‘Saya rela ke penjara, tak mampu bayar denda ribuan ringgit,’ kata peniaga colek dikompaun RM50,000


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah (tiga dari kiri) menemui Mohd Azizi Mohd Nor (tiga dari kanan) dan Wan Mohd Faisal Wan Kadir (dua dari kanan) ketika membuat rayuan terhadap kompaun RM50,000 di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu hari ini.

PETALING JAYA: Seorang peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu, Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi masa ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

Mohd Azizi Mohd Nor, 42, disaman pada malam Ahad lalu, hari sama seorang peniaga burger, turut dikompaun RM50,000 atas kesalahan serupa di Kota Bahru.

Azizi berkata, beliau dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, didatangi beberapa anggota polis pada 11.20 malam kelmarin.

Tanpa banyak menyoal, mereka mengenakan kompaun RM50,000 kepadanya.

Azizi, yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya, berkata ketika anggota polis itu tiba, beliau dan isterinya sedang mengemas bahagian dapur setelah kedainya ditutup pada 10 malam.

“Saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama,” katanya dipetik Berita Harian.

“Pada masa sama, saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak, memandangkan mereka belum tidur.”

Azizi yang bekerja sebagai mekanik turut membantu isterinya berniaga mee celup pada hari biasa, dan mempunyai lima anak yang masih bersekolah serta perlu menanggung tiga anak saudara.

“Ini kali pertama saya dikenakan kompaun, tetapi sudah dikenakan RM50,000.

“Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih rela memilih untuk masuk penjara.”

Azizi yang kebuntuan ke Pejabat Kesihatan Daerah semalam untuk membuat rayuan terhadap kompaun itu.

“Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu.”

Malam kelmarin, Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang menjual burger di depan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu, dikompaun RM50,000 kerana dikatakan beroperasi melebihi masa ketika PKP.

Peniaga berusia 38 tahun itu, didatangi lima pegawai polis kira-kira 11 malam, ketika menyiapkan tempahan untuk dihantar kepada pelanggan di sekitar rumahnya.

Hari ini, Faisal membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu supaya kompaun itu dibatalkan.

VIDEO SEKARANG PAS SUDAH MAIN BERAPA KOLAM?



“Dahulu saya jawab secara teknikal. Sekarang kalau main 10 kolam sekali pun demi penyatuan ummah saya akan buat. Penyatuan ummah bukan hak eksklusif PAS dan UMNO, ia juga melibatkan NGO, NGI serta parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrem. “Kalau selepas ini saya bekerjasama dengan MCA macam mana? Kalau saya jumpa pula dengan NGO Muslim yang kuat, satu kolam lagi. Kita dah jelas bagi tahu, ini bukan lagi hak milik UMNO dan PAS. Ini adalah milik hak umat Islam dan hak orang bukan Islam yang tidak ekstrem yang mahukan kepada penyatuan rakyat,” ujarnya.




VIDEO : SUKUK BUKAN DURIAN RUNTUH


“Tahniah Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan agensi lain yang telah berusaha gigih menjayakan penerbitan Sukuk Kelestarian berdaulat pertama di dunia dalam dolar AS yang bernilai USD 1.3 bilion. “Pencapaian yang mencerminkan komitmen tinggi kerajaan dalam agenda pembangunan lestari dan kewangan Islam serta membuktikan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara.”






VIDEO ((LIVE)) ULANG SIAR #KerajaanGagal | PENJAJARAN PRU-15 : APA PILIHAN RAKYAT?

HAAA...INI BARU BETUL....

 


Ini barulah betul, walaupun agak lewat dikenakan denda dan tidak seperti masjid dan peniaga burger yang terus didenda serta-merta.

Tapi kerajaan akan dilihat lebih betul jika yang tak pakai pelitup muka seperti dalam gambar ini juga turut dikenakan denda...

PEMBOHONG KUAT

 May be an image of text that says "F T HOME NEWS BERITA OPINION WORL PAS mahu laksana hudud jika tawan semula Terengganu FMT Reporters June 3, 2017 8:13 PM f 1.9k Shares"

KENYATAAN TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA CUAI DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!


May be an image of 1 person, standing and headscarf


1. Merujuk kepada laporan media yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani yang menyifatkan ugutan rogol terhadap seorang pelajar sebagai “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya” adalah kenyatan yang cuai dan tidak bertanggungjawab.
2. Saya menyifatkan kenyataan beliau tersebut adalah bersifat pra-matang dan sangat meresahkan kerana kes tersebut masih di peringkat siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pelajar tersebut.
3. Saya juga mempersoalkan kredibiliti Timbalan Ketua Polis Negara tersebut kerana kenyataan beliau seolah-olah memperlekehkan aduan pemandiri yang menerima ugutan rogol dan membuat aduan untuk mendapatkan perlindungan undang-undang. Saya ingin mengingatkan Timbalan Ketua Polis Negara bahawa dakwaan yang dibuat oleh pemandiri adalah aduan daripada seorang kanak-kanak yang mendakwa telah mendapat ugutan rogol adalah dakwaan yang serius.
4. Saya menyelar sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara tersebut dengan menegaskan bahawa ugutan rogol bukan sejenis gurauan. Ia adalah dakwaan jenayah yang boleh disiasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan (Akta 574).
5. Kenyataan begini mempamerkan kegagalan pihak autoriti dalam membela hak serta memberikan perlindungan kepada pemandiri gangguan seksual. Malah menyikapi aduan pemandiri sebagai “hanyalah gurauan rakan sedarjah” menunjukkan bahawa Timbalan Ketua Polis negara seolah-olah mendokong “rape culture” yang wujud dalam sosio-masyarakat yang permisif dengan budaya lucah.
6. Akhirnya, Saya menggesa Timbalan ketua Polis Negara menarik balik kenyataan beliau dan kembali memberikan jaminan kepada rakyat bahawa semua kes dakwaan /aduan gangguan seksual akan disiasat dengan adil, telus dan penuh tanggungjawab.
FADHLINA SIDDIQ
PENGERUSI BIRO GUAMAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
WANITA KEADILAN

BILA JERUNG PUN KENA FITNAH… AKU PUN TAK FAHAM MAKSUD JERUNG BALIK BATU...ERKKKKKK

 

BOB KELANANG


BILA JERUNG PUN KENA FITNAH…

Apa lagi binatang dalam dunia ni yang tak kena fitnah ngan Lobai? Banyak lagi kot?? Maybe badak sumbu, kuda belang atau kanggaru..??
KOH KOH KOH…
Tak abis-abis kaitkan ngan binatang... kalu la binatang boleh saman atau subpina lobai ni... baru ader akai kot..??
KOH KOH KOH… jilaker punya ulamak su'!!

May be an image of 1 person, headscarf and text

KLUSTER KERAJAAN TAK AKAN LEPASKAN JAWATAN ...UMNO NAK MELINGKUP ITU PUNYA PASAL....GAMAKNYA LAH GITU SEDANG BERGADUH.


Khairy ‘tak pakai’ kenyataan Tajuddin mahukan menteri Umno letak jawatan Ogos ini



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Khairy Jamaluddin, tidak akan mematuhi kenyataan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Tajuddin Abdul Rahman mahukan semua ahli Umno yang memegang jawatan penting dalam kerajaan, termasuk sebagai menteri, meletak jawatan menjelang Ogos.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata beliau hanya akan berpegang kepada sebarang kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berhubung isu itu.

Menurut Khairy, Ahmad Maslan belum menyatakan sebarang tarikh bila ahli Umno berkenaan perlu melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Yang cakap Ogos itu ’Taj Mahal’, (Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman. Jadi beliau tak boleh cakap begitu,” Khairy dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online.

“Kita perlu dengar arahan dan apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno,” katanya.

Pada 3 April lalu, Tajuddin berkata Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selewat-lewatnya Ogos, sekalipun Parlimen tidak dibubarkan ketika itu untuk PRU15.

Beliau yakin penarikan balik sokongan itu akan menyebabkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang.

Umno merangkumi blok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN dan penarikan balik sokongan parti itu akan menjejaskan keabsahan Muhyiddin dan kerajaannya yang menerajui Putrajaya sejak Mac 2020.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini berkata Majlis Kerja Tertinggi Umno diberikan mandat oleh PAU untuk menentukan bila parti itu akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Bagaimanapun beberapa Ahli Parlimen parti itu sudah pun berbuat demikian, termasuk veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas).

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno turut melepaskan jawatan di GLC termasuk Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, yang berundur sebagai pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd sebagai menyahut usul PAU.

Umno memutuskan untuk tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mahu ahlinya yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri serta jawatan lain, meletak jawatan apabila diarahkan.


VIDEO Kenapa audio 'scheme of things' Muhyiddin tak disiasat? - Anwar



Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa dua audio dipercayai mirip suara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang didakwa melibatkan ugutan dan rasuah tidak disiasat polis. Sedangkan kata Presiden PKR itu, audio perbualan didakwa mirip suaranya dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengandungi unsur jenayah pula yang disiasat.





VIDEO AWAS! KERJA GUNTING LIPATAN KAIN UMNO SEDANG BERJALAN!




“Kelemahan UMNO yang paling ketara di sini ialah di sebalik ketetapan putus hubungan dengan BERSATU telah dipersetujui, tetapi tiada tarikh khusus keluar daripada kerajaan diputuskan bersekali dengannya. “Itulah yang mendorong sebahagian pemimpin kluster menteri tampil menggesa agar pemilihan UMNO disegerakan dengan andaian kepimpinan Zahid Hamidi menerajui UMNO kononnya tidak stabil serta sedang dipertikaikan.”





VIDEO Pemimpin Umno, PKR pertikai denda RM50,000 peniaga burger, pemimpin Pa mana suara?



Beberapa ahli politik menyuarakan simpati kepada seorang peniaga burger di Kelantan yang dikenakan denda RM50,000 dan menggesa kerajaan menilai semula prosedur operasi standard melibatkan peniaga kecil.










Polis serbu pusat tahfiz dera pelajar, selamatkan 8 pelajar lain

 

Seorang bapa yang melawat anak lelakinya di sebuah sekolah tahfiz mendapati anaknya berada dalam ketakutan dan menangis.

PETALING JAYA: Seorang bapa yang datang melawat anaknya di sebuah pusat tahfiz di Ampang terkejut selepas mendapati anaknya yang berada di situ ketakutan dan menangis.

Bimbang perkara buruk menimpa anaknya, dia kemudian membawa anaknya pulang dan bertanyakan apa yang berlaku di pusat tahfiz berkenaan sehinggalah semuanya terbongkar.

Dia kemudian mendedahkan pasangan suami isteri yang menguruskan pusat tahfiz yang tidak berlesen itu mendera pelajar di situ.

Anaknya turut memberitahu penjaga tahfiz lelaki yang juga ketua pusat tahfiz berkenaan ada menumbuk di belakang tengkuknya serta merotan di kaki dan tangan manakala isterinya ada menampar di pipi sebanyak empat kali.

Pada badan kanak-kanak itu juga terdapat beberapa kesan kecederaan baru dan lama.

Bapa kanak-kanak berkenaan kemudian membuat laporan polis.

Semalam, polis menyerbu pusat tahfiz berkenaan dan menyelamatkan lapan pelajar lelaki berusia antara tujuh dan 15 tahun. Pasangan suami isteri yang menjalankan pusat tahfiz berkenaan di Taman Tun Abdul Razak, sejak Oktober 2020 turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Mohamad Farouk Eshak berkata, penderaan itu dikesan selepas laporan polis dibuat terhadap pusat tahfiz berkenaan.

Kelapan-lapan pelajar yang diselamatkan juga turut mendakwa didera oleh pasangan berkenaan.

Semua kanak-kanak itu juga dihantar ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

“Semakan awal juga mendapati pusat tahfiz tersebut tidak mempunyai sebarang lesen dari kerajaan tempatan dan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” kata Farouk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

(KEMASKINI) Geng Nicky: 10 pegawai polis ditahan, termasuk 1 dari tatatertib Bukit Aman


Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Polis menahan 10 pegawai sendiri termasuk seorang dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dalam operasi terhadap ‘Geng Nicky’ di serata negara, kata Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Selain pegawai dari jabatan tatatertib itu, Ops Pelican 3.0 Fasa II menyaksikan seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; empat pegawai dari Kontinjen Selangor temasuk ketua balai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, ditahan.

“Di Kontinjen Melaka, seorang ditahan dari IPD Melaka Tengah; di Kontinjen Kuala Lumpur, dua pegawai dari IPD Sentul; dan Kontinjen Negeri Sembilan, seorang pegawai bertugas di Pusat Latihan Polis Air Hitam,” katanya pada sidang media.

Sementara itu, polis turut menahan seorang penolong pesuruhjaya dan seorang penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bertugas di ibu pejabat badan anti-rasuah itu di Putrajaya.

Ops Pelican 3.0 Fasa II dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dari 21 Apr hingga 27 Apr.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan hingga Seksyen 130ZB Kanun Keseksaan Bab VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA.

“Semua ditahan selama 28 hari bawah SOSMA dan untuk Ops Pelican 3.0 Fasa II kita hentikan hari ini,” katanya.

“Sebarang tangkapan atau penahanan selepas ini akan memasuki fasa ketiga,” tambah beliau.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memaklumkan pihaknya mengesyaki terdapat 34 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi penguat kuasa yang melindungi kegiatan Geng Nicky.

Sebelum ini, Ayob mengesahkan sudah memberkas pegawainya sendiri selain menggunakan jaringan polis antarabangsa, Interpol, untuk menjejaki ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee, dan pembantunya, Niu Zhe, seorang warga China.

Beliau enggan menyerahkan senarai nama pegawai yang bersekongkol dengan “Geng Nicky” kepada Bukit Aman, dan berjanji mengheret mereka ke mahkamah atas tuduhan melakukan jenayah terancang.

Ayob berkata, tidak ada guna beliau mendedahkan senarai nama pegawai dan anggota terbabit untuk diberikan kepada JIPS Bukit Aman bagi diambil tindakan tata tertib, sebaliknya mahu membawa semua pegawai terbabit ke muka pengadilan.

“Saya tidak akan serah pada JIPS untuk ambil tindakan. Saya hendak ambil tindakan bawah jenayah terancang. Bagi saya itu yang paling tepat, mudah, paling tegas untuk kita ambil tindakan,” katanya.

PdPR: Percepat bantuan komputer riba murid, insentif khas guru, gesa PH

 

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan menggesa kerajaan menyegerakan bantuan komputer riba kepada murid yang memerlukan, dan memberi insentif khas kepada guru bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pengerusinya, Maszlee Malik berkata, arahan melaksanakan PdPR adalah satu langkah wajar memandangkan situasi pandemik Covid-19 terus meningkat.

Bagaimanapun katanya, ia harus diiringi dengan bantuan kemudahan PdPR untuk murid mahupun guru yang tidak mempunyai kelengkapan.

“Langkah ini bagi memastikan proses PdPR yang akan dilaksanakan memberi keberkesanan yang maksimum kepada semua murid dan guru.

“Oleh itu, JK Pendidikan Pakatan Harapan menggesa kementerian pendidikan menyegerakan bantuan komputer riba seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021 kepada semua golongan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan bersama Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Teo Nie Ching (DAP) dan Hasan Baharom (Amanah).

Dalam pada itu, wakil rakyat pembangkang itu menyeru guru, murid dan ibu bapa yang memerlukan bahan pembelajaran, supaya memanfaatkan platform Sophia.my sebagai antara alternatif sepanjang PdPR nanti.

Semalam, Menteri Kanan (Pendidikan Radzi Jidin mengumumkan sesi pembelajaran selepas cuti Aidilfitri akan diteruskan dengan PdPR selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Beliau berkata, sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Keputusan itu dibuat bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan Aidilfitri yang dijadualkan pada 7 hingga 15 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B.


Panas! Khalid tempelak Hadi, dia tak faham apa yang dia cakap

 

Panas! Khalid tempelak Hadi, dia tak faham apa yang dia cakap


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat tidak memahami isu yang diperkatakannya walaupun pendapatnya diselitkan ayat al-Quran dan Hadis.

Pengerusi Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Samad berkata, perlambangan jerung lapar yang bersembunyi di sebalik batu bagi golongan yang menolak pelaksanaan darurat adalah tidak tepat sama sekali.

“Saya rasa kasihan kepada dia (Abdul Hadi) dan Pas. Jelas, dia tidak faham apa yang dia cakap.
“Dia menyamakan pihak yang menentang darurat itu sebagai golongan yang lagi teruk daripada ekstremis agama yang meletupkan bom.

“Hakikatnya kenyataan dia memang tidak tepat. Bagaimana boleh samakan orang yang bunuh diri, bunuh orang dengan sengaja (dengan golongan yang menolak darurat)?

“Ini memang satu perumpamaan yang tidak berasas sama sekali. Dengan keluarnya ‘fatwa’, ayat-ayat al-Quran dan hadis sudah rasa hebat dan tetapi kiasnya tidak kena langsung,” tegas beliau ketika ditemui Malaysia Dateline petang tadi.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Abdul Hadi hari ini yang turut mengibaratkan pihak yang menolak darurat sebagai pelampau politik seperti jerung yang besar, lapar dan ganas bersembunyi di sebalik batu.

Mengulas lanjut, Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional itu menegaskan pelaksanaan darurat sama sekali tiada keperluan untuk menangani penularan Covid-19.

“Dia (Abdul Hadi) tak faham isu dan gagal membezakan antara darurat dengan PKP, SOP dan sebagainya. Dia anggap bahawa darurat itu perlu supaya PKP dan SOP dapat dilaksanakan.

“Kita sudah pun melaksanakan PKP dan SOP tanpa adanya darurat untuk beberapa bulan sebelum darurat diisytiharkan,” hujahnya sambil secara berseloroh menganggap Abdul Hadi “suka sangat cerita binatang.”

Sehubungan itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan pelaksanaan darurat sememangnya tiada matlamat lain kecuali hanya demi kepentingan politik.

“Kerajaan yang disokong oleh Pas, BN, pintu belakang, tebuk atap, pengkhianat yang telah merosakkan negara dan ekonomi.

“Darurat diisytiharkan kerana hanya mahu kerajaan itu berkuasa termasuk meluluskan undang-undang dan peruntukan ikut suka hati untuk menjamin tiada siapa dapat menyentuh mereka.

“Pihak yang mengisytiharkan darurat itulah sebenarnya mementingkan diri bukan golongan yang menuntut darurat ditamatkan,” tegas Khalid lagi. 






BILA LAGI MAHIADDIN NAK DIDENDA?

 

Sejak perlaksanaan beberapa jenis PKP untuk menangani Covid19, kemudian disertai pula dengan darurat, sudah ramai yang dikenakan denda kerana didapati melanggar SOP.

Pelajar matrikulasi di asrama sudah didenda.

Peniaga burger juga didenda, malah dengan kadar tertinggi setakat ini iaitu RM50 ribu.

Masjid sebagai tempat ibadah pun sudah didenda sama.

Bahkan, terbaru Neelofa bersama suaminya turut tidak terkecuali dikenakan denda, meski tempoh menjalankan siasatan yang diambil cukup lama.



Setelah lama disiasat, baru hari ini pengumuman denda diumumkan dan tidak seperti peniaga burger, pelajar dan masjid di mana semuanya didenda serta-merta.

Yang penting, semuanya didenda, walau tidak dinafikan ada yang ternampak tidak masuk akal.

Malah, dalam berita yang boleh dibaca setiap hari, ramai lagi yang juga didenda.

Semuanya kerana didapati melanggar SOP.

Tetapi, bila lagi Perdana Menteri, Mahiaddin Md. Yasin mahu didenda?

Bukankah sudah lama tersebar di media sosial gambarnya tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah hotel di Johor Bahru?

Kenapa setakat ini tidak terdengar ada sebarang siasatan dijalankan terhadap beliau?

Kalau di Thailand, Perdana Menterinya sendiri boleh didenda kerana tidak memakai pelitup muka, kenapa tidak dengan Perdana Menteri negara kita?

Apa bezanya Perdana Menteri Thailand dengan Perdana Menteri Malaysia kalau kedua-duanya melakukan kesalahan yang sama?

Tidakkah setiap negara sama saja dalam menjunjung undang-undang sebagai peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua?

Atau Mahiaddin, di sebalik kedudukannya dipertikai kerana ditanggapi tiada majoriti, beliau terlalu istimewa kedudukannya di sisi undang-undang kita? (ShahbudinHusin 27/04/2021)



Anwar Ibrahim: Sidang Media Penuh Selepas Memberi Keterangan Di Bukit Am...

Usah sibuk jadi perkakas politik - Anwar

 




POSTED BY AMIR WRLR


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak berkuasa polis seharusnya menjalankan siasatan terhadap kes-kes yang lebih penting berbanding kes rakaman audio percakapan yang didakwa melibatkan beliau dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Ini selepas beliau dipanggil di Bukit Aman sebagai saksi kepada kes tersebut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

"Saya beri kerjasama untuk keterangan. Saya tak tahu ini kes rasuah mana, kes jenayah apa, ugutan mana, tapi saya beri kerjasama. Kalau ada pendakwaan saya akan beri keterangan lengkap.

"Tetapi ketika dipanggil, saya bangkitkan beberapa perkara kepada pihak polis. Kenapa isu ini mahu dijadikan isu politik oleh kerajaan yang nampak sangat terdesak sekarang.

"Apa kaitannya dengan kemelesetan ekonomi, kegawatan politik dan penyalahgunaan kuasa yang ada sekarang?" soalnya.

Beliau berkata, pihak polis tidak pula menyiasat penyebaran luas di media sosial mengenai audio rakaman didakwa melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 'schemes of things'.

"Jadi saya tanya ada siasatankah? Setakat yang saya tahu, belum ada siasatan, tapi inilah, selalu ada dua darjat antara pemimpin dan orang bawah tidak kira dalam hukuman, pendakwaan dan penyiasatan.

"Terkini ada penyebaran audio didakwa suara Hamzah Zainuddin mengenai mengatur orang kita sebagai pegawai kanan tertinggi polis.

"Jadi saya nak tanya sekali lagi adakah ada siasatan dalam kes yang seperti ini kerana ia jauh lebih serius kerana melanggar peraturan dan jaminan beliau untuk tidak campur tangan dalam urusan ini," katanya.

Beliau selaku Presiden KEADILAN turut mempersoalkan bagaimana rakyat boleh menaruh harapan terhadap pihak berkuasa jika ia terus-terusan menjadi perkakas politik.

"Dulu ada rakaman mantan perdana menteri dan isteri, sekarang ada rakaman menteri dalam negeri.

"Siapa yang boleh dianggap selamat dalam negara ini, ini mesti dijawab polis.

"Saya juga menyarankan supaya polis harus tumpu banteras jenayah.

"Kita sokong dalam kes Jho Low, kes geng Nicky tapi jangan sibuk dengan hal-hal yang tiada kaitan langsung, jadi perkakas politik. Dia boleh nafi tapi lazimnya rakyat tahu," katanya.

 

Kompaun RM50,000 peniaga burger: Kerajaan jangan aniaya rakyat - Chang Lih Kang

 


POSTED BY AMIR WRLR

Tindakan pihak berkuasa mengenakan kompaun RM50,000 ke atas seorang peniaga burger di Kota Bharu, Kelantan kelmarin atas alasan berniaga melebihi masa amat keterlaluan.

Menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, kompaun seharusnya sebagai usaha mendidik rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bukannya menganiaya rakyat.

Katanya, rakyat jelata sedang bergelut dengan kemerosotan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan kerajaan sepatutnya membantu bukan menambah beban dengan menetapkan nilai kompaun yang tinggi.

"Berapa biji burger yang perlu dijual oleh Wan Mohd Faisal untuk membayar kompaun itu?

"Pada masa sama, menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) dan VIP-VIP yang didapati ingkar SOP sama ada tidak dihukum atau dikenakan denda yang ringan. Layanan dua darjat ini menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

Lih Kang turut menyamakan kerajaan PN sebagai rejim zalim dan hipokrit apabila kerajaan memberi sumbangan Bantuan Prihatin Rakyat bernilai antara RM300 sehingga RM1800 kepada rakyat B40, lalu menghebohkan seolah-olah jumlah wang yang diberikan itu amat membantu.

Namun katanya, kerajaan PN tidak peduli hidup mati peniaga-peniaga kecil dengan menetapkan nilai kompaun yang tidak masuk akal.

"Apa gunanya kerajaan beri sumbangan RM1000 tetapi kenakan kompaun RM50,000 ke atas rakyat? Tindakan kerajaan PN ini hanya akan membunuh mata pencarian golongan B40.

"Kerajaan sepatutnya kurangkan nilai maksimum kompaun dari RM50,000 ke tahap yang munasabah, misalnya RM5000. Kompaun tidak harus mendenda tetapi mendidik orang awam tentang kepentingan mematuhi SOP.

"Selain itu, kerajaan juga perlu menyelaraskan garis panduan dan peraturan supaya masyarakat di semua peringkat mengikut SOP yang sama. Kerajaan semua peringkat (termasuk Pihak Berkuasa Tempatan) tidak boleh boleh keluarkan peraturan tersendiri yang menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai," katanya lagi.

Kelmarin, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, seorang peniaga burger telah dikompaun oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan.

Kompaun RM50,000 yang dikenakan mendapat kritikan keras warga net yang merasakan hal itu tidak wajar di tengah-tengah kesukaran hidup akibat pandemik Covid 19.