SEDIAKAN AKUAN BERSUMPAH TOLAK PN DAHULU, BARU FIKIR LANGKAH SETERUSNYA

 

MP dari Pembangkang dan Umno yang menolak abah cow dan kerajaan PN akan menyediakan SD bagi menyatakan mereka tidak menyokong abah cow dan kerajaan PN. Perkara pertama dilakukan hanya untuk membuktikan bahawa abah cow berbohong dengan istana apabila dia menyatakan dia cukup majoriti.

Apabila kerajaan gagal ini berjaya dijatuhkan, kita serah semua urusan dan kaedah menentukan siapa PM baru atau apa jua tindakan kepada Agong. Agong boleh meminta setiap MP kemukakan SD masing2 untuk memilih PM baru atau Agong juga boleh bertindak hanya mendapatan akuan dari ketua2 parti sepertimana yang beliau lakukan sewaktu memilih PM selepas langkah Sheraton. Agong juga boleh memilih mana2 calon PM yang paling tinggi dapat sokongan walaupun tidak mendapat majoriti sebagai PM kerajaan minoriti. Agong juga berhak memilih PM interim sehingga ada calon yang berjaya dapat sokongan majoriti di kalangan 220 MP.

Kalau ditanya kepada PH, kita konsisten menamakan calon kita adalah Anwar Ibrahim. Kalau ditanya kepada Umno, mungkin ada calon lain begitu juga dengan Pejuang atau Warisan serta muda. Tiada masalah kerana hak parti masing2 untuk memilih. Tetapi siapa yang paling tinggi dapat sokongan?

WFAUZDIN NS

 

No comments: