PAS YANG LUPA DARATAN, TERUS HANYUT DI LAUT KEKUASAAN.

 

Malaysiakini - Hadi: Kaca mata dan kaca teropong PAS putih bersihHassan Omar: PAN ni untuk PAS ke Untuk parti AMANAH?


1. PAS hari ini sudah tidak seperti dahulu.

2. Rakan rakan dari kalangan NGO yang cukup akrab dengan PAS sebelum ini, seolah sudah tidak mengenali PAS hari ini.

3. Kawan kawan lama seperti UMMAH, PPIM, dan IKRAM sebagai contohnya dan beberapa lagi dari kalangan NGO Islam, telah mengeluarkan kenyataan kekecewaan mereka yang amat sangat bahawa PAS telah hilang hala tuju dan kesungguhan perjuangan yang sudah hanyut. Prinsip perjuangan pun entah ke mana.

4. Apabila hendak mengenakan tekanan kepada Majlis Raja Raja supaya tidak meminta Parlimen bersidang dan supaya darurat di teruskan, beberapa nama nama NGO Islam yang tidak tahu menahu pun di masukkan dalam senarai 440 NGO Islam yang kononnya bersama PAS!

5. Inilah caranya PAS memperalatkan sahabat NGO NGO Islam tanpa malu atau prinsip persahabatan yang baik.

6. Berkenaan Majlis Raja Raja Melayu, dahulu PAS mengherdik pihak lain yang membuka mulut sedikit sahaja pun sebagai penderhaka. Hari ini PAS bukan hanya setakat menderhaka tetapi berlaku biadab berterusan.

7. Setiausaha Agong PAS yang juga merupakan Menteri Undang undang berlakon tidak faham titah untuk Parlimen dan DUN bersidang 'secepat mungkin" sambil beliau ketawa kecil.

8. Tiga negeri yang diterajui oleh PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah terus membisu selepas 8 negeri lain, termasuk Negeri kerajaan yang diterajui DAP telah bersetuju untuk sidang DUN. Ini menunjukkan sikap jelas biadab dan angkuhnya PAS.

9. PAS ibarat kacang lupakan kulit jasa Raja Raja Melayu yang telah melindungi serta menyelamatkan nama PAS pada tahun 1980an apabila Barisan Nasional (UMNO-MCA-MIC), meminta nama ISLAM di haramkan kegunaannya oleh mana mana parti politik.

10. Majlis Raja Raja Melayu lah yang menghalang pengharaman kegunaan perkataan Islam dalam nama Parti islam se-Malaysia atau PAS.

11. Lupakah Haji Hadi Awang dan Takiyuddin, SUA PAS hari ini jasa Raja Raja Melayu kepada PAS? Rakyat yang menyokong PAS pula selama ini makin hari makin dijauhi dan dilupakan.

12. Kalau dahulu semasa PAS miskin dan perlukan wang, rakyat miskin di kampung diminta mengisi tin tin milo di ceramah PAS. Ada yang memberi wang dan ada yang dengan ikhlas membuka cincin dan gelang di tangan untuk mengisi tin milo tersebut.

13. Hari ini PAS telah kaya raya dan menjadi kerajaan Malaysia serta negeri dan boleh memperlekehkan rakyat yang susah kebulur kerana mereka mengantung bendera putih untuk minta bantuan makanan dan wang.

14. Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh berkata tidak perlu gantung bendera putih, memadai untuk berdoa sahaja. Kalau begitu mengapa PAS perlu hulur tin milo puluhan tahun lamanya untuk derma dan tidak berdoa sahaja selama ini?

15. Setelah EXCO PAS Kelantan menaiki kereta Mercedes mewah rakyat diminta memadai mandi sungai dan telaga sementara ada Mak Cik terpaksa makan biskut selama 3 hari semasa PKP Covid 19 tampa bantuan.

16. Rakan NGO Islam diperalatkan dan disisihkan. Rakyat kampung yang mengisi tin tabung milo dengan wang semasa PAS susah diperlekehkan.

17. Raja Raja Melayu pula yang suatu hari dahulu menyelamatkan nama dan identiti PAS sebagai sebuah parti Islam diderhakai dengan penuh biadab.

18. Mungkin pemimpin PAS pura pura lupa perkara ini kerana setelah menjadi kerajaan telah lupa daratan dan tidak lagi tahu mengenang budi atau sekurang kurangnya tunjuk sedikit hormat sebagai kerajaan Melayu Islam.

19. Saya percaya Raja Raja Melayu akan tetap ingat dan akan berwaspada wajah jelek PAS sebenarnya apabila PAS memegang kuasa.

20. Daripada Raja Raja yang memerintah negeri dan Negara, kepada NGO NGO Islam sahabat seperjuangan, sehinggalah ke rakyat di kampung yang menanggalkan cincin di jari untuk tabung PAS, wajah baru PAS yang ditunjukkan hari ini tidak mudah untuk di lupakan.

21. Wajah pemimpin PAS yang kelihatan begitu gelap air mukanya hari ini bermula dari sikap kacang lupakan kulit di mana mereka yang membantu PAS di lupakan dan di perlekehkan.

22. Hari ini PAS hanya boleh berhujah kosong tentang konsep kerajaan Melayu Islam yang hanya wujud di atas kertas.

23. Dimana Melayunya kalau tidak langsung menunjuk sedikit hormat atau segan silu kepada Raja Raja Melayu sendiri, tetapi dalam masa yang sama menyuruh bangsa lain menghormati institusi Raja Raja.

24. Dimana Islamnya kalau nama rakan rakan NGO Islamnya di peralatkan melalui satu pembohongan di siang hari tanpa pengetahuan dan izin mereka semata mata untuk memenuhi kerakusan nafsu semata mata untuk berkuasa.

25. PAS telah lupa daratan dan hanyut di laut kekuasaan.

26. Inilah wajah sebenar PAS hari ini.

#KerajaanGagal #BukaParlimen

SENATOR DATO' RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu

 

No comments: