KLUSTER KERAJAAN TAK AKAN LEPASKAN JAWATAN ...UMNO NAK MELINGKUP ITU PUNYA PASAL....GAMAKNYA LAH GITU SEDANG BERGADUH.


Khairy ‘tak pakai’ kenyataan Tajuddin mahukan menteri Umno letak jawatan Ogos ini



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,Khairy Jamaluddin, tidak akan mematuhi kenyataan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Tajuddin Abdul Rahman mahukan semua ahli Umno yang memegang jawatan penting dalam kerajaan, termasuk sebagai menteri, meletak jawatan menjelang Ogos.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata beliau hanya akan berpegang kepada sebarang kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berhubung isu itu.

Menurut Khairy, Ahmad Maslan belum menyatakan sebarang tarikh bila ahli Umno berkenaan perlu melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Yang cakap Ogos itu ’Taj Mahal’, (Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman. Jadi beliau tak boleh cakap begitu,” Khairy dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online.

“Kita perlu dengar arahan dan apa yang dikatakan oleh Setiausaha Agung Umno,” katanya.

Pada 3 April lalu, Tajuddin berkata Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selewat-lewatnya Ogos, sekalipun Parlimen tidak dibubarkan ketika itu untuk PRU15.

Beliau yakin penarikan balik sokongan itu akan menyebabkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang.

Umno merangkumi blok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN dan penarikan balik sokongan parti itu akan menjejaskan keabsahan Muhyiddin dan kerajaannya yang menerajui Putrajaya sejak Mac 2020.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini berkata Majlis Kerja Tertinggi Umno diberikan mandat oleh PAU untuk menentukan bila parti itu akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Bagaimanapun beberapa Ahli Parlimen parti itu sudah pun berbuat demikian, termasuk veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas).

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno turut melepaskan jawatan di GLC termasuk Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, yang berundur sebagai pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd sebagai menyahut usul PAU.

Umno memutuskan untuk tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mahu ahlinya yang memegang jawatan menteri dan timbalan menteri serta jawatan lain, meletak jawatan apabila diarahkan.


No comments: