UMNO KENA AMBIL BALIK 3 KERUSI PARLIMEN…


No photo description available.


BOB KELANANG


Satu perkara yang UMNO perlu buat adalah mengukuhkan kembali sokongan orang Melayu terhadap UMNO... UMNO yang satu masa dahulu adalah sebuah Parti Pro Melayu yang kuat... namun sejak kebelakangan ini dilihat lemah dalam mempertahankan hak-hak Melayu...

Ini semua disebabkan UMNO telah memberikan muka terhadap MCA dan MIC... malah dalam banyak keadaan UMNO telah menggadaikan kerusi-kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti Melayu yang ramai kepada MCA dan MIC... Ini sebenarnya mengecewakan para pengundi setia UMNO dan orang Melayu...

Kita faham... UMNO berbuat demikian sebab nak memastikan ada suara dari bangsa Cina dan India berada di dalam Parlimen... ini kerana UMNO tahu yang MCA dan MIC memang tidak akan ada peluang besar untuk menang kalau bertanding dikawasan yang majoriti pengundi bangsa Cina atau India...

Berdasarkan rekod-rekod terdahulu... memang tak pernah pun MCA dan MIC menang dikawasan majoriti pengundi bangsa Cina dan India... jadi... memang MCA dan MIC tiada kemampuan untuk menang dengan kapasiti mereka sendiri.

Namun... pada PRU15 ini... adalah

terbaik

untuk UMNO menolak dengan baik tuntutan kerusi Parlimen dari MCA dan MIC ni... jika mereka benar hendak bertanding... sila bertanding dikawasan majoriti bangsa Cina dan India... UMNO kena ambik balik 3 kerusi Parlimen ini...

3 kerusi Parlimen itu adalah Parlimen Teluk Intan, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Tapah.

No way UMNO patut berikan kepada MCA dan MIC... ni aku citer kat bahagian Parlimen... bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pun sepatutnya UMNO berbuat sebegini... jika MCA dan MIC nak kerusi... sila bertanding dikawasan majoriti bangsa Cina dan India...

Setel... Kalau UMNO bertegas buat cara ni... aku jamin UMNO akan menang solid DAN besar pada PRU15... dan pastinya akan dapat sokongan besar pengundi Melayu atas pagar...

Pilihan ada ditangan UMNO... nak menang besar atau sekadar biasa-biasa jer???

 

No comments: