Analisis ringkas keputusan PRN Johor 2026


 

Enam tahun menanti, hari ini penentuan nasib Syed Saddiq

 


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengetahui nasibnya hari ini sama ada beliau kekal bebas atau dijatuhi hukuman atas pertuduhan pecah amanah.

Selepas enam tahun berdepan proses perundangan, hari ini Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan rayuan beliau.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membabitkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais; Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali; dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan terhadap Syed Saddiq pada jam 9 pagi.

Sebelum ini pada 25 Jun 2025, ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan dan melepaskan Syed Saddiq.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, sehari selepas keputusan lepas bebas itu.

Pendakwa raya mengemu­kakan 28 alasan mengapa Mahkamah Persekutuan sepatutnya mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman berkenaan.



Kenapa PH kalah teruk di Johor?


 

BN UMUM TARIK SOKONGAN ? PRU TERGEMPAR ?


 

PMX MENJADI SASARAN UNTUK DIJATUHKAN! OLEH UMNO, PAS, BERSATU, BERSAMA DAN SEKUTU MEREKA!


 

SELAT HORMUZ KEMBALI TUTUP



Mazlan Mohamad





 US suruh Iran isytihar Selat Hormuz dibuka dan selamat dilalui. Tak disangka Iran ikut pemintaan US itu.

Tapi ia jawab dengan umum Selat Hormuz ditutup buat sementara dan selepas itu lancar serangan ke atas pangkalan tentera US di Oman.
Sekali lagi ia serangan yang mengejut dan bertalu-talu ke atas pusat sokongan logistik dan pelantar pengisian bahan api yang diguna oleh kapal pengangkut pesawat US di Pelabuhan Duqm di Oman.
Yang diserang adalah pusat logistik utama armada US di Teluk dan talian hayat Tentera Laut US di Lautan Hindi.
Pangkalan Udara Prince Hassan juga diserang dan ini musnahkan pusat perintahnya serta hangar dron MQ-9 Reaper.
11 peluru berpandu balistik dilaporkan digunakan dalam serangan kali ini.
Iran umum ini sebahagian daripada fasa ketiga terhadap pencerobohan tentera US.
Serangan itu berlaku beberapa jam selepas serangan udara US terhadap kira-kira 140 sasaran tentera Iran.
Dalam keadaan sekarang, mungkin pihak yang akan menyerah adalah pihak yang penat menyerang dan kehabisan peluru.





HEBAT MUNG....KIOK



 Che Ibrahim Mohamed


Hebat Ayoh Chik... arahannya suruh ahli Pas undi BN menyebabkan semua calon PN di PRN Johor kalah, 63% hilang deposit.

Semoga momentum ini merebak ke negeri negeri SG4.




CONTOH


Zainuddin Omar 





 Kalau tiada Kancil, tentunya PH menang.

Maknanya Kancil memberi kemenangan pada BN





MINAT TU BETUL..TAPI CARA PEMANDUAN KALAU SEMUA LIHAT.....NAK KATA APA /

 

KOMEN

Bila polis ambil tindakkan kpd rxz member yg buat salah berlumba..hai ada yg beckup!!! Bila jd mcm ni.apa dah boleh buat?



Suasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZ

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah Che Mohd Sufian Che Ghani, 40, dan Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, tiba untuk urusan pengebumian.
Baca berita penuh di ruangan komen.
Foto Bernama.



Semua pakat tunggu pembebasan Najib untuk tengok Kor Ming letak jawatan, mengapa Dap terlalu dibenci oleh Pas dan Umno?

 

Che Ibrahim Mohamed




Semua pakat tunggu pembebasan Najib untuk tengok Kor Ming letak jawatan, mengapa Dap terlalu dibenci oleh Pas dan Umno?

Mungkinkah kerana Dap telah menyebabkan Gerakan, MCA, Mic dan MIPP merana??





Komen-komen Netijjen : "Buat apa ada aset-aset tentera banyak, ada jet ada kapal perang, ada radar canggih, tetapi Rohingya boleh lepas masuk Malaysia ?" lebih kurang begitulah..

 











Komen-komen Netijjen : "Buat apa ada aset-aset tentera banyak, ada jet ada kapal perang, ada radar canggih, tetapi Rohingya boleh lepas masuk Malaysia ?" lebih kurang begitulah...

Macam betul juga ya, nampak macam cerdik 🤔 ke... kurang cerdik 😆
Sebab itu sebelum sembur ke salah tempat, analisis dulu...
Komen-komen tersebut adalah salah faham yang SANGAT ketara kerana fungsi utama aset pertahanan strategik seperti jet pejuang, kapal perang, dan radar adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar (musuh bersenjata dan pencerobohan ruang udara/perairan) ✅, bukannya untuk mengawal pendatang tanpa izin (PATI) atau pelarian di sempadan darat dan jalan tikus sahaja.
Tidak dinafikan aset tentera turut digembeling untuk tujuan pemintasan.
Sebab itu FAHAM kan dulu konteks, fungsi aset, dan punca sebenar isu ini 👉
1. Peranan aset ketenteraan seperti Jet Pejuang dan Radar, digunakan untuk memintas pencerobohan ruang udara dan mengesan ancaman kapal terbang asing. Ia tidak digunakan untuk mengesan bot kecil pendatang haram atau mengawal kemasukan PATI melalui sempadan darat. Jet Pejuang tidak boleh tembak tongkang atau bot kecil sembarangan.
Kapal Perang digunakan untuk mengawal perairan antarabangsa daripada kapal musuh, menjalankan rondaan zon maritim, dan operasi penguatkuasaan besar.
Kawasan tanggungjawab (AOR) - Operasi mengesan pendatang haram di kawasan pantai, pulau, dan sempadan darat terletak di bawah penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Am (PGA), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bukan tugas utama aset berat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melainkan melalui operasi khas seperti Op Benteng.
2. Punca sebenar isu pendatang dan Rohingya adalah akibat dari sempadan yang bocor dan PENYELUDUPAN, kebanyakan kemasukan haram dan etnik Rohingya melepasi sempadan negara melalui jalan laut yang sukar (seperti perairan pantai timur / Langkawi) atau sempadan darat yang luas.
Ia SEBENARNYA sering dibantu oleh sindiket PENYELUDUPAN manusia, ketirisan dan Rasuah. Isu utama yang membolehkan mereka melepasi pemeriksaan adalah berpunca daripada kelemahan integriti, rasuah, dan kelompongan sistem kawalan yang dikendalikan oleh agensi penguatkuasaan, bukannya disebabkan ketiadaan jet pejuang.
Permintaan Sektor Pekerjaan - Warga asing mudah masuk dan tinggal kerana wujudnya permintaan daripada majikan tempatan serta ruang pasaran kerja gelap.
3. Saluran kritik yang tepat dan menegur pembuat polisi adalah dengan melontarkan isu kemasukan pendatang dan pelarian kepada pihak yang betul, ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan dasar kerajaan pusat, bukannya Kementerian Pertahanan.
Jika berlaku ketirisan dan kelemahan penguatkuasaan, aduan mengenai kelemahan menjaga pintu masuk negara wajar ditujukan kepada pihak penguatkuasa sempadan (Imigresen, APMM, dan PGA) serta badan pencegah rasuah seperti SPRM, dan... pihak kerajaan (parti politik yang memerintah) untuk mengkaji semula dasar dan policies berkaitan pendatang asing, atau pelarian Rohingya yang semakin membimbangkan.
Fikir-fikirkan....
Oleh Salman Al Farisy

BUAT KERJA BIAR IKLAS

 

Iswardy Morni Utama





Ada sorg bekas ceplos pompuan masa PRN Sabah dulu, sebab dia tak dapat bayaran seperti dijanjikan, dia cerita dekat saya gaji dia sehari dibayar RM250. Makan, hotel, transport semua di tanggung. Dia kata itu bayaran macai bawahan macam dia. Yang atas lagi tinggi bayaran. Ada sorg tu yang aktif dalam tiktok siap tinggal sabah sampai 3 minggu. 21 hari x 250 = wow... Kayooo.

Tapi ceplos ni setia nya pada duit. BN memerintah nanti, mereka akan ke BN plak. Anwar pun dia akan sanggup maki kalau kena ufti nya. ðŸ¤­

AGAK2 PRN Johor dapat berapa ye?




Keputusan PRN Johor: Ramalan saya tepat, PAS-PN hangus terus


 

Enam pemerhatian dan dapatan dari keputusan PRN Johor


 

DATO KAMAL BERSIMPATI BILA PMX ANWAR TURUN HABIS-HABISAN KEMPEN PRN JOHOR


 

PRU Johor: DAP Teliti Kekalahan Kerusi Kubu Kuat

 


Nie Ching berkata, keputusan tersebut turut menjadi peringatan kepada parti itu untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.

JOHOR BAHRU, 12 Jul – DAP meneliti faktor yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Johor termasuk kerusi kubu kuat parti itu.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, pihaknya terbuka keputusan itu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan dan menyifatkannya sebagai mesej untuk DAP melakukan penambahbaikan.

Katanya, DAP meneliti faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, Tangkak serta beberapa kerusi lain yang ditandingi parti itu.

“Kami akan mengambil iktibar daripada keputusan ini dan memperbaiki kelemahan yang ada.

“Kami juga akan memastikan segala usaha membina negara dan memperjuangkan hak rakyat diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nie Ching berkata, keputusan tersebut turut menjadi peringatan kepada parti itu untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.

“Sudah tentu ada kekurangan dan kelemahan yang patut kami perbaiki. Sudah tentu keputusan ini menghantar satu mesej untuk kami buat yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, BN berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi yang disandang sebelum ini, manakala undi yang diperoleh Perikatan Nasional (PN) pada PRN Johor 2022 di Johor Jaya dan Perling dilihat beralih kepada calon BN pada pilihan raya kali ini.

Katanya, keadaan itu menyebabkan peningkatan peratusan undi diperoleh PH di kedua-dua kerusi tersebut masih belum mencukupi untuk membolehkan gabungan itu merampas kerusi berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menghormati pilihan rakyat Johor dan mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan yang diraih pada pilihan raya tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian serta menyokong calon-calon Pakatan Harapan (PH).



PRU Johor: PRU Johor: 55 Calon, 21 Dari PN, Bersama ‘Bungkus’ Semua

 

Perikatan Nasional (PN) yang mempertaruhkan 33 calon melibatkan 16 daripada Bersatu, 11 paling ramai kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Johor pada 11 Julai 2026.

JOHOR BAHRU, 12 Jul – Seramai 55 calon hilang wang deposit masing-masing selepas gagal memperoleh undi sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira pada Pilihan Raya Umum (PRU) Johor ke-16 semalam.

Perikatan Nasional (PN) yang mempertaruhkan 33 calon melibatkan 16 daripada Bersatu, 11 Pas, MIPP (lima) dan Pejuang (satu) menjadi gabungan terbesar yang merekodkan calon kehilangan wang deposit, iaitu sebanyak 21 orang.

Paparan keputusan rasmi di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan PN bukan sahaja gagal melebarkan penguasaan, malah hilang tiga kerusi DUN yang dimenangi mereka pada PRU Johor 2022, iaitu Bukit Kepong, Maharani dan Endau.

Sementara itu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) lebih teruk berdepan tamparan hebat apabila kesemua 15 calonnya hilang wang deposit.

Pakatan Harapan (PH) pula merekodkan sejumlah tujuh calon daripada gabungan itu kehilangan wang deposit berikutan peratusan undi BN tinggi.

Selain itu, semua enam calon Bebas, empat daripada Muda, serta dua calon tunggal yang masing-masing mewakili Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut hilang wang deposit mereka.

Dalam pada itu, calon dalam lingkungan umur 18 hingga 40 tahun mencatatkan jumlah hilang deposit tertinggi, iaitu sebanyak 41% atau melibatkan 21 daripada keseluruhan 51 calon yang bertanding.

PRU Johor ke-16 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat untuk menerajui semula kerajaan Johor selepas memenangi 48 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sementara itu, PH memperoleh lapan kerusi manakala calon PN, Bersama, Muda, ASLI, PSM dan Bebas gagal memenangi sebarang kerusi.



Presiden Singapura Tiba Di Malaysia Mulakan Lawatan Tiga Hari

 


Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL jam 9.19 malam bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

SEPANG, 12 Jul – Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam tiba bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia dari 13 hingga 15 Julai ini atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini jam 9.19 malam disambut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong selaku menteri pengiring dan kemudian menerima kawalan kehormatan diketuai Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja, Kapten Muhammad Hanafi Ja’afar.

Kementerian Luar memaklumkan lawatan itu sebagai membalas lawatan negara Sultan Ibrahim ke Singapura pada 6 dan 7 Mei 2024.

“Lawatan peringkat tinggi itu menggariskan perkongsian kukuh dan berkekalan antara kedua-dua negara, mencerminkan kerjasama yang semakin mendalam merentasi bidang utama kepentingan bersama,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ini merupakan lawatan negara pertama Tharman ke Malaysia sejak memegang jawatan sebagai presiden kesembilan Singapura pada 14 September 2023.

Presiden akan diiringi isteri, Jane Ittogi Shanmugaratnam, serta beberapa menteri dan pegawai kanan.

Dalam lawatan itu, Tharman akan diberi Istiadat Sambutan Rasmi sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Tharman dan delegasinya juga akan menghadiri Majlis Jamuan Negara. Presiden turut dijadual menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kementerian itu, Singapura kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di dunia dan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Singapura mencecah RM402.35 bilion (US$93.97 bilion) pada 2025, mewakili peningkatan 1.5 peratus berbanding 2024.

Dari Januari hingga Mei 2026, jumlah perdagangan dua hala meningkat 14.5 peratus kepada RM189.90 bilion (US$47.87 bilion), berbanding RM165.93 bilion (US$37.65 bilion) dicatatkan dalam tempoh sama pada 2025.




Nga Kor Ming sedia letak jawatan jika ini yang berlaku, pertegas prinsip kehakiman tak boleh digadai

 


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan beliau bersedia melepaskan jawatan dalam Jemaah Menteri jika Datuk Seri Najib Razak dibebaskan tanpa menjalani hukuman setimpal.

Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan berkata, pendiriannya itu bukan berasaskan sentimen peribadi atau kepentingan politik, sebaliknya berhubung soal prinsip, kedaulatan undang-undang dan integriti institusi kehakiman.

“Jika Datuk Seri Najib yang mengakibatkan rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 bilion boleh dilepaskan tanpa menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara ini telah digadai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wakil rakyat DAP berkenaan berkata, keadaan sedemikian juga akan memberi gambaran bahawa prinsip kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub dalam Rukun Negara tidak lagi dihormati.

“Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara kita yang tercinta, saya sudi letak jawatan sebagai anggota Jemaah Menteri.

“Perkara ini tidak ada kaitan dengan soal peribadi, sebaliknya ia merupakan satu soal prinsip utama. Saya kekal berpegang teguh dengan prinsip ini,” tegas beliau.

Kenyataan penuh

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu turut meminta pihak yang mendesaknya meletakkan jawatan supaya membaca kenyataan penuhnya dalam wawancara eksklusif bersama Oriental Daily.

Menurutnya, pandangan yang dikemukakan dalam wawancara itu selaras dengan pendiriannya sebagai seorang peguam cara dan peguam bela Mahkamah Tinggi Malaya bahawa kewibawaan sistem kehakiman mesti dipertahankan.

Dalam kenyataan sama, Nga mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor dan menegaskan keputusan proses demokrasi perlu dihormati semua pihak.

Katanya, kemenangan majoriti dua pertiga itu merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul BN dengan penuh integriti.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengundi yang menyokong Pakatan Harapan serta petugas dan sukarelawan yang bekerja sepanjang kempen.

“Walaupun kami tidak menang kali ini, esok masih ada.

“Pakatan Harapan tetap komited dan cakna untuk terus bekerja kuat dan berbakti kepada rakyat dan negara,” kata Nga lagi.





Selat Hormuz ditutup lagi, ini respon kerajaan tentang bekalan tenaga negara

 


Selat Hormuz ditutup lagi, ini respon kerajaan tentang bekalan tenaga negara

Kerajaan akan terus memastikan bekalan bahan api bagi sektor tenaga negara kekal terjamin di sebalik perkembangan terkini menyaksikan Selat Hormuz sekali lagi ditutup.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini Malaysia tidak berdepan masalah bekalan tenaga.

“Kita melalui Petronas telah berunding, dengan Perdana Menteri pergi ke merata tempat membuat perundingan dan bekalan tenaga kita setakat ini adalah terjamin,” katanya memetik Bernama.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ketidaktentuan harga minyak dan gas di pasaran dunia akibat perkembangan geopolitik dijangka terus memberi cabaran kepada ekonomi negara. 

“Meskipun bekalan terjamin dari segi harga adalah satu yang mencabar. Sebab itu volatiliti dari segi harga pasaran minyak dan gas itu sudah pasti akan menjejaskan kedudukan (bekalan) negara kita,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu juga akan memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara walaupun kerajaan terus melaksanakan program subsidi dan bantuan kepada rakyat.


GEMPAK! AKMAL UMUM LETAK JAWATAN SUDAH BUATKAh? NGA LETAK JAWATAN jika SYARAT KEDUA DIBUAT UMNO!


 

@thekapitanMY BN UMNO TAK PERNAH BERUBAH


 

BN MENANG BESAR, TAMBAH JUMLAH KERUSI - TAHNIAH BANGSA JOHOR


 

RENTASAN 1288 | GEMPAR!! PRESIDEN MCA SUSAH HATI KARTEL TELUR AYAM TAK BOLEH 'CARI MAKAN'?


 

RENTASAN 1834 | PANAS! DALANG UTAMA DI SEBALIK PENGKHIANATAN TERHADAP PENEROKA FELDA KINI DIDEDAH?