PERTARUNGAN AKHIR BENAR DAN BATIL



May be an image of text that says "2:56 12 News Feed Watch Marketplace and Gaming others. Notifications Just now Menu MP 220 PH 107 Baki 113 UMNO tak nyokong PN. Jadi PN 105. Tara ni pun Agong pertahan lagi? Astro AWANI @501Aw.... 3m Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, polis telah mengenalpasti kesemua peserta Perhimpunan Solariti Bersama Anwar Ibrahim di Parlimen dan akan memanggil mereka dalam masa terdekat. #AWANInews 2OGOS 2021 astro AWANI TERKINI Polis panggil semua 107 Ahli Parlimen sertai perhimpunan di Dataran Merdeka Tap to tag location"


KAK IDA ABDULLAH


Yang DERHAKA YDPA dibiar bermaharajalela, terus memijak rakyat, yang keluar membela maruah Agong dan nasib rakyat dicari jalan tangkap pula.

Salah siapa ya? 

Atau memang sengaja derhaka Agong kerana nak tangkap Anwar Ibrahim sebab kes liwat tidak dipercayai rakyat lagi? 

Akhirnya darurat boleh dibatal tanpa persetujuan Agong di luar parlimen dan Anwar menjadi mangsa sekali lagi? 

Peguam dan ex hakim, balaci seseorang pun dah mengesahkannya!

Jawapan dalam kepala saya ini paling tepat kerana saya kenal siapa punca kerajaan khianat?

Mahiaddin sekadar bersandiwara derhaka dan kekal kuat?

Dan selagi Anwar bebas diluar rakyat akan terus mendapat maklumat dan menjadi lebih berani humban perasuah keparat?

Mereka bukan dari kalangan rakyat tetapi dari kalangan yang diberi amanah menjaga rakyat?

Jika amanah Tuhan mereka permainkan, apa lagi harapan?

Mungkinkah seorang manusia yang tidak takut Allah, tidak pernah cinta Rasul, tidak hormat malah memegang institusi diRaja dalam genggamannya yang mementas sandiwara ini?

Dia nak sangat MAGERAN kerana dia nak berkuasa.

Dia mahu kuasai Raja dan rakyat negara ini.

Adakah impiannya akan menjadi nyata wawasan yang ditunda setahun kerana COVID19 melanda?

Adakah rakyat masih buta? Adakah Anwar Ibrahim akan ditewaskannya kali terakhir sebelum nyawanya berakhir??

Adakah rakyat akan membiarkan?

NO MAGERAN!

Lihat apa berlaku setelah Darurat dipersetujui.

Keadaan negara lebih teruk.

MAGERAN hanya akan memperkuatkan 1 orang sahaja BUKAN 32 juta rakyat yang akan terus dikorbankan untuk sekumpulan manusia terus berkuasa.

FIRAUN namanya dan dia sudah pernah ditumpas Nabi Musa a.s. dengan bantuan Allah yang mencipta keduanya.

Adakah kita mahu sejarah berulang dengan membiarkan DNA Firaun hidup semula?

Nabi Musa a. s. menentang Firaun selama 400 ratus tahun.

Kita umat Muhammad s.a.w. Umur kita tidak sepanjang umur umat Nabi Musa a.s. Kita lawan!

Hanya Allah sahaja dapat membantu kita rakyat teraniaya melawan Firaun zaman ini.

 

No comments: