KEMUNAFIKAN..


 Aku akui adakalanya rasa letih melayan 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 ni.





Dulu-dulu aku elak guna perkataan 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 sebab aku rasa ia 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀. Aku lebih suka guna perkataan 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁. Tapi lama-kelamaan aku rasa kata hipokrit tu 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗹𝗲𝗺𝗯𝘂𝘁 untuk mereka.


DS Anwar buat lawatan 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮 pun jadi isu besar. Katanya takut syarikat tu dijanjikan habuan. Siap 𝗛𝗶𝗹𝗺𝗮𝗻 samakan dengan seorang bekas menteri di Singapura.


Aku nyatakan beberapa sebab kenapa rakyat 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴.


Pertama, semua kontrak dibuat secara tender terbuka. Jadi tak timbul soal 𝗳𝗮𝘃𝗼𝗿𝗶𝘁𝘀𝗺 atau 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀 𝗯𝘂𝗱𝗶. Kedua, pembiayaan ini juga dibuat 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴. Bukannya secara rahsia. Kalau nak menyeleweng, baik PMX buat senyap-senyap macam Mahiaddin kes 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮.


Ketiga, PMX ke luar negara 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘁𝘂𝗴𝗮𝘀 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶. Bukan pergi 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗴𝗼𝗹𝗳, 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗱𝘂 atau 𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿. Berbeza dengan menteri Singapura yang pergi tonton oerlawanan EPL, Formula 1 dan sebagainya.


Dan keempat, cuba tengoklah syarikat apa yang biayai perjalanan PMX. 𝗣𝗲𝘁𝗿𝗼𝗻𝗮𝘀 dan 𝗣𝗿𝗼𝘁𝗼𝗻 antaranya. Apa yang Petronas dan Proton nak daripada kerajaan?


Kalau tak puas hati, laporlah kepada SPRM. Tapi nanti kalau SPRM kata tak ada kes, dia kata SPRM lindung pulak. Sebab tujuannya bukan apa. Sekadar nak cipta 𝗻𝗮𝗿𝗮𝗿𝗶𝗳 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫.


Kenapa aku kata pembangkang munafik?


Sebab masa Mahiaddin dulu, dia sendiri mengaku ada dana syarikat swasta 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. Bukan taja perjalanan tau tapi masuk akaun parti terus. Sudahlah dibuat senyap-senyap. Kita tahu pun sebab Mahiaddin yang 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽.


Masa tu diorang tak risau pulak. Silap-silap dia sama 𝗲𝗻𝗷𝗼𝘆 duit tu. Sekarang, PMX sebut secara terang, dia terlajak risau pulak. Sebab tu aku kata dorang semua ni 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.