INI BERITA SERIUS.. BUKAN PASAL WALAUN... INI BERKAITAN SU 57


 

IKLAN TERBAIK KDAFC.... TAK DAK SAPA PERNAH BUAT LAGI.. ...


 

APA MACAM WALAUN... KALAU KENA KE ORANG SIANG MALAM MELALAK.. KENA KE PARTI SENDIRI DIAM.. APA PUNYA BINGAI


 

NAK JAGA MELAYU APANYA.. KERJA MENYAKAW


 

KEH KEH KEH.. PADAN MUKA BERSATU.. PARTI LAIN DAH LAMA KENA..


 

BEKAS MB DAN MB


 

KISAH BEKAS MB DAN MB


 

APA KATA BAGI HADI AWANG JADINPM. LAGI PULA PAS MENANG 43 KERUSI.... BERSATU 28 SAJA... BANYAK PULAK NAK KENA DAKWA.


 

MACAMANA NAK PERINTAH... ASYIK MINTA DUIT DARI PUSAT SAJA.


 

RASUAH ADA DALIL


 

MASA NAIK JADI KETUA PEMUDA, ORANG TOLAK UMNO... KALAUNPERANGAI MACAM KO... UMNO SUSAH NAK DITERIMA ORANG MELAYU.. APA PULAK JASA KO PADA ORANG MELAYU??

 

𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 kata Anthony Loke 𝗸𝗮𝗱𝘂𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗷𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴.




Akmal faham ke erti kaduk naik junjung? Rasanya dia tak faham. Sebab kalau dia faham dia tak kata orang lain sebab sebenarnya 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 kaduk naik junjung.


Dari segi hierarki parti pun, level Anthony adalah Zahid dan bukan 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗯𝘂𝗸 macam Akmal. Jadi memang betul tindakannya abaikan saja 𝗸𝘂𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗸 macam Akmal ni.


Tapi Akmal ni pulak, entah siapa-siapa asalnya, tetiba je jadi Ketua Pemuda UMNO, tapi perasan diri tu hebat macam 𝗧𝗼𝗸 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝘁. Nak semua orang beri perhatian kepada dia. Itulah dia kaduk naik junjung.


Entah apa jasa dia kepada negara, siapa pun tak tahu. Jangankan kepada negara, kepada negeri pun kita tak nampak lagi. Mungkin la orang 𝗠𝗲𝗿𝗹𝗶𝗺𝗮𝘂 boleh cerita kot kot dia ada jasa.


Akmal ni 𝘢𝘵𝘵𝘦𝘯𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘴𝘦𝘦𝘬𝘦𝘳. Gila nak perhatian je. Hasil tak nampak pun. Selain daripada 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻, dia bukan tahu buat apa-apa. Kalau tak sebab meroyan tu, kita pun 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹.


Cerita pembangunan, sifar. Cerita cara-cara nak bantu orang miskin, sifar. Cerita meningkat ekonomi, sifar. Yang dia tahu meroyan pasal kaum dan agama yang ada masa macam 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻.


Ada masa terluang tu, cuba-cubalah muhasabah diri. Renungkan selama hidup berapa kali pernah tabur jasa kepada negara. Kalau tak ada, usahakanlah sesuatu. Jangan hanya nak kejar nama dengan 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LAMA DAH AKU KATA.. SAPA PUN TAK AKAN SESUAI BILA BERSAMA PARTI WALAUN NI... BAGI JA PARTI SESAT NI BERTANDING SENDIRIAN.... APA TAKUT BOHHH.... JALAN TERUS..

 

Ya betul. Adalah 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 apabila PAS yang merupakan 𝗻𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗡 terpaksa tunduk patuh kepada orang macam Mahiaddin.



Dah masanya Hadi mengetuai PN.


Tapi kan..., masa pilih 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 dulu pun Hadi mengelat. Tak berani nak pikul tanggungjawab. Akhirnya 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵 yang terpilih.


Kalau kata Hadi pengecut tak berani, atau takut susah nak ponteng nanti, tapi kenapa wakil PAS yang lain tak dilantik? Kenapa bukan 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗵𝗮𝗿𝗶𝗺? Kenapa bukan 𝗧𝗮𝗸𝗶? PAS 𝘁𝗮𝗻𝗱𝘂𝘀 pemimpin berwibawa ke?


Ataupun semua penakut? Sebab Ketua Pembangkang sekarang kena berdepan dengan DS Anwar sebagai PM. Bukan 𝗰𝗶𝗸𝗮𝗶-𝗰𝗶𝗸𝗮𝗶 macam dulu.


Kalau nak jadi ketua pembangkang pun kecut perut, ada pulak cita-cita nak jadi Pengerusi PN. Hahaha... Ini memang 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗲𝗮𝗯𝗲𝗻𝘂𝗮 ni.


Tak payah cadang la. Ni gerenti cakap tanpa restu dari Hadi ni. Walaupun Mursyidul Am sepatutnya 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶, tapi siapa berani lawan Hadi.


Hadi takkan berani nak angkat muka depan Mahiaddin punya. Takkan adanya Hadi berani nak rebut jawatan Pengerusi PN tu. Tengok la nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ANALOGI DAN BIDASAN YANG BAIK SANGAT..


MSO


 BAIK BERINGAT KALAU MAKAN SIREH JANGAN SAMPAI MENJADI SEMPAH


Sesekali Naib Presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah bercakap, bau masam "sempah pinang" menyumbat busuk ke lubang hidung. 


Beliau mengulas kenyataan Anwar Ibrahim yang menjadi pengredanan "D" diberikan Bersih terhadap kerajaannya sebagai tidak matang dan tidak bertanggungjawab, apabila Anwar menempelak, biarlah "D" kerana selepas ini akan jadi "A".


Anwar menganalogikan kepada sistem peperikasaan, daripada UPSR hinggalah ke peringkat SPM. Katanya tidak ada masalah kalau dalam UPSR dapat "D" kerana selepas ini dalam SPM dapat "A".


Analogi itu bagi Mohd Amar sebagai tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab.


Enak dan sedap kalau memberi ulasan kepada orang. Apakah perumpamaan dan alasan diberikan oleh kita bertanggungjawab dan relevan? Misalnya bekas TMB Kelantan itu pernah memberi alasan kenapa pembangunan di Kelantan tidak ada, kerana ia disengajakan.


Katanya kita sengaja melambatkan pembangunan di Kelantan, menyebabkan alasan berkenaan digelak beramai-ramai orang di luar Kelantan. Dia tidak mengaku yang Kelantan tidak ada wang dan pemimpinnya konteng idea selain daripada menganjuran pesta dikit barat, ikan singgang dan dan pangkah gasing.


Jika hendak dituduh sebagai tidak bertanggungjawab, kenyatan Mohd Amar itu lagi tidak bertanggungjawab. 


Makanya kalau anda memakan sireh pinang, berkapur dan bergambir jangan sampai menjadi sempah kerana bila bercakap ia akan tersembur dan memlilih kebusukan dan boleh menganggu kedamaian orang lain. Trims.



ORANG LAIN PUN BUKAN SEDIKIT BERKORBAN KETIKA ZAMAN REFORMASI, MALAH ADA YANG HILANG SEGALANYA...

 

JANGAN BAKAR KAYU BASAH



Tertonton Tiktok sdr Tamrin Ghaffar mengomen fasal Anwar Ibrahim dari awal dia mengenali Anwar, menyokong Anwar sehingga Anwar menang jawatan ketua pemuda Umno, dan banyak lagi.


Moral ceritanya dia adalah rakan dan pendukung Anwar, tetapi kini dilupakan atau tak disapa Anwar.


Nasihat saya Tamrin berihatlah duduk diam diam.  Zaman kita sudah berlalu. Tak perlu cerita buruk Anwar, tidak ada untung apa apa. Kalau nak nasihat Anwar lebih baik secara diam. Dia tak sempat nak tonton Tiktok sampah.


Anda saya tengok seperti orang mengharap bara untuk panaskan badan alih alih bara tak dapat asap yang masuk ke dalam mata. Makanya jangan bakar kayu basah kerana ia tak akan menyala. Trims.



BEKAS HAKIM YANG DUNGU RUPANYA


MSO


 Ketika sengketa mulut di Parlimen di antara wakil Besut dengan wakil Tambun ini saya terdengar wakil Tambun ada kata "kamu tak layak jadi timbalan menteri. 



Saya tertanya-tanya apakah dalam kertas cadangan sekiranya Pas bersetuju untuk sertai kerajaan Perpaduan wakil Besut ini dicadangkan sebagai salah seorang timbalan menteri.


Kalau tak ada mengada, kenapa Tambun ungkitkan. Atau pun kalau Pas berhajat nak tinggal Bersatu untuk berkolaborasi dengan PH/BN maka wakil Besut ini tidak akan dilantik walaupun sebagai timbalan menteri kerana nampaknya kebahlolannya. Trims.



ZAINAL ABIDIN NI DATO PALSU KE BETUL ???

Mohd Azlan Abdullah. 










Bertahun tahun lamanya lelaki yang bernama Zainal Abidin Mamat dan berasal dari Kg Tok Raja Jertih, ini menggunakan GELARAN DATO.


Tapi setakat ni, carian dalam SISTEM dan SUK negeri negeri tidak menemukan nama beliau sebagai penerima DARJAH KEBESARAN BERGELAR DATO!


Adakah selama ini Zainal Abidin menggunakan gelaran DATO PALSU ???


Mohon tuan empunya badan beri pencerahan atau penjelasan supaya isu ini clear!


KALAU Zainal Abidin Bin Mamat ni betul ada gelaran DATO, sila beri bukti dan yang paling penting nama tu biar ada dalam SISTEM penerima Darjah Kebesaran yang diiktiraf.


Sekadar jika ada Watikah atau gambar edit tapi nama TIADA dalam Sistem Penerima Darjah Kebesaran daripada mana mana negeri, tu tak boleh dijadikan bukti. Scammer pun boleh ciplak Watikah macam tu.


Biar nama ada dalam Sistem sebagai penerima Darjah Kebesaran, baru clear.


KALAU TIADA, adakah bermakna selama ni ZAINAL dah tipu ramai orang dengan gelaran DATO tersebut ???


Sebagai contoh, seseorang yang BUKAN DOKTOR, boleh tak dia guna gelaran DOKTOR ???


Saya akan buat report polis dan aduan untuk pihak berkuasa menyiasat penggunaan gelaran Dato oleh Zainal Abidin Mamat sekaligus mengenalpasti kesahihan gelaran Dato yang digunapakai oleh individu tersebut.


Saya bukan apa, tak mahu ramai orang tertipu sekiranya seseorang itu menggunapakai sesuatu gelaran yang TIDAK DISAHKAN.


Kesalahan menggunakan gelaran palsu boleh disiasat mengikut Seksen 3 (1) (a ) enakmen 18 enekmen lambang,  gelaran atau anugerah ( mencegah penggunaan tidak wajar )


Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM200,000-500,000 atau penjara 1 hingga 5 tahun atau kedua duanya sekali.



PMX BERTEMU RAKYAT

 

Luang waktu bertemu rakyat ketika makan tengah hari di Medan Selera Presint 9 hari ini usai mesyuarat Kabinet. Terlipur hati layan telatah anak-anak di sini. 


Saya kemudian menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Husna. Alhamdulillah.


#MalaysiaMADANI












NOHHH... AKU PUN MAU... NALA PUNYA KAYA.

 

Penang Press


Ya Allah, kayanya dik. Siap offer sapa nak jd boifren dia dpt duit belanja lagi. Tengok indentiti aci ni, kerja dia bukan calang² tau..😍👉komen



KEMUNAFIKAN..


 Aku akui adakalanya rasa letih melayan 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 ni.





Dulu-dulu aku elak guna perkataan 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 sebab aku rasa ia 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀. Aku lebih suka guna perkataan 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁. Tapi lama-kelamaan aku rasa kata hipokrit tu 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗹𝗲𝗺𝗯𝘂𝘁 untuk mereka.


DS Anwar buat lawatan 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮 pun jadi isu besar. Katanya takut syarikat tu dijanjikan habuan. Siap 𝗛𝗶𝗹𝗺𝗮𝗻 samakan dengan seorang bekas menteri di Singapura.


Aku nyatakan beberapa sebab kenapa rakyat 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴.


Pertama, semua kontrak dibuat secara tender terbuka. Jadi tak timbul soal 𝗳𝗮𝘃𝗼𝗿𝗶𝘁𝘀𝗺 atau 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗯𝘂𝗱𝗶. Kedua, pembiayaan ini juga dibuat 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴. Bukannya secara rahsia. Kalau nak menyeleweng, baik PMX buat senyap-senyap macam Mahiaddin kes 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮.


Ketiga, PMX ke luar negara 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶. Bukan pergi 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗴𝗼𝗹𝗳, 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗱𝘂 atau 𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿. Berbeza dengan menteri Singapura yang pergi tonton oerlawanan EPL, Formula 1 dan sebagainya.


Dan keempat, cuba tengoklah syarikat apa yang biayai perjalanan PMX. 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 dan 𝗣𝗿𝗼𝘁𝗼𝗻 antaranya. Apa yang Petronas dan Proton nak daripada kerajaan?


Kalau tak puas hati, laporlah kepada SPRM. Tapi nanti kalau SPRM kata tak ada kes, dia kata SPRM lindung pulak. Sebab tujuannya bukan apa. Sekadar nak cipta 𝗻𝗮𝗿𝗮𝗿𝗶𝗳 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫.


Kenapa aku kata pembangkang munafik?


Sebab masa Mahiaddin dulu, dia sendiri mengaku ada dana syarikat swasta 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. Bukan taja perjalanan tau tapi masuk akaun parti terus. Sudahlah dibuat senyap-senyap. Kita tahu pun sebab Mahiaddin yang 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽.


Masa tu diorang tak risau pulak. Silap-silap dia sama 𝗲𝗻𝗷𝗼𝘆 duit tu. Sekarang, PMX sebut secara terang, dia terlajak risau pulak. Sebab tu aku kata dorang semua ni 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENA CING WALAUN SEMUA.


 

ADA KELEBIHAN NEGERI PANAS


 

NAK BERJIMAT PUN SALAH... BAIK JADI KERAJAAN MENYAKAW DAN TUNGGANG AGAMA... LEBIH MUDAH DAN DIBANGGAKAN PULA.



 ANWAR JANGAN JADIKAN PESAWAT RASMI KERAJAAN MACAM BAS PERSIARAN


22 November 2024


Barangkali kerana ada sedikit rasa bersalah disebabkan terlalu kerap ke luar negara, sedangkan ekonomi dan pendapatan negara tidak pun bertambah berlipat kali ganda, Perdana Menteri lantas memilih pendekatan lain untuk mengurangkan beban kos pesawat rasmi kerajaan yang digunakannya.


Ia ialah dengan cara mengajak syarikat-syarikat swasta yang ikut serta dalam lawatannya ke luar negara itu untuk sama-sama menaiki  pesawat rasmi kerajaan, tetapi dikehendaki membayar kos perjalanannya.


Memberitahu Dewan Rakyat semalam, Anwar Ibrahim berkata, sekitar 70 hingga 80 peratus perbelanjaan perjalanan dan lawatan rasminya  ke lima negara baru-baru ini adalah ditanggung oleh syarikat swasta yang turut dalam lawatannya.


“Saya lihat kos perjalanan selalunya agak tinggi. Jadi, kali ini apa yang kita lakukan adalah dengan kerjasama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz).


“Kita  undang syarikat-syarikat terbabit umpamanya Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton dan syarikat semikonduktor (tidak dinamakan nama syarikatnya)  yang mengikuti rombongan untuk ikut serta dan mereka  bayar tambang dan kos.


“Jadi, maknanya tak salah saya sekitar 70 hingga 80 peratus kos penerbangan ditanggung oleh syarikat yang ikut serta dalam lawatan itu,” katanya.


Pendekatan lain yang cuba dilakukan Anwar ini adalah sesuatu yang salah dan tidak wajar kerana pesawat rasmi kerajaan adalah untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri ketika melakukan lawatan ke luar negara.


Tindakan membawa syarikat swasta memungkikan wujudnya konflik kepentingan yang ketara, di samping menjadikan pesawat rasmi kerajaan seperti bas persiaran atas bas RapidKL yang boleh dinaiki oleh sesiapa saja.


Selain Perdana Menteri, pesawat rasmi kerajaan hanyalah untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Timbalan Perdana Menteri.


Membawa wakil atau peneraju syarikat swasta menaiki pesawat rasmi kerajaan bersama Perdana Menteri dalam lawatan rasmi ke luar negara tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.


Ketika Perdana Menteri melawat ke luar negara, pesawat itu sepatutnya eksklusif untuk kegunaan Perdana Menteri dan yang mereka yang dibenarkan secara rasmi oleh saja, bukan untuk diajak mana-mana orang atau syarikat swasta dan dikehendaki pula membayar sebahagian kos untuk turut sama menaikinya.


Bukankah pada Disember 2022 lalu kerajaan sendiri mengeluarkan arahan bahawa lawatan rasmi penjawat awam ke luar negara tidak boleh ditaja oleh syarikat swasta?


Tun Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri, jangankan syarikat swasta atau ahli perniagaan, anak-anaknya pun tidak pernah merasa menaiki pesawat rasmi kerajaan yang dinaikinya.


Mengajak wakil atau peneraju syarikat swasta menaiki pesawat rasmi dan mereka akhirnya membayar tambang serta kos dan akhirnya menjadikan antara 70 hingga 80 peratus kos penerbangan ditaja oleh swasta, selain menjadikan Anwar melanggar arahan kerajaan, malah dengan sendirinya menjadikan tatakelola sudah bertukar menjadi tatakelaut.


Apakah budi menaja sehingga 80 peratus kos penerbangan itu percuma begitu saja dan syarikat swasta berkenaan tidak mengharapkan apa-apa balasan?


Sebenarnya Anwar tidak perlu risau berkenaan kos tinggi akibat penggunaan pesawat rasmi setiap kali beliau melakukan lawatan rasmi ke luar negara.


Beliau juga tidak perlu ada rasa bersalah dengan kos penerbangan yang tinggi itu kerana itu memang kelayakan seorang Perdana Menteri yang bertugas demi negara.


Semua kita faham perkara itu, asal saja lawatan ke luar negara itu membawa hasil yang baik kepada negara dan bukan untuk hore-hore.


Jika Anwar mahu sangat berjimat dan benar-benar sayang duit kerajaan, adalah lebih baik beliau memilih pesawat komersial saja setiap kali melawat ke luar negara.


Nak jimat lagi, jangan ambil kelas pertama atau kelas perniagaan, tetapi naiklah kelas ekonomi atau lagi berjiwa marhaen jika memilih syarikat penerbangan tambang murah dan sanggup menunggu sebelum Subuh lagi di KLIA2 untuk terbang ke mana-mana negara.


Lebih membimbangkan, tindakan membawa syarikat swasta ini, jika berterusan hanya meletakkan Perdana Menteri sentiasa dikelilingi golongan mahakaya ketika di udara setiap kali beliau melakukan lawatan ke luar negara dan sewaktu berjam-jam di udara itu pula tidak mustahil macam-macam perbincangan, malah mungkin kelulusan perniagaan pun turut dilakukan.


Inikah tatakelola kerajaan madani yang dibangga-banggakan? – ShahbudinHusin 22November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/anwar-jangan-jadikan-pesawat-rasmi-kerajaan-macam-bas-persiaran/



"KAU NI JANGAN NAK TUNJUK HERO" MP PAYA BESAR VS LARUT !

KETUA PEMBANGKANG HAMZAH TERUS KOYAK ? TAMBUN VS LARUT !

PN BERPECAH!! - PAS TOLAK MUHYIDDIN - HADI CALON PM?


Seorang pimpinan kanan PAS yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin berpandangan parti Islam itu lebih layak memimpin Perikatan Nasional (PN).
Beliau sekali gus menolak cadangan supaya Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai calon perdana menteri gabungan berkenaan.
Pas layak memimpin kerana wakil rakyatnya paling ramai di Parlimen dan mempunyai jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara. Eloklah tu bergaduh. Biar aje Anwar Ibrahim terus kekal sepenggal lagi!




MENAKJUBKAN !! DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERIMA SAMBUTAN MERIAH DI MAJLIS...

Warkah terbuka buat Abang Hanipa Maidin





OLEH FAIZ FADZIL



Tulisan peribadi Abang Hanipa Maidin yang terbaru yang mempertikaikan kesungguhan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk melaksanakan reform begitu memeranjatkan saya. Izinkan saya untuk memberikan respond pandangan tersebut atas kapasiti peribadi. Tiada niat untuk saya menyingung perasaan Abang Hanipa, tetapi saya selalu yakin dengan pendirian Abang Hanipa yang teguh berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara.

Sejak DSAI memerintah, perkara utama yang beliau bertiwikrama adalah mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil. Negara telah melalui satu episod hitam selama 3 tahun selepas coup d e’tat melalui Langkah Sheraton yang menyaksikan ekonomi negara yang merosot akibat ketidakstabilan politik. Tindakan DSAI yang memberikan 2 tumpuan utama iaitu kerajaan yang stabil dan pemulihan ekonomi adalah satu reform penting di mana perkara inilah yang gagal ditangani ketika zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri sehingga menyaksikan negara mempunyai kerajaan yang tidak stabil dan ekonomi yang terus mengucup pasca Covid-19.

Pelantikan DSAI sebagai PM dibuat secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan di mana beliau mempunyai keyakinan majoriti Ahli Parlimen selepas keputusan PRU ke-15 dan ini diperkukuhkan lagi dengan usul undi percaya yang dibawa di lantai parlimen pada 19 Disember 2022. Jelas, DSAI tidak berkompromi dengan langkah menjadi kerajaan melalui pintu belakang dan berpegang teguh dengan prinsip tulen demokrasi. Bukankah ini satu reformasi yang telah dilaksanakan DSAI sebagai PM.

Berasaskan kepada kestabilan politik inilah ekonomi negara kembali kukuh dan inilah reform besar yang sedang berlaku. Antara kejayaan pemulihan ekonomi DSAI adalah:

  • i) Ringgit di bawah pentadbiran PN melebihi kadar RM4.70 berbanding USD pada Nov 2022. Bawah PMX, Ringgit menyaksikan pemulihan dan hari ini, berada sekitar RM4.4.
  • ii) Dalam 6 bulan pertama 2024, pelaburan langsung diluluskan meningkat 18% ke RM160bil berbanding tahun sebelumnya. Angka RM160bil adalah paling tinggi dalam sejarah negara untuk tempoh Jan-Jun.
  • iii) Penghapusan 66% miskin tegar di Malaysia setakat Okt 2024. KDNK negara pada suku ketiga 2024 menunjukkan pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus, melebih anggaran awal 5.1 peratus.
  • iv) Negeri-negeri pembangkang (SG4) tidak dianak-tirikan. Dalam Belanjawan 2025, diumumkan bahawa perkumpulan ekonomi akan diwujudkan mengikut keistimewaan negeri seperti tenaga boleh baharu di Perlis dan Sabah, industri kimia khusus di Pahang dan Terengganu. Royalti minyak di Kelantan dan Terengganu dikembalikan.
  • v) Jumlah hutang baharu tahunan telah dikurangkan kerana perbelanjaan lebih efisien. Pada tahun 2021 dan 2022, jumlah hutang baharu tahunan adalah RM100bil setahun. Namun, ia telah jatuh kepada RM84.7bil pada 2024.

Adapun Abang Hanipa membandingkan kes Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, keputusan DNAA dibuat oleh Jabatan Peguam Negara tanpa campur tangan DSAI. Perlantikan Zahid Hamidi sebagai TPM pula dibuat atas semangat perpaduan yang dibina antara PH dan BN dan inilah kunci kekuatan kepada kestabilan politik yang wujud sekarang.


Adapun reformasi institusi yang dibangkitkan, ianya memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang mana DSAI perlu mempunyai sokongan 2/3 majoriti Ahli Parlimen. Jika sesuatu pindaan tidak mendapat kelulusan Dewan Rakyat, ia akan mewujudkan krisis perlembagaan lagi sekali yang pasti boleh menggugat kestabilan politik yang akan merencatkan pemulihan ekonomi. Kesannya, rakyat akan menderita sekali lagi.

Sebagai PM, DSAI melaksanakan tugas secara tanggungjawab bersama (collective responsibility) dan jemaah menteri telah melakukan beberapa reform besar dalam pentadbiran negara.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak samarata kepada ibu berkaitan kewarganegaraan anak yang lahir di luar negara adalah satu lagi reform yang telah berlaku. Usaha bersungguh-sungguh kerajaan Madani untuk meningkatkan pengeluaran padi tempatan juga satu reform melalui agenda keterjaminan makanan.

Antara reform institusi yang sudah dilaksanakan adalah Prime Minister Question Time (PMQT) di Parlimen, penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 dan pindaan Pindaan Akta Audit 1957. Malah mengikut pelaporan BERSIH, terdapat 11 Reformasi yang sedang berjalan dan dalam proses untuk dilaksanakan termasuklah pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen akan dilaksanakan pada tahun depan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri di Parlimen semalam.



Ini membuktikan bahawa agenda Reformasi kekal menjadi agenda utama Kerajaan Madani pimpinan DSAI yang memerintah hari ini. Sekalipun wujudnya cabaran untuk melaksanakannya, namun ianya masih dapat dilaksanakan dan prosesnya masih berjalan.

Walau bagaimapun, pelaksanaan agenda Reformasi ini lebih adil untuk dinilai ketika tamat penggal pemerintahan dan bukannya ketika pertengahan penggal. Ini bagi memberi ruang kepada kerajaan melaksanakannya dan perlu melalui proses yang panjang. “Rome was not built in a day”.

Kepada Abang Hanipa, saya selalu teringat pertemuan-pertemuan kita dahulu bertemankan segelas teh tarik. Usahlah memberikan peluru kepada musuh.

Zaman politik hari ini penuh dengan fitnah dan sentimen dan cukuplah kita saling salah-menyalah pemimpin yang sama-sama kita bela sebelum ini. Berilah peluang dan ruang kepada DSAI untuk melaksanakan agenda reformasi kerana itulah perjuangan kita bersama beliau sebelum ini.



Faiz Fadzil ialah Setiausaha Agung AMANAH.





Dua tahun Kerajaan Perpaduan: Melangkah ke Hadapan



OLEH: Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Perjalanan sesebuah gagasan baharu negara adalah panduan besar bagaimana negara dibentuk dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunannya. Pemimpin besar negara perlu melihat kepada realiti sekeliling yang melingkungi suasana negara semasa kepimpinannya.

MERUNGKAIKAN KEBUNTUAN

Datuk Seri Anwar Ibrahim atau gelaran rakyatnya PMX mengambil alih tampuk kepimpinan negara dalam suasana sukar dan mencabar dari sudut dalaman dan luarannya. Dalamannya, beliau terpaksa menerima realiti wujudnya kerajaan yang dibentuk atas berbagai blok parti politik yang sebelumnya usai PRU ke-15 setiap blok gagal memenuhi majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.


PH sebagai blok yang memiliki bilangan terbesar, iaitu 82 kerusi masih belum capai had majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, iaitu 112 yang diperlukan. Di belakang PH ialah blok PN, iaitu 74 kerusi sedangkan blok lain seperti Barisan Nasional (BN), GPS dan GRS masih mencari-cari rakan untuk membentuk kerajaan.

Lontaran idea Kerajaan Perpaduan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, AlSultan Abdullah mengandungi hikmah tersirat di sebalik jalan buntu sejak pengumuman keputusan PRU ke 15 pada 20 Nov 2022. Rakyat masih dalam fobia politik selepas peristiwa ‘Langkah Sheraton’ dan pandemik Covid 19 yang menimpa negara. Namun hikmah Allah lebih besar dari segalanya, justeru terbentuklah Kerajaan Perpaduan pada 24 November 2022.

LATAR UNIK


Latar yang membawa kepada terbentuknya kerajaan pada 24 November 2022 adalah faktor penting yang tidak boleh diabaikan dalam membuat penilaian pencapaian Kerajaan Madani hari ini. Ini berpandukan kepada beberapa fakta. Pertama, suasana unik ini telah menghimpunkan 16 parti politik dan empat blok parti besar iaitu PH, BN, GPS dan GRS.


Semuanya telah bertanding dalam PRU 15 sebagai pesaing dan bukan rakan. Politik Malaysia yang bermodelkan politik kesepakatan prapilihanraya terpaksa berhadapan dengan realiti kebuntuan membentuk kerajaan, lantas blok yang bersaing antara satu sama lain terpaksa berkompromi pasca PRU.

Ini membawa kepada persoalan kedua, iaitu bagaimanakah parti yang berlawanan antara satu sama lain dengan manifesto yang berbagai dapat mencapai kata sepakat dalam melaksanakan manifesto masing-masing dalam sebuah kerajaan. Selalunya hanya satu blok utama sahaja yang akan melaksanakan manifestonya setelah membentuk kerajaan. Dengan kata lain, pasca PRU 15 sangat unik bagi lanskap politik Malaysia kerana latar tadi yang perlu dibereskan terlebih dahulu sebelum bercakap soal melaksanakan janji manifesto.

Fakta kedua perlu diambilkira dalam membuat penilaian dua tahun pencapaian Kerajaan Madani. Kegagalan berbuat demikian seolah-olah membutakan mata kepada satu fasa penting menyelerakan dahulu kepelbagaian manifesto dan membereskan kesepaduan empat blok utama yang berlawanan sebelumnya. Jadi apakah formula PMX untuk menyatukan kesemua ideologi blok masing-masing?

LAHIRNYA MADANI

PMX perlu mencari titik pertemuan dalam kerajaan bagi menyatukan blok masing-masing. Hampir dua bulan selepas proses konsolidasi dan persefahaman, PMX memperkenalkan Malaysia Madani pada 19 Januari 2023 berperanan untuk menggagaskan idea besar negara yang beliau namakan sebagai Madani. Ia diharapkan dapat memandu semua pihak kepada menjayakan nilai-nilai yang di dalamnya adalah ikhtiar untuk menjawab realiti semasa yang dihadapi negara, termasuklah menguruskan keunikan terbentuknya sebuah kerajaan perpaduan. Madani boleh dikira sebagai konsolidasi manifesto berbagai tertumpu kepada nilai-nilai besar yang akan menetapkan dasar-dasar baharu yang akan diperkenalkan.


NILAI BESAR M.A.D.A.N.I

Ada enam nilai besar negara dalam mencapai cita-cita pembangunannya, iaitu Kemampanan (M) Kesejahteraan (A) Daya-cipta (D) Hormat (A) Keyakinan 👎 dan Ihsan (I). Aspek Kemampanan menjurus kepada bentuk ekonomi dan alatnya pada masa hadapan bagi menjayakan konsep kelestarian untuk generasi mendatang manakala kemakmuran negara pulangannya adalah untuk rakyat yang memerlukan pembelaan.

Untuk maju ke hadapan daya-cipta dari segala aspek keintelektualan dan kebolehmenjadian diharapkan menghasilkan inovasi dan kreativiti yang menguntungkan negara sedangkan ia hendaklah dipandu atas nilai hormat kepada budaya bangsa, sesama insan dan alam. Melahirkan keyakinan adalah kunci penting untuk mengeratkan hubungan rakyat dan pemerintah yang terhakis sejak Langkah Sheraton dan akhirnya bersifat Ihsan dan Rahmah kepada kebajikan rakyat dan kepada alam sekitar adalah perasaan sedar dalaman yang membentuk kita sebagai masyarakat yang menjulang nilai Karamatul Insan.

Berdasarkan gagasan besar inilah polisi-polisi baharu yang bersifat struktural diperkenalkan antaranya ialah Kebertanggungjawaban Fiskal Negara bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan perbendaharaan negara, Penstrukturan semula regim subsidi kepada bersasar, gaji progresif, meningkatkan gaji penjawat awam, Skim pencen yang baharu serta pembelaan golongan yang memerlukan dari berbagai program kebajikan rakyat yang ditingkatkan. Dasar mengunjur ke hadapan seperti Kecerdasan Buatan (AI), Dasar Peralihan Tenaga Baharu, Perindustrian Baru semuanya dirangka dalam gagasan besar MADANI.

AKSI MADANI DI PENTAS DUNIA

Ketegasan PMX mewakili amarah manusia terhadap keganasan dan genosid Israel ke atas rakyat Palestine diiktiraf sebagai suara Malaysia dan kemanusiaan. Usaha terkini di peringkat lobi antarabangsa untuk menyingkirkan keanggotaan Israel dalam PBB adalah hasrat yang berisiko tinggi yang telah dilakukan oleh kerajaan Madani atas nama memartabatkan kemuliaan nilai Ihsan.

Aura suara Malaysia di kalangan negara Blok Selatan kembali dirasai dengan nada tegas menyuarakan ketidakseimbangan agihan kekayaan dunia untuk yang tertindas dan miskin. Persediaan Malaysia untuk menyertai gabungan BRICS diterima dengan baik menandakan satu peralihan berani kepada medan baharu sebuah kebangkitan ekonomi masa depan. PMX juga akan memimpin ASEAN untuk tahun 2025 sekaligus membawa berbagai ide untuk memajukan rantau ini dan hubungannya dengan rantau lain.

CABARAN DAN PROSPEK

Dua tahun Kerajaan Perpaduan memerintah, masih banyak yang perlu dilakukan, namun sosok PMX yang memberi inspirasi kepada rakyat tentang semangat kebangkitan melalui Tajdid Pemikiran dan Islah negara adalah jaminan terbesar bagi menjayakan cita-cita ini. Apapun, segala retorik berkenaan akhirnya akan dikira berjaya hanya setelah ia dapat dilaksanakan dan disokong oleh semua blok yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan. Semua perkiraan politik dan senarai keutamaaan negara perlu diambil sebagai faktor penting ketimbang desakan dan semangat menjayakan reformasi. PMX mendaki persada kuasa atas kehendak rakyat yang mahukan perubahan. Dua tahun ini PMX masih kekal dengan momentum perubahan dengan mengimbangi kepelbagaian kerenah dalaman mahupun birokrasi termasuklah perubahan budaya dan tingkahlaku yang menjadi penghalang utama.

Prospek tahun mendatang kelihatan cerah setakat kejayaan yang telah dilakukan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia. Kita doakan Kerajaan Perpaduan yang lahir dua tahun yang lalu kekal lebih kuat dan lebih meyakinkan segenap lapisan rakyat. Sepertimana kita harapkan juga agar parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak diganggu gugat oleh suara-suara yang mahu melihat perpecahan di kalangan blok dalam perpaduan berlaku.


Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ialah timbalan presiden AMANAH dan Pengerusi Pakatan Harapan Perak.




JAWAPAN UNTUK MAMAT QAZAF...


 

BUKAN PELABURAN.. ITU INSURAN... INSURAN KERAJAAN NEGERI.


 

MAHATHIR KATA BANYAK TULISAN CINA. TAPI DIA BAGI GAMBAQ KEDAI MASAK BABI.... KAH. KAH... ITU MEMANG MARKET CINA.


 

DOKUMENTARI RUSSIA MENGENAI MALAYSIA

 


MASA TAK DA JAWATAN... KEMAIN.. ADA JAWATAN.. TAU JA LA.. HA HA...


 

CUBA BAGI PADA MARANG.



 MARKAH D TAMPARAN YANG MEMALUKAN ANWAR


20 November 2024


Pagi ini Perdana Menteri, Anwar Ibrahim tiba di tanah air setelah melakukan lawatan rasmi ke beberapa negara – Mesir, Arab Saudi, Peru dan terakhir Brazil.


Dilaporkan beratus orang menyambut kepulangannya di KLIA pagi tadi di sebalik lawatannya ke luar negara kali ini lebih diselimuti kontroversi berkaitan wawancaranya dengan CNN  berkaitan Israel.


Berikutan kontroversi itu, mengadakan sambutan kepulangan Anwar adalah bertujuan untuk  menggambarkan beliau sebagai hero negara atas beberapa pencapaian dalam lawatan tersebut, sambil cuba menutup persepsi yang tercetus melalui wawancara CNN itu.


Tetapi, sambutan kepulangan Anwar, berdasarkan gambar dan video yang didapati di media sosial, ia nampaknya tidaklah semeriah dan seramai mana yang selayaknya untuk menyambut kepulangan seorang hero.


Lain kali kalau nak sambut kepulangan seorang hero, buatlah betul-betul dan angkutlah ramai-ramai orang – bukankah PKR sekarang sudah jadi kerajaan?


Takkan tak reti-reti?


Tetapi, apa yang lebih mengaibkan selain sambutan ala-ala saja yang mampu diserlahkan, kepulangan Anwar kali ini yang cuba digambarkan sebagai kepulangan seorang hero turut “dimalukan” oleh Bersih yang sehari sebelum kepulangannya telah membentangkan laporan prestasi kerajaan madani sejak dua tahun lalu dengan hanya memberi markah D.


Pemberian markah D atau spesifiknya 45.8% kepada kerajaan madani  oleh Bersih boleh dianggap sebagai “tamparan” yang tepat ke muka Anwar.


Kalau diumpamakan dalam banyak peperiksaan sekolah, perolehan D itu boleh ditafsirkan sebagai “markah cukup makan” saja.


Di zaman dulu,  hadiah paling dekat bagi mereka yang beroleh markah D ialah kena marah atau kalau dapat bapa yang agak garang sikit, merasalah kena rotan di tapak tangan sambil diberi amaran agar belajar dengan lebih rajin lagi.


Sebab itu pemberian markah D oleh Bersih, badan pemantau pilihan raya yang sejak dulu diketahui pro PH kepada kerajaan madani yang dipimpin oleh Anwar boleh dianggap sebagai amat mengaib dan memalukan.


Apalagi kalau mengambil kira Pengerusi Bersih, Faisal Abdul Aziz adalah seorang yang pernah menjadi Presiden Abim antara tahun 2019 hingga 2023.


Abim adalah NGO yang sinonim dengan Anwar dan peneraju-penerajunya selalu ditanggapi sebagai “orang Anwar” belaka.


Orang Tun Mahathir, orang Najib atau orang Muhyiddin – takkan merasa nak jadi Presiden Abim!!


Makna kata, walaupun Faisal pernah mengetuai Abim, beliau ternyata tidak berkompromi terhadap kegagalan kerajaan madani sejak dua tahun lalu.


Markah D diberi terutamanya kerana prestasi buruk yang dikaitkan dengan kegagalan melaksanakan reformasi institusi dengan ketara.


Faisal dipetik sebagai berkata, dua tahun pertama kerajaan madani didapati terdapat jurang yang ketara antara janji reformasi dan pelaksanaan sebenar.


“Kerajaan madani menunjukkan prestasi di bawah jangkaan, dalam pembaharuan pilihan raya, tidak ada kemajuan bermakna dalam isu-isu utama seperti penyelewangan bahagian pilihan raya, gerrymandering, atau memperkenalkan pengundian tanpa hadir untuk pengundi luar negara atau negeri, walaupun di sebalik janji semasa kempen untuk menangani perkara itu.


“Kerajaan juga gagal untuk memulakan dasar dalam memastikan perwakilan yang adil dan membiarkan janji reformasi pilihan raya yang penting tidak ditangani. 


“Akta Pembiayaan Politik dan pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya masih tidak lengkap, menimbulkan keraguan tentang komitmen kerajaan terhadap pilihan raya yang telus dan adil,” kata Faisal lagi.


Tidak cukup dengan diberi markah D,  Bersih yang diterajui Faisal juga menilai Ismail Sabri Yaakob yang memimpin negara selama hanya 15 bulan sebelum Anwar dinilai sebagai Perdana Menteri terbaik sejak 2009 berdasarkan pembaharuan yang berjaya dilakukannya.


Tanpa gegak gempita dan tanpa laungan reformasi yang berulang-ulang, Bersih melihat Ismai Sabri berjaya mencapai pembaharuan yang ketara dalam tempoh singkatnya selama 15 bulan walaupun menerajui pentadbiran yang tidak stabil, termasuk menandatangani memorandum persefahaman dengan pembangkang.


“Melalui persefahaman itu telah membawa kepada sokongan bipartisan untuk beberapa pembaharuan, termasuk meluluskan undang-undang anti-lompat parti dan menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.


“Ismail Sabri turut berjaya memastikan pengagihan dana pembangunan kawasan pilihan raya secara saksama kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, langkah utama dalam memupuk kerjasama dwipartisan.


“Sebaliknya, pentadbiran Anwar yang sudah menjangkau 24 bulan masih belum dapat memperoleh perjanjian reformasi dwipartisan yang setanding untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan demokrasi,” tambah Bersih.


Kalau Bersih sudah beri markah D, apa pula penilaian di mata pengundi kepada Anwar? – ShahbudinHusin 20November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/markah-d-tamparan-yang-memalukan-anwar/