JANGAN PERCAYA ISMA NI..MASA MELAYU SUSAH MEREKA DALAM ISMA NI DIAM SAJA...GOLONGAN MELAYU BODO JA DALAM ISMA NIH.

 

ISMA kata jangan beri ruang kepada DAP, parti Melayu perlu sepakat

ISMA kata jangan beri ruang kepada DAP, parti Melayu perlu sepakat

Pergolakan politik yang berlaku ketika ini dibimbangi akan berakhir dengan format yang tidak memberi kebaikan kepada umat Islam serta negara.

Dengan keadaan masing-masing parti tidak mempunyai majoriti di Parlimen, ditambah dengan potensi Ahli Parlimen melompat parti dan berpecah dari parti asal, bentuk pakatan yang akan membentuk kerajaan adalah suatu yang tidak boleh dijangka.

Biarpun begitu, kuasa politik Melayu Islam mungkin dapat diselamatkan sekiranya UMNO dan PAS menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai dua tahun lalu.