#derma itu ikhlas, tidak perlu balasan!



Pesanan saya kepada semua sahabat-sahabat yang akan mengundi esok: belajarlah dari Najib Razak bahawa #derma itu tidak perlu dibalas. Bila ada calon dari BN atau mana-mana parti yang memberi wang pada malam ini, itu #derma dari beliau. Saudara tidak berhutang apa-apa, ambil #derma itu dan malam ini makan besar. Jasa DS Najib yang paling besar ialah memperkenalkan konsep #derma ini. Selamat mengundi! Dan sebarkan nasihat berguna ini, share seberapa banyak!

Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

 201 0 0 203

Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

 | May 6, 2016
Timbalan Presiden PBB selar kenyataan Hadi Awang berhubung kenyataan Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam.
Abdul Hadi Awang
KUCHING: Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.
Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.
“Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini.
Malam semalam, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam perintah Sarawak, termasuk daripada DAP.
Ahli Parlimen Marang menambah walaupun PAS mengiktiraf orang Cina dan orang India sebagai warganegara, beliau menegaskan pemimpin haruslah beragama Islam.
Sementara itu, ketika dihubungi, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menjelaskan Bayang terpilih sebagai calon bagi membuktikan kepada pengkritik bahawa parti Islam itu menerima semua orang tanpa mengira anutan agama.
“Pihak tertentu cuba menggambarkan kami sebagai pelampau tetapi kami sebenarnya tidak ekstrem,” katanya, dan menambah sokongan kepada Bayang setakat ini “menggalakkan”.

Zunar terima anugerah "2016 International Editorial Cartoons Prize"

******************************

Saya berasa bartuah dipilih sebagai salah seorang pemenang "International Editorial Cartoons Prize" bagi tahun 2016. Majlis penyampaian diadakan di Palais Eynard di Geneva dengan kehadiran Presiden Terhormat Swiss Foundation Cartooning for Peace yang juga bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu Kofi Annan dan juga Datuk Bandar Geneva, Guillaume Barazzone.

Kartunis dari Kenya, Gado juga memenangi anugerah yang sama untuk tahun ini. Disamping itu, kedua-dua kartunis juga diberi peluang untuk mempamerkan karya kartun mereka di tepi tasik Lac Leman in Geneva.


ZUNAR's STATEMENT

"2016 International Editorial Cartoons Prize" memberi kekuatan baru kepada saya untuk terus menggugah kerajaan zalim Malaysia yang telah berusia 60 tahun. Hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat parah. Akta Hasutan dan akta-akta lapuk lainnya diguna oleh pemerintah untuk melenyapkan suara pengiritik. Semua institusi kerajaan diguna sebagai perkakas oleh pemerintah untuk terus berkuasa.

Bakat bukanlah keistimewaan, tetapi adalah tanggung jawab. Menjadi tanggungjawab saya sebagai kartunis untuk menggunakan seni sebagai senjata bagi menentang pemerintah zalim. Senjata ampuh bagi mana-mana rejim di dunia ialah dengan menanamkan ketakutan dan intimidasi untuk menakutkan rakyat. Lakaran seni dapat memimpin rakyat untuk merentasi garisan ketakutan.

Apabila kita berhadapan dengan krisis moral, tiada ruang untuk merungut dalam diam. Kita mesti bangun dan melaungkan suara dengan kuat dan jelas. Bersikap neutral adalah adalah satu bentuk pelarian dari kenyataan bagi mereka yang hidup dalam zon yang selesa. Bagaimana saya boleh bersikap neutral, sedangkan pen saya juga punya stand. Akhirnya, saya ingin mengingatkan kepada kerajaan Malaysia bahawa semakin kuat tekanan, semkain kuat pula penentangan: Anda boleh mengharamkan kartun saya, anda boleh mengharamkan buku saya, tetapi anda tidak boleh mengharamkan fikiran saya. Saya akan terus berjuang melali kartun. Saya akan terus berlawan sehingga ke titisan dakwat terakhir.

Zunar
Political cartoonist
3 May 2016, Geneva


  • LATAR BELAKANG

  • Zunar, nama sebenar Zulkiflee Anwar Ulhaque adalah kartunis politik di Malaysia. Karya-karya beliau memfokus kepada membongkar korupsi, salah laku dan kezaliman kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

  • Pada 10 Februari lepas, beliau ditangkap di dimasukkan ke lokap selama tiga hari di bawah Akta Hasutan.

  • Sebelum itu, pada September 2010, beliau juga pernah ditangkap di bawah undang-undang yang sama.

  • Pada 3 April 2015, Zunar di dakwa ke mahkamah atas sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan. Hukuman maksima untuk semua kesalahan ini adalah 43 tahun penjara.
    Sebelum itu, pemerintah mengharamkan tujuh buku kartun beliau. Pengilang dan pekedai di seluruh Malaysia diugut supaya tidak mencetak dan menjual buku-buku kartun Zunar.
    Pejabatnya di Kuala Lumpur sudah tiga kali diserbu penguasa dan ribuan buku dirampas.
    Zunar adalah satu-satunya rakyat Malaysia dan termasuk dalam 10 inidividu dari seluruh dunia yang dipilih dalam kempen ‘Write for Rights (‪#‎W4R‬) 2015' oleh Amnesty International.




HUSAM TETAP AKAN HADIR MESYUARAT AGONG KAWASAN ESOK KERANA MASIH BELUM TERIMA SURAT PEMECATAN


Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa ternyata tidak dapat menahan rasa pilu dan sebak selepas dipecat sebagai ahli parti Islam itu.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, ketika hatinya sedang pilu dengan peristiwa kehilangan helikopter di Sarawak, beliau tiba-tiba tidak putus menerima panggilan telefon.
"Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.
"Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok, hari ini.
Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan bersalahan dengan perlembagaan parti.
Husam berkata, sejak menyertai PAS pada 1982 beliau seperti kebanyakan anak muda, dulu dan kini menyerahkan sepenuhnya jiwa raga.
"Pada apa yang mereka fikirkan sebuah perjuangan suci, membawa obor Islam menerangi kehidupan termasuk bernegara.
"Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran.
"Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun," jelasnya.
Kata Husam, beliau hanya insan kerdil.
Mengungkap sirah Nabi Muhammad, Husam berkata, jika Nabi agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itulah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha.
"Usahlah engkau terlalu bergundah hati. Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.
"Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.
"Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain," katanya.
Sementara itu, Husam menjelaskan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas menerima makluman rasmi berhubung tindakan yang diambil ke atas saya.
Susulan itu, beliau yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian tetap akan hadir pada mesyuarat agung PAS kawasan tersebut esok.

PECAT HUSAM, TIDAK BAIK KEPADA IMEJ PAS – MAHFUZ

AKHIRNYA PAS PECAT HUSAM, LEMBARAN POLITIK BAHARU BERMULA

6 KALI JANJI BINA KLINIK DI TASIK BIRU, PENGUNDI TIDAK PERCAYA – DAP

ADENAN DEMAM, HELIKOPTER HILANG ‘ALAMAT BURUK’ BUAT BN?

PRN SARAWAK: ‘ADA GELOMBANG PERUBAHAN, TIDAK PASTI PERTAMBAHAN KERUSI PH’