mahiaddin sudah tiada lagi sokongan majoriti.

Kedua, mengadakan sidang media untuk terus memberi sokongan kepada Mahiaddin di ketika MT UMNO sudah pun membuat keputusan setuju menarik sokongan terhadap kerajaan PN, ia juga dengan jelas bererti disiplin parti telah dilanggari.

Bukankah jika tiada Perhimpunan Agung, MT adalah badan pembuat keputusan paling tinggi sekali?

Sedemikian itu, Ismail Sabri dan semua Ahli Parlimen UMNO yang hadir dalam sidang media tadi sudah boleh dihadapkan ke Lembaga Disiplin bagi diambil tindakan sewajarnya, termasuk dipecat daripada parti.

Mereka dengan jelas melanggar disiplin parti dan Zahid Hamidi tidak perlu menunggu lebih lama untuk bertindak dan melakukan pembersihan dalam UMNO.

Dakwaan Ismail Sabri bahawa tindakannya mengadakan sidang media menyokong Mahiaddin tidak bererti tidak akur kepada keputusan parti juga tidak boleh diterima.

Apakah beliau bukan ahli UMNO dan kemenangannya sebagai Ahli Parlimen bukan atas watikah Presiden UMNO?

Mengapa bila sudah menang dan menjadi Ahli Parlimen tiba-tiba tidak mahu lagi terikat dengan ketetapan parti?

Selain itu, tafsiran Ismail Sabri bahawa menjatuhkan Mahiaddin dan kerajaan PN sebelum September sebagai suatu tindakan derhaka turut merupakan tanggapan yang tidak tepat dan mengelirukan.

Ini kerana sidang Parlimen untuk membawa usul percaya pada bulan September nanti adalah cadangan Mahiaddin sendiri kepada Agong yang kebetulan tarikh sidang Parlimen itu sudah pun lebih awal ditetapkan oleh beliau sendiri.

Agong hanya memperkenankan cadangan Mahiaddin itu berikutan beliau masih ingin bertahan dengan jawatannya, meskipun hakikatnya dengan 8 Ahli Parlimen UMNO sudah memaklumkan penarikan sokongan itu ia bermakna kedudukan majoriti Perdana Menteri sudah pun tiada lagi.

Jika benar Ismail Sabri prihatin dengan titah Agong, mengapa sebelum ini apabila baginda bertitah sehingga tiga kali agar Parlimen dibuka untuk bersidang, beliau tidak berbunyi apa-apa?

Apa pun, dengan dua perkara yang nyata terserlah melalui sidang media Ismail Sabri tadi, Zahid Hamidi selaku peneraju UMNO tidak harus berganjak atau berundur walau seinci pun dalam langkahnya untuk menyelamatkan parti itu daripada ditelan Bersatu.

Menjatuhkan Mahiaddin harus diteruskan sambil dalam masa yang sama inilah masanya untuk membersihkan parti daripada saki-saki mereka yang tidak setia dan lebih mementingkan jawatan semata-mata.


 (ShahbudinHusin 06/08/2021)




Noh Omar nafi sokong kerajaan Perikatan Nasional

Saya Hanya Hadir Taklimat Jemputan TPM

HABIH LA PAK LONG MAIL- PAKAT BELAH DAH..NANTI KEM PAK LONG JADI KUPANG TEMBAGA LA

 

Puteri Umno berdiri teguh di belakang Zahid, yakin masih ramai pemimpin Umno setia


Puteri Umno berdiri teguh di belakang Zahid, yakin masih ramai pemimpin Umno setia


Akhirnya dah terbukti lambat atau cepat sahaja perkara ini akan berlaku.

Betul tindakan Presiden jika kita tunggu dan masih lagi bersama Bersatu mereka akan terus memecahbelahkan parti kita sebegini.

Kepada pemimpin kita yg lebih memilih utk bersama Bersatu teruskan lah, kerana anak muda dan akar umbi UMNO akan terus BANGKIT bersama UMNO.

Kita tak nak terpalit dengan Kerajaan Gagal dan hari ini kita dah lihat siapa kawan dan siapa lawan.

Saya percaya masih ramai lagi #Pemimpin UMNO yg akan setia dan ingat jasa Parti.Allah pasti akan tunjukkan.Amin.

#UMNONiPartiKeramat  ( KERAMAT TOK CAI-KEH..KEH..KEH )

Dr Masliha Harun
Exco Puteri UMNO Malaysia

Ismail Sabri kantoi! Azeez, Noh Omar nafi sokong kem pro Muhyiddin

 


Ismail Sabri kantoi! Azeez, Noh Omar nafi sokong kem pro Muhyiddin


Dua Ahli Parlimen Umno, Noh Omar dan Abd Azeez Abdul Rahim, menafikan mereka menandatangani surat sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk Muhyiddin Yassin yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Mereka menegaskan hanya menurunkan tandatangan untuk mengesahkan kehadiran pada mesyuarat melibatkan Ahli Parlimen BN, dan tidak lebih daripada itu.

“Saya nak tegaskan pendirian saya bersetuju dan akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menarik sokongan kepada perdana menteri yang akan dibuat dalam Parlimen,” kata Noh.

“Saya menafikan kalau ada dakwaan saya mudah dibeli atau pendirian tidak tetap. Kalau benar saya cakap ‘benar’, kalau tak benar saya cakap ‘tak benar’. Saya bukan (jenis) orang (yang) depan cakap lain, belakang cakap lain,” katanya.

Noh membuat penjelasan itu susulan pengedaran senarai yang memuatkan namanya bersama Ahli Parlimen BN lain yang hadir pada sidang media Ismail tengah hari tadi. Ismail mengumumkan 31 Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

“Saya lihat dalam media massa dan laporan berita tidak berapa tepat. Ia tak sebut sokongan itu sampai bila dan sampai habis apa yang dimaksudkan TPM,” kata Noh.

Noh berkata, beliau dipanggil menghadiri perjumpaan Ahli Parlimen BN dan menurunkan tandatangannya pada dokumen untuk mengesahkan kehadiran.

“Saya nak tegaskan bahawa senarai tandatangan yang tersebar adalah untuk kehadiran mesyuarat, bukan tandatangan beri sokongan (atau) tak beri sokongan atau akaun bersumpah (SD),” katanya pada sidang media.

Noh turut memaklumkan hasil pertemuan bersama Ahli Parlimen BN hari ini, yang mana beliau bersetuju bahawa kerajaan PN pimpinan Muhyiddin masih sah sehingga Parlimen bersidang September depan bagi menentukan keabsahan sokongan kepada Perdana Menteri.

“Kita sedia maklum bahawa Agong telah setuju supaya keabsahan sokongan atau kedudukan perdana menteri ditentukan di Parlimen. Setakat hari ini saya menjunjung titah Agong dan saya menunggu sidang Parlimen.

“Kedua, pada perbincangan tersebut, saya setuju dengan Ahli Parlimen lain bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, hendaklah adakan perjumpaan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen berhubung keputusan MKT menarik sokongan kepada Perdana Menteri.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling, Abd Azeez Abdul Rahim, juga menafikan tandatangannya pada sidang media hari ini bukti sokongan terhadap Muhyiddin.

“Tandatangan yang ditularkan adalah tandatangan sebagai kehadiran saya bagi perjumpaan tersebut. Tidak ada surat-surat yang lain diarah untuk kami tandatangani.

“Saya hadir selaku Ahli Parlimen untuk mendengarkan perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

“Saya adalah ahli parti, saya setia kepada parti saya dan keputusannya. Sebarang keputusan parti adalah secara keseluruhan. Apa sahaja yang diputuskan akan kami lakukan bersama.”

Terdahulu, Ismail bersama 18 lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional tampil di hadapan media hari ini, pada satu sidang media di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ismail mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen berkenaan, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang masih menyokong kerajaan PN namun tidak dapat menyertai sidang media itu.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday

MENTERI TIK TOK LETAK JAWATAN- ELOKLAH LETAK JAWATAN....

 


Terkini! Noraini letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Terkini! Noraini letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad menamatkan teki-teki sama ada beliau kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya setelah mengumumkan keputusan peletakan jawatan sebagai menteri, berkuatuasa serta merta.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos 2021, beliau sebagai salah seorang ketua sayap parti itu akur dengan keputusan parti.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat di dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19,” katanya.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, usaha berkenaan akan diteruskannya meskipun beliau tidak lagi menjadi menteri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga KPT dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

“Semoga Allah SWT merahmati negara kita dan melindungi kita semua,” katanya.

Selasa lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Pengumuman itu disusuli dengan tindakan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang melepaskan jawatannya sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.

Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua. Sekian. Terima Kasih.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD

6 Ogos 2021

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/artic

PRESIDEN PAS MERAPU APA LAGI?

Individu divaksin penuh ada 1/3 kemungkinan dijangkiti Covid, menurut kajian UK By

 

By

Paul Elliott, profesor di Sekolah Kesihatan Awam Imperial College London dan pengarah kajian itu berkata, tiada vaksin yang 100% berkesan dan penerima dua dos vaksin masih boleh dijangkiti Covid-19. (Gambar Bernama)

LONDON: Individu yang lengkap dua dos vaksin di England masih mempunyai 1/3 kemungkinan dijangkiti Covid-19, menurut kajian populasi berterusan yang diumumkan pada Rabu.

Penemuan terkini itu, daripada satu kajian jangka panjang saintis di Imperial College London dan syarikat penyelidikan pasaran, Ipsos MORI, dibuat berdasarkan 98,233 swab yang diambil antara 24 Jun hingga 12 Julai lalu.

Keputusan swab itu menunjukkan seorang daripada 160 individu dijangkiti Covid-19, dengan kadar prevalens 1.21% bagi responden tidak divaksin dan 0.4% untuk mereka yang divaksin sepenuhnya.

Kajian itu turut mendapati kemungkinan untuk penerima dua dos vaksin menyebarkan virus itu kepada orang lain lebih kecil berbanding mereka yang belum divaksin.

Bagaimanapun, pegawai dan saintis di Britain mengingatkan orang ramai berwaspada selepas kerajaan melonggarkan langkah membendung penularan virus di England pada 19 Julai lalu, termasuk syarat wajib memakai pelitup muka dalam ruangan tertutup tertentu.

Satu dokumen kerajaan Amerika Syarikat yang dibocorkan minggu lalu memberi amaran jangkitan dalam kalangan penerima dua dos vaksin tidak jarang seperti yang difikirkan sebelum ini dan kes sedemikian sangat mudah berjangkit.

Paul Elliott, profesor di Sekolah Kesihatan Awam Imperial College London dan pengarah kajian itu berkata, penemuan itu “mengesahkan data kami terdahulu yang menunjukkan dua dos vaksin memberi perlindungan baik terhadap jangkitan”.

“Bagaimanapun, kami juga dapat melihat masih ada risiko jangkitan kerana tiada vaksin yang 100% berkesan dan kami tahu ada kalangan penerima dua dos vaksin masih boleh jatuh sakit akibat virus itu.

“Jadi, walaupun dengan kelonggaran sekatan, kita masih perlu berwaspada untuk membantu melindungi satu sama lain dan membendung kadar jangkitan.”

Kes harian Covid-19 yang dicatatkan Kementerian Kesihatan Britain menunjukkan penurunan sejak sekatan dilonggarkan, sementara kajian populasi mencadangkan kadar jangkitan masih boleh meningkat, walaupun pada kadar lebih perlahan.

Trend itu mengejutkan pakar dan pegawai, yang menjangkakan lonjakan kes baharu.

Kajian Imperial-Ipsos sehingga 12 Julai itu menunjukkan peningkatan kes secara berperingkat berbanding bulan sebelumnya.

Sidang media kem Ismail Sabri sahkan Muhyiddin tidak ada majoriti

 


Sidang media kem Ismail Sabri sahkan Muhyiddin tidak ada majoriti


Seramai 31 ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 21 ahli Parlimen yang hadir di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan PN harus diteruskan sehingga satu usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat pada September depan.

“Kami ahli-ahli Parlimen menjunjung kasih dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong iaitu memperkenankan supaya kerajaan PN teruskan pentadbiran dan akan menentukan keabsahan di Parlimen.

“Yang di-Pertuan Agong juga bersetuju dan perkenan supaya satu usul undi Perdana dibentangkan di Parlimen,” katanya dalam sidang media tergempar hari ini.

Sidang media itu sebagai respon hasil pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN ekoran keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang menarik diri dari kerajaan PN dan mahu Muhyiddin meletakkan jawatan seperti kenyataan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Terkini! 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN kekal ‘taat’ kepada Muhyiddin, tidak kepada Zahid

 

Terkini! 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN kekal ‘taat’ kepada Muhyiddin, tidak kepada Zahid


Sebanyak 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu kesemua Ahli Parlimen tersenarai bersetuju agar usul percaya dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat, September ini.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, sokongan dan pendirian mereka adalah selaras dengan apa Titah dan Perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustaffa BIllah Shah.

“Kami berpandangan, perkara lain adalah perkara yang diluar perkenan Agong..seperti menghantar surat akuan bersumpah (SD), termasuk untuk melakukan tindakan yang boleh meruntuhkan kerajaan sebelum sidang Parlimen diadakan.

“Jika (kita meneruskan) tindakan merruntuhkan kerajaan, kitalah yang sebenarnya menggagalkan hasrat dan titah Agong supaya Parlimen bersidang, dan keabsahan ditentukan di dalam Parlimen,” katanya dalam sidang media khas di ibu negara, hari ini.

Dalam sidang media tersebut, sebanyak 21 Ahli Parlimen dari UMNO dan BN bersama-sama dengan Ismail Sabri, termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam), dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan (Tapah).

Selain itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, terdapat 10 lagi Ahli Parlimen BN yang menyatakan pendirian yang sama, termasuk empat Menteri Persekutuan iaitu Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Seri Reezal Merican Naina (Kepala Batas), dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara).

Bagaimanpun beliau berkata, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad (Parit Sulong), yang juga Ketua Wanita UMNO, telah mematikan telefon, dan tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Selain itu beliau berkata, pendirian dan sokongan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) juga belum dapat dipastikan biarpun Shamsul telah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli baru-baru ini.

Ini senarai penuh Ahli Parllimen UMNO, BN yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin: –

HADIR DAN SOKONG

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera)
Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau)
Datuk Hasan Arifin (Rompin)
Tan Sri Annuar Musa (Ketereh)
Datuk Seri Halimah Sadique (Kota Tinggi)
Datuk Seri Ismail Said (Kuala Krau)
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
Datuk Seri Ismail Mutallib (Maran)
Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)
Datuk Mastura Yazid (Kuala Kangsar)
Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin)
Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas)
Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu)
Datuk Salim Sharif (Jempol)
Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
Datuk Seri M Saravanan (Tapah)
Datuk Seri Idris Jusoh (Besut)
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)
Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)

TIDAK HADIR DAN SOKONG

Khairy Jamaluddin (Rembau)
Datuk Seri Reezal Merican Naina (Kepala Batas)
Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara)
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Sembrong)
Datuk Mohamad Alamin (Kimanis)
Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit)
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang)
Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)
Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan)
Datuk Seri Azeez Rahim (Baling)

Terkini! Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid19

 

Terkini! Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid19

August 6, 2021 

 

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat dan rakan perjuangan kami, saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Amanah Nasional telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mohon doa dan sokongan daripada semua agar keluarga beliau kuat lalui ujian ini.

‘Asim ‘Abdullah
Setiausaha Pemuda Amanah Naisonal

Kerajaan tiada majoriti tidak boleh nasihat Agong - Dr Aziz Bari

 


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya menyegerakan sidang khas Parlimen membahaskan usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin.



Menurut pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, sekiranya kerajaan PN telah kehilangan majoriti dengan penarikan diri Umno maka mereka kehilangan majoriti dan tidak lagi layak menasihati Yang di-Pertuan Agong.



"Saya bersetuju dari segi Perlembagaan isu majoriti ditentukan dengan secepat mungkin kerana keabsahan itu penting untuk menyediakan kepada tindakan dan keputsuan kerajaan.



"Terutama kedudukan, peranan dan kuasa menasihatkan Agong. Sebuah kerajaan tak ada majoriti tak boleh nasihatkan Agong. Jadi Perkara 40 (Agong diminta mengikut nasihat Jemaah Menteri) itu patut dimengertikan dari sudut itu.



"Tanggungjawab Agong menuruti nasihat kerajaan ialah suatu ketetapan mengenai mandat dari Pilihan Raya Umum. Kalau tak ada mandat, dia (kerajaan) tiada hak untuk memaksa nasihat kepada Agong.



"Ini hujah tidak boleh dilengahkan (usul Undi Percaya). Lagi lama dilengahkan akan meletakkan negara ke dalam ketidaktentuan dan ditinggalkan. Sebagai contoh, konglomerat nak buat apa melabur di Malaysia sedangakan di rantau ini ada banyak negara lain yang tidak bermasalah



"Oleh itu saya menjangka dalih yang diberikan PM, perkara ini akan dibawa ke Parlimen bulan depan, saya rasa ia akan berlaku lebih cepat lagi," katanya dalam siaran Facebook bertajuk: "Bila PN Nak Tumbang", malam tadi.



Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu, setelah Umno menarik sokongan pada 3 Ogos lalu maka kerajaan PN telah menjadi kerajaan minioriti.



Katanya, kerajaan minioriti PN masih tidak digantikan sehingga kini hanya kerana pihak pembangkang tiada calon Perdana Menteri dan tidak bersatu membentuk gabungan untuk dilantik sebagai kerajaan.



Bagi Dr Aziz, kenyataan Mahiaddin menegaskan bahawa beliau mempunyai majoriti ketika bertemu Yang di-Pertuan Agong amat dikesalkan kerana rakyat melihat beliau mentadbir sebuah kerajaan minioriti.



"Respon masyarakat di luar kepada kenyataan PM menyatakan dia masih ada majoriti mengejutkan. Mereka tidak menduga PM begitu berani dan tanpa malu mengatakan itu. Beliau sanggup kata ada majoriti. Walau mungkin apa yang dimaksudkan beliau adalah pentadbiran PN adalah kerajaan minioriti.



"Satu-satunya hujah bagi saya yang kita kemukakan untuk beri alasan (Mahiaddin) kekal PM ialah (dia mentadbir) kerajaan minioriti. Jadi walaupun PN ada 103 dan pembangkang ada 117, tetapi barangkali kekuatan yang ada dengan Mahaiddin kerana mereka ada calon PM dan 117 yang lain tidak ada. Itu satu-satunya alasan memberikan beliau berhak di situ.



"Tetapi politik bergerak dengan pantas dan kita tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya," katanya lagi.

TARIK SOKONGAN SELARAS KETETAPAN PAU2020, ISMAIL SABRI DAN MENTERI2 UMNO MEMANG WAJAR DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN


Disedari atau tidak atau mungkin ada yang cuba buat-buat lupa, keputusan MT UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN sebagaimana diumumkan Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos baru-baru ini adalah selaras dengan ketetapan PAU2020.

PAU2020 Mac lalu telah sebulat suara membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang serta memberi mandat kepada Presiden dan MT menentukan masa yang sesuai untuk menarik diri daripada kerajaan PN.

Jika ketetapan itu diputuskan, dipersetujui bahawa semua menteri, timbalan menteri dan penerima lantikan menerajui GLC daripada UMNO hendaklah meletakkan jawatan daripada kerajaan secara serta-merta.

Dengan demikian, apabila MT UMNO pada 3 Ogos lalu membuat keputusan menarik diri terhadap kerajaan PN, ia sepatutnya diikuti dengan semua pemegang jawatan mengambil tindakan meninggalkan kerajaan tanpa banyak soal lagi.

Enggan berbuat demikian, berdalih dengan pelbagai alasan atau berdiam diri, bermakna mereka ingkar dengan ketetapan parti serta selayaknya diambil tindakan disiplin.

Lebih ingkar ialah jika ada di kalangan ahli MT yang setuju dalam mesyuarat dengan keputusan menarik sokongan itu, tetapi masih enggan meletakkan jawatan sehingga sekarang.

Mereka yang berbuat demikian bermakna tidak lagi setia kepada UMNO, sebaliknya lebih setia kepada Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin dan jawatan masing-masing.

Yang benar-benar setia kepada parti dan berjiwa UMNO hanyalah mereka yang setuju menandatangani surat akuan menarik sokongan yang kini nama-nama mereka sudah pun dihantar kepada Istana Negara.

Sebagaimana semalam Presiden UMNO, Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa tindakan disiplin bakal dikenakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana masih berdiri bersama Perdana Menteri dalam perutusan khasnya Rabu lalu, ia adalah tindakan paling tepat dan wajar sekali.

Bukan saja Ismail Sabri, malah semua menteri dan timbalan menteri daripada UMNO yang masih enggan meletakkan jawatan seharusnya dihadapkan dengan tindakan disiplin yang sama.

Apa pun alasan yang cuba diwajarkan oleh golongan pelahap jawatan itu untuk mereka terus kekal dalam kerajaan, baik bersandarkan untuk memerangi Covid19, mengelakkan mudarat lebih besar atau apa saja alasannya, ia tetap merupakan pelanggaran kepada ketetapan PAU2020.

Alasan yang cuba diberikan juga lebih bersifat kepentingan peribadi semata-mata dan dengan itu, mereka harus diambil tindakan disiplin kerana tiada lagi kepatuhan kepada UMNO yang selama ini memberi ruang dan peluang kepada mereka menjadi pemimpin, seterusnya menikmati pelbagai kesenangan dalam kehidupan.

Lebih tepat juga, mereka itu tidak layak lagi berada di dalam UMNO yang mana atas nama parti jugalah mereka selama ini dipilih menjadi Ahli Parlimen.

Dengan itu, selain harus sedia berdepan tindakan disiplin, pilihan lain yang boleh diambil oleh mereka yang terbabit jika lebih sayangkan jawatan dan kedudukan ialah harus segera keluar UMNO dan menyertai Bersatu.

Jiwa pelahap jawatan yang ada dalam diri mereka itu lebih sesuai dengan Bersatu kerana di dalam parti itu, itulah teras kepentingan dan keutamaannya.

Kedudukan mereka sebagai calon dalam PRU akan datang, dengan itu boleh diisi oleh pemimpin-pemimpin baru UMNO yang jauh lebih berwibawa, ada harga diri dan tidak mudah menjual nilai perjuangan demi semata-mata kerana jawatan.

Dalam hal ini, Zahid Hamidi sepatutnya turut tidak berlengah menetapkan tempoh tertentu untuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO meletakkan jawatan dan dengan langkah itu dapat pula mempercepatkan proses tindakan disiplin dan pembersihan dalam parti.

Tiada lagi mereka terbabit dalam parti, UMNO pasti jadi lebih baik kerana selama ini pun, karenah sebahagian besar mereka itulah yang menjadikan UMNO huru-hara dan tidak tentu hala. (ShahbudinHusin 06/08/2021)

 

AGONG NASIHATKAN MUHYIDDIN LEPASKAN JAWATAN SEHINGGA 3 KALI. NAMUN TIDAK DIENDAHKAN.

 King Advised Mahiaddin Three Times To Resign!

King Advised Mahiaddin Three Times To Resign!

Sarawak Report has received information via reliable sources connected to royal circles which indicates that ONCE AGAIN the prime minister has sought to deceptively massage what the King has communicated to him.

Just last week the monarch was forced to make a public statement rebutting claims by Mahiaddin and his legal spokesman that he had given royal assent to a surprise revocation of the State of Emergency, in order to avoid the matter being debated and voted on in Parliament.

Faced with the exposure of his lies the prime minister suspended the session that he had been pressured to hold for this very purpose by a direct order of the King acting together with the Council of Rulers.

Five Minute Audience Was Misrepresented By PM

According to the information obtained by Sarawak Report Mahiaddin’s weekly audience with the Prime Minister yesterday morning lasted barely five minutes. “There were just twelve minutes between the time the PM arrived at the palace and when his car drew away again” sources have whispered.

During that brief audience the King advised his beleaguered Prime Minister to resign no less than three times. This was on the grounds that the King said he had clear proof at that time at at least six UMNO MPs do not back his continuance in office (that number has now more than doubled and the MPs have been joined by numerous other segments of their party at state and federal level).

However, despite the evidence staring him in the face the prime minister resisted and claimed the numbers remained in his favour and that he still holds a majority support of MPs!

He begged the King to allow him to prove his case in Parliament, instead of resigning as the King had advised him to do three times.

This the King agreed to and accepted, given that it is the prescribed method for testing a contested majority when the prime minister himself is reluctant to honourably resign.

Naturally, according to SR’s sources, the King had assumed the vote would be immediate and Parliament would immediately be recalled, having been spuriously cancelled last week. However, such details as exact means and timing of the recall were not discussed given the brevity and tension of the conversation between King and his prime minister.

Hence, the willy Mahiaddin’s subsequent deceptive misinterpretation of the King’s position in order to claim that a decision had been mutually reached to hold off the reckoning until September. The obvious purpose being to buy himself time to further bribe, bully and abuse his office in his attempts to cajole enough numbers to pass the vote.

The horse trading has already begun, with midnight meetings reported Thursday night with between the newly appointed UMNO DPM Ismail Sabri who turned up at the residence of Najib Razak for three hours in the wake of the return by the Mahiaddin government of confiscated goods and money seized in relation to 1MDB.

Meanwhile, Mahiaddin’s statements claiming the King supports his unconscionable postponement have been followed by a deathly silence from the Palace.

Meanwhile, the political world has erupted in united outrage and condemnation at this latest extraordinary manoeuvre by a Prime Minister who has failed to establish his legitimacy for over a year, largely by avoiding calling Parliament on the bogus excuse of tackling Covid.

The pandemic has now spiralled out of control, not least owing to the perceived mismanagement of a corrupt and disengaged administration focused mainly on its own survival.

The Council of Rulers, whose special meeting in July was what prompted the order to bring back Parliament to resolve the crisis of confidence in the Mahiaddin government, are understood to be dismayed, like the King, at this turn of events and at the prolonging of an unstable government at a moment of national crisis:

“Their predominant concern is a return to a stable government that has the confidence of Parliament and the people to manage this pandemic situation”

explained a source regarding the position of the rulers, who issued the order together with the King that Parliament must be recalled.

Once again, therefore, it appears that a desperate limpet of a prime minister has defied the intentions of the Heads of State and sought to twist the words and intentions of the Monarch in order to buy time so that he can buy votes.

So far the Palace has kept silent but the anger in royal circles is growing.